Monday, December 23, 2013

Budget Travel - Singapore 1st day (Perjalanan siang hari)

Sambungan dari Budget Travel - Singapore 1st day (Check-In). Nak flashback balik tempat-tempat yang aku dah pergi masa first day kat Singapore haritu memang agak susah sikit la sebab dah setahun kan. So, aku share la gambar kat tempat-tempat yang aku dah lawat masa siang hari di Singapore pada hari pertama. Mana tempat yang aku ingat, aku akan cerita sikit.



Yang gambar kiri atas tu, gambar tokong yang agak besar juga di sekitar Chinatown tu. Gambar kanan atas, gambar bangunan lama, ala-ala macam mahkamah tinggi kat dengan dataran merdeka, Malaysia tu. Gambar kiri bawah, tempat kereta bertingkat. Sepatutnya kat Malaysia ni, terutamanya kat area Kampung Baru tu dah boleh buat parking macam ni dah. Dapat la mengurangkan kesesakan lalu lintas kat situ. Gambar kanan bawah, Chinatown Point iaitu shopping mall yang agak besar di Chinatown. 


Gambar kiri adalah Speakers' Corner. Tempat ini adalah bertujuan untuk Public Speaking, persembahan, berdemostasi dan tempat letak kenderaan. Walaubagaimana pun, perlu mendapatkan permit dan terdapat peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi. Sebelah kakan adalah Hotel Park Royal. Tiada yang special, cuma pada mata aku design bangunan ni agak menarik kerana di setiap tingkat pada bahagian luar, terdapat kawasan taman.


Gambar kiri adalah sekitar kawasan Clarke Quay. Apa yang aku nampak masa tu adalah sungai mereka takde la hebat mana pun. Aku tak pasti la kalau pada ketika itu mereka sedang menaik taraf sungai menyebabkan sungai mereka kelihatan seperti Sungai Kelang. Gambar kanan adalah sekitar River Valley Road. Apa yang menarik perhatian aku adalah color jendela bangunan di belakang itu.


Gambar kiri ni kalau tak silap aku adalah muzium seni. Tiada apa yang menarik sangat. Gambar kanan adalah Orchard Central iaitu shopping mall yang aku rasa agak famous di kalangan warganegara Malaysia. Kitorang tak masuk pun masa tu tapi pada aku lagi happening Bukit Bintang. Cuma, mungkin di dalamnya terdapat banyak barang-barang fashion terkini kot. Next, aku akan ceritakan pula kawasan sekitar Marina Bay pada waktu malam.. To be continue ..................

Sunday, December 22, 2013

Yang Nama Mama oleh Fazleena Hishamuddin


Malan tadi, tanggal 21 Disember 2013, telah diadakan event Suara Kuala Lumpur, Festival Akuastika & Puisi 2013 bertempat di Perpustakaan Kuala Lumpur. This is the first time aku datang event Suara Kuala Lumpur ni. Itu pun sebab ada Fazleena Hishamuddin. Haha! Walaupun hujan, aku redah sebab aku tahu karyanya memang berbaloi untuk didodoikan di halwa telinga aku ini. Kepada yang tak kenal siapa Fazleena Hishamuddin, beliau adalah penulis buku Seksi Ovari yang sudah semakin popular. Kepada yang dah pernah baca pasal Seksi Ovari, korang perlu dengar Sederhana dan Kita Semua Masih di Sini, kedua-duanya adalah tulisan Fazleen Hishamuddin yang tiada dalam Seksi Ovari. 

Suara Kuala Lumpur ini mempersembahkan pemuisi-pemuisi yang hebat-hebat untuk berpuisi di hadapan kita semua. Mereka ini semua sangat cintakan seni dan ingin berkongsi bersama kita. Mungkin ada yang berpendapat, puisi ini membosankan kerana tiada yang menyeronokkan dan bahasanya sukar difahami. Tapi anda silap kerana pemuisi-pemuisi sekarang sangat kreatif dan bagi memastikan anak muda dan semua golongan tidak melupakan seni puisi, mereka melakukan pelbagai perkara bagi memastikan puisi yang dibaca itu menarik. 

Aku bukanlah peminat puisi pada asalnya, aku cuma sekadar meminat lagu-lagu yang ditulis oleh Wani Ardy iaitu penulis buku Langit Vanilla. Tapi lama kelamaan, dari bahasa, susunatur kata dan isinya setiap penulisan Wani Ardy ini membuatkan aku semakin tertarik pada puisi. Kini, muncul seorang lagi pemuisi yang tulisannya sangat sama selera dengan otak aku untuk menghadam segala tulisannya iaitu Fazleena Hishamuddin. Dari Seksi Ovari aku meminati tulisan beliau, dan kini semakin banyak lagi puisi-puisi baru yang telah ditulis terus dapat menarik minat aku kepada puisi. Tulisan beliau semakin lama semakin matang dan tidak tertumpu pada kisah wanita sahaja. Terima kasih Fazleena Hishamuddin. Katanya semalam, tak lama lagi Bibir Ceri Melati pula akan keluar. Sama-sama kita tunggu. Last kali, kat bawah ni lagi satu puisi baru oleh Fazleena Hishamuddin yang bertajuk, Yang Nama Mama.


Tuesday, December 17, 2013

Felixia Yeap

Past. Present. Future by Felixia Yeap.


Cuba anda baca posting Felixia Yeap ni. Siapa Felixia Yeap ni, korang boleh Google. Aku bukan nak bercerita siapakah beliau. Cuma, aku sekadar ingin berkongsi apa di dalam fikiran aku selepas dari apa yang aku baca tentang luahan hati Felixia Yeap ni.

Kenapa begitu sensitif?
Aku bukan maksudkan Felixia Yeap tapi aku maksudkan bangsa Melayu yang dilahirkan beragama Islam ni. Ya kita perlu sensitif apabila ia melibatkan agama kita. Cuma, cuba kita fikirkan balik, Felixia Yeap ni bukannya beragama Islam (ketika aku menulis ini) tapi dalam proses ingin mengenali Islam setelah beliau cuba mengenakan hijab. Dia tak tahu hukum hakam agama Islam ni. Jadi, mungkin dia tak faham akan kenapa perlunya dia membuang /delete gambar dia yang sexy itu. Kita perlu memainkan peranan kita sebagai umat Islam dengan menasihatkan beliau berkali-kali walaupun sejuta kali kerana dia bukan Islam. Hidayah itu milik Nya.

Apa yang sangat kita risaukan adalah apabila orang lain melihat Facebook dan blog Felixia Yeap ini, orang akan judge Islam itu tak yang tidak baik kerana gambar-gambar yang dipaparkan. Adakah kita juga nak jadi seperti mereka yang islam phobia iaitu judge Islam dengan hanya melihat luarannya sahaja tanpa mengkaji dan mencari? Lagi sekali aku ingatkan, Felixia Yeap masih belum beragama Islam ketika aku menulis ini.

Apa niat Felixia Yeap?
Mesti soalan ini juga bermain difikiran anda. Sama seperti aku. Cuma setelah berfikir lama, aku teringat kata-kata Wani Ardy ketika di Eksotikata yang bermaksud lebih kurang macam ni, "Hati aku, adalah hatiku. Hanya aku dan Tuhan yang tahu bukan kamu." Maafkan aku Wani Ardy jika tak betul pemahaman aku. Jadi, kita tak tahu apa disebalik niat di hati Felixia Yeap ini mengenakan hijab. Yang penting, kita harus bimbing dia bukan keji. 

Lagi pun, siapa kita untuk hukum Felixia Yeap ini. Kita bukan Tuhan. Malah diri kita dengan Tuhan pun tak elok, inikan pula kita nak jadi Tuhan untuk hukum Felixia Yeap ini?

Usaha, doa & tawakal.
Jika niat kita ikhlas nak bantu Felixia Yeap ini untuk faham Islam, jangan sesekali kita keji dia. Kita berusaha untuk bimbing dia ke jalan yang benar. Kita doakan dia mendapat hidayah dari Nya. Setelah itu, kita tawakal je kepada Nya kerana semuanya telah di tentukan oleh Nya. 

Aku sedar yang aku ini bukanlah arif pasal agama dan hukum hakam. Cuma, atas dasar kemanusiaan sesama insan, aku rasa aku perlu berkongsi apa yang berada di dalam fikiranku ini. Jika ada salah dan silap, sila tegur aku. Aku insan yang sentiasa dalam proses pembelajaran. 

Aku beri contoh apabila kita hendak membeli buah durian atau lain-lain buah buahan. Sukar untuk kita jangka kan adakah buah yang hendak dibeli sedap atau tidak kerana isinya tersembunyi disebalik kulit buah itu. Jadi, kita perlu cari dengan cara menghidu, merasa, dan pelbagai cara lagi. Adakalanya, kita tetap tersalah pilih buah yang tak sedap walaupun kita telah cuba menghidu. Kenapa? Sebab kita perlu sentiasa mencari dan dalam proses pencarian itu, pasti berlaku kesilapan.