Berikut adalah laporan Malaysiakini bertarikh 30.9.2011 yang bertajuk Pemilikan Rumah : MCA dakwa Selangor tipu rakyat. Untuk berita lengkap, sila click Malaysiakini.
Pertama sekali, tajuk laporan tersebut sahaja sudah tidak tepat. Apa yang kerajaan negeri Selangor laksanakan adalah Skim Pemberimilikan Tanah BUKAN Skim Pemilikan Rumah.
Menurut laporan Malaysiakini, Ketua jabatan aduan dan perkhidmatan awam MCA Selangor, Theng Book menuduh EXCO Selangor khususnya DAP mengelirukan orang ramai di Selangor tentang skim sekali bayar RM 1,000 untuk mendapatkan pajakan 99 tahun bagi hakmilik kediaman.
- Dari sudut politik, ada kemungkinan apa yang didakwa oleh Theng Book itu ada kebenarannya. Walaubagaimana pun, dari segi perlaksanaannya, kerajaan negeri Selangor tidak mengelirukan mana-mana pihak. Ini kerana mengikut Pekeliling PTG Selangor Bil 6/2011, objektif Skim Pemberimilikan Tanah tersebut adalah untuk :
1. Menyelesaikan masalah orang ramai yang tidak mampu untuk menjelaskan premium tanah.
2. Memberi peluang kepada rakyat Selangor membuat pilihan untuk menentukan kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing.
3. Membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah setinggan.
4. Mempertingkatkan aspek urustadbir dalam pentadbiran & pengurusan tanah.
SITUASI YANG BERLAKU DI SELANGOR
1. Kebanyakkan penduduk pernah diluluskan pemberimilikan tanah dengan harga RM 2.50 sekaki persegi. Walaubagaimana pun, masih ramai yang tidak mampu untuk membayar premium tersebut dan menyebabkan penduduk tidak mempunyai hakmilik sedangkan bangunan kediaman telah lama didirikan dan didiami menyebabkan mereka duduk secara haram (setinggan) di atas tanah kerajaan.
Cuba kita sama-sama fikirkan situasi pertama. Dengan adanya Skim Pemberimilikan Tanah RM 1,000 ini, ia akan membantu rakyat yang miskin untuk memiliki /mendiami tanah secara sah dengan hanya membayar RM 1,000 walaupun mereka tidak boleh mencagarkan tanah mereka kerana tujuan hakmilik diberikan adalah untuk didiami tapi bukan untuk dijual kepada orang lain.
2. Bagi mereka yang berkemampuan dan mempunyai banyak rumah kediaman atau tanah, kebanyakkan daripada mereka akan menjual tanah yang mereka perolehi dari kerajaan negeri dengan harga RM 2.50 sekaki persegi kepada nilaian semasa.
Cuba kita sama-sama fikirkan situasi kedua. Dengan pembayaran premium mengikut nilaian semasa (BUKAN KOMERSIAL SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH THENG BOOK) bagi mereka yang ingin pindahmilik (jual) tanah tersebut adalah adil untuk pemilik kerana jika mereka juga membayar dengan harga RM 1,000 sedangkan mereka menjual tanah tersebut dengan nilaian semasa, berapa banyakkah keuntungan yang akan mereka perolehi daripada jualan tanah tersebut?
Bagi perkara kedua yang didakwa berkenaan Skim Pemberimilikan Tanah ini adalah tiada beza dengan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah tidak benar sama sekali.
- Pemberimilikan tanah adalah di bawah Seksyen 76, Kanun Tanah Negara 1965 manakala Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah di bawah Seksyen 65(1), Kanun Tanah Negara 1965. Kedua-duanya adalah perkara yang berbeza baik dari segi kaedah pelupusan mahupun definasi.
No comments:
Post a Comment