Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts

Sunday, August 10, 2008

My New Cousin :)

Nama : Irfan Hadif
Tarikh Lahir : 5 Ogos 2008
Berat : 3.4 kg

Lebih kurang pukul 11 pagi, Irfan Hadif selamat dilahirkan di Hospital Subang Jaya Medical Center. Alhamdulillah. Bertambah la orang laki dalam family aku. Hehe! Baru semalam dapat tengok Irfan Hadif kat Hospital Ampang Puteri. Almaklumla, kereta ku berada di bengkel and lately ni busy sikit. Balik je dari Shah Alam, akak aku bgtau Irfan Hadif masuk hospital, tu risau tu. Rupanya sakit kuning. Alhamdulillah la takde apa2. Tahniah la untuk pak cu & cu. Semoga ceria2 selalu.



Sunday, October 7, 2007

Buka Puasa Lagi

Sambungan last posting, last week pun aku banyak lagi berbuka puasa kat luar dengan family & kawan-kawan. Erm, start dengan Secret Recipies. Aku rasa semua orang pun tau Secret Recipies ni so tak perlu la aku nak cerita kesedapan makanan dia. Masa ni aku berbuka dengan kak hani sempena birthday dia yang dah lepas. Huhu! Aku makan Grilled Black Paper Chicken, Kak hani lak makan Grilled BBQ Chicken. Aku pun tak tau la nak suggest korang makan apa yang best kat sini but kek yang aku rasa best Lemon Cheese Cake. Actually aku tak minat sangat Cheese kek ni tapi bila aku try this one memang best.

The next day nya pula, aku berbuka kat Dewan FELDA Jalan Semarak. For more detail, click here.Kat sini pun memang best makanan dia. Banyak choice, lepas tu masakan dia semua panas-panas. This time aku berbuka dengan office mate aku sebab ada company belanja. Thanks to Franky.

Lepas tu, lusanya pula, aku berbuka dengan family sebelah mak aku kat Sg Buloh di Restoran De'Chiengmai Thai. Memang best la makan kat sini tapi on that day, ntah apa yang tak kena dengan pekerja kat situ, boleh pulak lambat hantar makanan kitorang. Tension tul! Tapi memang best la makan kat situ. Mostly pekerja dia memang dari Thailand so kalau nak marah pun tak guna sebab diorang bukan paham pun. Nasib la masakan dia sedap. Yang paling sedap Ikan Siakap masak 3 rasa.

Esoknya pulak, aku berbuka dengan officemate lama aku kat OCE. This time lagi ramai la kalau nak compare dengan previous one. Makanan beli kat pasar kat Petaling Jaya tu je. Lepas tu makan kat bilik meeting. Hehe!

Lepas tu, semalam aku berbuka kat Restoran Ulik Mayang kat Setapak dengan Karim. Kat sini yang bestnya Nasi Dagang, Nasi Kerabu, memang best tapi semalam Nasi Dagang abes, so makan je la nasi putih. Huh! For more detail, click here.

Sunday, July 22, 2007

Oh Hepi Day!!

Semalam memang hari paling best la bagi aku sebab dah lama gila kitorang satu family cuti-cuti. Actually kitorang nak pergi hanta adik aku balik hostel kat UTP, Perak. So on Saturday kitorang dah gerak dah sebab my dad memang tak larat nak drive jauh-jauh ni. So kitorang bermalam kat Lumut kat Blue Bay Resort.

Malam tu kitorang satu family makan kat Ikan Bakar Lumut. Best gak la ikan bakar kat situ. Memang ramai orang yang datang. Next time kalau nak datang makan ikan bakar kat sini boleh la. Huhu!!

The next day, before pergi UTP, kitorang pergi lunch kat kedai apa ntah namanya. Kedai tu nearby UTP la. Masa kitorang tengah makan, tetiba i saw one familiar guy having lunch with his family. Bila aku perhati betul-betul, memang sah la dia cikgu idola aku. Huhu! Memang aku tak sangka, cikgu yang aku selalu sebut-sebut sampai hari ni muncul depan mata aku. Aku pun apa lagi, abes je makan terus pergi kat meja CIKGU AZMAN, beliau merupakan cikgu PHYSIC masa aku FORM 5 and disebabkan beliau la aku jadi minat subject physic ni.

At first berdebar gak la aku nak tegur dia, sebab mana tau kot-kot dia langsung dah tak recognize aku dah. Huhu! Tapi disebabkan jasa dia, aku buang la rasa takut tu. Hehe! Alhamdulillah la sebab he still remember me! Siap ingat aku main takraw sama dia dulu.

Sampai sekarang aku tetap kagum dengan beliau sebab the way he teach students make students respect himself. Beliau ada style sendiri masa ngajar his students. Beliau just bring A PEN to class then start a lesson! All note ada dalam otak beliau & he always give simple example supaya student paham. And selagi student tak paham, dia akan bagi lagi contoh-contoh lain sampai la paham. Hehe! Jasa CIKGU AZMAN memang tak dapat aku balas & aku hanya mampu berdoa supaya beliau dimurahkan rezeki & diberi kesihatan tubuh badan supaya boleh mengajar lagi ramai murid. THANK YOU CIKGU!

Tuesday, May 8, 2007

Asam Garam Kehidupan

Dah lama aku tak update aku punya blog ni. Tetiba hari ni aku ada masa & ada PC so boleh la aku mengupdate walaupun kepala otak tengah serabut ni. Sebenarnya aku nak update blog aku ni last week lagi tapi masa tak mengizinkan. Kita ni hidup ibarat satu bulatan, kejap kat atas, kejap kat bawah. Kadang-kadang happy, kadang-kadang sedih. Kejap-kejap berjaya, kejap-kejap gagal. Walau apa pun yang jadi, semuanya ada hikmahnya. Bila tiba time yang happy kita akan rasa kalau boleh biar la benda ni berterusan tapi time kita sedih, mesti kita rasa kalau boleh, biar la hari tu cepat berlalu.

Bila kira-kira balik, dah dekat 3 minggu aku tak update aku punya blog. Huh! The last thing I wrote is pasal my grandparents. Masa tu aku cakap aku nak bawa grandparents aku pergi jalan-jalan kat Putra Jaya kan, finally jadi gak. Nasib baik la akak aku pun ikut, kalau tak sure sesat. Huhu! Aku ni bukan reti sangat jalan- jalan ni. Kitorang keluar rumah pagi, sampai la ke malam. Memula pergi Alamanda that is the 1st time I go there. Lepas tu kitorang makan kat Shah Alam, kat Complex PKNS. Before that aku saja je bawa diorang pergi SACC, sebab diorang tak pernah pergi sana. Dah abis jalan-jalan, kitorang pun pergi rumah makcik aku sebab nak hantar boring PhD dia. Lepas tu makcik aku bawa pergi tengok rumah baru ni. Lepas tu kitorang Maghrib kat umah lama makcik aku. Makan malam pun kat sana gak. Around 10 pm kitorang pun sampai la kat Gombak balik.

Hari esoknya pulak, aku bawa pakcik aku & his family jalan-jalan lak. Memula kitorang pergi tengok anak dia kat asrama, lepas tu pergi makan kat Kari Kepala Ikan kat Sri Gombak. Perhh!! Memang best!! Petangnya pulak pergi hantar anak dia yang no 2 kat asrama. Lepas tu aku pun balik la umah. Time balik umah tu saja jalan dekat dengan umah nenek aku sebab nak tengok kancil ada ke tak. Huhu! Tengok yang ada kereta hitam tu je. Sedih betul.

The next week nya pulak aku pergi Port Dickson sama budak-budak umah aku masa kat seksyen 17 dengan ada beberapa orang member kitorang jugak la. Kitorang pergi 4 kereta masa tu. Yang pergi masa tu, aku, nasa, karim, alem, peje, akem, adib, mat nan & aweks, juki & kimin. Memang best la. Sebenarnya at 1st akem nak pergi umah kawan dia kahwin, lepas tu baru ingat nak singgah PD. Sekali rupa-rupanya jauh umah kawan dia tu. Budak-budak ni semua sibuk nak pergi PD. So cancel la pergi orang kahwin tu, kitorang pergi PD. Memang lama la dah aku tak pergi PD. Siap naik ‘Banana Boat’ tu.

Balik dari PD kitorang pergi main Bowling kat Summit. Aku pun tak tau la kenapa sampai la skang aku tak pandai-pandai main bowling ni. Huh! Main 2 frame pun, dua-dua aku yang last. Huh! Aku rasa tangan aku ni tak berbedung dulu. Haha! Balik dari Summit tu macam biasa la, singgah kat dengan umah nenek aku tengok kereta kancil. Rezeki aku kot malam tu, dapat gak tengok kereta kancil tu.

Last weekend pulak, aku pergi Putra Jaya dengan budak-budak umah nasa, ijat & iwan. Sampai sana jumpa apih. Memang puas la berjalan. Berjalan, bergambar. Tapi gambarnya apih tak bagi-bagi lagi. Malas tul nak mengupload. Hampes! Lepas tu masa nak balik jumpa kamal. Terharu tul sebab walaupun dia tengah dating, sanggup jumpa dengan kitorang. Huhu! Thanks.

Actually dalam masa aku sibuk berjalan-jalan ni sebenarnya aku punya otak tengah serabut. Nak elakkan dari asyik serabut je, aku pun decide untuk pergi menhappy kan diri aku ni. Sebenarnya yang paling buat aku tension sebab problem kat office. Manusia ni pun tahap kesabaran dia ada batas dia. Orang yang sabar ni selalunya, once dia dah tak boleh tahan, memang dia akan cakap semuanya direct. Kalau nak ikutkan aku ni boleh dikira penyabar gak la orangnya. (Aku rasa la..Hehe!) Baru-baru ni aku direct cakap apa yang aku tak puas hati kat boss aku & before that aku ada buat something yang aku rasa memang patut aku buat. So sekarang ni aku dah tunjukkan bad impression kat boss aku. Huh! Gamaknya memang aku tak ke mana la jawabnya.

