Hari ini, genap seminggu filem Kolumpo ditayangkan di pawagam seluruh negara. Mungkin promosi filem Kolumpo ini tak sehebat filem KL Gangster 2, Thor : The Dark World, The Hunger Games : Catching Fire, Frozen dan lain-lain lagi filem yang dah confirm box office hasil daripada kehebatan marketing yang dibuat. Namun, isi dan message yang hendak disampaikan oleh filem-filem yang begitu gah ini belum tentu hebatnya. Mungkin dari segi CGI, pelakon, audio dan teknik penggambaran, memang tidak dapat dinafikan kehebatannya kerana penerbit mempunyai modal yang besar.
Ok, aku bukanlah pakar dalam industri perfileman, dan aku juga bukanlah pengkritik yang bertauliah. Aku cuma seorang individu yang gemar menonton filem di pawagam dan mencari filem-filem yang dapat memberi impak di dalam kehidupan aku.
Pandangan aku secara peribadi untuk filem Kolumpo.
REALITY KEHIDUPAN
Daripada kita sibuk menonton rancangan realiti TV yang belum tentu 'realiti' diri individu yang terlibat dalam rancangan tersebut, lebih baik anda menonton Kolumpo kerana ini adalah realiti sebenar kehidupan masyarakat di Kolumpo ini. Terdapat 3 kisah di dalam filem Kolumpo ini.
PERTAMA
Kisah pekerja asing dari India yang datang ke Kolumpo untuk bekerja sebagai Graphic Designer tetapi syarikat tersebut telah ditutup menyebabkan pekerja dari India itu terpaksa mencari kerja lain bagi meneruskan hidupnya di Kolumpo.
KEDUA
Kisah seorang gadis yang sudah meningkat usianya tetapi masih belum berkahwin. Ibu gadis tersebut sangat risaukan anak gadisnya itu. Beliau sering menelefon anaknya tetapi anak gadis itu tidak menjawab panggilan telefon daripada ibunya itu. Pada suatu hari, gadis tersebut telah berjumpa dengan seorang makcik tua yang ingin pulang ke rumahnya. Saksikan apa yang berlaku disepanjang perjalanan gadis untuk menghantar makcik tua itu.
KETIGA
Kisah seorang anak muda yang belum pernah bercinta yang telah berjumpa dengan seorang gadis, Siti Nur Hayy yang comel dari segi rupa dan perwatakannya. Saksikan apa yang berlaku disepanjang perkenalan mereka berdua yang tidak pernah kenal di antara satu dengan yang lain.
NASIHAT
Banyak nasihat yang hendak disampaikan oleh pengarah filem ini.
PERTAMA
Di antaranya adalah supaya kita tidak menipu bangsa asing yang datang ke negara kita. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka kerana anda adalah imej negara kita. Selain daripada itu, banyak skrip yang disampaikan boleh dijadikan iktibar seperti kata-kata yang disampaikan oleh Sofi Jikan berkenaan dengan kuasa dan kekuatan.
KEDUA
Janganlah kita mengabaikan orang tua kita. Sesungguhnya, apabila mereka berleter, itu bukan beerti mereka tidak sayangkan kita tetapi mereka sangat mengambil berat tentang diri kita. Selain itu, kita hendaklah sentiasa membantu di antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa dan agama.
KETIGA
Janganlah kita cepat 'judge' seseorang itu tanpa kita mengenal siapa diri mereka. Setiap yang berlaku pada individu itu, pasti ada penyebabnya. Cuba kita mendekati mereka yang bermasalah ini, dan bimbing mereka ke jalan yang benar.
SEMANGAT MAJMUK
Filem ini adalah filem masyarakat pelbagai bangsa yang terbaik setakat ini yang pernah aku tonton. Mungkin ada lagi filem-filem yang lain tetapi aku terlepas pandang. Seharusnya, pengarah filem di Malaysia lebih banyak mengarahkan filem-filem seperti ini dengan skrip yang kuat supaya memberi impak yang baik kepada kehidupan masyarakat di Malaysia ini.
Seperti yang aku katakan pada mula-mula tadi. aku bukanlah pakar dalam industri perfileman, dan aku juga bukanlah pengkritik yang bertauliah. Aku review berdasarkan apa yang aku tonton dan apa yang aku faham dari perspektif aku. Mungkin anda mempunyai pandangan yang berbeza. Banyak lagi pandangan-pandangan lain yang anda boleh lihat. Anda hanya perlu rajin sikit untuk menari. Di antaranya adalah dengan menggunakan search engine Google ataupun #Kolumpo di twitter.
Next time, aku akan cerita Zine yang baru aku habis baca iaitu Gelanggang Filem. Memang best! Anda harus memilikinya supaya anda nampak apa yang berlaku di dalam industri perfileman di negara kita.
No comments:
Post a Comment