Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Wednesday, February 26, 2014

Review - Cuak

(Gambar dari garangpictures.com)

Mungkin aku agak terlewat untuk buat review pasal filem Cuak ni. Tapi bukan ada orang kisah pun sebab aku bukannya pengkritik bertauliah seperti yang dikehendaki oleh salah seorang penerbit di negara kita untuk mendapatkan pandangan dan kritikan. Aku hanyalah penonton dan penyokong filem negara kita yang menarik. Ulasan aku sekadar apa yang aku faham, dapat, lihat dan tersemat di dalam hati aku setelah menonton filem yang aku ulas ini. 

Aku telah menonton filem Cuak ini pada Sabtu lepas di TGV Wangsa Walk disebabkan waktu dan tempat tayangan untuk filem ini sangat terhad. Jadi, setelah membaca komen-komen di Twitter yang aku rasakan adalah pencinta filem negara Malaysia ini, jadi tanpa membuang masa, aku terus cari ke pawagam untuk mencari tiket. 

Seperti yang aku jangkakan, filem Cuak mempunyai persamaan dengan filem Kolumpo iaitu apabila aku tiba di pawagam, hanya aku dan 3 pasang couple sahaja yang berada di dalam pawagam tersebut. Sangat menduka citakan! Apa boleh buat, rakyat di negara kita lebih gemarkan filem yang dibarisi oleh pelakon yang sudah terkenal dan cerita yang 'ringan'. Sebab itulah penerbit yang berjaya adalah penerbit yang menerbitkan filem mengikut citarasa penonton tanpa memikirkan karya yang dihasilkan. Sungguh mengecewakan!

Pada pandangan aku, Cuak adalah filem yang sangat berkualiti untuk ditonton oleh masyarakat di negara kita kerana ia mengisahkan masyarakat yang berbilang bangsa. Tahniah buat kelima-lima pengarah tersebut. 

Cuak mengisahkan satu pasangan campur (berbangsa Melayu dan Cina) yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka. Dalam perjalanan hendak melangsungkan perkahwinan tersebut, bermula la kisah flashback di antara Adam (pengantin lelaki) dan Brenda (pengantin perempuan). Di antara perkara-perkara penting yang berlaku disepanjang flashback tersebut yang masih berada di dalam ingatan aku adalah :

Pandangan rakan-rakan Adam berkenaan perkahwinan.
- Setiap rakan-rakan Adam mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan dengan perkahwinan. Jadi, terpulang kepada anda untuk menilai setiap pandangan yang diberikan.

Pertengkaran Adam dan Brenda berkenaan isu laungan Azan di Penang.
- Aku sangat suka scene ini dan kaedah penyampaiannya kerana seperti apa yang berlaku, Adam memberikan pendapat kenapa dia menyokong supaya laungan Azan tidak dibenarkan di Penang sedangkan Brenda sebaliknya. Aku terus muhasabah diri aku ini jika perkara ini benar-benar berlaku. Brenda yang baru mempelajari Islam sangat bersungguh-sungguh memahami Islam sedangkan Adam yang lahir-lahir telah Islam tetapi sangat tidak mengambil berat tentang Islam.

Ujian-ujian yang diberikan oleh ayah Brenda.
- Scene ini pula ada yang kelakar dan ada yang serious. Di antara message yang mungkin hendak disampaikan oleh pengarah adalah supaya kita jangan cepat berperasangka buruk ke atas seseorang itu. Kita juga perlu bertolak ansur di antara satu dengan lain.

Abang tiri Adam yang psiko.
- Paling aku suka tentang pelakon Adam dan Brenda ini adalah part Adam yang berada dipangkuan Brenda menunggu saat ditembak oleh psiko. Scene ini aku tak dapat lupa sebab mimik muka dan penghayatan kedua-dua pelakon sangat real!

Itu adalah di antara scene-scene yang aku ingat sampai harini walaupun dah beberapa hari aku tengok. Sebenarnya selama lebih kurang 2 jam waktu tayangan, boleh dikatakan setiap minit sangat bermakna dalam filem Cuak ini. Aku rasa sangat berbaloi menonton filem Cuak ini. Terima kasih untuk pengarah-pengarah filem Cuak ini untuk suatu filem yang sangat berkualiti. Tahniah juga kepada para pelakon yang tidak berapa nak ramai tapi berjaya mempersembahkan lakonan yang mantap dan penuh penghayatan.

Kepada yang masih belum menonton filem ini, cubalah cari lagi jika masih berada di pawagam. Kalau dah tiada, cubalah cari DVD yang original nanti. Support filem yang berkualiti bagi memastikan mereka ini dapat teruskan berkarya. 

