Semalam buat sekian lama aku tak bawak bekal pergi keje, tetiba lak aku rasa nak bawa bekal. So aku pun 'tat-pow' je la apa makanan yang ada kat umah aku ni. Semalam aku bawa nasi putih, lauk ikan tenggiri goreng belada dengan kacang panjang masak apa ntah. Huhu! Disebabkan aku keje malam, aku pun makan la lepas maghrib. Memula ingat nak makan sorang, nasib baik la ada Dood teman aku makan. Dia ajak aku makan sekali kat 'Restoran' kat opis. Aku pun bawa la bekal aku tadi pergi 'restoran' ni.
Malam tu, bila aku dah abes makan semua, aku terfikir, kan bagus kalau dari dulu aku bawa bekal, jimat sikit. Memang masa memula aku keje dulu aku bawa bekal sebab masa tu ada nasa rajin makan bekalan aku tapi sekarang ni semuanya rajin makan kat luar. Tu kekadang tu aku malas bawa bekal tu.
Sebenarnya kalau kita bawa bekal dari rumah ni banyak hikmahnya. Base on True Story, isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memang sudah jadi perkara biasa. Sebagai pengguna kita terpaksa menerima hakikat tersebut. Kita mempunyai banyak pilihan untuk mengurangkan kesan tekanan ekonomi keluarga akibat kenaikan harga.
Cara hidup yang diamalkan dalam Islam dapat mengatasi segala kesulitan kat atas ni. Antara perkara yang sentiasa diberi penekanan dalam Islam ialah:
Berjimat
Sikap berjimat menunjukkan kebijaksanaan. Orang yang bijak berbelanja ialah orang yang berbelanja mengikut keperluan dan bukannya mengikut nafsu. Sebelum beli apa2, dia akan fikir baik buruk benda yang nak dia beli. Base on True Story, sekarang ni la, ramai orang yang selalu tukar handphone sedangkan handphone yang dia ada sekarang ni memang dah lengkap serba serbi. Tapi kenapa nak tukar gak lagi?? Ni la bila nafsu dah mengawal fikiran. Kalau nak tukar handphone sebab handphone rosak @ dah terlampau out-dated tu, kira okla. Kebijaksanaan akal membawa kepada kebaikan dan kerakusan nafsu membawa keburukan.
Biar pun jimat cermat dituntut, tetapi tidaklah pula hingga tidak membelanjakan langsung rezeki yang diperoleh. Ni sometime ada certain orang tu, terlampau jimat sangat. Sampai makan pun sekali sehari sampai boleh memudaratkan diri sendiri. Rezeki dianugerahkan Allah perlu digunakan dan dengan itu akan melahirkan rasa syukur.
Sabda Rasulullah bermaksud: "Simpanlah sebahagian daripada harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu jauh lebih baik bagimu." (Hadis riwayat Bukhari)
Elak pembaziran
Sifat pembaziran dikaitkan dengan amalan syaitan yang mendatangkan keburukan. Pembaziran berlaku apabila membelanjakan wang untuk tujuan tertentu melebihi apa yang diperlukan. True Story, sekarang ni ramai yang kalau time dah nak raya tu, buat kuih banyak2 tapi lepas raya kuih tu still tak abes2 sampai la raya haji. Lastly semua kuih tu dibuang.
Perbelanjaan itu secara dasarnya memang mendatangkan kebaikan, tetapi disebabkan terlalu banyak menyebabkan tidak terguna sepenuhnya. Tu la kita disuruh membuat anggaran penggunaan yang diperlukan sebenar untuk mengelak pembaziran.
Bersederhana
Kita tidak perlu berbelanja lebih semata-mata untuk memaksimukan kepuasan. Kepuasaan sebenarnya bergantung kepada cara mana kita menghargai setiap apa yang dimiliki dan dirasai.
Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut, tetapi sederhana (mengikut keperluan)." (Surah al-Furqan, ayat 67).
So aku cadangkan kepada kawan-kawan aku yang kalau berkesempatan nak masak @ mak masakkan @ awek masakkan (cth: Dood, hehe!jgn marah. Nanti suruh ler awek ko masak bubur jagung lak :p) sebelum pergi keje ke, class ke, better la korang masak dari beli kat luar tu. Hehe! Dah tentu jimat pastu dah tentu bersih kalau korang yang masak.
5 comments:
Bawak bekal ni byk pekdahnya..cuma nak kene rajin masakla..aku if nak bawak bekal..seawal 5.30 pagi aku dah bangun nak masak..huhu..
tapi aku mmg setuju 100% bawak bekal leh jimat duit...:-)
hehe!!bertuah la mr right ..lain kali masak banyak sket rose..bole aku rasa sekali..sedap la ikann bawal aritu :p
ala..sajela nak amek ati aku sbb ko nak makan pree lagi..huahuahua..aku masak tak sedap ponn..huhu
rose ko masak sedap .. cthnyer sup sayur dlm tupperware yg pelik tp power tuh ... siap blh menjelma jadi mangkuk tingkat lg tuh
rose,
bukan nak amek ati la..mmg sedap la nak nye pulak dgn ikan bawal..perhh!! mmg sodap la..
p/s:jgn ler majuk dgn Mr Right..dia bz sket lately ni..kesian kat dia..
nasa,
ceh, nak makan free gak ler tu :p betul la nasa, canggih la mangkok tu..aku pun dah tgk dah..huhu!!
Post a Comment