Showing posts with label TV Series. Show all posts
Showing posts with label TV Series. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Running Man, Korea variety show


Buat masa sekarang ni, variety show terbaik untuk aku adalah Running Man. Actually dah agak lama dah aku layan Running Man ni, tu pun disebabkan suggestion adik aku. At first rasa macam biasa-biasa je. Macam biasala, setiap movies, series, tak kira english movies ke, malay movies ke, mesti ada sebab utama untuk kita tonton. Sebab utama sesuatu movie itu ditonton adalah pelakon movie tersebut. Tipu la kalau cakap pelakon bukan sebab utama sesuatu movie itu jadi Box Office.

Sebagai contoh, masa zaman Yusof Haslam dulu, kenapa ramai orang menonton filem Sembilu yang dibintangi oleh Awie dan Erra Fazira? Mungkin ketika zaman itu, Awie adalah pelakon lelaki yang paling macho kat Malaysia ni dan Erra pula adalah bekas Ratu Cantik Malaysia. Kalau disebabkan jalan cerita? Mungkin 30% la kot. Ini semua adalah andaian aku sahaja. Bukan ada fact pun. 

Contoh untuk filem english pula adalah Twilight. Agak-agaknya la, kalau pelakon filem tersebut bukan dibintangi oleh Robert Pattinson dan Kristen Stewart, boleh Box Office ke movie tu? Mungkin yang akan tengok cerita tu adalah mereka yang follow novel tersebut sahaja. 

Apa yang aku nak sampaikan di atas adalah, sebab pertama aku meminati Running Man adalah Song Ji Hyo. (Nak tahu lagi detail, sila Google) Disebabkan kecomelan Ji Hyo ni membuatkan aku tertarik untuk menonton variety show ini. Setelah mengikuti beberapa episode Running Man ini, aku semakin tertarik disebabkan watak-watak di dalam Running Man ini sangat kelakar dan setiap peserta variety show ini mempuyai character masing-masing. Kalau tak silap aku, aku start follow Running Man ni bermula episode 50 something. Lepas tu terus tengok balik yang episode previously. Yang latest adalah episode 97, dan guest untuk episode ini adalah Park Ji Sung. (Manchester United player) 

Running Man adalah sebuah variety show dari South Korea yang dibintangi oleh :
1. Yoo Jeasuk (Yoo-ruce Willis / Grasshopper)
2. Gary (Gae-colas Cage / Monday Boyfriend)
3. Ha-ha (Ha-roro / Ha-rad Pitt / Penguin)
4. Ji Suk Jin (Big Nose Older Brother / Impala)
5. Kim Jong Kook (Commander / Tiger)
6. Lee Kwang Soo (Kwang-Potter / Giraffe)
7. Song Ji Hyo (Mong Ji Hyo / Ace / Miss Mong / Bad Ji Hyo / Monday Girlfriend) 

Ini adalah pelakon-pelakon tetap untuk Running Man dan selalunya mereka akan menjemput guest artist untuk menjadikan variety show ini semakin menarik. Setiap pelakon di atas mempunyai gelaran-gelaran seperti di dalam kurungan. Gelaran-gelaran tersebut menunjukkan character-character mereka. 


Setiap episode Running Man ini akan mempunyai misi-misi yang berbeza-beza dan setiap episode, misi terakhir mereka adalah untuk mencabut tag nama bagi setiap peserta. Apa yang membuatkan Running Man lebih menarik daripada Survival, Amazing Race, dan lain-lain lagi adalah Running Man menjadikan setiap misi mereka adalah unpredictable, kelakar, dan creative. Walaupun misi mereka agak simple tetapi misi-misi tersebut sangat mencabar dan boleh dijadikan idea untuk kita gunakan pada family day. 

Begitulah serba sedikit tentang hobby aku buat ketika ini iaitu menonton Running Man. Untuk maklumat lanjut berkaitan Running Man, anda boleh baca di Wiki Running Man. Untuk menonton Running Man secara online, sila click di KShowNow.

Wednesday, February 8, 2012

IRIS


Mungkin ramai yang masih belum menonton Korea TV Series bertajuk IRIS walaupun drama ini telah lama ditayangkan di Korea iaitu pada 14 Oktober 2009. Actually aku pun baru juga menghabiskan 20 episode drama korea ini sehingga menyebabkan aku tak sempat nak buat kerja lain. Selalunya bila dengar je cerita Korea, mesti dalam kepala otak kita, '.......ni mesti cerita cinta-cinta.', '...ni mesti cerita sedih, jiwang-jiwang.', takpun, '.......ni mesti cerita romentik komedi.' 


Tapi untuk pengetahuan korang, IRIS merupakan satu drama Korea yang agak berat, dan drama ini tidak mustahil menceritakan apa sebenarnya yang berlaku di Korea Selatan & Korea Utara. Drama ini membuatkan anda berfikir adakah perkara ini juga berlaku di setiap negara dalam dunia ini? Ianya adalah tidak mustahil. Aku bukanlah peminat drama Korea ini, disebabkan ceritanya yang banyak episode, membuatkan aku malas nak tengok. Tapi setelah menonton cerita IRIS yang dari mula episode sehingga ke akhir episode, aku menjadi sentiasa nak tengok apa yang berlaku di episode seterusnya kerana setiap episode penuh dengan aksi dan membuatkan aku berfikir.

Secara ringkasnya, IRIS menceritakan bagaimana dengan teknologi nuklear ini dapat menjalinkan hubungan baik diplomatik di antara Korea Utara dan Korea Selatan. Walaubagaimana pun, dalam proses merapatkan hubungan diplomatik ini, terdapat pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Pihak ketiga ini terdiri daripada orang-orang yang terlibat dalam proses menjalinkan hubungan diplomatik ini sehinggakan tiada siapa di dalam organisasi ini boleh dipercayai. Untuk ketahui kisah seterusnya, sila tonton.

Apakah yang aku dapat daripada menonton drama ini? 

1. Daripada drama ini, aku dapati, dalam sesuatu organisasi, seorang ketua perlu membuat keputusan sendiri kerana setiap orang dikeliling ketua itu, pasti akan memberikan pandangan bagi kepentingan diri sendiri. Bagi orang yang beragama Islam, mereka perlulah membuat solat Istiqarah dalam membuat sesuatu keputusan itu. 

2. Tidak mustahil terdapat pihak ketiga yang akan mengambil kesempatan ke atas negara kita sekiranya kita meminta bantuan daripada negara lain. Jadi, aku berharap supaya tidak kira parti mana pun yang memerintah di negara kita ini, janganlah kita meminta bantuan daripada negara lain kerana setiap pertolongan yang diberikan dari negara lain sudah pasti akan ada agenda mereka tersendiri.

3. Dalam sesuatu organisasi terutamanya politik, jangan sesekali kita percaya 100% kepada seseorang itu kerana setiap individu itu pasti aku memihak kepada yang memberikan keuntungan kepada mereka.

Aku rasa sudah tiba masanya karyawan-karyawan di negara kita membuat filem-filem seperti ini bagi mendidik rakyat di Malaysia supaya berfikir apa kebarangkalian yang akan berlaku di negara kita. Aku selalu terfikir, kenapa kita sangat suka cerita yang berunsurkan cinta, hantu, seks, gossip dan yang tidak perlu berfikir. Ditambah pula dengan pelakon yang handsome, cun, kacak, ayu. Mungkin cerita sebegini ringan dan tidak memenatkan jadi ia akan menjadi tarikan kepada semua orang. Tapi tidakkah cerita sebegini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kita? Mungkin arwah Yasmin Ahmad banyak menghasilkan filem-filem yang berkualiti tetapi kurang mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Tapi sekiranya filem-filem yang hendak ditayangkan dipawagam ditapis kualitinya sebelum ditayangkan, dan hanya filem yang berkualiti sahaja dibenarkan untuk ditayangkan, adakah kita akan tetap menonton filem-filem berkualiti ini? Sudah pasti! Ini kerana jika rakyat kita didik dengan filem-filem yang berkualiti, pemikiran mereka juga akan berkualiti dan tidak hanya tertumpu kepada cinta, seks, hantu sahaja. 

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan aku kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Tapi pada pandangan aku, sudah tiba masanya karyawan negara kita menghasilkan filem yang berkualiti seperti IRIS ini bagi memupuk pemikiran rakyat yang matang. Kesinambungan kisah IRIS ini adalah Athena : Goddess of War.


Wednesday, February 1, 2012

Who is Gossip Girl? XOXO!

Actually aku dah agak lama tak menonton TV series Gossip Girl ini tapi disebabkan last night, my younger sister told me that real gossip girl finally been revealed, so aku pun decide untuk tulis sikit review pasal Gossip Girl ini. Aku menonton TV series ini pun disebabkan awek-awek nya yang agak hot-hot semuanya. Kalau jalan cerita sebenarnya tak la best sangat.

Bila aku check, rupanya Gossip Girl ini dah 100th episode. Kejap betul. Nasib baiklah aku tak follow Gossip Girl ini. Oklah, berbalik kepada review untuk episode 100 ini. Apa yang menarik dalam episode 100 ini.

1st 
Mak Blair, Eleanor minta supaya Chuck Bass menghentikan perkahwinan anaknya Blair kerana Eleanor dapat rasakan itu adalah yang terbaik untuk Blair.

2nd
Apa yang lebih menarik adalah, Dan Humphrey yang telah menyelamatkan Blair setelah Blair mendapati perkahwinan mereka adalah lebih kepada urusan perniagaan.

3rd
XOXO, Georgina? "You know you love me, XOXO, Gossip Girl." 

Kepada followers Gossip Girl, bolehlah terus mengikuti TV series ini. Enjoy your series. 

Wednesday, July 2, 2008

Latest Movie I Watch..

Bosan asyik tengok TV kat umah, balik2 berita pasal politic yang tak penah habis. Balik2 cerita sama je. Lepas tu petang2, macam biasa la. Balik kerja, layan cerita Ezora yang agak tak tau bila nak abes & tak tau la berapa banyak pusing2 cerita tu. Tapi aku layan gak sebab dah tak tau nak buat apa sejak minyak naik harga ni. Hehe!


So, nak kata aku lama tak tengok wayang, baru je pun. Hehe! Tapi disebabkan ahad lepas aku bosan tahap cipan, aku pun pergi ke Plaza Low Yat nak usha harga external hardisk untuk member aku. Naik motor beb! Jimat minyak & takde la nak bersesak kat KL tu. Balik dari Low Yat, aku pun rasa macam awal lagi. Disebabkan bestfriend aku bgtau cerita Wanted tu best, so aku pun dengan bosannya membawa diri ke KLCC (tempat yang aku agak tak minat nak pergi) sebab nak tengok wayang.


Fuh!!dah lama aku tak tengok movie yang gempak2, finally..... Wanted!Memang best la! Story line, bagi aku agak mengarut sikit but action memang gempak. Dah lama gak la aku tak tengok movie yang macam ni. So aku rasa tak rugi kalau korang pergi tengok walaupun agak tidak menyokong filem tempatan tapi sometime, kalau aku tengok movie tempatan yang best, for sure aku akan promote cerita tu. Dulu aku memang promote gila2 la kat kawan2 aku suruh tengok cerita Sumolah. Sebab bagi aku memang cerita Aflin Shauki memang ada quality. Diharap, industri perfileman Malaysia, dapat menganggap filem asing ni sebagai cabaran untuk industri perfileman kita memberikan dan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk bersaing dengan filem asing.



