Tuesday, October 18, 2011

Elaun-elaun wakil rakyat yang perlu rakyat Malaysia tahu

Semasa pembentangan Baget 2012 baru-baru ini, PM Malaysia ada menyebut berkaitan untuk menaikkan elaun wakil rakyat. Berikut adalah senarai elaun-elaun yang telah diperolehi oleh wakit rakyat Malaysia. 

  • Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM 6,508.79
  • Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM 4,112.79
  • Elaun kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32km kediaman /pejabat ahli parlimen) : RM 100 sehari
  • Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM 150 sehari
  • Elaun hiburan : RM 1,500
  • Elaun istimewa : RM 1,500
  • Elaun pengangkutan : RM 1,500
  • Elaun telefon : RM 900
  • Elaun pemandu : RM 1,200
  • Komputer peribadi : RM 6,000 (maksimum)
  • Elaun kehadiran di Parlimen : RM 200 sehari
  • Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh kementerian/ kerajaan : RM 150 sehari
  • Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM 350 semalam (maksimum)
  • Lain-lain :
a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kenderaan sendiri
b) Parking & bayaran tol
c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi
d) Kos dobi selama tinggal di hotel mesti disertakan dengan resit sebagai bukti
e) Airport service charge mesti disokong dengan resit
f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan
g) Penerbangan kelas perniagaan
h) Kelas pertama bagi pengankutan keretapi
i) Lesen kenderaan
j) Kelas pertama di hospital
k) Pinjaman perumahan maksimum RM 360,000
l) Pinjaman kereta maksimum RM 100,00

Sumber diperolehi disini

Cuba anda jumlahkan elaun-elaun di atas yang diterima oleh wakil rakyat kita. Jumlah kasar yang diperolehi oleh setiap wakil rakyat kita adalah lebih kurang RM 24,171.58 sebulan. Itu merupakan jumlah secara kasar jumlah elaun yang diperolehi kerana tidak mungkin elaun komputer peribadi diperolehi setiap bulan, dan bukan setiap hari mesyuarat rasmi perlu dihadiri. Walaubagaimana pun, kita tambah tolak lain-lain tuntutan, jumlahnya akan jadi lebih kurang RM 20,000

Tidak dinafikan, telalu berat untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan jika anda tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab tersebut, jangan menerima jawatan tersebut. Jawatan tersebut merupakan amanah daripada rakyat. Cuba anda bayangkan lebih kurang RM 20,000 duit rakyat yang diberikan, tetapi wakil rakyat (suara rakyat) tersebut tidak menjalankan tanggungjawab mereka. Adakah orang seperti Ibrahim Ali, yang tidur ketika dewan bersidang ini layak untuk mendapat elaun-elaun di atas? Mungkin beliau telah menjawab alasan beliau tidur disebabkan masalah kesihatan. Kenapa tidak mengambil cuti rehat? Ia merupakan gambaran yang tidak baik kepada rakyat sekiranya seseorang wakil rakyat tidur ketika dewan sedang bersidang.


Sama juga dengan apa yang berlaku ketika Persidangan Dewan Rakyat Penggal Pertama Parlimen ke 12 di mana ahli Dewan Rakyat samada daripada BN ataupun PR telahpun diberi notis untuk mengemukakan soalan berkaitan Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru 2011 di mana rang undang-undang tersebut diluluskan menerusi undi belah bahagian. Ke mana perginya wakil rakyat PR yang hendak mempertahankan suara rakyat di Kampung Baru? Sila klik Rang Undang-undang Perbadanan Kampung Baru 2011 untuk maklumat lanjut berkaitan kelulusan . 

Jadi, adalah tidak wajar untuk elaun wakil rakyat ini dinaikkan kerana wakil rakyat yang sediada, masih tidak menunjukkan sikap profesional dalam menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang membawa suara rakyat. Mungkin ada di antara wakil rakyat yang benar-benar bekerja, namun tetapi adalah lebih wajar jika duit rakyat dikembalikan kepada rakyat kerana ia merupakan hak rakyat. Wallahualam.




No comments: