Monday, December 23, 2013

Budget Travel - Singapore 1st day (Perjalanan siang hari)

Sambungan dari Budget Travel - Singapore 1st day (Check-In). Nak flashback balik tempat-tempat yang aku dah pergi masa first day kat Singapore haritu memang agak susah sikit la sebab dah setahun kan. So, aku share la gambar kat tempat-tempat yang aku dah lawat masa siang hari di Singapore pada hari pertama. Mana tempat yang aku ingat, aku akan cerita sikit.



Yang gambar kiri atas tu, gambar tokong yang agak besar juga di sekitar Chinatown tu. Gambar kanan atas, gambar bangunan lama, ala-ala macam mahkamah tinggi kat dengan dataran merdeka, Malaysia tu. Gambar kiri bawah, tempat kereta bertingkat. Sepatutnya kat Malaysia ni, terutamanya kat area Kampung Baru tu dah boleh buat parking macam ni dah. Dapat la mengurangkan kesesakan lalu lintas kat situ. Gambar kanan bawah, Chinatown Point iaitu shopping mall yang agak besar di Chinatown. 


Gambar kiri adalah Speakers' Corner. Tempat ini adalah bertujuan untuk Public Speaking, persembahan, berdemostasi dan tempat letak kenderaan. Walaubagaimana pun, perlu mendapatkan permit dan terdapat peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Sebelah kakan adalah Hotel Park Royal. Tiada yang special, cuma pada mata aku design bangunan ni agak menarik kerana di setiap tingkat pada bahagian luar, terdapat kawasan taman.


Gambar kiri adalah sekitar kawasan Clarke Quay. Apa yang aku nampak masa tu adalah sungai mereka takde la hebat mana pun. Aku tak pasti la kalau pada ketika itu mereka sedang menaik taraf sungai menyebabkan sungai mereka kelihatan seperti Sungai Kelang. Gambar kanan adalah sekitar River Valley Road. Apa yang menarik perhatian aku adalah color jendela bangunan di belakang itu.


Gambar kiri ni kalau tak silap aku adalah muzium seni. Tiada apa yang menarik sangat. Gambar kanan adalah Orchard Central iaitu shopping mall yang aku rasa agak famous di kalangan warganegara Malaysia. Kitorang tak masuk pun masa tu tapi pada aku lagi happening Bukit Bintang. Cuma, mungkin di dalamnya terdapat banyak barang-barang fashion terkini kot. Next, aku akan ceritakan pula kawasan sekitar Marina Bay pada waktu malam.. To be continue ..................

Sunday, December 22, 2013

Yang Nama Mama oleh Fazleena Hishamuddin


Malan tadi, tanggal 21 Disember 2013, telah diadakan event Suara Kuala Lumpur, Festival Akuastika & Puisi 2013 bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur. This is the first time aku datang event Suara Kuala Lumpur ni. Itu pun sebab ada Fazleena Hishamuddin. Haha! Walaupun hujan, aku redah sebab aku tahu karyanya memang berbaloi untuk didodoikan di halwa telinga aku ini. Kepada yang tak kenal siapa Fazleena Hishamuddin, beliau adalah penulis buku Seksi Ovari yang sudah semakin popular. Kepada yang dah pernah baca pasal Seksi Ovari, korang perlu dengar Sederhana dan Kita Semua Masih di Sini, kedua-duanya adalah tulisan Fazleen Hishamuddin yang tiada dalam Seksi Ovari. 

Suara Kuala Lumpur ini mempersembahkan pemuisi-pemuisi yang hebat-hebat untuk berpuisi di hadapan kita semua. Mereka ini semua sangat cintakan seni dan ingin berkongsi bersama kita. Mungkin ada yang berpendapat, puisi ini membosankan kerana tiada yang menyeronokkan dan bahasanya sukar difahami. Tapi anda silap kerana pemuisi-pemuisi sekarang sangat kreatif dan bagi memastikan anak muda dan semua golongan tidak melupakan seni puisi, mereka melakukan pelbagai perkara bagi memastikan puisi yang dibaca itu menarik. 

Aku bukanlah peminat puisi pada asalnya, aku cuma sekadar meminat lagu-lagu yang ditulis oleh Wani Ardy iaitu penulis buku Langit Vanilla. Tapi lama kelamaan, dari bahasa, susunatur kata dan isinya setiap penulisan Wani Ardy ini membuatkan aku semakin tertarik pada puisi. Kini, muncul seorang lagi pemuisi yang tulisannya sangat sama selera dengan otak aku untuk menghadam segala tulisannya iaitu Fazleena Hishamuddin. Dari Seksi Ovari aku meminati tulisan beliau, dan kini semakin banyak lagi puisi-puisi baru yang telah ditulis terus dapat menarik minat aku kepada puisi. Tulisan beliau semakin lama semakin matang dan tidak tertumpu pada kisah wanita sahaja. Terima kasih Fazleena Hishamuddin. Katanya semalam, tak lama lagi Bibir Ceri Melati pula akan keluar. Sama-sama kita tunggu. Last kali, kat bawah ni lagi satu puisi baru oleh Fazleena Hishamuddin yang bertajuk, Yang Nama Mama.


Tuesday, December 17, 2013

Felixia Yeap

Past. Present. Future by Felixia Yeap.


Cuba anda baca posting Felixia Yeap ni. Siapa Felixia Yeap ni, korang boleh Google. Aku bukan nak bercerita siapakah beliau. Cuma, aku sekadar ingin berkongsi apa di dalam fikiran aku selepas dari apa yang aku baca tentang luahan hati Felixia Yeap ni.

Kenapa begitu sensitif?
Aku bukan maksudkan Felixia Yeap tapi aku maksudkan bangsa Melayu yang dilahirkan beragama Islam ni. Ya kita perlu sensitif apabila ia melibatkan agama kita. Cuma, cuba kita fikirkan balik, Felixia Yeap ni bukannya beragama Islam (ketika aku menulis ini) tapi dalam proses ingin mengenali Islam setelah beliau cuba mengenakan hijab. Dia tak tahu hukum hakam agama Islam ni. Jadi, mungkin dia tak faham akan kenapa perlunya dia membuang /delete gambar dia yang sexy itu. Kita perlu memainkan peranan kita sebagai umat Islam dengan menasihatkan beliau berkali-kali walaupun sejuta kali kerana dia bukan Islam. Hidayah itu milik Nya.

Apa yang sangat kita risaukan adalah apabila orang lain melihat Facebook dan blog Felixia Yeap ini, orang akan judge Islam itu tak yang tidak baik kerana gambar-gambar yang dipaparkan. Adakah kita juga nak jadi seperti mereka yang islam phobia iaitu judge Islam dengan hanya melihat luarannya sahaja tanpa mengkaji dan mencari? Lagi sekali aku ingatkan, Felixia Yeap masih belum beragama Islam ketika aku menulis ini.

Apa niat Felixia Yeap?
Mesti soalan ini juga bermain difikiran anda. Sama seperti aku. Cuma setelah berfikir lama, aku teringat kata-kata Wani Ardy ketika di Eksotikata yang bermaksud lebih kurang macam ni, "Hati aku, adalah hatiku. Hanya aku dan Tuhan yang tahu bukan kamu." Maafkan aku Wani Ardy jika tak betul pemahaman aku. Jadi, kita tak tahu apa disebalik niat di hati Felixia Yeap ini mengenakan hijab. Yang penting, kita harus bimbing dia bukan keji. 

Lagi pun, siapa kita untuk hukum Felixia Yeap ini. Kita bukan Tuhan. Malah diri kita dengan Tuhan pun tak elok, inikan pula kita nak jadi Tuhan untuk hukum Felixia Yeap ini?

Usaha, doa & tawakal.
Jika niat kita ikhlas nak bantu Felixia Yeap ini untuk faham Islam, jangan sesekali kita keji dia. Kita berusaha untuk bimbing dia ke jalan yang benar. Kita doakan dia mendapat hidayah dari Nya. Setelah itu, kita tawakal je kepada Nya kerana semuanya telah di tentukan oleh Nya. 

Aku sedar yang aku ini bukanlah arif pasal agama dan hukum hakam. Cuma, atas dasar kemanusiaan sesama insan, aku rasa aku perlu berkongsi apa yang berada di dalam fikiranku ini. Jika ada salah dan silap, sila tegur aku. Aku insan yang sentiasa dalam proses pembelajaran. 

Aku beri contoh apabila kita hendak membeli buah durian atau lain-lain buah buahan. Sukar untuk kita jangka kan adakah buah yang hendak dibeli sedap atau tidak kerana isinya tersembunyi disebalik kulit buah itu. Jadi, kita perlu cari dengan cara menghidu, merasa, dan pelbagai cara lagi. Adakalanya, kita tetap tersalah pilih buah yang tak sedap walaupun kita telah cuba menghidu. Kenapa? Sebab kita perlu sentiasa mencari dan dalam proses pencarian itu, pasti berlaku kesilapan. 

Thursday, December 12, 2013

Review - Kolumpo

Hari ini, genap seminggu filem Kolumpo ditayangkan di pawagam seluruh negara. Mungkin promosi filem Kolumpo ini tak sehebat filem KL Gangster 2, Thor : The Dark World, The Hunger Games : Catching Fire, Frozen dan lain-lain lagi filem yang dah confirm box office hasil daripada kehebatan marketing yang dibuat. Namun, isi dan message yang hendak disampaikan oleh filem-filem yang begitu gah ini belum tentu hebatnya. Mungkin dari segi CGI, pelakon, audio dan teknik penggambaran, memang tidak dapat dinafikan kehebatannya kerana penerbit mempunyai modal yang besar.

Ok, aku bukanlah pakar dalam industri perfileman, dan aku juga bukanlah pengkritik yang bertauliah. Aku cuma seorang individu yang gemar menonton filem di pawagam dan mencari filem-filem yang dapat memberi impak di dalam kehidupan aku. 


Pandangan aku secara peribadi untuk filem Kolumpo.

REALITY KEHIDUPAN

Daripada kita sibuk menonton rancangan realiti TV yang belum tentu 'realiti' diri individu yang terlibat dalam rancangan tersebut, lebih baik anda menonton Kolumpo kerana ini adalah realiti sebenar kehidupan masyarakat di Kolumpo ini. Terdapat 3 kisah di dalam filem Kolumpo ini. 

PERTAMA 
Kisah pekerja asing dari India yang datang ke Kolumpo untuk bekerja sebagai Graphic Designer tetapi syarikat tersebut telah ditutup menyebabkan pekerja dari India itu terpaksa mencari kerja lain bagi meneruskan hidupnya di Kolumpo.

KEDUA
 Kisah seorang gadis yang sudah meningkat usianya tetapi masih belum berkahwin. Ibu gadis tersebut sangat risaukan anak gadisnya itu. Beliau sering menelefon anaknya tetapi anak gadis itu tidak menjawab panggilan telefon daripada ibunya itu. Pada suatu hari, gadis tersebut telah berjumpa dengan seorang makcik tua yang ingin pulang ke rumahnya. Saksikan apa yang berlaku disepanjang perjalanan gadis untuk menghantar makcik tua itu.

KETIGA
Kisah seorang anak muda yang belum pernah bercinta yang telah berjumpa dengan seorang gadis, Siti Nur Hayy yang comel dari segi rupa dan perwatakannya. Saksikan apa yang berlaku disepanjang perkenalan mereka berdua yang tidak pernah kenal di antara satu dengan yang lain.

NASIHAT

Banyak nasihat yang hendak disampaikan oleh pengarah filem ini. 

PERTAMA
Di antaranya adalah supaya kita tidak menipu bangsa asing yang datang ke negara kita. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka kerana anda adalah imej negara kita. Selain daripada itu, banyak skrip yang disampaikan boleh dijadikan iktibar seperti kata-kata yang disampaikan oleh Sofi Jikan berkenaan dengan kuasa dan kekuatan.

KEDUA
Janganlah kita mengabaikan orang tua kita. Sesungguhnya, apabila mereka berleter, itu bukan beerti mereka tidak sayangkan kita tetapi mereka sangat mengambil berat tentang diri kita. Selain itu, kita hendaklah sentiasa membantu di antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama. 

KETIGA
Janganlah kita cepat 'judge' seseorang itu tanpa kita mengenal siapa diri mereka. Setiap yang berlaku pada individu itu, pasti ada penyebabnya. Cuba kita mendekati mereka yang bermasalah ini, dan bimbing mereka ke jalan yang benar. 