Thursday, December 12, 2013

Review - Kolumpo

Hari ini, genap seminggu filem Kolumpo ditayangkan di pawagam seluruh negara. Mungkin promosi filem Kolumpo ini tak sehebat filem KL Gangster 2, Thor : The Dark World, The Hunger Games : Catching Fire, Frozen dan lain-lain lagi filem yang dah confirm box office hasil daripada kehebatan marketing yang dibuat. Namun, isi dan message yang hendak disampaikan oleh filem-filem yang begitu gah ini belum tentu hebatnya. Mungkin dari segi CGI, pelakon, audio dan teknik penggambaran, memang tidak dapat dinafikan kehebatannya kerana penerbit mempunyai modal yang besar.

Ok, aku bukanlah pakar dalam industri perfileman, dan aku juga bukanlah pengkritik yang bertauliah. Aku cuma seorang individu yang gemar menonton filem di pawagam dan mencari filem-filem yang dapat memberi impak di dalam kehidupan aku. 


Pandangan aku secara peribadi untuk filem Kolumpo.

REALITY KEHIDUPAN

Daripada kita sibuk menonton rancangan realiti TV yang belum tentu 'realiti' diri individu yang terlibat dalam rancangan tersebut, lebih baik anda menonton Kolumpo kerana ini adalah realiti sebenar kehidupan masyarakat di Kolumpo ini. Terdapat 3 kisah di dalam filem Kolumpo ini. 

PERTAMA 
Kisah pekerja asing dari India yang datang ke Kolumpo untuk bekerja sebagai Graphic Designer tetapi syarikat tersebut telah ditutup menyebabkan pekerja dari India itu terpaksa mencari kerja lain bagi meneruskan hidupnya di Kolumpo.

KEDUA
 Kisah seorang gadis yang sudah meningkat usianya tetapi masih belum berkahwin. Ibu gadis tersebut sangat risaukan anak gadisnya itu. Beliau sering menelefon anaknya tetapi anak gadis itu tidak menjawab panggilan telefon daripada ibunya itu. Pada suatu hari, gadis tersebut telah berjumpa dengan seorang makcik tua yang ingin pulang ke rumahnya. Saksikan apa yang berlaku disepanjang perjalanan gadis untuk menghantar makcik tua itu.

KETIGA
Kisah seorang anak muda yang belum pernah bercinta yang telah berjumpa dengan seorang gadis, Siti Nur Hayy yang comel dari segi rupa dan perwatakannya. Saksikan apa yang berlaku disepanjang perkenalan mereka berdua yang tidak pernah kenal di antara satu dengan yang lain.

NASIHAT

Banyak nasihat yang hendak disampaikan oleh pengarah filem ini. 

PERTAMA
Di antaranya adalah supaya kita tidak menipu bangsa asing yang datang ke negara kita. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka kerana anda adalah imej negara kita. Selain daripada itu, banyak skrip yang disampaikan boleh dijadikan iktibar seperti kata-kata yang disampaikan oleh Sofi Jikan berkenaan dengan kuasa dan kekuatan.

KEDUA
Janganlah kita mengabaikan orang tua kita. Sesungguhnya, apabila mereka berleter, itu bukan beerti mereka tidak sayangkan kita tetapi mereka sangat mengambil berat tentang diri kita. Selain itu, kita hendaklah sentiasa membantu di antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama. 

KETIGA
Janganlah kita cepat 'judge' seseorang itu tanpa kita mengenal siapa diri mereka. Setiap yang berlaku pada individu itu, pasti ada penyebabnya. Cuba kita mendekati mereka yang bermasalah ini, dan bimbing mereka ke jalan yang benar. 

SEMANGAT MAJMUK

Filem ini adalah filem masyarakat pelbagai bangsa yang terbaik setakat ini yang pernah aku tonton. Mungkin ada lagi filem-filem yang lain tetapi aku terlepas pandang. Seharusnya, pengarah filem di Malaysia lebih banyak mengarahkan filem-filem seperti ini dengan skrip yang kuat supaya memberi impak yang baik kepada kehidupan masyarakat di Malaysia ini.

Seperti yang aku katakan pada mula-mula tadi. aku bukanlah pakar dalam industri perfileman, dan aku juga bukanlah pengkritik yang bertauliah. Aku review berdasarkan apa yang aku tonton dan apa yang aku faham dari perspektif aku. Mungkin anda mempunyai pandangan yang berbeza. Banyak lagi pandangan-pandangan lain yang anda boleh lihat. Anda hanya perlu rajin sikit untuk menari. Di antaranya adalah dengan menggunakan search engine Google ataupun #Kolumpo di twitter. 

Next time, aku akan cerita Zine yang baru aku habis baca iaitu Gelanggang Filem. Memang best! Anda harus memilikinya supaya anda nampak apa yang berlaku di dalam industri perfileman di negara kita.

Wednesday, August 28, 2013

Review - Elysium

Perh.. Tajuk review tu macam la aku ni pengkritik yang bertauliah. Haha! Tak mau tulis panjang, just short review. Pada aku Elysium ni average la. 

