Showing posts with label My Self. Show all posts
Showing posts with label My Self. Show all posts

Monday, May 28, 2012

Hamba

Pernahkah kita terfikir yang kita ini hanyalah hamba di dunia ini? Tidak kira kaya ataupun miskin, kadangkala kita lupa yang kita ini adalah hamba kepada Allah Yang Maha Esa. Kita mungkin sedar apabila kita disedarkan yang kita ini hanyalah hamba Nya tapi kita lupa bila kita tidak disedarkan. Bagaimana kita hendak melihat adakah kita hamba Nya yang taat? Kita lihat dan muhasabah diri kita sendiri apakah kita taat akan perintah Nya? Aku bukanlah seorang yang cerdik pandai tapi aku hendak berkongsi apa yang aku dapat. 

Hamba Duit - Manusia kadangkala akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit sehingga kadangkala kita lupa akan hukum yang telah ditetapkan oleh Nya. Sebagai contoh, kerja siang malam mencari duit sehingga lupa tanggungjawab kepada Allah kerana tidak yakin duit yang diperolehi sudah cukup untuk menyara hidup keluarga. Allah tidak melarang umat Nya untuk mencari rezeki tetapi janganlah sehingga kita lupa yang dikejar adalah akhirat kelak kerana kita adalah hamba Allah bukan duit. 

Hamba Kuasa - Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat atau meengekalkan kuasa. Sebagai contoh, manusia sanggup menipu, mengganas, dan sebagainya demi kepentingan kuasa mereka. Terlalu memikirkan bagaimana untuk menguasai dunia ini sehingga membelakangkan agama Islam. 

Hamba Dunia - Banyak lagi mainan dunia ini yang membuatkan manusia leka. Terlalu leka memikirkan keduniaan sehingga lupa yang kita ini hanyalah hamba kepada Allah sahaja. Kenapa kita harus takut kepada mainan dunia? Dunia hanyalah sementara dan janganlah kita menjadi hamba kepada mainan dunia ini. 

Sesungguhnya, buatlah sesuatu perkara di dunia ini dengan niat kerana Allah swt dan janganlah sehingga kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah swt. Tiada siapa yang tahu niat kita melakukan sesuatu itu melainkan diri kita sendiri dan Allah swt. Wallahualam. (muhasabah diri)

Tuesday, May 15, 2012

Selamat Hari Guru 2012

Esok tanggal 16 Mei 2012 merupakan sambutan Hari Guru di Malaysia. Kebanyakkan sekolah pada hari guru  biasanya akan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti bagi meraikan hari ini. Cara sambutan hari guru dari dahulu sehingga sekarang mungkin tidak banyak berubah cuma mungkin murid-murid yang meraikan guru-guru mereka tidak lagi semeriah zaman aku sekolah dahulu.

Zaman aku dulu iaitu sekitar tahun 1989 ke 2000, guru-guru sangat diraikan oleh pelajar-pelajar mereka. Ini mungkin disebabkan ketika zaman aku dulu, teknologi IT ini masih belum berkembang. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih banyak menghabiskan masa mereka di alam realiti berbanding sekarang pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di alam maya dan semakin kurangnya komunikasi di antara pelajar dan guru. Di antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ketika aku sekolah rendah dahulu, pelajar-pelajar akan membawa pelbagai makanan untuk dikongsikan bersama rakan-rakan dan guru. Seterusnya guru dan pelajar akan membuat beberapa persembahan untuk meraikan guru-guru. 

Mungkin keadaan sekarang sudah berbeza kerana murid-murid sekarang kelihatan agak kurang meraikan guru-guru mereka. Mereka lebih gemar menghabiskan masa di alam maya seperti di 'social network' dan 'chatting'. Mereka lupa akan kehadiran dan pengorbanan guru ini. 

Sama juga untuk guru, iaitu guru pada zaman dahulu dan zaman sekarang banyak berbeza. Mungkin bukan semua guru tapi kebanyakkannya sudah tidak sanggup berkorban masa, tenaga dan penat lelah untuk murid-murid mereka zaman sekarang ini. Tidak seperti zaman aku pelajar dulu, beberapa orang guru yang pernah mengajar aku dulu, banyak bekorban untuk mendidik aku menjadi anak bangsa yang berguna. Di antara guru-guru yang banyak meninggalkan kesan dan sentiasa dalam ingatan aku adalah :

Cikgu Rogayah
- Cikgu Rogayah merupakan cikgu kelas aku ketika aku darjah 1. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah ketegasan beliau dalam mendidik anak murid beliau. Cikgu Rogayah akan mencubit perut pelajar jika pelajarnya melakukan kesalahan yang agak berat. Mungkin jika pelajar sekarang dicubit, confirm mak bapak mereka akan saman cikgu itu. Tapi pada aku, itulah cara terbaik untuk mendidik para pelajar.

Cikgu Azilina
- Cikgu Azilina merupakan cikgu kelas aku ketika aku darjah 6. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah pengorbanan masa beliau dalam mendidik anak murid beliau. Cikgu Azilina akan membuatkan kelas tambahan pada hari Sabtu di rumah beliau sendiri bagi membantu pelajar-pelajar yang tidak mampu untuk membayar kelas tution. Bayangkanlah, masa itu Cikgu Azilina tidak meminta aku dan rakan-rakan walaupun sesen untuk mengadakan kelas tersebut. Siap cikgu menyediakan makanan bagi memastikan keselesaan pelajar-pelajarnya.

Cikgu Azman
- Cikgu Azman merupakan cikgu Fizik ketika aku form 5. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah cara beliau mengajar pelajar-pelajar. Cikgu Azman hanya akan membawa sebatang pen untuk menandatangan kedatangan pelajar-pelajar. Beliau akan memberikan penerangan berkaitan subjek fizik dengan hanya mengaplikasikan subjek fizik dengan kehidupan seharian. Pada pandangan aku dan rakan-rakan, beliau merupakan cikgu yang sangat mementingkan supaya pelajar-pelajar faham apa yang diajar berbanding dengan cikgu yang hanya mementingkan pelajar untuk lulus pada peperiksaan.

Cikgu Lilis Surihani
- Cikgu Lilis merupakan cikgu Fizik ketika aku berada di matrikulasi. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah cara beliau menarik minat pelajar-pelajar untuk meminati subjek fizik. Beliau sentiasa menganggap pelajar-pelajar seperti rakan-rakan sehingga membuatkan pelajar senang dengan beliau. 



Sebenarnya masih banyak lagi guru-guru yang telah banyak memberikan impak yang besar dalam hidup aku cuma nama-nama guru yang aku senaraikan tadi merupakan guru-guru yang sentiasa dalam ingatan doa aku. Semoga masih ada lagi guru-guru seperti mereka ini. Dan kepada rakan-rakan aku yang telah menjadi guru, aku tujukan video di bawah ini untuk renungan anda semua. Dan kepada murid-murid, hargailah jasa dan pengorbanan guru-guru anda.



Friday, March 30, 2012

Short Film - My Generasi

Video di bawah sangat mengingatkan kembali zaman masa aku sekolah dulu-dulu. Mungkin siapa yang lahir zaman sekitar 1980, pernah melalui detik-detik yang diceritakan di dalam video ini. Aku kagum dengan pengarah short film ini. Walaupun pelakonnya kebanyakan berbangsa Cina tapi pada pandangan aku, semua bangsa juga tidak kira Melayu, Cina dan India yang lahir ketika generasi ini memang melalui pengalaman yang sama. Tahniah kepada kumpulan Jinnyboytv sebab menghasilkan video yang sangat berkualiti. 

Berbeza dengan zaman sekarang, pelajar sekolah kebanyakkannya lebih menghabiskan masa mereka dengan gadget-gadget yang terkini dan melayari internet. Mungkin disebabkan dunia tanpa sempadan ini membuatkan kurangnya communication skill dikalangan pelajar-pelajar. Mereka lebih gemar bersosial di Facebook, Twitter dan pelbagai lagi laman social yang lain.

Mari kita lihat perbezaan pelajar-pelajar sekolah zaman aku dulu dengan zaman sekarang. 

BERKENALAN
- SEKARANG kalau nak kenal dengan pelajar yang lain atau yang kita minat, kita boleh search je kat Facebook atau Twitter, lepas tu add. DULU guna surat, takpun buku autograph. Siap ada pantun-pantun lagi, "Pen merah, Pen biru, You marah, I Love U".

