Monday, September 12, 2011

Ceramah Mat Sabu yang dikatakan kontroversi

Bagi yang hanya membaca Utusan Malaysia, menonton Buletin Utama, sila tonton video di bawah bagi mendengar ceramah Mat Sabu yang dikatakan kontroversi. Dengar dengan teliti dan andalah yang menilai. 


Di bawah ini pula adalah apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 11 September 2011 atau anda boleh click di sini


Cuba anda lihat perbezaan di antara apa yang disampaikan dalam ceramah Mat Sabu dengan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia? Anda sendirilah yang boleh menilai. Setiap manusia melakukan kesilapan dan ada kemungkinan penafsiran dan kefahaman dalam pendengaran berbeza-beza. Sekiranya kita kurang pasti atau faham dengan sesuatu yang disampaikan itu, tanyalah kepada yang menyampaikan terlebih dahulu. Jangan cepat melatah. 

Kisah Mat Sabu ini adalah sama dengan Zainal Kling dari segi sejarah kemerdekaan. Cuma Mat Sabu tidak memihak kepada British dan Zainal Kling memihak kepada British. Kenapa yang dipersalahkan hanya Mat Sabu? Bagaimana pula Zainal Kling yang menyatakan Tanah Melayu 'tidak pernah terjajah' sebaliknya dinaungi atau dilindungi oleh British? Sumber diperolehi di Malaysiakini

Berikut adalah ucapan mantan-mantan Perdana Menteri yang menyatakan Malaysia pernah dijajah :

- Ucapan Tunku Abd Rahman ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, “... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britain; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh...” (Thus today a new chapter opens in our relationship with Britain; our colonial status has given place to full equality)

- Dalam perutusan sambutan Hari Kebangsaan Ke-25 pada tahun 1982, setahun selepas dilantik sebagai perdana menteri, Dr Mahathir memulakan ucapan dengan berkata, “Hari Kebangsaan kali ini merupakan peristiwa yang amat penting. Sambutan Jubli Perak ini menandakan sesuku abad kita telah merdeka, bebas dari belenggu penjajahan, dan sesuku abad kita menentukan nasib kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang bebas dan berdaulat. Syukur, alhamdulillah, negara kita sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera dan terkawal, dan hari ini, kita dapat menyambut Jubli Perak negara kita dalam suasana aman dan bahagia.”
Dalam Memoir terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali.

- Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Hari Kebangsaan 2007 berkata, “kita menghargai semangat keyakinan yang berjaya disemaikan oleh para pejuang untuk membebaskan warga dari kongkongan pemikiran kolonialisme. Kita menghargai pemimpin pelbagai komuniti yang telah mempamerkan wawasan, hikmah dan ideal untuk membina gagasan yang kukuh lagi berpadu, gagasan yang adil lagi saksama, gagasan yang aman lagi makmur.”

- Datuk Seri Najib Razak, yang menggantikan beliau, dalam perutusan Hari Kebangsaan 2009, yang pertama sejak dilantik sebagai perdana menteri keenam berkata, “lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.

Berdasarkan ucapan-ucapan di atas yang diperolehi di sini, tidak seorang mantan Perdana Menteri pun yang menyatakan negara kita tidak pernah terjajah. Jadi, sama-samalah kita fikirkan kenapa Mat Sabu dikatakan kontroversi sedangkan Zainal Kling hanya sepi. 

No comments: