Walaupun Hari Merdeka jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957, namun sehingga harini (kelmarin) Hari Kemerdekaan ini masih diingati oleh setiap rakyat Malaysia. Walaupun pada tahun ini iaitu 2011 sambutannya agak kurang meriah kerana bertembung dengan 2 Syawal namun tarikh tersebut tetap menjadi ingatan disanubari setiap rakyat Malaysia.
Namun begitu, tidak semestinya untuk mengingati Hari Kemerdekaan tersebut kita perlu berbaris di Dataran Merdeka, di Putrajaya, etc. Banyak lagi cara lain untuk kita menghayati Hari Kemerdekaan ini seperti mengenang kisah-kisah pejuang sebenar yang menuntut kemerdekaan untuk tanahair kita. Mengkaji sejarah pejuang-pejuang tanahair kita dahulu bukan hanya bersumberkan buku teks sekolah yang belum tentu kesahihan faktanya. Dengan zaman technology kini, kita boleh memperoleh segala maklumat dengan percuma cuma perlu rajin untuk mencari sahaja. Bukan semua maklumat yang kita perolehi tersebut betul tapi at least kita ada pelbagai sumber untuk dijadikan rujukan.
Selain itu juga, kita boleh menanam sikap cintakan negara kita dengan pelbagai cara seperti tidak menghianati negara kita dengan memberi maklumat rahsia negara untuk kepentingan peribadi. Mungkin pada pemberi maklumat merasakan maklumat yang diberikan itu terlalu kecil namun impak / kesan sampingannya sangat memudaratkan negara. Sebagai contoh, cuba kita fikirkan bagaimana tanah air kita, di Melaka boleh diserang oleh penjajah? Bukan mudah untuk menjajah sesuatu negara tapi mungkin disebabkan tiada semangat patriotik dalam diri membuatkan tanah air kita dijajah. Jangan sangka seorang penjaga pintu masuk negara merupakan sesuatu jawatan yang kecil, walaupun kecil jawatan tersebut kalau hendak dibandingkan dengan menteri-menteri namun sekiranya penjaga pintu masuk negara itu tidak mempunyai semangat patriotik yang tinggi, tidak mustahil negara kita dengan mudah diserang oleh penjajah.
Apa yang hendak aku sampaikan bukanlah kisah sejarah tapi apa yang aku nak sampaikan, kajilah sejarah. Sebagai contoh yang tengah hangat diperkatakan di media-media sekarang adalah kisah Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) yang didakwa sebagai penyokong Komunis kerana menggelarkan Mat Indera sebagai hero dalam memperjuangkan kemerdekaan. Siapakah Mat Indera? Benarkah apa yang diceritakan oleh media-media di Malaysia? Zaman technology ni kalau korang tak tahu something tu, korang boleh Google je. Bagi memudahkan korang untuk kenal siapa Mat Indera ni, click kat Mat Indera. Mungkin korang boleh mengetahui siapakah Mat Indera itu dari sumber yang lain. Apa yang aku link kan itu adalah kerana pada pandangan aku, ianya adalah penjelasan secara ringkas, siapakah Mat Indera itu.
Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama mengekalkan kemerdekaan tanah air kita ini. Siapa yang memperjuangkan kemerdekaan janganlah dijadikan punca perbalahan tapi yang perlu dihayati adalah bagaimana perjuangan kemerdekaan tersebut. Sejarah ini ditulis oleh MANUSIA. Jadi, selagi manusia yang menulis sejarah, tidak akan dapat kita ketahui kebenarannya melainkan apa yang tertulis di dalam Al-Quran. Sejarah ditulis oleh yang menang, jadi sudah pasti sejarah ditulis mengikut citarasa yang menang.
Kat bawah ini ada video Made by Malaysian oleh MatLutfi untuk renungan bersama. Siapa MatLutfi? Semalam pukul 1100 pm kalau tak silap aku, kat Astro Awani ada bual bicara bersama Yuna dan MatLutfi. Jadi, pada aku, karya MatLutfi ini juga diiktiraf oleh rakyat Malaysia dan untuk itu, korang boleh nilai pandangan beliau selepas menonton video di bawah.

No comments:
Post a Comment