Monday, August 13, 2007

Prison Break Season 3

Finally, latest season Prison Break will on air on 17th September 2007. 'Orientacion' is the title for the 1st episode on season 3. Who is the new actor & actress?? Just wait and see. Hehe! What happen to Micheal, T-Bag & Sucre?? Can they survive with their problem??

Below are some new character on this series. The new female character is Jodi Lyn O'Keefe.She will be playing as operative for the Company. It is rumored to possibly be a love interest for Lincoln. Her character also who is Micheal's equivalent intelligence.



The others characters are Chris Vance & Robert Wisdom. Both also the important characters for the prisoner in Panama.

The others characters, just wait until 17th September 2007. Haha!

Friday, April 6, 2007

Cinema! Cinema! Cinema!


Latest movie aku tengok baru-baru ni, Mr Bean. Best gak la cite ni kalau nak compare dengan yg 1st, I think Mr Bean's Holiday ni better. Story line dia simple je. Pasal Mr Bean ni dapat free tiket, then on the way dia nak pergi sana, dia ada jumpa sorang budak kecik ni yang terpisah dengan bapak dia sebab Mr Bean ni. Start masa ni cite dia memang lawak la. At 1st slow gak la cite dia. So aku rasa tak rugi kalau korang nak pergi tengok.

Last Monday lak, no 1 tv series, PRISON BREAK SEASON 2 finale. Huhu! Kena tunggu 3rd season lak jawabnya. Huh! But ending untuk season 2 ni best la sebab suspend. But aku sedih gak la sebab kalau before this, aku semangat download cite ni sebab nak bagi kat orang tapi.... Ermm.. Biar la rahsia :p Siapa-siapa yang nak copy Prison Break Season 2 ni bagitau la ek. Aku dah siap burn dalam DVD.

Skang ni aku tengah layan Grey's Anatomy. Memang best cite dia. Haha! Tapi aku baru layan 1st season baru. Tak sempat nak layan, banyak keje. HEHE! Cite dia pasal doktor-doktor kat hospital ni ada scandal dengan doktor-doktor pelatih diorang. Jalan cite dia simple je but quite interesting. This week aku ingat nak abes kan sampai 2nd season. hehe! Maklum la, cuti sampai Isnin. Sangap la jawabnya. Aku layan Grey's Anatomy ni pun sebab ada orang bagi aku pinjam DVD, pastu layan sikit best pulak. Ntah bila la aku boleh pulangkan DVD dia ni.

Lagi 2 hari ada orang genap 24 tahun. Siapa la agaknya. Huhu! Kalau nak senarai kan memang ramai la. Tapi yang aku tau sorang je :p Baru-baru ni birthday akak aku. 3 March. Bila la dia nak kahwin?? Bila la aku nak dapat anak buah?? Bila?? huhu! member-member aku siap dah ada anak sendiri dah. Aku ni anak buah pun takda. Sedih tul. Huhu! Happy belated Birthday to my sister. May Allah bless u. 11hb lak, birthday bapak aku. Huhu! Ramainya la birthday this month. Aku doakan semua yang birthday bulan ni dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur.


Thursday, March 22, 2007

TV Series


Prison Break, Heroes, Lost, Smallville, House and Grey's Anatomy are the most popular tv shows. Sebut je one of the series tu, mesti orang akan tau la. Actually banyak lagi la tv series yang lain but this is some of them. Kat US pun sekarang ni memang cerita-cerita tu la yang paling top.

For me, Prison Break is the best series yang pernah aku tengok. Aku start minat tv series ni pun sebab aku tengok cite prison break ni la. Sekarang ni dah season 2 & 2 more episodes for season 2. Tak tau la kalau ada sambungan lagi.

Sekarang ni ada banyak cara kalau siapa-siapa yang baru nak layan tv series ni yang malas nak download, korang boleh tengok kat website ni Peekvid. Bagi aku, kalau korang nak start layan, my suggestion tengok la cite prison break. Memang masyok!! hehe!!