Saturday, October 1, 2011

Lim Guan Eng burukkan Johor vs Kelantan diburukkan berpuluh tahun

Setelah sekian lama tidak menonton Buletin Utama (TV3), semalam disebabkan faktor yang tidak dapat dielakkan, aku telah menonton rancangan yang paling ditunggu oleh rakyat Malaysia setiap jam 8 malam. Aku juga seperti manusia lain, sangat mudah dipengaruhi dengan apa yang dilihat dan didengar. Apa yang aku lihat adalah rakaman Lim Guan Eng meminta maaf kepada Sultan Johor berkaitan beliau memburukkan negeri Johor. Pujian harus diberikan kepada Lim Guan Eng di atas sifat yang mengakui kesilapan.

Lim Guan Eng burukkan Johor

Walaubagaimana pun, aku tidak menyebelahi Lim Guan Eng. Aku cuma terfikir, TV3 sering melakukan kesilapan dalam menyampaikan berita kepada rakyat Malaysia. Berkenaan kes Lim Guan Eng memburukkan Johor ini, pada mulanya TV3 menyatakan yang Lim Guan Eng memburukkan Johor di Australia. Setelah menyemak website ABC Radio Australia, yang mempunyai rakaman penuh Lim Guan Eng tersebut, tiada satu kenyataan pun yang memburukkan negeri Johor. 

Selepas itu, TV3 menukar kenyataan tersebut daripada Australia kepada Singapura. Mungkin ramai yang tidak perasan perkara ini dan mungkin sebab itu juga Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor. Bila disemak, tiada bukti di dalam teks ucapan rasmi Lim Guan Eng cuma rakaman audio sahaja. Walaubagaimana pun, Lim Guan Eng menafikan dakwaan itu dan beliau akan membuat laporan polis terhadap rakaman tersebut bagi mengesahkan kesahihan rakaman tersebut. Berikut adalah ucapan yang disampaikan di TV3 semalam. 

"Jadi anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan apabila datang ke Pulau Pinang. Di Johor, jika anda seorang warga Singapura, anda berkemungkinan diculik. Tanya mana-mana rakyat Singapura, mereka akan tahu, tetapi anda tidak akan menghadapi masalah itu apabila datang ke Pulau Pinang."


Kelantan diburukkan berpuluh tahun

Ketua Menteri Melaka pernah mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka agar tidak melawat Kelantan. Kenapa arahan itu harus dikeluarkan? Bukankah Kelantan juga merupakan negeri di dalam Malaysia? Sumber diperolehi disini

Peranan media 

Persoalannya sekarang bukan negeri mana diburukkan cuma kenapa TV3 perlu mengheret Sultan Johor di dalam perkara ini? Seharusnya TV3, Utusan Malaysia tidak seharusnya membesarkan perkara ini. Ia harus dibincangkan secara secara profesional sebelum sesuatu maklumat itu disampaikan. 

Kenyataan yang dipetik dari NSTP, "Saya tersinggung apabila mendengar tuduhan tidak berasas dibuatnya berkenaan keadaan di negeri Johor." Titah Sultan Johor. Sebagai pemerintah yang menaungi semua lapisan masyarakat tanpa mengika kaum dan agama di sesebuah negeri, Sultan atau Raja tidak seharusnya diheret sama ke dalam kancah poitik. Berita sepenuhnya di sini

Seharusnya media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik. Media seperti surat khabar, televisyen merupakan salah satu sumber penting untuk masyarat yang tinggal dipinggir bandar atau kampung. Sekiranya maklumat yang disampaikan tidak benar, maka tertipulah mereka. 

Mungkin televisyen dan surat khabar adalah sumber penting untuk masyarakat yang tinggal dikampung tapi ia bukan untuk di kawasan bandar. Dengan adanya internet, rakyat Malaysia boleh memperolehi pelbagai maklumat yang lebih tepat diinternet. Cuba anda fikirkan, sekiranya anda menerima maklumat dari surat khabar & televisyen berlainan dengan sumber-sumber Internet, adakah anda akan percaya kepada sumber yang menipu ini lagi? Tidak kira sumber mana yang tipu, persoalannya sekiranya salah satu sumber ini menipu adakah anda akan mempercayainya lagi? Sama-sama kita renungkan. 


No comments: