Wednesday, September 28, 2011

Tentang Hati

Hati merupakan salah satu daripada organ di dalam tubuh manusia. Hati memainkan peranan penting dalam fungsi menyimpan glikogen, mensintesis protien plasma dan menyahtoksik dadah. Secara saintifiknya hati memainkan peranan penting dalam tubuh manusia sama seperti organ-organ dalaman manusia.

Mengikut sumber yang diperolehi di Dewan Bahasa Pustaka; HATI merupakan :
kata nama - sinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi.
kata terbitan - sehati, berhati-hati, memerhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati.


Manusia sangat mudah mengikutkan hati dan perasaan sehingga mengatasi akal fikiran. Apabila hati telah menguasai akal fikiran, ia akan membuatkan manusia hilang pertimbangan dan bertindak menggunakan nafsu. Apabila nafsu telah menguasai manusia, akan berlakunya sesuatu yang tidak diluar jangkaan baik kepada kebaikan mahupun keburukan. Hati adalah sesuatu yang sangat sensitif dan sangat mudah dipengaruhi. Kita perlulah cuba mengawal hati kita supaya kita bertindak menggunakan akal fikiran. 

Di negara kita, kebanyakkan punca perbalahan dari segi politik adalah berpunca dari hati manusia itu sendiri. Kerana terlalu mengikutkan hati dan perasaan tanpa menggunakan pertimbangan akal fikiran membuatkan manusia berbalah antara satu sama lain. Cuba kita fikirkan kenapa manusia dianugerahkan akal fikiran? Akal fikiranlah yang membezakan antara manusia dan haiwan.

Hati adalah sesuatu yang sensitif dan perlu dijaga dengan baik. Hati yang bersih menjadikan peribadi seseorang itu lebih baik. Gunakan hati pada waktu yang sesuai sahaja. Jangan selalu menggunakan hati dalam membuat sesuatu keputusan tapi pintalah pada yang Maha Esa.



Pesan Imam Ghazali tentang HATI;

Carilah HATI mu di tiga tempat.
Temui HATI mu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
Tetapi jika tidak kau temui, carilah HATI mu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga, kau carilah HATI mu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta HATI yang baru kerana hakikatnya ketika itu kau tidak mempunyai HATI.

Wallahualam.

No comments: