Tuesday, April 10, 2007

"Think Like A Winner"

Memandangkan malam ni Man Utd vs Roma, pertarungan hidup mati, aku pun terfikir macam mana la agaknya Man Utd nak menang awal pagi ni??huhu! Kalau kalah sure aku kena dengan budak-budak ni esok pagi. Huh! Tetiba aku terfikir, kalau la semua player Man Utd fakir dia boleh menang malam ni, sure dia boleeh menang punya. Aku ambil tajuk buku Walter Doyle Staples, “Think Like A Winner!”. Dalam buku beliau ada tulis, “pemikiran dapat menentu & menorak destinasi kehidupan seseorang individu.” Ini bermaksud diri kita ini dapat ditentukan oleh keputusan yang dibuat berdasarkan proses penjanaan minda yang berlaku dalam otak kita.


Actually sama kalau fikir balik, bukan Man Utd je nak menang pagi ni. Roma’s player pun sure think same like Man Utd’s player. Dua-dua team pun fikir nak menang. Benda ni sebenarnya sama je dengan kehidupan seharian kita. Setiap individu mesti nak kan kejayaan, kemenangan dalam hidup masing-masing. Tapi secara tak langsung sebenarnya kita selalu membawa diri kita ke arah yang berlawanan iaitu kekalahan.

Semua orang nak diri dia dipuji, disanjung oleh orang lain tapi sebenarnya apa yang kita buat tu selalu membawa kita ni dikeji dan dihina oleh diri kita sendiri. Cuba kita fikir-fikirkan balik, renung kejap, tak kisah la kita sebagai student ke, pekerja ke, peniaga ke, pemain bola ke, semua benda yang kita buat kita akan berhadapan dengan situasi yang akan membawa kita ke arah kekalahan pada diri kita sendiri. Aku tak maksudkan semua orang buat benda yang dibawah but mostly.


- Kita amek contoh kalau someone tu diberi tugas untuk buat something. If someone tu menolak atau mengelak tugas yang diberikan itu dengan alas an ‘tak tahu’, ‘tak reti’, 'tak boleh’. Semua perkataan tu merupakan perkataan yang membawa maksud yang negative. Benda ni secara tak langsung menunjukkan kelemahan pada diri sendiri.


- Lagi satu contoh yang kita boleh amek bila someone tu terlu mengagongkan kebolehan orang lain. Actually kalau kita nak menghargai kebolehan orang lain tu tak salah tapi ada batasnya. Kekadang tu benda ni jadi kalau someone tu serahkan bulat-bulat tugasan dia kat orang lain dengan alasan ‘dia lagi hebat’, ‘dia terror’, ‘dia power’. Disebabkan kita cakap dia lagi hebat dari kita, mean kata-kata kita tu jadi doa dan jadikan dia lagi hebat dari kita. Secara tak langsung membawa kekalahan kat diri kita jugak.

Oleh itu, kita mesti buat perubahan kat pemikiran kita. Mengikut Walter Doyle Staples:

APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA…


Anda mengubah kepercayaan anda,

Apabila anda mengubah kepercayaan anda.

Anda mengubah harapan anda,

Apabila anda mengubah harapan anda.

Anda mengubah sikap anda,

Apabila anda mengubah sikap anda.

Anda mengubah tindakan anda,

Apabila anda mengubah tindakan anda.

Anda mengubah prestasi anda,

Apabila anda mengubah prestasi anda.


ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA !

Cuba kita renungkan kata-kata beliau & buat perubahan pada diri kita. Adakah kita perlu mengubah pemikiran kita??? Jawapannya terdapat di dalam fikiran kita. So aku harap semua players Man Utd "Think Like A Winner!" hehehe!! Glory, Glory United!


No comments: