Showing posts with label News Paper. Show all posts
Showing posts with label News Paper. Show all posts

Wednesday, October 26, 2011

Di mana lagi Laporan Ketua Audit Negara? Adakah hanya Negeri Selangor, P.Pinang & Kelantan sahaja yang ditegur?

Setelah menonton Buletin Utama TV3 suku semalam, aku terpanggil untuk sama-sama berkongsi dengan semua rakyat Malaysia berkenaan Laporan Ketua Audit Negara. Mungkin apa yang dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 suku pada malam semalam, 25 Oktober 2011 adalah benar berkaitan dengan Laporan Ketua Audit Negara tapi adakah hanya 3 negeri iaitu Selangor, P.Pinang & Kelantan sahaja yang ditegur oleh Ketua Audit Negara? Adakah negeri-negeri lain yang di bawah kerajaan BN semuanya tidak ditegur oleh Ketua Audit Negara? Oh, mungkin tidak ditegur sebab takut nanti kena pecat atau digantung kerja. Selalu beringat, rezeki itu datang daripada Allah, bukan manusia. Jangan takut untuk berkata benar.


Dari sumber yang aku perolehi, berkaitan Laporan Ketua Audit Negara untuk Kerajaan Negeri Johor, didapati Kerajaan Negeri Johor berhutang sebanyak RM 334.51 juta hingga Dis 2010. Kerajaan Negeri Johor mengikut Laporan Ketua Audit Negara telah membuat empat pinjaman iaitu tiga pinjaman bagi projek bekalan air manakala satu pinjaman bagi projek Ladang Hutan Kompensatori Kedua pada bulan Disember 2010 dan berhutang sebanyak RM134.25 juta, manakala tunggakan hutang berjumlah RM334.51 juta.

Laporan itu juga menjelaskan mengikut Master Aggrement antara Kerajaan Negeri Johor, Kerajaan Persekutuan, Syarikat Air Johor Sdn Bhd, Syarikat Air Johor Holding Sdn Bhd dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB), pinjaman yang diterima oleh Kerajaan Negeri Johor daripada Kerajaan Persekutuan untuk membiayai projek bekalan air Johor akan diambil alih oleh PAAB.

Tapi semakan oleh Ketua Audit Negara mendapati pemgambilalihan tersebut masih belum selesai kerana baki pinjaman belum dimuktamadkan walaupun Master Aggrement telah pun ditandatangani pada 11 Mac 2009.

Projek bekalan air di Johor ni pun mungkin menerima nasib yang sama dengan apa yang telah terjadi di Negeri Kedah yang telah berjaya ditawan oleh Pakatan Rakyat dalam PRU12 yang lalu. Pendedahan mendapati banyak berlaku penyelewangan kerana Kerajaan Pusat menawarkan Geran untuk projek bekalan air ni tapi kerajaan negeri memilih untuk membuat pinjaman kerana jika menerima Geran dari Pusat, pemilihan kontraktor akan dibuat oleh pusat tapi jika membuat pinjaman, kerajaan negeri berhak untuk melantik kontraktor yang mana sudah tentu kontraktor yang dipilih dari kalangan kroni mereka.

Kerana ketamakan dalam mengejar projek mewah, kerajaan negeri sanggup untuk menggadai nasib rakyat yang akhirnya akan terbeban oleh hutang yang telah dibuat oleh pimpinan negeri. Dan sudah tentu cara untuk melangsaikan hutang tersebut adalah dengan menaikkan tariff air yang mana akan menambahkan bebanan hidup terhadap rakyatnya.


Menurut sumber lain berkaitan Laporan Ketua Audit Negara, mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat Ketua Audit Negara, ia kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang.

Sebagai contoh, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF).

“Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya.

Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding,” kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tuan Ibrahim juga membangkitkan keborosan dalam Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan.

Yang paling menjengkelkan, kata beliau ialah pembelian satu binokular oleh JLTM pada harga RM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.

“Mara (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan “katil boleh lipat” pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga Mara,” tegur beliau lagi.

Selain itu, kata Tuan Ibrahim syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).

Pada skop yang lebih besar, kata beliau ialah kenaikan hutang negara sebanyak 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion pada 2009.

“Ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%,” kata beliau.

Untuk laporan penuh Ketua Audit Negara boleh diperolehi di sini. Janganlah kita mudah diperdaya dengan sumber maklumat yang mudah kita perolehi kerana sumber yang mudah diperolehi ini sangat mudah untuk memperdayakan kita. Sentiasa nilai setiap apa yang kita perolehi, jangan mudah terima dengan bulat-bulat. Wallahualam.

Saturday, October 15, 2011

Sultan Brunei Menguatkuasakan Undang-undang Islam

Sebagai sebuah negara Islam, kita seharusnya menguatkuasakan undang-undang Islam dan bukan sekadar nama sahaja. Lately, mungkin telah banyak media di Malaysia, baik televisyen, akhbar & blog telah banyak menulis artikel berkenaan dengan Hudud dan perkara berkaitan dengan undang-undang Islam. Adakah semua ini ditulis atas faktor politik? Adakah disebabkan untuk melariskan jualan akhbar masing-masing? Adakah untuk menaikkan traffic penonton televisyen? Adakah untuk mendapatkan traffic di blog masing-masing? Hanya penulis (diri sendiri) sahaja yang tahu. 

Aku sebagai seorang rakyat Malaysia sentiasa berbangga dengan negaraku ini. Biarpun masih banyak kekurangan daripada pelbagai aspek, aku tetap berbangga. Walaubagaimana pun, aku akan menjadi lebih bangga sekiranya pemimpin-pemimpin di Malaysia ini, mempunyai ciri-ciri seperti DYMM Paduka Seri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. 


Mungkin aku tidak pernah mengkaji siapakah Sultan Brunei ini dan apatah lagi untuk merasa menjadi rakyat di bawah pemerintahan Sultan Brunei. Apakah yang menyebabkan aku berbangga sekiranya mendapat pemimpin seperti Sultan Brunei? Ini adalah kerana kesungguhan seorang pemimpin untuk melaksanakan & menguatkuasakan undang-undang Islam yang kini sedang sibuk diperkatakan di Malaysia. Mungkin ramai yang akan berkata, negara Brunei majority penduduk adalah beragama Islam dan berbangsa Melayu manakala Malaysia merupakan negara majmuk dan mempunyai pelbagai agama. 

Mari kita lihat perbandingan statistik yang diperolehi di Wikipedia. Di bawah ini adalah statistik penduduk mengikut kumpulan etnik di Malaysia. Majoritinya adalah berbangsa Melayu iaitu sebanyak 50.4%. 


Di bawah ini pula adalah statistik penduduk mengikut agama dan majoritinya adalah beragama Islam iaitu sebanyak 60.4%. 


Kita bandingkan pula dengan negara Brunei. Di bawah adalah statistik bagi jumlah penduduk di Brunei mengikut bangsa dan agama. Sebanyak 66.3% berbangsa Melayu dan sebanyak 67% beragama Islam.


Sumber diperolehi di Wikepedia Malaysia & Brunei. Peratusan bagi bangsa Melayu & agama Islam di kedua-dua negara ini tidak banyak berbeza. Jadi, seharusnya tiada masalah juga sekiranya pemimpin di negara Malaysia untuk melaksanakan & menguatkuasakan undang-undang Islam.

Mari kita lihat perbezaan video di bawah walaupun kedua-duanya merupakan pemimpin di sebuah negara Islam. Anda nilai & fikirkan. Di bawah merupakan titah DYMM Sultan Hassanal Bolkiah.


Di bawah ini pula merupakan ucapan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dalam menjawab pertanyaan wartawan TV3 dalam Buletin Utama.


Berita terkini lagi, menurut sumber The Brunei Times semalam, negara Brunei akan menggubal Syariah-compliant Panel Code. Lihat, betapa bersungguhnya negara Brunei untuk melaksanakan undang Islam. Sumber diperolehi di sini.

Jadi, andalah yang menilai ciri-ciri kedua-dua pemimpin di atas. Kita sebagai umat Islam, perlulah memilih seorang pemimpin yang boleh membawa negara dan rakyat kita ke jalan yang benar. Jangan disebabkan kepentingan politik, agama Islam ditinggalkan. Tidak kisah siapa yang memerintah, asalkan pemimpin tersebut dalam memerintah mengikut Syariat Islam dan memerintah dengan adil.

p/s : Dunia hanyalah sementara. Sentiasa beringat, kita hidup untuk mati. 