"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu dijadikan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air. Maka jika sesiapa di antara kamu yang dalam keadaan marah, maka bersegeralah mengambil wudhu."

(Hadis riwayat al-Imam Ahmad)

Sekarang ni aku tengah decide nak tukar kerja & right now aku memang tengah meng active kan JobStreet aku balik. Huhu! Malam ni aku kena buat solat Isytiqarah la jawabnya. Doakan la aku dapat pilih the right decision ek.

Dalam serabut-serabut ni pun sebenarnya aku pun selalu teringat yang aku dah lama tak uitm macam the week before. Kalau tak, boleh kata every week mesti aku akan datang sekali sebab nak bagi TV Series. Tapi aku rasa aku ni ganggu dia pulak kalau aku datang. Dia dah la busy nak buat kerja. So aku pun decide untuk duduk je kat umah ni. Rindu gila la!

Memang betul la orang cakap, kita hidup ni ibarat bola. Sometime kita kat atas, sometime kita kat bawah. So jangan la bersedih kalau time kita kat bawah. Ada hikmahnya tu.

Friday, April 20, 2007

Miss my Grandparents

Date : 20-4-2007
Venue : 129, Jln Setia, Gombak Setia


Finally, dapat gak aku jumpe grandparents aku hari ni. Dah lama gila la aku tak pergi umah diorang. Mana taknya, ada je hal tiap kali nak pergi sana. Padahal dekat je dengan umah aku. Huhu. Hari ni, aku balik kerja on time. Tepat je pukul 4pm, terus aku punch card. Semangat punya pasal nak jumpe nenek dengan atuk aku. Pastu balik umah, mandi, solat, pastu tido kejap :p

Aku bertolak pergi umah nenek aku lebih kurang pukul 545pm sampai sana dalam pukul 550pm camtu la. Hehe! Tu la untungnya kampung dekat ni :P Aku sampai-sampai je umah nenek aku, tengok pintu pagar dah kunci. Huhu! Sedih tul, sebab ingat nenek aku keluar. Sebab usually mak aku akan pergi umah nenek aku every Friday lepas dia balik kerja, lepas tu aku jemput tapi today, abah aku jemput mak aku dari office, lepas tu diorang pergi mana ntah. Tu tak pergi umah nenek aku. Nenek aku pun assume takde siapa nak datang so dia pun kunci la pagar. Huhu! Nasib baik la dia sedar aku datang.

Masuk je umah nenek aku, macam-macam la kitorang bercerita. Ingat esok aku nak bawa nenek dengan atuk aku pergi umah baru makcik aku kat shah alam, tapi tak jadi lak sebab makcik aku dapat offer sambung PhD kat UiTM & UM, so sekarang ni dia tengah busy nak buat proposal untuk benda tu pastu tengah pening gak nak decide yang mana satu dia nak pilih. Alhamdulillah la sebab dapat gak dia apa yang dia nak. Huhu! So tak jadi la aku pergi. Aku pun tukar la plan nak bawa nenek dengan atuk aku pergi Putrajaya. Aku pun dah lama gila tak pergi sana. Kalau tak silap aku last time aku pergi sana masa aku form 5. Lama tu. Huh!

Aku rasa happy sangat-sangat sebab dapat habiskan masa aku dengan nenek & atuk aku hari ni. Hanya Allah je yang tahu macam mana aku rasa. Lastly, masa aku on da way nak balik umah aku balik, aku lalu depan umah someone but kereta kancil takde. Thats mean takde la tu. Huh. Takpela, nampak rumah pun jadi la :p

" Hargailah mereka yang kita sayang sementara mereka masih ada di sisi kita".

Wednesday, April 11, 2007

Happy Birthday Abah

11-April-1953 bapa aku lahir. Today genap la bapa aku 54 tahun. Lagi 2 tahun pencen ler. Sepanjang hidup aku ni aku rasa banyak lagi benda yang aku tak buat sebagai anak. Huhu! Aku rasa sedih sangat kalau fikirkan balik benda ni. Erm, kalau nak balas semua budi bapa aku ni memang tak mampu la. Yang aku mampu buat sekarang ni nak balas budi dia, just buat dia happy dan doakan dia sihat selalu.

Aku bersyukur walau macam mana bapa aku ni pun, aku tetap bersyukur kepada Allah sebab aku tau, kalau takda bapa aku ni belum tentu wujud aku dalam dunia ni. Tak tau macam mana aku nak ucap terima kasih aku kat bapa aku ni. Hanya Allah je yang mampu balas semua yang bapa aku bagi kat aku.

"Other things may change us, but we start & end with family"

Happy Birthday abah! May Allah bless u. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.