PERHIMPUNAN PAGI
- SEKARANG kalau perhimpunan sekolah kebanyakkannya pelajar-pelajar duduk dalam barisan, tak mengikut ketinggian. DULU beratur mesti berdiri, ikut ketinggian lepas tu siap ada ayat, "Angkat tangan, jatuh, angkat, jatuh".

BEG SEKOLAH
- SEKARANG beg sekolah siap ada roda dan penarik, alat tulis, botol air semuanya branded. DULU beg sekolah semuanya sandang belakang, alat tulis pun ikat pakai getah je, botol air pakai botol mineral je.

PERMAINAN
- SEKARANG semua main permainan komputer, online games, PSP, Playstation, Xbox. DULU main tampar-tampar tangan, batu seremban, tutup botol, tekan-tekan pemadam, lompat getah, pijak kaki, dan lain-lain. (Lihat video di bawah)


Betapa banyaknya perubahan-perubahan yang dapat kita lihat di antara pelajar-pelajar sekolah zaman aku dulu dengan pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang. I really miss that moment. Aku bersyukur sebab merasa melalui zaman aku sekolah dulu sebab sangat best!!! Thank you very much for those yang sama-sama menghasilkan video ini. ^_^

Tuesday, July 1, 2008

Cuti-cuti Malaysia di Pulau Perhentian

Bosan tul dengar cerita kat Malaysia ni. Macam-macam cerita ada. Pasal politic kes Anwar Ibrahim liwat la, pasal kes Najib dengan kematian Altantuya la, harga minyak naik, barang naik. Ish! Bosan kalau fikir semua tu. Tapi nak tak nak, kena gak la amek tahu semua tu. So kepada sesiapa yang bosan dengan semua tu, baik la korang pergi bercuti kat Pulau Perhentian. Best sangat2!! Menenangkan fikiran korang semua.

Actually aku dah pergi Pulau Perhentian ni 16 Mei 2008 lagi tapi baru sekarang ni lak rajin nak update blog ni. Hehe! Dah tak tau nak buat apa sejak minyak dah naik ni. Dok umah je la. Haha!

Ok, berbalik holiday aku kat Pulau Perhentian ni. Kitorang bertolak malam 16 Mei 2008 tu. Lebih kurang jam 9 malam la. Aku tumpang Kak Eija malam tu sebab malas nak tinggal kereta kat office. Sampai Terengganu subuh, kitorang singgah solat kat Masjid Kristal. Lepas tu kitorang pegi jalan2 kat area Kuala Terengganu.

Esoknya pulak kitorang pergi Pulau Perhentian. Bertolak kalau tak silap aku Ahad pagi tu. Sampai je pulau, ada yang terus mandi manda. Memang best gile la pulau ni. Bersih, putih and tenang. Kitorang check in kat Senja Bay. So sini memang banyak la aktiviti yang kitorang buat such as snorkeling, mencandak, mandi manda, tengok penyu and so on. Makan kat sini pun best gak! Orang2 kat sini pun best gak. Hehe! Kesimpulan nya memang best la kat sini. Kat bawah ni ada la sikit gambar-gambar masa kat Pulau Perhentian tu.

Balik dari pulau, kitorang pun singgah la beli keropok kat area Terengganu tu. Semua borong abes la. On the way balik tu, singgah makan. So apa lagi, jom cuti-cuti Malaysia. Where I want to go next?? Wait and see!

Monday, November 26, 2007

2 weeks at Tanjung Malim

Pejam celik-pejam celik, dah 2 minggu aku pergi kursus. At 1st macam bosan je kat sana. Mana taknya, 1st week tu asyik dengar taklimat je. Dari pagi sampai ke malam pulak tu. Dahla tiap kali taklimat muka aku dengan ijat yang lambat. Haha! Tapi bab makan kat sini memang best! Mana taknya, sehari 6 kali makan. Huh! Sampai bila aku start keje balik je ada makcik ni cakap pipi aku dah berisi. Hehe! Macam tak percaya je.

Aku & Ijat (merangkap roomate aku)

For the 2nd week nya pulak, baru la best sebab dah takde taklimat. Semua kerja-kerja kat luar pulak. Class pulak abes petang. Abes class je terus g gym, main futsal, tak pun ping pong, kekadang tu badminton. Kalau ramai yang mandi kat swimming pool, aku pun join la. Malamnya apa lagi, karaoke la. Haha! Ops!! Aku join je, aku tak nyanyi pun. Maklumla, suara tak sedap. Hehe! 2nd week ni memang best la sebab semua dah sekepala.

Kanak-kanak riang bermandi-manda

Malam last tu, sebelum kitorang balik daerah masing-masing, kitorang buat dinner. Makanan memang best! Makan nasi putih, lauk ikan siakap, sotong tepung, telur bungkus, kailan.

Esoknya, lepas majlis penutup, kitorang pun balik. Sedih gak la sebab semua macam adik beradik dah walaupun 32 orang tapi keakraban tu memang tak dapat dinafikan. Huhu!

Monday, September 24, 2007

Jalan-jalan Berbuka Puasa

Bulan puasa ni kalau hari-hari buka kat umah bosan gak. Kekadang nak gak buka puasa kat luar. Last week, aku buka puasa kat 3 tempat selain dari umah la. Khamis, aku buka puasa kat office lama, OCE. Yang tu makanan aku beli kat sec 14 je. Yang buka puasa time tu, aku, azli, fendi bob, fendi white, nasrul, fitri dengan ada sorg budak baru yg aku tak ingat nama dia. Hehe! Beli makanan pastu buka kat dalam office. Hehe! Macam-macam gak la makanan bila dah share ramai-ramai.

The next day nya pulak, aku buka puasa kat Bora Ombak, Ampang. Yang ni sama budak-budak office baru aku ni. Ada orang sponsor so belasah je la. Hehe! Harga dia kalau tak silap aku seorang RM 39++. Sesiapa yang nak try kat sini, memang ok. Harga dia memang sesuai la dengan makanan dia. Environment dia pun ok. Tak rugi la kalau bayar RM 39++ ni pun.

Lusa nya pulak, aku berbuka puasa kat Doll Tomyam, Kajang. Kat sini aku buka puasa dengan nasa & karim. Actually zie dengan husband dia yang suggest buka puasa kat sini. Menu yang best kat sini, 'Perahu Pecah'. Nama nya best kan. 'Perahu Pecah' ni something like tomyam la tapi isi dalam dia macam-macam. Kalau sesiapa yang nak buat tempahan, boleh la contact Mohd Rusdi B Hj Shafie (017-6680287).


This week pulak, hari jumaat aku berbuka puasa dengan budak-budak mcD dulu. Tapi tak tau lagi kat mana. Agak-agak kalau best nanti, aku story la kat sini ek. Selamat Berpuasa!

Monday, September 17, 2007

Kuih Tart

Sempena bulan Ramadhan ni tak salah kalau aku nak tulis pasal kuih favorite aku kan. Hehe! Aku tulis ni pasal semalam mak aku baru bawa balik 2 bekas (aku pun tak tau nak bagi jodoh bilangan apa untuk kuih tart) . Actually dua-dua tu untuk bagi akak aku buat sample untuk dia jual kat office dia tapi sebab aku tengok kuih tart tu menyelerakan so aku pun cilok la satu. Hehe! Dah la kuih tart ni kuih yang paling aku suka sekali.

Gambar kat atas ni bukan aku yang snap tapi aku search kat internet. Kalau korang tengok gambar kuih tart yang mak aku bawa balik tu memang lagi menyelerakan la. Hehe! Before this masa mak aku ni tak pernah beli dari officemate dia ni aku selalu beli dari member aku kat Ampang, nama dia Izza. Perh!! Mak dia punya kuih tart memang best gile la!! Yang buat lagi best sebab tiap kali aku beli mesti mak dia bagi lebih. Hehe! Tu yang buat lagi best. Tapi lama tak beli dari dia dah.

Masa aku sekolah dulu aku takda la suka sangat kuih tart ni tapi sejak aku kenal member baik aku ni, Manoq. Dia la yang mengajar aku makan kuih tart ni. Haha! Lama tak jumpa dia dah. Bila teringat kat dia, mesti teringat kat satay sebab family dia meniaga satay kat pasar. Hehe! Kalau nak makan free, moh la datang. Hehe!

Sempena Bulan Ramandhan ni, aku nak minta ampun, minta maaf kalau ada tersalah silap. Halalkan makan minum. Semoga kita semua sihat selalu untuk berpuasa di esok hari.