I Say No to Utusan


Bukan aku hendak menyebalah Namewee tetapi apa yang disampaikan dalam video oleh beliau adalah benar. Mungkin majoriti daripada rakyat Malaysia sangat marah pada Namewee di atas apa yang telah beliau lakukan sebelum ini tetapi beliau telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan kita sesama manusia. Mungkin dengan memaafkan, Allah memberi beliau hidayah untuk mengenal Islam. Semua manusia di atas muka bumi ini pernah melakukan kesalahan dan kita perlulah sentiasa memaafkan antara satu sama lain.

Berkaitan laporan dari Malaysiakini, bertajuk 'Utusan buat laporan polis ke atas Namewee', adalah tidak profesional untuk salah sebuah akhbar utama di Malaysia mengeluarkan kenyataan berikut. Menurut laporan Utusan bertarikh 1 Oktober 2011 lalu, "...Namewee menyalahguna kemudahan multimedia untuk menjatuhkan imej akhbar berkenaan serta mengeluarkan tuduhan terlampau terhadap penulisan artikel Bukan Nasi Lemak 2.0....", ditulis oleh wartawan Utusan Fauziah Arof yang disiarkan pada bulan September 2011. Untuk artikel penuh, sila baca di sini

Di bawah ini merupakan video yang dihasilkan oleh Namewee.


Pada pandangan aku, sebagai seorang wartawan yang profesional, Fauziah Arof tidak seharusnya menulis artikel sebegitu memandangkan Utusan Malaysia merupakan salah satu akhbar nasional. Cuba anda bayangkan sekiranya artikel berkaitan diri anda ditulis di dalam akhbar. Tidak kira artikel yang baik, mahupun yang tidak baik, sudah pasti ramai yang membacanya. Fauziah Arof sebagai seorang wartawan yang profesional, seharusnya menonton filem tersebut terlebih dahulu sebelum memberi sebarang ulasan ataupun komen. Sekiranya beliau tidak menonton filem tersebut, tetapi disebabkan emosi & bencikan Namewee, beliau seharusnya tidak memberikan komen terhadap karya Namewee. Aku mungkin tidak arif berkaitan etika kerja sebagai seorang wartawan, tapi sama seperti bidang lain juga, sekiranya anda bekerja di dalam sesuatu bidang, anda seharusnya meneliti hasil kerja seseorang itu terlebih dahulu sebelum anda mengkritik hasil seseorang itu.

p/s : Jangan terlalu mengikut emosi dalam menyampaikan sesuatu. Berkongsilah sesuatu yang baik dan berilmiah




Sunday, October 2, 2011

Penjelasan bagi Pemilikan Rumah : MCA dakwa Selangor tipu rakyat

Berikut adalah laporan Malaysiakini bertarikh 30.9.2011 yang bertajuk Pemilikan Rumah : MCA dakwa Selangor tipu rakyat. Untuk berita lengkap, sila click Malaysiakini

Pertama sekali, tajuk laporan tersebut sahaja sudah tidak tepat. Apa yang kerajaan negeri Selangor laksanakan adalah Skim Pemberimilikan Tanah BUKAN Skim Pemilikan Rumah. 


Menurut laporan Malaysiakini, Ketua jabatan aduan dan perkhidmatan awam MCA Selangor, Theng Book menuduh EXCO Selangor khususnya DAP mengelirukan orang ramai di Selangor tentang skim sekali bayar RM 1,000 untuk mendapatkan pajakan 99 tahun bagi hakmilik kediaman.
- Dari sudut politik, ada kemungkinan apa yang didakwa oleh Theng Book itu ada kebenarannya. Walaubagaimana pun, dari segi perlaksanaannya, kerajaan negeri Selangor tidak mengelirukan mana-mana pihak. Ini kerana mengikut Pekeliling PTG Selangor Bil 6/2011, objektif Skim Pemberimilikan Tanah tersebut adalah untuk :
1. Menyelesaikan masalah orang ramai yang tidak mampu untuk menjelaskan premium tanah.
2. Memberi peluang kepada rakyat Selangor membuat pilihan untuk menentukan kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing.
3. Membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah setinggan.
4. Mempertingkatkan aspek urustadbir dalam pentadbiran & pengurusan tanah.

