Sunday, October 9, 2011

Perkara yang tidak perlu dilakukan dalam menyampaikan maklumat

Penggunaan Facebook di Malaysia kian meningkat dengan drastik dari semasa ke semasa. Pada Januari 2011, pengguna Facebook tempatan melangkaui 9.5 juta dan sehingga bulan Oktober 2011, pengguna tempatan telahpun mencapai angka 11, 751, 060 juta pengguna iaitu merupakan ranking ke #17 dalam semua negara. 


Statistik ini menunjukkan bahawa penembusan Facebook di Malaysia adalah 44.92%, berbanding penduduk negara dan sebanyak 69.52% merupakan pengguna internet. 

Berikut pula adalah statistic pengguna Facebook berdasarkan umur & jantina. Sumber diperolehi di sini



Daripada statistic yang diperolehi, ini menunjukkan lebih kurang 42% penduduk Malaysia (jumlah penduduk Malaysia adalah lebih kurang 27 juta) mempunyai account Facebook. Daripada jumlah tersebut, terdapat pelbagai maklumat yang dikongsi bersama rakan-rakan baik perkara yang mendatangkan manfaat mahupun perkara-perkara yang lain.

Berikutan PRU 13 yang semakin tiba, kita sebagai rakyat Malaysia adalah lebih baik kita berkongsi sesuatu perkara yang baik di FB ini. Dengan ketidak bebasan media di Malaysia ini, rakyat Malaysia sering disajikan dengan maklumat-maklumat yang berat sebelah di kaca TV, surat khabar dan radio. Jadikanlah FB anda untuk menyampaikan maklumat yang anda rasakan benar setelah anda sendiri mengkaji maklumat tersebut. Jika anda tidak pasti, jangan disebarkan maklumat tersebut. 

Dalam menyampaikan maklumat juga, antara kesilapan yang sering dilakukan oleh kita adalah seperti berikut  :

1. Jangan sesekali menyerang penyokong mana-mana parti di dalam Malaysia ini seperti penggunakan perkataan puak-puak PR, puak-puak UMNO, geng songkok, geng kopiah putih, etc. Maklumat yang perlu disampaikan adalah apa yang telah dilakukan oleh pemimpim-pemimpin parti tersebut.

2. Jangan gunakan perkataan yang memburukkan nama-nama pemimpin tersebut sepeti Najis, Pork Nick, Khir Toyol, etc. Memburukkan nama-nama tersebut menunjukkan bertapa kebudakannya mereka yang menyampaikan maklumat ini dan ini tidak membantu apa-apa untuk menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan anda malah perbuatan ini sangat dibenci oleh sesetengah pihak yang lebih rasional.

3. Jangan sesekali menyampaikan sesuatu mengikut logik akal. Sampaikan sesuatu maklumat berdasarkan fakta dan dalil yang betul. Kita semua sekarang sudah bijak untuk menilai sesuatu itu dengan fakta bukannya percakapan kosong yang tiada asas maklumat.

Dengan adanya Facebook ini, gunakanlah dengan sebaiknya dalam menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan. Cuba bayangkan sekiranya anda mempunyai 100 rakan, 100 daripada rakan anda itu menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan yang lain, betapa efisyennya FB ini jika digunakan dengan betul. Kita boleh mengambil konsep MLM dalam menyampaikan sesuatu maklumat ini. Cuma, sampaikanlah maklumat yang mempunyai fakta & anda rasakan benar. Dengan hanya click pada icon 'share' atau 'kongsi', anda boleh melakukan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia.



2 comments:

Unknown said...

ramainye.

sory, sy nk mnx izin share gambar statistik di atas.

Penulis Biasa said...

boleh.. sharing is caring.. :)