Tuesday, September 11, 2007

My Hobby

This time aku memang tengah sangap gile tahap cipan. Tak tau la nape aku takle nak tido mlm ni. So aku pun teringat dari dulu aku nak tulis pasal hobby aku & games yang paling aku suka sampai tak jemu2 kalau main pun. Aku rasa, mostly tau games Football Manager 2007 ni. Mostly member aku memang tau la & ada yang betul2 addict la kalau main games ni. Sampai tak tido mlm dibuatnya. Haha! Kalau main network lagi la best.

Okla, aku introduce sket la kepada yang langsung takde idea pasal games ni. Actually this games just simple. U act like a real Football Manager such as Alex Ferguson (idola aku ni), Benitez & sesiapa la. Kalau Malaysia such as Dollah Salleh, Abdul Rahman. Then, korang la yang decide sape 1st eleven, sape korang nak beli, sape nak jual, tactic masa games & macam2 lagi la. Kalau korang nak tengok team aku posting akan datang la aku tunjuk ek. Hehe!

Aku just nak tunjuk kat korang tahap addict aku kat games ni je. Hehe! Aku tau, mesti ramai lagi dasyat dari aku.
Korang tengok yang aku highlight dengan color merah tu, tu la tahap addictedness rating aku, 'Sleeping is for sissies' . Actually baru2 ni dah tukar lagi status tu, tp aku tak sempat nak print screen. Hehe! Status baru tu, 'Better you ask your bos for another leave' . Sampai tahap macam tu skali addict aku. Tapi aku rasa ada yang lagi dasyat dari aku kot.

Lagi satu aku nak tunjuk, aku punya reputation for this games.

Cube korang tgk yang ada color merah tu. Hehe! Tahun 2011 baru la aku merasa jadi World Class manager tu. Huhu! Tension tul. Lambat gile. Member aku ada yang 2009 dah jadi World Class dah. Tp 2011 tu pun kire okla. Hehe!

Okla, aku nak tido la. Ngantok dah. Next time aku tunjuk aku nye team & tactic aku ek. Glory! Glory! United!

Tuesday, August 28, 2007

Cuti-cuti Malaysia

Sempena tahun melawat Malaysia ni, aku rasa aku nak capaikan hajat someone untuk pergi semua tempat yang dia sebut kat aku sebab actually semua tempat yang dia sebut tu pun aku tak pergi gak lagi. Hehe! Aku pun tak tau la camna aku boleh tak pergi lagi semua tempat yang agak menarik tu. 1st kali yang aku nak pergi Malaysia International Fireworks Competition kat Putra Jaya. Tapi tak tau la sempat lagi ke tak. Hehe! Kalau visit kat website macam best. Click here for more information.


2ndly pulak aku nak pergi Eye On Malaysia. Actually aku memang tak pernah terfikir pun nak pergi sini sebab hari-hari aku memang nampak Eye On Malaysia tu. Tu pasal aku tak pernah terfikir nak pergi tu. Hehe! Tapi sebab someone teringin sangat nak pergi sana, so aku pun decide akan try la untuk bawa dia pergi. For more information Eye On Malaysia, you can click here.
3rdly tempat yang aku nak pergi Akuaria kat KLCC tu. Member-member aku yang pergi semua cakap best. Tu memang aku teringin sangat nak pergi sebab macam best je. Hehe! Click kat sini for more information.
Lepas tu, tempat-tempat yang lain tu next time je la aku listkan. Aku listkan yang area KL je la. Hehe! Kalau dapat pergi semua tempat tu pun dah kira ok dah. Sesiapa yang nak join aku pergi Putra Jaya nanti jangan lupa contact aku ek. Hehe!



Wednesday, August 22, 2007

New Life Begin

Starting from 20th August 2007, dengan rasminya aku pun kerja dengan kerajaan. So skang baru la aku tau macam mana life sebenar kat kerajaan ni. Actually apa yang semua orang cerita for those yang kerja swasta tu memang ada betulnya but not all true. Sebab bila aku dah masuk kat sini baru la aku tau the real life of government sector.

So for me, selagi korang tak kerja kat this sector, jangan la pandai-pandai cakap semua yang kerja kat government ni malas. Memang ada yang malas, tu aku tak nafikan mostly yang tua-tua la diorang tu. Maybe sebab dah tua kot. Yang muda boleh kata semua rajin-rajin.

Lagi satu yang bagusnya government ni dia banyak activity such as sukan. Lepas tu, dari muda sampai ketua semuanya active la. Tu yang bagusnya. Semuanya friendly lak tu. Hehe! Lepas tu semua ceria-ceria lak tu. Hehe! Walaupun aku baru je kerja but aku rasa senang dengan semuanya. Actually semua tempat sama je as long as kita happy dengan apa yang kita buat mesti ok.

Friday, August 17, 2007

Sayonara

Aku pun tak tau camne nak start tulis post kali ni. So 1st, sesiapa yang malas nak baca karangan aku suggest awal-awal better tak perlu la baca posting aku this time sebab this posting is only about me and my officemate. I think better kalau aku start thanks to all my friends at OCE ni sebab give a chance untuk aku kenal korang semua & I happy to work with all of u. There are a lot of memory that I won't forget since the 1st time I become OCE family.

Firstly aku nak wish thank u very much to all IT Department, CK Tan, Zul, Nasrul, Ooi, Ida, Satyam & Sean for what u had done to me, celebrate my birthday & farewell.

To CK, actually aku banyak gak la hutang budi dengan dia sebab 1st kali pasal aku langgar palang Sin Chew, dia la yang tolong settle semuanya untuk aku. Then he also give me a little bit of knowledge. Tapi walau macam mana pun aku still 'kurang' sikit dengan dia because his attitude yang like to blame other people. I hope he will change his attitude because many people won't like him because of that attitude.

To Zul Husni, aku rasa ko la yang paling banyak tolong aku semua sekali since the 1st time aku keje & aku rasa ko la yang aku paling senang skali kat IT Dept tu. Aku tak lupa ko pernah tolong aku tolak moto dari Unitower sampai Esso, troubleshooting kat Unitower sampai ko balik lewat, kena saman masa bulan puasa sebab potong lane & banyak gak la. Hehe! Thanks a lot. Kahwin nanti jangan lupa jemput.

To Nasrul, Sean & Ooi, aku happy kerja dengan korang & korang banyak share movie dengan aku. Nas, cite Naruto, Ooi, TV Series. Aku nak cerita pun tak banyak pasal korang sebab korang pun takde la lama sangat dengan aku. But I won't forget for what u have done & help me since u come to OCE.

To Ida & Satyam, I think there is not much to say about u all because both of u very busy. Hehe! Ida, thanks la sebab kadang-kadang tu bagi makanan & after this I hope don't sensitive sangat ek! Hehe! Lastly, jangan la sorang-sorang sebab semua kat OCE ni baik je & jangan la sebab benda-benda kecik terus putus kawan ke apa ke ek. Kalau kita ikhlas berkawan, orang pun akan ikhlas dengan kita.

Secondly, thanks to ETTH Department, Faizal, Fendi black, Fendi white, Azman, Mamat, Sulaiman & Zam sebab banyak tolong aku masa kat site & belanja cendol, rojak kat Kelana Jaya & Sec 14 tu kalo time kita mengulor. Haha!

To Faizal, actually aku takda apa-apa problem dengan ko just aku harap ko confirmkan la azman tu. Apa la salah dia tu. Terus terang aku cakap, antara semua budak-budak ko, azman tu la yang paling boleh harap sekali, kalau ko tak caya ko tanya la budak-budak ko tu sendiri. Yang lain aku rasa ko boleh la kalau nak masuk Akademi Fantasia 6 nanti sebab daripada ko nyanyi kat opis tu, hehe!! Nanti aku vote untuk ko. Haha!

Thirdly, thanks to FTTH Department, Fendi Bob, Goby, Shahrul, Zaidi, Fauzi, Din, Zam, Jamal, & Ganesh. Actually yang aku communicate pun dalam dept ni just Fendi, Goby, Zaidi & Shahrul la. Kadang-kadang tu sampai tengah malam pun call diorang nak mintak tolong. Thanks la sebab banyak tolong aku kat site lepas tu Goby pun aku tak lupa, ko pernah belanja aku Teh O ais masa kat atas bumbung Sin Chew. One more thing Goby, thanks gak la sebab tolong aku masa kat Ehsan Ria ada satu pagi tu, sampai basah baju ko yang masa Tel Riser bocor tu. Hehe! Thanks!

Then tak lupa gak kat Su(yang selalu bagi semua borang, tolong aku check printer), Kak Ita(bagi macam-macam makanan) & Haiza, thanks for everthing. Sorry la aku tak tau korang department apa. Hehe!

