Wednesday, August 28, 2013

Review - Elysium

Perh.. Tajuk review tu macam la aku ni pengkritik yang bertauliah. Haha! Tak mau tulis panjang, just short review. Pada aku Elysium ni average la. 

PELAKON 

Barisan pelakon memang dah mantap terutama gantingan pelakon muda (Matt Damon) dan pelakon senior (Jodie Foster). Lepas tu ada pelakon yang tak berapa aku nak kenal, agak comel (Alice Braga) untuk menarik minat aku tengok movie ni sampai habis.

STORY LINE

Simple. Mengisahkan dunia yang semakin musnah akibat pertambahan penduduk yang tidak dapat dikawal. Golongan kaya telah berpindah ke Elysium (bumi yang dicipta oleh manusia) bagi menyelamatkan diri mereka daripada pencemaran bumi. Di Elysium, telah dicipta mesin yang dapat menyembuhkan manusia daripada segala penyakit. Jadi, manusia dibumi yang hidup dalam kemiskinan dan berpenyakit cuba untuk ke Elysium bagi menyembuhkan penyakit mereka. Nak tahu seterusnya, pergi tonton sendiri.

PERKARA YANG HENDAK DISAMPAIKAN

Mungkin setiap orang berbeza pemahaman apa message yang hendak disampaikan oleh pengarah filem Elysium ini. Cuma pandangan aku, message yang hendak disampaikan adalah, segala jenis perkhidmatan perubatan dan kesihatan perlulah diberikan secara percuma kepada penduduk dibumi ini kerana itu adalah tanggungjawab pemerintah di muka bumi ini.

Gambar dari Yahoo

Tuesday, July 30, 2013

Seksi Ovari oleh Fazleena Hishamuddin


Belajar

Agaknya bila saya dah pergi nanti
baru awak nak belajar ambil hati?

(m/s 36)

- Fazleena Hishamuddin -

Ringkas, padat dan penuh bermakna. Begitulah yang dapat aku gambarkan setelah separuh daripada himpunan puisi yang telah dibaca. Pandangan aku sendiri, jika anda ingin mengenali isi hati seorang perempuan, bolehlah anda membeli Seksi Ovari ini. Puisinya penuh dengan keikhlasan menggambarkan apa yang sering bermain di dalam hati seorang perempuan. Puisi yang ditulis oleh Fazleena Hishamuddin sangat mendalam maksudnya tetapi boleh dihayati.

Aku bukanlah seorang seniman yang minat pada puisi tapi setelah mula membaca Langit Vanilla yang tulis oleh Wani Ardy, minat aku pada puisi ini semakin mendalam. Terima kasih kepada Wani Ardy sebab beliau pencetus minat aku pada puisi. 

Mungkin ada yang berkata, puisi membosankan dan sukar difahami. Aku berkata begitu kerana itulah yang aku gambarkan puisi ini suatu ketika dahulu. Tapi, jika anda suka menghayati sesuatu tulisan, atau suka read between the line, anda pasti akan meminati puisi.


Kulit buku Seksi Ovari ini sahaja telah menarik minat untuk aku baca isi bukunya. Teringat aku pada muka buku Langit Vanilla;

KAU MEMANG MALAS BACA BUKU, KAN? KAU LIHAT MUKA DEPANNYA SAJA. KAU INGAT KALAU AKU CERAIKAN ISI BUKU DENGAN KULIT LUARNYA, DAN AKU JUAL, MANA YANG LEBIH MAHAL? 

KAU NAK BELI KULIT?

TOLOL..

Nak dengar puisi yang Fazleena baca :

1. Sederhana
2. Kita Semua Masih di Sini
3. Yang Nama Mama

Update :
Sila klik Bibir Ceri Melati untuk buku baru yang ditulis oleh Fazleena Hishamuddin.

Sunday, June 23, 2013

Masa

Surah Al-'Asr (Ayat 1-3), bermaksud :

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman & beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

Sebenarnya 24 jam sehari adalah mencukupi untuk kita semua, cuma kita yang tidak pandai untuk membahagikan masa tersebut. Disebabkan tidak pandai untuk membahagikan masa menyebabkan aku sekian lama juga tidak update blog ini walaupun dalam fikiran ini sentiasa bermain-main pelbagai perkara untuk dikongsikan bersama. Begitu banyak yang bermain difikiran aku untuk dikongsikan bersama tapi disebabkan setiap kali hendak menulis, menaip, laptop aku tertutup. Mungkin aku masih tidak berani untuk mencuba update blog di IPad ataupun di handphone menyebabkan kurangnya update.

Berbalik kepada tajuk. Pernahkah kita fikir untuk balik kepada fundamental? Maksud aku, buat jadual seperti kanak-kanak sekolah rendah yang mempunyai jadual waktu mereka supaya aku dapat menyelesaikan perkara-perkara yang hendak aku lakukan pada setiap hari. Mungkin itu cara terbaik untuk memastikan aku melaksanakan tugasan harian aku dengan lebih baik. Semakin dewasa manusia ini, semakin hebat mereka rasakan diri mereka termasuk aku sendiri. Kadangkala, aku rasa aku tidak perlukan jadual waktu kerana aku sudah terlalu dewasa dan rasa terlalu bijak untuk membuat pilihan dalam menjalani kehidupan harian aku. Tapi aku silap sebab hidup tanpa sistem pasti terumbang ambing. 

Image dari Google

Walaubagaimana pun, aku sangat tidak suka hidup aku ini di'sistem'kan oleh orang lain. Biar bagaimana susah pun aku, bagaimana terumbang ambing pun aku, aku hanya mahu aku yang sistem kan diri aku ini. Manusia ini terlalu di 'sistem' kan menyebabkan perkembangan minda mereka terbantut. Pernahkah kita terfikir, kenapa anak remaja selalu membuang masa? Pandangan aku adalah disebabkan masa mereka di'sistem'kan. Apabila masa mereka di'sistem'kan atau disekat, ini menyebabkan mereka memberontak dan lebih gemar untuk membuang masa. 

Biarkan mereka yang menjadualkan masa mereka sendiri. Kita sebagai yang lebih dewasa sepatutnya membimbing dan menasihatkan mereka ini sahaja. Jangan acuankan mereka ikut kehendak kita kerana kita bukan Tuhan untuk membentuk mereka. 

Apabila sampai suatu masa, mereka ini sendiri aku lebih bijak menguruskan masa mereka sendiri sekiranya mereka didik sedemikian rupa. Manusia akan lebih menghargai sesuatu apabila mereka menghayati apa yang mereka lakukan termasuk masa. Maksud aku, sekiranya manusia ini menghayati nilai masa itu dengan diri mereka sendiri, sudahpasti mereka akan menghargai setiap saat dan detik yang telah diberikan.

Tajuk aku masa adalah disebabkan aku rasa aku gagal untuk membahagikan masa aku dengan sebaik-baiknya untuk bekerja, membaca, bersukan, menonton, bersosial, travel dan banyak lagi. Semoga tulisan ini dapat menjadikan aku seorang insan yang bijak menguruskan masa selepas ini.