Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

Saturday, November 26, 2011

Muhamad Nazmi Faiz Mansor

Setelah Malaysia menjuarai acara bola sepak di dalam Sukan SEA baru-baru ini, nama Nazmi Faiz sentiasa menjadi buah mulut hampir di seluruh Malaysia. Siap trending nama Nazmi Faiz kat twitter masa final bola sepak di antara Indonesia vs Malaysia. Tidak dinafikan Nazmi Faiz memang seorang pemain yang sungguh berbakat dan bersemangat. Alangkah hebatnya pasukan Malaysia sekiranya mempunyai pemain-pemain seperti beliau. Mungkin masih ramai pemain-pemain yang berbakat di luar sana cuma mereka tidak diberi peluang untuk bermain di pentas negara.


Muhamad Nazmi Faiz Mansor dilahirkan pada 16 Ogos 1994 dan ketika ini beliau hanya berumur 17 tahun. Beliau merupakan pemain termuda dalam skuad Olimpik Malaysia dan skuad Sukan SEA baru-baru ini. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dengan ketinggian hanya lebih kurang 1.67 meter, beliau dapat menunjukkan bahawa fizikal bukan menjadi penghalang untuk menjadi pemain yang baik.  

Kehebatan beliau dalam menguasai bola, menggelecek lawan, membuat hantaran bola dari tengah, mengambil bola dari kaki pihak lawan, membuatkan aku berbangga menjadi penyokong Malaysia. Gaya permainan beliau mengingatkan aku kepada Cesc Fàbregas semasa mula-mula beliau bermain untuk pasukan Arsenal ketika beliau juga berusia 17 tahun dengan rambut ala-ala mat rempit. Tidak mustahil sekiranya beliau diberikan peluang untuk bermain diperingkat antarabangsa, permainan dan skill beliau akan mampu setaraf dengan bintang-bintang seperti Paul Scholes, Pablo Aimar, Xavi dan lain-lain midfielder yang bertubuh kecil. 

Selama aku mengikuti perkembangan bola sepak di negara Malaysia ini, (aku mula menonton bola sepak Malaysia sejak dari darjah 1 iaitu tahun 1990 dan ketika itu aku merupakan penyokong setia pasukan Selangor) belum pernah aku lihat ada pemain midfielder Malaysia yang berbakat seperti beliau. Dengan umurnya yang masih muda, tidak mustahil beliau boleh mengharumkan nama negara seperti Allahyarham Mokhtar Dahari. Aku berharap, FAM tidak akan mensia-siakan bakat yang ada pada Nazmi Faiz ini. All the best Muhamad Nazmi Faiz.

  

Thursday, November 17, 2011

Seedings for EURO 2012


Pot 1 : Spain, Holland, Poland*, Ukraine*.
Pot 2 : Germany, Italy, England, Russia.
Pot 3 : Croatia, Greece, Portugal, Sweden. 
Pot 4 : Denmark, France, Czech Republic, Ireland.

* Poland telah di tempatkan di dalam Group A & Ukraine di tempatkan di dalam Group D.

'Pot-pot' undian bagi EURO 2012 telah ditentukan oleh UEFA mengikut ranking dunia kecuali tuan rumah iaitu Poland dan Ukraine. Spain telah di letakkan di dalam 'Pot' yang sama dengan Finalist World Cup 2010 iaitu Holland dan juga pasukan tuan rumah. Jadi, kita tidak akan dapat menyaksikan pertemuan Finalist World Cup 2010 ini diperingkat kumpulan.

England terselamat daripada di letakkan dalam kumpulan bersama dengan musuh tradisi mereka iaitu EURO 2008 runners-up, Germany kerana mereka di letakkan di dalam 'Pot' yang sama. 2006 World Cup Champion, iaitu Italy juga di letakka di dalam 'Pot' yang sama diikuti dengan Russia. Jadi ada kemungkinan England akan di letakkan di dalam kumpulan bersama-sama dengan Spain, Portugal, dan France.

Ireland pula berada di dalam 'Pot 4' bersama-sama dengan France yang merupakan pasukan menyebabkan mereka tersingkir dalam pusingan play-off World Cup 2010 dengan jaringan kontroversi pada 2 tahun yang lalu. Jadi Ireland hanya akan dapat membalas dendam mereka ke atas pasukan France sekiranya kedua-dua pasukan layak ke peringkat seterusnya. 

Jadi, sama-sama kita nantikan proses undian EURO 2012 ini yang akan berlangsung pada 2 Disember 2011. Sekiranya Spain, England, Portugal & France di letakkan di dalam kumpulan yang sama, aku jangkakan yang juara kumpulan ini akan memenangi EURO 2012 ini. Walaubagaimana pun, aku berharap pasukan-pasukan ini tidak di letakkan di dalam kumpulan yang sama supaya diperingkat knock-out nanti, masih ada lagi pasukan-pasukan yang 'favorite' bertemu. 