Lagi tak lupa gak la kat Sales Department for Broadband & Fiber, Prem, Frida, Arvin, Sara, Loges, Zal, Raj, Shah, Kak Fida & Sariah. Thanks for every things.

To Prem, I hope u can change your attitude because actually I didn't like the way u treat your people & I think others people also feel the same way. Please do your work & take your responsibility for your work. Don't just always try to find others people wrong & always besarkan benda yang remeh temeh ni. And one more thing, don't be hypocrite. Others people will know if u did your work or not. Don't be a person who like to kiss their boss ass!!

To Admin & HR, Nor, Syiba, Shah, Miss Chan, Sam thanks for every things & I think nothing to say about u all. Tak lupa gak Pakcik, yang every month masukkan gaji. Hehe! Thanks.

To Connector Department, aku pun tak kenal la semua yang ada kat sini but I would like to thank to all of u for every things. Yang aku betul-betul rapat pun Usop la sebab dia ni musuh ketat aku(Liverpool Die Hard Fan) hehe! Yang lain tu yang aku cam la muka tapi yang aku ingat nama, khalid, zam, faizal, KC Ng, Kak Zuria, Kak Ju, Kak Gie, Kak Sal & Gie. Yang lain-lain tu sorry sangat sebab tak tau nama.

Lastly, to all Support, Mr Adam, Raja, Azli, Fahmi & Fitri. Good luck everyone!

To Raja, Geng support since the 1st time I come to OCE after nasa left. Thanks for everthing raja! I won't forget that time yang aku buka puasa sama ko. Thanks because teman aku puasa, seharian ko tak makan. Huh! And u are the best friend to chit chat! hehe!

Oklah, aku pun tak tau nak tulis apa dah. Dah 3 jam aku menyiapkan karangan ni. Hehe! So sorry kalau ada nama yang aku terlupa sebut & the important thing is THANKS FOR EVERYTHINGS & HALALKAN MAKAN MINUM AKU! See U all next time!

Tuesday, August 14, 2007

Au Revoir

Same like yesterday, I got nothing to do tonight so I update my blog la. Hehe! Before I reach to my office, one of my officemate message me asking whether I still come to office or not. I just reply I will come & late already. Haha! Today I wake up at 2pm. Macam tak percaya because yesterday I play Football Manager 2007 until Subuh. Huh! Actually dah jaga dah at 945am but nothing to do, so I continue my sleep. Hehe! Then terlajak until 2pm.


When I reach to the office, my friend said today is my leader's birthday, Mr Adam. They buy a cake to celebrate la. Then when I go to the IT room to celebrate his birthday, suddenly I see there is one more cake to celebrate me. Hehe! Terharu sungguh!! Thank u to all IT Department. Really appreciate it. My CEO also join because actually my leader is his brother. Haha!

Tomorrow I'll continue my writing about all my friends at OCE.

Tuesday, July 3, 2007

What am i doing now??

Huh! Macam biasa la. Bila kerja malam memang bosan tahap cipan la kalau takde siapa teman. Kalau ada member teman ok la gak. Ni macam cibai je, kerja sorang-sorang. Haha! Kalau hari-hari macam ni boleh gila dibuatnya. Nasib baik la bukan hari-hari.

Macam biasa la, kalau semua orang dah balik, 1st thing aku buat buka semua email yang aku ada la, Hotmail, Yahoo, Gmail, Oce. Dah abes buka email, biasa la buka Friendster. Lepas tu tengok update bola kat NewsNow, Soccernet, ManUtd.com . Kalau rajin, update la blog ni. Lagi satu rutin aku baca blog, AkuBetul, Amirhafizi & ..... Haha!! Bosannya la.

Yang rajin teman aku selalunya Fendi Bob, Aman, Fendi White tapi nape la semuanya balik awal arini. Wahhh!! Bosan gila!!! Aku pun tak tau nak tulis apa dah tapi saja je sebab dah bosan tahap cipan ni. Len kali je la aku update.

This weekend nasib baik la ada benda nak buat. Ahad ni member aku kahwin lagi. Uik!! Semua pun nak kahwin dah ni. Sabtu ahad orang kahwin. Congrats la untuk Syuk, ena & zie. Moga kekal ke akhir hayat.