SITUASI YANG BERLAKU DI SELANGOR 

1. Kebanyakkan penduduk pernah diluluskan pemberimilikan tanah dengan harga RM 2.50 sekaki persegi. Walaubagaimana pun, masih ramai yang tidak mampu untuk membayar premium tersebut dan menyebabkan penduduk tidak mempunyai hakmilik sedangkan bangunan kediaman telah lama didirikan dan didiami menyebabkan mereka duduk secara haram (setinggan) di atas tanah kerajaan. 
Cuba kita sama-sama fikirkan situasi pertama. Dengan adanya Skim Pemberimilikan Tanah RM 1,000 ini, ia akan membantu rakyat yang miskin untuk memiliki /mendiami tanah secara sah dengan hanya membayar RM 1,000 walaupun mereka tidak boleh mencagarkan tanah mereka kerana tujuan hakmilik diberikan adalah untuk didiami tapi bukan untuk dijual kepada orang lain.

2. Bagi mereka yang berkemampuan dan mempunyai banyak rumah kediaman atau tanah, kebanyakkan daripada mereka akan menjual tanah yang mereka perolehi dari kerajaan negeri dengan harga RM 2.50 sekaki persegi kepada nilaian semasa.
Cuba kita sama-sama fikirkan situasi kedua. Dengan pembayaran premium mengikut nilaian semasa (BUKAN KOMERSIAL SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH THENG BOOK) bagi mereka yang ingin pindahmilik (jual) tanah tersebut adalah adil untuk pemilik kerana jika mereka juga membayar dengan harga RM 1,000 sedangkan mereka menjual tanah tersebut dengan nilaian semasa, berapa banyakkah keuntungan yang akan mereka perolehi daripada jualan tanah tersebut?

Bagi perkara kedua yang didakwa berkenaan Skim Pemberimilikan Tanah ini adalah tiada beza dengan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah tidak benar sama sekali. 
- Pemberimilikan tanah adalah di bawah Seksyen 76, Kanun Tanah Negara 1965 manakala Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah di bawah Seksyen 65(1), Kanun Tanah Negara 1965. Kedua-duanya adalah perkara yang berbeza baik dari segi kaedah pelupusan mahupun definasi.  

Saturday, October 1, 2011

Lim Guan Eng burukkan Johor vs Kelantan diburukkan berpuluh tahun

Setelah sekian lama tidak menonton Buletin Utama (TV3), semalam disebabkan faktor yang tidak dapat dielakkan, aku telah menonton rancangan yang paling ditunggu oleh rakyat Malaysia setiap jam 8 malam. Aku juga seperti manusia lain, sangat mudah dipengaruhi dengan apa yang dilihat dan didengar. Apa yang aku lihat adalah rakaman Lim Guan Eng meminta maaf kepada Sultan Johor berkaitan beliau memburukkan negeri Johor. Pujian harus diberikan kepada Lim Guan Eng di atas sifat yang mengakui kesilapan.

Lim Guan Eng burukkan Johor

Walaubagaimana pun, aku tidak menyebelahi Lim Guan Eng. Aku cuma terfikir, TV3 sering melakukan kesilapan dalam menyampaikan berita kepada rakyat Malaysia. Berkenaan kes Lim Guan Eng memburukkan Johor ini, pada mulanya TV3 menyatakan yang Lim Guan Eng memburukkan Johor di Australia. Setelah menyemak website ABC Radio Australia, yang mempunyai rakaman penuh Lim Guan Eng tersebut, tiada satu kenyataan pun yang memburukkan negeri Johor. 

Selepas itu, TV3 menukar kenyataan tersebut daripada Australia kepada Singapura. Mungkin ramai yang tidak perasan perkara ini dan mungkin sebab itu juga Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor. Bila disemak, tiada bukti di dalam teks ucapan rasmi Lim Guan Eng cuma rakaman audio sahaja. Walaubagaimana pun, Lim Guan Eng menafikan dakwaan itu dan beliau akan membuat laporan polis terhadap rakaman tersebut bagi mengesahkan kesahihan rakaman tersebut. Berikut adalah ucapan yang disampaikan di TV3 semalam. 

"Jadi anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan apabila datang ke Pulau Pinang. Di Johor, jika anda seorang warga Singapura, anda berkemungkinan diculik. Tanya mana-mana rakyat Singapura, mereka akan tahu, tetapi anda tidak akan menghadapi masalah itu apabila datang ke Pulau Pinang."


Kelantan diburukkan berpuluh tahun

Ketua Menteri Melaka pernah mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka agar tidak melawat Kelantan. Kenapa arahan itu harus dikeluarkan? Bukankah Kelantan juga merupakan negeri di dalam Malaysia? Sumber diperolehi disini

Peranan media 

Persoalannya sekarang bukan negeri mana diburukkan cuma kenapa TV3 perlu mengheret Sultan Johor di dalam perkara ini? Seharusnya TV3, Utusan Malaysia tidak seharusnya membesarkan perkara ini. Ia harus dibincangkan secara secara profesional sebelum sesuatu maklumat itu disampaikan. 

Kenyataan yang dipetik dari NSTP, "Saya tersinggung apabila mendengar tuduhan tidak berasas dibuatnya berkenaan keadaan di negeri Johor." Titah Sultan Johor. Sebagai pemerintah yang menaungi semua lapisan masyarakat tanpa mengika kaum dan agama di sesebuah negeri, Sultan atau Raja tidak seharusnya diheret sama ke dalam kancah poitik. Berita sepenuhnya di sini

Seharusnya media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik. Media seperti surat khabar, televisyen merupakan salah satu sumber penting untuk masyarat yang tinggal dipinggir bandar atau kampung. Sekiranya maklumat yang disampaikan tidak benar, maka tertipulah mereka. 

Mungkin televisyen dan surat khabar adalah sumber penting untuk masyarakat yang tinggal dikampung tapi ia bukan untuk di kawasan bandar. Dengan adanya internet, rakyat Malaysia boleh memperolehi pelbagai maklumat yang lebih tepat diinternet. Cuba anda fikirkan, sekiranya anda menerima maklumat dari surat khabar & televisyen berlainan dengan sumber-sumber Internet, adakah anda akan percaya kepada sumber yang menipu ini lagi? Tidak kira sumber mana yang tipu, persoalannya sekiranya salah satu sumber ini menipu adakah anda akan mempercayainya lagi? Sama-sama kita renungkan. 


Saturday, September 24, 2011

Larangan video 'Undilah' oleh SKMM

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) semalam mengarahkan penyiaran tempatan berhenti menayangkan video 'Undilah' yang diterbitkan oleh Pete Teo dan dilancarkan pada Hari Malaysia tempoh hari. Sumber diperolehi di The Malaysian Insider & Malaysiakini. Kenapa tayangan video 'Undilah' ini diarahkan supaya diberhentikan masih belum diketahui. 

Setelah menonton video tersebut berulangkali, apa yang aku lihat, video tersebut adalah untuk memupuk semangat dikalangan rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi, menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, kepentingan mengundi dan semua yang berkaitan dengan kempen mengundi sempena hari PRU 13 yang akan tiba. Jika anda masih belum menonton video tersebut, sila click di Undilah. Pada pandangan aku, video ini sesuai untuk tayangan umum tidak mengira agama, bangsa, & usia. Anda tonton & anda nilai sendiri.

Kenapa video Undilah ini perlu diberhentikan? Adakah ia mengandungi unsur-unsur keganasan, seks, politik, atau agama? Biarlah rakyat Malaysia yang tentukan. Sepatutnya SKMM mengucapkan terima kasih kepada Pete Teo sebab mengambil inisiatif untuk menerbitkan video tersebut bagi memupuk kesedaran kepada rakyat Malaysia akan kepentingan mengundi. Bila video seks Anwar Ibrahim ditayangkan di waktu berita tiada pula larangan atau tapisan. Come on lah SKMM. Janganlah perkara kebaikan pun nak disekat. 

Mungkin jika ditanya apakah sebab video Undilah ini diarahkan supaya diberhentikan tayangannya oleh semua penyiaran tempatan? Inilah jawapannya. 


Sumber gambar diperolehi di BlogSerius.