SEMANGAT MAJMUK

Filem ini adalah filem masyarakat pelbagai bangsa yang terbaik setakat ini yang pernah aku tonton. Mungkin ada lagi filem-filem yang lain tetapi aku terlepas pandang. Seharusnya, pengarah filem di Malaysia lebih banyak mengarahkan filem-filem seperti ini dengan skrip yang kuat supaya memberi impak yang baik kepada kehidupan masyarakat di Malaysia ini.

Seperti yang aku katakan pada mula-mula tadi. aku bukanlah pakar dalam industri perfileman, dan aku juga bukanlah pengkritik yang bertauliah. Aku review berdasarkan apa yang aku tonton dan apa yang aku faham dari perspektif aku. Mungkin anda mempunyai pandangan yang berbeza. Banyak lagi pandangan-pandangan lain yang anda boleh lihat. Anda hanya perlu rajin sikit untuk menari. Di antaranya adalah dengan menggunakan search engine Google ataupun #Kolumpo di twitter. 

Next time, aku akan cerita Zine yang baru aku habis baca iaitu Gelanggang Filem. Memang best! Anda harus memilikinya supaya anda nampak apa yang berlaku di dalam industri perfileman di negara kita.

Monday, December 9, 2013

Budget Travel - Singapore 1st day (Check-In)


Kali ini adalah sambungan dari Budget Travel - Singapore 1st day. Gambar di atas adalah bagi menunjukkan lokasi di mana aku menginap ketika berada di Singapura dan tiada kena-mengena dengan model berbaju merah dan kereta Mercedes itu iaitu dari 24 hingga 26 Disember 2012 di Rucksack Inn @ Temple Street. Terima kasih kepada model berbaju merah itu kerana beliau telah menempah tempat penginapan menerusi Groupon yang ketika itu memberikan tawaran istimewa kepada kami. Aku tak ingat berapa harga tiket tersebut tetapi memang murah la untuk 3 hari 2 malam dan kalau tak silap aku tak lebih dari RM 100.


Ini adalah first time aku menginap di penginapan backpack. Aku cadangkan kepada yang nak menginap di backpack, Rucksack Inn adalah pilihan terbaik. (Padahal ni la satu backpack yang pernah aku try. Kah Kah Kah) Sebab apa aku kata terbaik? 

BERSIH DAN KEMAS


Seperti apa yang anda lihat kat dalam gambar tu, seperti itulah juga keadaan katil tu selepas anda pulang dari berjalan keluar dari Rucksack Inn ini. Sentiasa kemas walaupun anda telah sepahkan. Walaubagaimana pun, keadaan bilik agak sempit iaitu memuatkan sebanyak 2 katil doubledacker untuk sebuah bilik yang biasanya hanya memuatkan sebuah sahaja. Tapi bukan salah bilik kerana konsep backpack, bilik adalah sebuah tempat yang hanya untuk anda merehatkan diri seketika sahaja. Terdapat locker berkunci di luar bilik bagi menyimpan harta benda anda yang berharga.

Keadaan bilik mandinya juga bersih dan kemas. Gambar tidak dapat dibekalkan kerana aku segan nak jadi jakun. Anda juga dikehendaki membuka kasut ataupun sarung kaki sebaik sahaja anda menjejakkan kaki ke dalam Rucksack Inn ini. Keadaan tempat kasutnya juga tersusun rapi.

KEMUDAHAN YANG LENGKAP


Apa yang paling penting ketika anda travel adalah maps. Dengan zaman yang semakin canggih ini, anda mungkin sudah tidak menggunakan maps yang menggunakan hardcopy tetapi anda lebih mengenali Google Maps. Jadi, internet connection adalah sangat penting untuk anda access Google Maps ini. Di Rucksack Inn, mereka telah menyediakan 3 buah Mac komputer untuk anda mencari maklumat di internet. 

Terdapat juga DVD player, novel, dan Xbox di ruang tamu untuk anda mengisi masa lapang apabila anda penat berjalan. Rucksack Inn ini juga menyediakan breakfast percuma. Mereka menyediakan 'roti buku' berserta 'perencah' untuk roti seperti mentega, peanut butter. Anda boleh menyediakan breakfast itu sendiri mengikut keperluan perut anda.

BERHAMPIRAN DENGAN MRT STATION

Disamping itu, Rucksack Inn @ Temple Street ini juga sangat hampir dengan Chinatown MRT Station bagi memudahkan anda sebagai backpacker untuk bergerak menggunakan public transport. Di Chinatown itu sendiri pula mempunyai banyak kedai cenderamata yang murah harganya seperti di Petaling Street.