Friday, August 26, 2011

Undian Champions League 2011


Finally debaran Champions League 2011 telah pun terjawab. Sumber diperolehi dari Soccernet. Tapi dalam undian agak pelik sebab cabutan untuk team Liverpool tidak kelihatan. Mungkin UEFA tercicir kertas undian team Liverpool kot. Tak pun, mungkin juga sebab seperti fans Liverpool yang selalu 'bermodalkan' Champions League kalau berborak, sebab tu Liverpool berada dalam kumpulan special kot. Hehe! Just joking.

Berikut adalah Champions League draw for 2011.

Group A:
Bayern, Villarreal, Man City, Napoli

Group B:
Inter Milan, CSKA Moscow, Lille, Trabzonspor

Group C:
Man United, Benfica, Basel, Otelul Galati

Group D:
Real Madrid, Lyon, Ajax, Dinamo Zagreb

Group E:
Chelsea, Valencia, Bayer Leverkusen, Genk

Group F:
Arsenal, Marseille, Olympiakos, Borussia Dortmund

Group G:
Porto, Shakhtar, Zenit, APOEL

Group H:
Barcelona, AC Milan, BATE Borisov, Viktoria Plzen

Group I:
LIVERPOOL


Wednesday, July 9, 2008

Makan bola, tido bola...

Euro 2008 dah habis. Sepanyol dah pun jadi juara. Semua peminat team masing-masing dah pun tahu siapa juara, siapa kalah awal, siapa kalah semi. Bagi aku Spain memang deserve untuk jadi champion la. Dengan team work diorang, skill, semua pun lengkap la. Final Euro 2008 Germany vs Spain dengan result 0-1. Satu goal yang torres score tu memang lawa la. Walaupun satu goal je, tapi games memang best la. Congratulation untuk Spain.


Dah sekian lama aku tak tengok bola sepak Malaysia, 21 Jun 2008 hari tu, Final Piala FA, Selangor lwn Kedah, aku pun turun la tengok disebabkan pakcik aku belanja tiket. Hehe! Kalau tak, maybe aku tak pergi la. Aku pergi dengan family pakcik aku & shuhail. Budget Selangor boleh menang la game ni. Tapi malang tul, minit 1st lagi Selangor dah kena sebijik. Huhu! Final score, Selangor kalah kepada Kedah 2-3. Tension je. Selangor main best dah tapi, defend teruk gile! Sengal tul. Dah la ramai penyokong yang datang. Kalau la Selangor ni main macam tahun 90an dulu, mesti stadium sentiasa penuh je.

Pastu 6 July 2008 baru ni, ada The Sultan of Selangor's Cup 2008. Yang ni pun aku tengok gak sebab dapat tiket free lagi. Hehe! Nasib baik la yang ni Pilihan Selangor menang. Memula veteran Selangor kalah penalti 8-9 lepas seri 1-1 dengan Singapore tapi nasib baik la Pilihan Selangor menang lepas seri 2-2 dengan Singapore, Selangor menang penalty 4-3 kalo tak silap aku.

Kesimpulannya, Malaysia kena la tingkatkan mutu permainan kalau nak banyak orang yang datang stadium. Kalau pasukan negeri mana-mana pun main best, sure ramai yang datang.

Monday, August 6, 2007

Man Utd Win The Shield

Edwin Van der Sar saved all three of Chelsea's spot-kicks as Manchester United won the penalty shoot-out and the Community Shield after a 1-1 draw in 90 minutes.

Man Utd start new season very well! Although they win over penalty but it enough to keep Mourinho mouth keep close! haha!! Ryan Giggs, score the 1st goal and Malouda equalised on the strike of half-time.

Man Utd start the game without Anderson, Hargreaves, Gary, Saha, Scholes but they still control the games very well.

Man Utd will start their Premiership facing Reading at OT. All the best to Man Utd. GLORY! GLORY! MANCHESTER UNITED!!!


Monday, July 16, 2007

Brave Argentina Finally lost

Huh! BRAZIL lifted the Copa America crown after defeating arch-rivals Argentina 3-0 in the final.

Goals from Julio Bapitsta, Daniel Alves and a Roberto Ayala own-goal sealed a dominant win for the Samba stars. Click here for full match report

What happen to Argentina?? My favorite team was heavily defeated early this morning. So sad. For me, Argentina was defeated because Brazil was a victory for muscle over finesse. Its ok for me because although Argentina was lost that match, they had show fantastic games before. For me, Messi is the Best Player for the Copa America tournament.


Thursday, May 24, 2007

Legendary Milan vs LiverFOOL


To all LiverFOOL fan, sorry to say. You are not the best in Europe! haha! At least Man U win one cup, EPL this season. "Man U jaguh kampung," kata Aku Betul. Walaupun jaguh kampung, tak kisah la janji menang gak EPL.

To Usop (Liverpool Die Hard Fan),
Man U fan club ada kosong ni. Kalau nak join aku bagi borang! Hari ni ko tak payah kerja pun takpe, aku paham ko sedih! haha!

To Fendi Bob,
Hari ni ko tak payah risau kalau ada fiber problem ke apa ke. Ko dok buat blog je cukup. Banyak topic kalau nak tulis hari ni. Haaha! msg dari Fendi :
"Aku dah off hp"
time: 430am
date: 24 May 2007

To Fendi white,
Nape hari ni ko tak msg aku bagitau result?? haha! selalu kalau man u punya game mesti ko org 1st bg result kat aku.

To Manoq,
"Bola tu bulat". Kan aku dah cakap kat ko. Haha! "Pisang takkan berbuah dua kali". Ingat tahun 2005 boleh berulang ke?? haha!!

To Pitung,
Jangan sedih2. 'Liverpool never walk alone, Liverpool walk with Man U sebab kalah jugak' Haha! At least Man U menang gak sekali dengan Milan :p

To A'Black,
YM
a'black: kalah final.. lagipun berbalas gak dpd 3 tanpa balas.. - kalau jumpe semi final belum tentu menang gak. Haha!

To all Liverpool fan,
Jangan sedih2!

Wednesday, May 16, 2007

Chelsea vs Man Utd


Date : 19 May 2007
Venue : New Wembley Stadium
Time : 1500 UK


Finally, two best team in EPL meet in FA Cup Final. Both team bakal tentukan yang mana bakal dapat gelaran Double. Nak dapat Treble dah tak boleh, Double pun jadi la. Huhu! Good luck to Liverpool sebagai wakil untuk EPL. Hopefully dapat kalahkan Serie A. Tapi sebenarnya aku sokong AC Milan sebab ramai yang anti Man U. Ramai sangat member aku yang sokong Liverpool. Kan bagus kalau Man U vs Liverpool. Baru tahu team mana hebat. Haha!

Okla, to all Man U fan, dont forget to watch FA Cup Final. Kepada member-member aku yang support Man U sampai mati, jom tengok sekali kat Shah Alam. Kalau Liverpool fan pun dialu-alukan. Haha!

Tuesday, April 10, 2007

"Think Like A Winner"

Memandangkan malam ni Man Utd vs Roma, pertarungan hidup mati, aku pun terfikir macam mana la agaknya Man Utd nak menang awal pagi ni??huhu! Kalau kalah sure aku kena dengan budak-budak ni esok pagi. Huh! Tetiba aku terfikir, kalau la semua player Man Utd fakir dia boleh menang malam ni, sure dia boleeh menang punya. Aku ambil tajuk buku Walter Doyle Staples, “Think Like A Winner!”. Dalam buku beliau ada tulis, “pemikiran dapat menentu & menorak destinasi kehidupan seseorang individu.” Ini bermaksud diri kita ini dapat ditentukan oleh keputusan yang dibuat berdasarkan proses penjanaan minda yang berlaku dalam otak kita.


Actually sama kalau fikir balik, bukan Man Utd je nak menang pagi ni. Roma’s player pun sure think same like Man Utd’s player. Dua-dua team pun fikir nak menang. Benda ni sebenarnya sama je dengan kehidupan seharian kita. Setiap individu mesti nak kan kejayaan, kemenangan dalam hidup masing-masing. Tapi secara tak langsung sebenarnya kita selalu membawa diri kita ke arah yang berlawanan iaitu kekalahan.

Semua orang nak diri dia dipuji, disanjung oleh orang lain tapi sebenarnya apa yang kita buat tu selalu membawa kita ni dikeji dan dihina oleh diri kita sendiri. Cuba kita fikir-fikirkan balik, renung kejap, tak kisah la kita sebagai student ke, pekerja ke, peniaga ke, pemain bola ke, semua benda yang kita buat kita akan berhadapan dengan situasi yang akan membawa kita ke arah kekalahan pada diri kita sendiri. Aku tak maksudkan semua orang buat benda yang dibawah but mostly.


- Kita amek contoh kalau someone tu diberi tugas untuk buat something. If someone tu menolak atau mengelak tugas yang diberikan itu dengan alas an ‘tak tahu’, ‘tak reti’, 'tak boleh’. Semua perkataan tu merupakan perkataan yang membawa maksud yang negative. Benda ni secara tak langsung menunjukkan kelemahan pada diri sendiri.


- Lagi satu contoh yang kita boleh amek bila someone tu terlu mengagongkan kebolehan orang lain. Actually kalau kita nak menghargai kebolehan orang lain tu tak salah tapi ada batasnya. Kekadang tu benda ni jadi kalau someone tu serahkan bulat-bulat tugasan dia kat orang lain dengan alasan ‘dia lagi hebat’, ‘dia terror’, ‘dia power’. Disebabkan kita cakap dia lagi hebat dari kita, mean kata-kata kita tu jadi doa dan jadikan dia lagi hebat dari kita. Secara tak langsung membawa kekalahan kat diri kita jugak.

Oleh itu, kita mesti buat perubahan kat pemikiran kita. Mengikut Walter Doyle Staples:

APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA…


Anda mengubah kepercayaan anda,

Apabila anda mengubah kepercayaan anda.

Anda mengubah harapan anda,

Apabila anda mengubah harapan anda.

Anda mengubah sikap anda,

Apabila anda mengubah sikap anda.

Anda mengubah tindakan anda,

Apabila anda mengubah tindakan anda.

Anda mengubah prestasi anda,

Apabila anda mengubah prestasi anda.


ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA !

Cuba kita renungkan kata-kata beliau & buat perubahan pada diri kita. Adakah kita perlu mengubah pemikiran kita??? Jawapannya terdapat di dalam fikiran kita. So aku harap semua players Man Utd "Think Like A Winner!" hehehe!! Glory, Glory United!


Monday, April 2, 2007

BoRiNg

Macam weekend-weekend yang lepas, sama je semua nya. Every weekend pun bosan. Huhu! Hari sabtu aku dok kat umah merehatkan mata aku sampai tak larat nak rehat dah. Bangun lepas tu tido balik, lepas tu bangun, lepas tu tido balik. Sampai la malam. Huhu! Kalau celik mata banyak benor benda yang aku fikir so baik aku tido. Nasib baik la malam tu ada bola. Masa tengok memula hangin gak aku, mana tak nya, boleh la pulak Man U kena 1-0 masa 1st half. Nasib baik la 2nd half belasah balik 4-1. Huhu! so takde la aku boring. Lepas tu aku tak tau nak buat apa dah. Nasib baik la tetiba aku ada mood nak siap kan assignment adik aku ni. Huhu! Kesian tengok dia, tak reti nak buat assignment pasal computer ni. Aku siap kan sampai kul 3 pagi. Lepas tu tido.

Ahad lak memula budget nak kuar dengan Nasa & Karim tengahari tu tapi ujan. So ape lagi, dok umah tido la. Lepas tu aku dah sangap sangat dah, kalo dok umah je mesti macam-macam aku pikir, so aku decide nak tengok wayang cite 300. Memang puas hati la tengok cite tu. Aku tengok kat KLCC sorang-sorang sebab semua member aku dah tengok cite tu. Lepas maghrib tu aku pun msg Nasa tanya dia kat mana. Kebetulan dia dgn Karim dah kat Sogo pergi shopping. Aku yang keboringan ni pun g la follow diorang. Lepas tu kitorang makan Satay Sahmuri kat dengan Sogo tu. Thank you kat Karim sebab belanja kitorang. Memang kenyang la. Lepas tu Karim dgn Nasa pegi Puchong jumpe member diorang kejap. Sebab aku nak copy cite Naruto Shippuuden, aku pun g la umah Nasa dulu. Aku balik dari umah Nasa around 145 am.

Nasib baik la ada bestfren macam Nasa ni. Kalau tak macam biasa la weekend aku yang boring. Huhu! Thank you Nasa for being such a good fren!

Friday, March 23, 2007

United

"Reds deserve the title", said Cesc Fabregas. Taken from manutd.com .Well, nak buat macam mana. Arsenal player pun cakap Man Utd boleh menang, so memang tak boleh nak cakap apa la. Fabregas siap cakap man utd main best tambah pulak Chelsea tinggal 6 points. So to all Chelsea fan, jangan berangan la. For Liverpool fan, jangan sedih-sedih. Man Utd club always welcome you all to join us. Haha!

Lepas tu tambah pulak dengan Cristiano Ronaldo yang tengah form. Siap berebut-rebut pulak nak Real Madrid dengan Barca nak beli. But sorry to say, Ronaldo still with Man Utd. Taken from ManUtd.com :

"I'm not a Galactico," he said. "I'm only thinking about Manchester United. I want to leave my mark on this era, win titles and be a figure in the history of this club.”

Van Nistelrooy sendiri cakap Cristiano Ronaldo is the best in the world. Refer to Soccernet so memang tak boleh nak cakap apa la. Tambah pulak dengan Ryan Giggs, one of the man utd lagends, so tak mustahil la kalau man utd dapat Treble Title. Haha!!

Glory, Glory United!!