Monday, September 12, 2011

Ceramah Mat Sabu yang dikatakan kontroversi

Bagi yang hanya membaca Utusan Malaysia, menonton Buletin Utama, sila tonton video di bawah bagi mendengar ceramah Mat Sabu yang dikatakan kontroversi. Dengar dengan teliti dan andalah yang menilai. 


Di bawah ini pula adalah apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 11 September 2011 atau anda boleh click di sini


Cuba anda lihat perbezaan di antara apa yang disampaikan dalam ceramah Mat Sabu dengan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia? Anda sendirilah yang boleh menilai. Setiap manusia melakukan kesilapan dan ada kemungkinan penafsiran dan kefahaman dalam pendengaran berbeza-beza. Sekiranya kita kurang pasti atau faham dengan sesuatu yang disampaikan itu, tanyalah kepada yang menyampaikan terlebih dahulu. Jangan cepat melatah. 

Kisah Mat Sabu ini adalah sama dengan Zainal Kling dari segi sejarah kemerdekaan. Cuma Mat Sabu tidak memihak kepada British dan Zainal Kling memihak kepada British. Kenapa yang dipersalahkan hanya Mat Sabu? Bagaimana pula Zainal Kling yang menyatakan Tanah Melayu 'tidak pernah terjajah' sebaliknya dinaungi atau dilindungi oleh British? Sumber diperolehi di Malaysiakini

Berikut adalah ucapan mantan-mantan Perdana Menteri yang menyatakan Malaysia pernah dijajah :

- Ucapan Tunku Abd Rahman ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, “... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britain; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh...” (Thus today a new chapter opens in our relationship with Britain; our colonial status has given place to full equality)

- Dalam perutusan sambutan Hari Kebangsaan Ke-25 pada tahun 1982, setahun selepas dilantik sebagai perdana menteri, Dr Mahathir memulakan ucapan dengan berkata, “Hari Kebangsaan kali ini merupakan peristiwa yang amat penting. Sambutan Jubli Perak ini menandakan sesuku abad kita telah merdeka, bebas dari belenggu penjajahan, dan sesuku abad kita menentukan nasib kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang bebas dan berdaulat. Syukur, alhamdulillah, negara kita sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera dan terkawal, dan hari ini, kita dapat menyambut Jubli Perak negara kita dalam suasana aman dan bahagia.”
Dalam Memoir terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali.

- Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Hari Kebangsaan 2007 berkata, “kita menghargai semangat keyakinan yang berjaya disemaikan oleh para pejuang untuk membebaskan warga dari kongkongan pemikiran kolonialisme. Kita menghargai pemimpin pelbagai komuniti yang telah mempamerkan wawasan, hikmah dan ideal untuk membina gagasan yang kukuh lagi berpadu, gagasan yang adil lagi saksama, gagasan yang aman lagi makmur.”

- Datuk Seri Najib Razak, yang menggantikan beliau, dalam perutusan Hari Kebangsaan 2009, yang pertama sejak dilantik sebagai perdana menteri keenam berkata, “lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.

Berdasarkan ucapan-ucapan di atas yang diperolehi di sini, tidak seorang mantan Perdana Menteri pun yang menyatakan negara kita tidak pernah terjajah. Jadi, sama-samalah kita fikirkan kenapa Mat Sabu dikatakan kontroversi sedangkan Zainal Kling hanya sepi. 

Thursday, September 8, 2011

Telco akan mengenakan cukai perkhidmatan 6%


Latest news. Sempena menyambut Hari Malaysia, bermula 15 September 2011 Syarikat Telco Malaysia akan mengenakan caj cukai perkhidmatan kepada semua pengguna yang ingin menambah nilai prabayar (prepaid) dan pembelian SIM card (prepaid) baru sebanyak 6%. Tahniah kepada Syarikat Telco Malaysia di atas penghargaan anda kepada rakyat Malaysia. 

Dengan ini, kepada pengguna nilai prabayar (prepaid) anda akan menambah beban anda sebanyak RM 0.60 dengan setiap pembelian tambah nilai ke telefon bimbit anda. Kenapa rakyat menggunakan prepaid? Jawapan yang pasti dijawab adalah untuk berjimat cermat. Siapakah pengguna prepaid? Kebanyakan adalah dikalangan pelajar. 