Setakat ini dulu cerita untuk Rucksack Inn. Seterusnya, aku akan meneruskan kisah perjalanan aku di Singapura pada posting yang akan datang. To be continue ..................

Sunday, December 8, 2013

Budget Travel - Singapore 1st day


Dari gambar di atas, mungkin ramai yang boleh tahu di manakah lokasi gambar ini diambil. Bagi yang masih belum tahu, sila tengok tajuk. Ya, gambar ini diambil di negara Singapura. Dah hampir setahun gambar ni aku ambil, baru hari ini tergerak hati untuk aku ceritakan perjalanan aku ke negara Singapura. 

DARI MALAYSIA



Actually, ini adalah first time aku backpack ke negara orang with my best friend, Nasa dengan menaiki bas. Dari rumah aku, naik LRT, ke KL Sentral dan naik bas ke Singapura. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kami menaiki bas malam dan tiba di Singapura pada Subuh sekitar jam 6 pagi. Aku berbekalkan wang sebanyak 350 SGD iaitu sebanyak lebih kurang RM 900 bagi tujuan, penginapan, makan minum, pengangkutan dan lain-lain. Berkenaan immigration, anda tidak perlu risau kerana anda hanya perlu turun dari bas sebentar di sempadan untuk melalui prosedur immigration yang tidak mengambil masa yang lama.

DI SINGAPURA

Bas kami tiba di Singapura dan berhenti di Beach Road, berhampiran dengan Park Royal Hotel. Tiba di Singapura, perkara yang pertama kami cari adalah WiFi connection untuk melihat lokasi kamu di maps tapi agak mengecewakan kerana tiada. Walaubagaimana pun, kami menggunakan pepatah Melayu, "Malu bertanya, sesat jalan". Jadi, kami bertanyakan pekerja di kedai 24 jam (7 eleven) kalau tak silap aku, bagaimana untuk ke MRT station terhampir. My first impression about Singapore ialah selamat. Kenapa aku rasa begitu? Kerana walaupun di Subuh hari yang gelap, kedai 24 jam itu hanya membiarkan barang-barang perniagaannya di luar kedai tanpa dipantau barang-barang tersebut. 


Ok, bila tiba di MRT Station, apa yang perlu anda cari adalah EZ-Link card. EZ-Link card ni lebih kurang macam Toch n Go la kalau di Malaysia. Jadi, ia memudahkan anda untuk menggunakan public transport di Singapura. 


First tempat yang kami lawati di Subuh hari adalah The Shoppes at Marina Bay Sand. Tempat ni lebih kurang Suria KLCC la iaitu shopping mall yang bersebelahan dengan tallest building di Singapura. Masuk dalam mall tersebut, banyak la branded boutique yang masih belum buka sebab baru sekitar jam 7 pagi. Kami berjalan kaki melalui Olympic Walk, iaitu tempat orang jogging dan menikmati pemandangan sungai dan bangunan-bangunan pencakar langit Singapura di sekitar Marina Bay. 


Seterusnya, kami berjalan melalui Art Science Museum dan LV Boutique yang 'terapung' di atas air, ala-ala masjid terapung. Tempat-tempat ni semuanya betul-betul sebelah dengan Marina Bay Sand je.


Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Garden by the Bay dan bergambar dengan pokok-pokok buatan manusia. Member aku betul-betul nak ke sini sebab tempat ni pernah masuk dalam Discovery Channel cerita tentang bagaimana pokok ini dibuat.


Kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Merlion iaitu mercu tanda negara Singapura. Dalam perjalanan ke Merlion, kami telah melalui jambatan yang dinamakan The Helix Bridge. Aku sangat kagum dengan seni reka jambatan tersebut. Bila malam, jambatan ini kelihatan lebih menarik kerana cahaya yang dipancarkan dari jambatan tersebut. Seterusnya kami melalui Marina Bay Floating Stadium, dan Esplanade iaitu performance arts venue.



Dan akhirnya kami tiba di Merlion, iaitu mercu tanda negara Singapura. Masa ketika tiba di Merlion ni, kaki pun dah lenguh-lenguh sebab dah lama tak berjalan kaki sejauh ni. Nanti, korang akan lihat perbezaan kawasan ni pada waktu malam pula. To be continue .................