Saturday, October 15, 2011

I Say No to Utusan


Bukan aku hendak menyebalah Namewee tetapi apa yang disampaikan dalam video oleh beliau adalah benar. Mungkin majoriti daripada rakyat Malaysia sangat marah pada Namewee di atas apa yang telah beliau lakukan sebelum ini tetapi beliau telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan kita sesama manusia. Mungkin dengan memaafkan, Allah memberi beliau hidayah untuk mengenal Islam. Semua manusia di atas muka bumi ini pernah melakukan kesalahan dan kita perlulah sentiasa memaafkan antara satu sama lain.

Berkaitan laporan dari Malaysiakini, bertajuk 'Utusan buat laporan polis ke atas Namewee', adalah tidak profesional untuk salah sebuah akhbar utama di Malaysia mengeluarkan kenyataan berikut. Menurut laporan Utusan bertarikh 1 Oktober 2011 lalu, "...Namewee menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar berkenaan serta mengeluarkan tuduhan terlampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0....", ditulis oleh wartawan Utusan Fauziah Arof yang disiarkan pada bulan September 2011. Untuk artikel penuh, sila baca di sini

Di bawah ini merupakan video yang dihasilkan oleh Namewee.


Pada pandangan aku, sebagai seorang wartawan yang profesional, Fauziah Arof tidak seharusnya menulis artikel sebegitu memandangkan Utusan Malaysia merupakan salah satu akhbar nasional. Cuba anda bayangkan sekiranya artikel berkaitan diri anda ditulis di dalam akhbar. Tidak kira artikel yang baik, mahupun yang tidak baik, sudah pasti ramai yang membacanya. Fauziah Arof sebagai seorang wartawan yang profesional, seharusnya menonton filem tersebut terlebih dahulu sebelum memberi sebarang ulasan ataupun komen. Sekiranya beliau tidak menonton filem tersebut, tetapi disebabkan emosi & bencikan Namewee, beliau seharusnya tidak memberikan komen terhadap karya Namewee. Aku mungkin tidak arif berkaitan etika kerja sebagai seorang wartawan, tapi sama seperti bidang lain juga, sekiranya anda bekerja di dalam sesuatu bidang, anda seharusnya meneliti hasil kerja seseorang itu terlebih dahulu sebelum anda mengkritik hasil seseorang itu.

p/s : Jangan terlalu mengikut emosi dalam menyampaikan sesuatu. Berkongsilah sesuatu yang baik dan berilmiah




No comments: