Hari ini merupakan hari ulang tahun wujudnya negara Malaysia yang ke-48. Adakah anda telah menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia? Apakah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia? Tanggungjawab anda sebagai rakyat adalah mengundi. Rumors mengatakan pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi. Bila? Ramai yang masih belum mengetahuinya. Kalau aku cakap aku dah tau korang percaya tak? Confirm tak percaya.
Aku memang dah tahu bila PRU ke 13 akan diadakan. PRU ke 13 akan diadakan selepas 60 hari parlimen dibubarkan mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Cuma tarikhnya belum dapat dipastikan. Jadi, jika anda seorang rakyat Malaysia yang masih belum mengundi & sayangkan negara Malaysia, mendaftarlah sekarang. Seseorang itu layak mengundi jika memenuhi kriteria dia bawah :
1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang 21 tahun pada tarikh kelayakan.
3. Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihanraya di Malaysia.
4. Tidak hilang kelayakan.
*Hilang kelayakan adalah :
- pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara.
- sebelum tarikh kelayakan telah didapati bersalah & dihukum mati atau penjara untuk tempoh 12 bulan & masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan.
- telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
- telah memperolehi kerakyatan lain.
Sebelum PRU ke 13 diadakan, aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia berharap, marilah kita mengundi untuk masa depan negara Malaysia. Tidak kisah anda penyokong parti mana pun, undian anda sangat penting. Sila semak samada anda telah mendaftar ataupun belum di DaftarSPR.
Kenapa aku sibuk-sibuk suruh rakyat Malaysia mengundi? Sebab kita perlu tahu hak kita. Hak kita rakyat Malaysia adalah mengundi. Jangan sibuk mengutuk parti itu, mengutuk parti ini sedangkan anda tidak mengundi. Daripada anda sibuk mengutuk, mencemuh, memaki, baik anda mendengar apa khidmat yang hendak calon-calon berikan kepada anda & undilah beliau apabila tiba hari pilihanraya. Jangan merungut atau salahkan sesiapa kalau seseorang itu menang pada pilihanraya nanti. Seseorang itu memperoleh kemenangan setelah undian dibuat. Walaupun undian kita hanyalah SATU, tapi kesannya sangat bermakna. Jadi, UNDILAH. Video di bawah adalah hasil karya Pete Teo dalam usaha mengajak rakyat Malaysia untuk mengundi.
Untuk maklumat lanjut berkaitan video ini, sila click UNDILAH. Video ini dijayakan oleh rakyat Malaysia sendiri yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya. Marilah sama-sama kita hayati karya ini.
No comments:
Post a Comment