PELAKON 

Barisan pelakon memang dah mantap terutama gantingan pelakon muda (Matt Damon) dan pelakon senior (Jodie Foster). Lepas tu ada pelakon yang tak berapa aku nak kenal, agak comel (Alice Braga) untuk menarik minat aku tengok movie ni sampai habis.

STORY LINE

Simple. Mengisahkan dunia yang semakin musnah akibat pertambahan penduduk yang tidak dapat dikawal. Golongan kaya telah berpindah ke Elysium (bumi yang dicipta oleh manusia) bagi menyelamatkan diri mereka daripada pencemaran bumi. Di Elysium, telah dicipta mesin yang dapat menyembuhkan manusia daripada segala penyakit. Jadi, manusia dibumi yang hidup dalam kemiskinan dan berpenyakit cuba untuk ke Elysium bagi menyembuhkan penyakit mereka. Nak tahu seterusnya, pergi tonton sendiri.

PERKARA YANG HENDAK DISAMPAIKAN

Mungkin setiap orang berbeza pemahaman apa message yang hendak disampaikan oleh pengarah filem Elysium ini. Cuma pandangan aku, message yang hendak disampaikan adalah, segala jenis perkhidmatan perubatan dan kesihatan perlulah diberikan secara percuma kepada penduduk dibumi ini kerana itu adalah tanggungjawab pemerintah di muka bumi ini.

Gambar dari Yahoo

Wednesday, March 14, 2012

Review movie Bunohan

Last weekend aku dengan adik aku pergi tengok wayang. Actually aku pun memang dah lama tak tengok wayang since dah ada internet berkelajuan tinggi kat rumah ini. (ayat skema sikit) Tapi sekali sekala kena juga support karyawan-karyawan di negara kita ini jika kita rasakan filem tersebut very worthwhile. Disebabkan aku pun takde plan apa-apa last weekend, so aku pun decide untuk tengok wayang dengan adik aku since kitorang pun tak pernah tengok wayang kat MBO, KL Festival City. 


Kenapa aku tengok filem Bunohan? First of all, aku follow twitter Zahiril Adzim then dia ada mention lama dah pasal filem Bunohan ini. Lepas tu, kat Blog Serius ataupun Obefiend kalau tak silap aku, ada mention benda yang sama dan review pasal filem ini. So aku pun terus Google & search kat Youtube. My first impression was this film memang banyak action la but jalan cerita nampak agak lain dari yang lain. So aku pun decide untuk tengok film Bunohan.


Selepas menonton film ini. 

Terhibur
- Sebab pada pandangan aku, jalan ceritanya tidak sama seperti film-film Melayu yang lain yang lebih menjadikan cinta, hantu dan lawak sebagai jalan cerita. Ceritanya mempunyai unsur-unsur ganas, berfikir, dan kehidupan sebenar masyarakat di negara kita.

Berbaloi
- Sebab dengan membayar RM 12, aku dapat melihat, masih ada karyawan-karyawan menghasilkan film yang dapat menyampaikan message disebalik film yang dihasilkan. Pada pandangan aku, film ini sangat berguna kepada diri aku sendiri akan apa yang berlaku di negara kita ini terutamanya bangsa aku sendiri.

Jalan cerita
- Jika dibaca daripada website Bunohan itu sendiri, sinopsis film ini lebih kepada kisah tiga beradik yang telah terpisah dan mempunyai kehidupan masing-masing dan sangat berbeza. Walaubagaimana pun, pada pandangan aku, jalan cerita utama film ini adalah bagaimana seseorang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan sebidang tanah ayahnya. Di situ, kita dapat lihat, seorang anak sanggup membunuh ayahnya sendiri, dan adik beradiknya. 
- Selain daripada itu, ada message yang hendak disampaikan iaitu bangsa Cina sangat berpegang pada janji ketika scene Adil (Zahiril) mengetahui yang dia adalah anak luar nikah. 
- Dalam film ini juga ada disampaikan betapa mudahnya bangsa Melayu ini untuk melakukan sesuatu kerja terkutuk demi mendapatkan duit. 

Mungkin pengarah film tiada niat untuk menyampaikan apa yang aku bagi review tadi tapi, pada pandangan aku sendiri, film ini adalah kisah realiti kehidupan masyarakat di negara ini. Mungkin tidak semua yang aku review tadi adalah tepat, tapi itu adalah pandangan peribadi aku. Kadang kala, sangat susah untuk seseorang itu terima kenyataan apa yang berlaku sekiranya perkara tersebut itu pahit / tidak sedap untuk dilalui namun itulah hakikatnya. Kita perlulah belajar menerima kenyataan jika apa yang berlaku itu pahit dan jadikan apa yang telah berlaku itu sebagai contoh supaya kita tidak akan mengulanginya di masa yang akan datang.