Mari belajar mengira. Anggaran purata tambah nilai yang dibuat oleh pengguna adalah sebulan 4 kali sebanyak RM 10. 
Jadi caj cukai perkhidmatan yang akan dibayar kepada adalah RM 0.60 x 4 = RM 2.40. 

Setahun bersamaan 12 bulan. 
Jadi jumlah yang perlu dibayar oleh setiap pengguna prepaid adalah RM 2.40 x 12 = RM 28.80.

Bayangkan betapa banyaknya Syarikat Telco Malaysia akan mengutip hasil daripada caj perkhidmatan yang dikenakan. Kenapa kerajaan tidak meminta Syarikat Telco yang kaya-raya yang telah mengaut keuntungan yang berbillion-billion untuk menanggung caj perkhidmatan tersebut? Kenapa bila Astro nak naikkan harga ramai yang bersuara? Cuba fikirkan kenapa berlakunya kejadian ini. 

Sumber diperolehi dari sini

Thursday, August 23, 2007

Wajarkah Suami Jadi Suri Rumah?

Lately, banyak cerita pasal nisbah laki dengan perempuan. Pasal IPTA, suami isteri, macam-macam la. Aku pun nak juga bagi my opinion. Hehe! Untuk pendapat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil boleh click sini. Aku ringkaskan pendapat beliau. Datuk lagi prefer kalau lelaki jadi suri rumah but Dr. Lo’ Lo’ Mohd. Ghazali pulak prefer perempuan suri rumah. Untuk detail click kat utusan ek.

For me, aku sokong Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali. Memang la apa yang Datuk Shahrizat tu cakap pelajar lelaki dah makin kurang kat IPTA tapi that not mean lelaki cannot tanggung perempuan. Banyak cara lain lagi as long as lelaki tu tak putus asa. Why not Datuk Shahrizat ni buat kursus untuk lelaki yang gagal masuk IPTA ni. Sometime, kita mana boleh peredaran zaman. Allah swt memang dah tetapkan,

"Serorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan seamunye serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerimapahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengankat senjata."

Kalau korang nak dengar pendapat orang lain, korang boleh click kat AkuBetul sebab memang aku rasa orang yang berakal takkan berfikiran macam Datuk Shahrizat ni. Ni la kalau perempuan dah jadi pemimpin. Susah jadinya. Buat kerja ikut perasaan bukan guna akal fikiran. Aku 100% tak sokong langsung pendapat beliau.

p/s: aku dah agak dah, ko mesti dah post dulu Dood..ehehe!!

Friday, March 23, 2007

Stupid Bush


Aku ambil cerita ni dari paper utusan malaysia hari ni. 'Presiden Bush tidak gemar membaca'.Presiden US, George W. Bush rupanya seorang yang tidak suka membaca. No wonder la kalau semua decision yang dia buat semuanya orang tak suka. Ada ke patut seorang yang nak jadi leader tapi tak suka membaca. How you want to make a decision if you do not know what people want, what people need, what lattest news.

Reading is a part of our life. One of the lecturer said:
"Reading has helped me become a more critical thinker. It has also broadened my knowledge of the world and helped me develop a more complex vocabulary-one that keeps growing." Patrick Apple.

This mean Bush cannot selalu buat decision yang tak betul sebab dia bukan critical thinker. Tu pasal kalau apa-apa semua pun nak perang je. Stupid!! Budak kecik pun digalakkan membaca at least 20 minutes a day ni kan Presiden US. If you reading 20 minutes per day, let we calculate;

Child reads 20 minutes five nights of every week;
Bush reads only 4 minutes a night...or not at all!

Step 1: Multiply minutes a night x 5 times each week.
Child reads 20 min. x 5 times a week = 100 mins./week
Bush reads 4 minutes x 5 times a week = 20 minutes

Step 2: Multiply minutes a week x 4 weeks each month.
Child reads 400 minutes a month.
Bush reads 80 minutes a month.

Step 3: Multiply minutes a month x 9 months/school year
Child reads 3600 min. in a school year.
Bush reads 720 min. in a school year.

Child practices reading the equivalent of ten whole school days a year.
Bush gets the equivalent of only two school days of reading practice.

Kesimpulannya, Bush memang tak layak jadi Presiden US. Haha!