Wednesday, September 28, 2011

Tentang Hati

Hati merupakan salah satu daripada organ di dalam tubuh manusia. Hati memainkan peranan penting dalam fungsi menyimpan glikogen, mensintesis protien plasma dan menyahtoksik dadah. Secara saintifiknya hati memainkan peranan penting dalam tubuh manusia sama seperti organ-organ dalaman manusia.

Mengikut sumber yang diperolehi di Dewan Bahasa Pustaka; HATI merupakan :
kata nama - sinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi.
kata terbitan - sehati, berhati-hati, memerhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati.


Manusia sangat mudah mengikutkan hati dan perasaan sehingga mengatasi akal fikiran. Apabila hati telah menguasai akal fikiran, ia akan membuatkan manusia hilang pertimbangan dan bertindak menggunakan nafsu. Apabila nafsu telah menguasai manusia, akan berlakunya sesuatu yang tidak diluar jangkaan baik kepada kebaikan mahupun keburukan. Hati adalah sesuatu yang sangat sensitif dan sangat mudah dipengaruhi. Kita perlulah cuba mengawal hati kita supaya kita bertindak menggunakan akal fikiran. 

Di negara kita, kebanyakkan punca perbalahan dari segi politik adalah berpunca dari hati manusia itu sendiri. Kerana terlalu mengikutkan hati dan perasaan tanpa menggunakan pertimbangan akal fikiran membuatkan manusia berbalah antara satu sama lain. Cuba kita fikirkan kenapa manusia dianugerahkan akal fikiran? Akal fikiranlah yang membezakan antara manusia dan haiwan.

Hati adalah sesuatu yang sensitif dan perlu dijaga dengan baik. Hati yang bersih menjadikan peribadi seseorang itu lebih baik. Gunakan hati pada waktu yang sesuai sahaja. Jangan selalu menggunakan hati dalam membuat sesuatu keputusan tapi pintalah pada yang Maha Esa.



Pesan Imam Ghazali tentang HATI;

Carilah HATI mu di tiga tempat.
Temui HATI mu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
Tetapi jika tidak kau temui, carilah HATI mu ketika mengerjakan solat.
Jika tidak kau temui juga, kau carilah HATI mu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah pada Allah, pinta HATI yang baru kerana hakikatnya ketika itu kau tidak mempunyai HATI.

Wallahualam.

NFC Hub di Malaysia

What is NFC? Sila baca di Near Field Communication in Malaysia. NFC Hub akhirnya telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Apakah fungsi NFC Hub ini? NFC Hub ini berfungsi untuk mempromosikan technology NFC di Malaysia. Seperti yang anda maklum, Maxis Fast Tap telahpun menggunakan technology NFC, cuma mungkin disebabkan kurangnya promosi membuatkan technology NFC ini masih belum diketahui umum di Malaysia.

Dengan adanya NFC Hub ini, para pengguna dan peniaga-peniaga di Malaysia bolehlah membuat tempahan tag NFC masing-masing terus di Malaysia untuk digunakan bersama-sama telefon bimbit yang mempunyai  NFC seperti di bawah. 



Walaubagaimana pun, ada kemungkinan telefon-telefon bimbit yang terbaru akan dikeluarkan bersama-sama technology NFC ini bagi menggalakkan penggunaan technology ini. Dengan adanya NFC Hub ini, rakyat Malaysia akan dapat membiasakan diri dengan menggunakan technology NFC ini. Bermula dengan sesuatu yang mudah dan menarik seperti menggunakan NFC untuk mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu perkara dengan menyentuh telefon bimbit anda pada tag NFC yang terdapat di merata tempat akan datang. Selain itu, tag NFC ini juga menggalakkan pengguna untuk 'follow' di Twitter, 'like' di Facebook, 'check-in' di Foursquare, etc. 

Untuk maklumat lanjut berkaitan NFC Hub ini anda boleh layari NFC Hub Malaysia. Di sini anda boleh membuat tempahan tag NFC dan maklumat-maklumat lain berkaitan NFC Hub. Di bawah ini adalah video di negara Jepun bagi mempromosikan NFC dan menerangkan fungsi-fungsi tag NFC ini.




Saturday, September 24, 2011

Near Field Communication (NFC) in Malaysia

What is Near Field Communication (NFC)? For those yang minat gadget sure tahu what is NFC. But for those yang belum tahu, NFC is a short range wireless RFID technology that make use of interacting electromagnetic fields instead of the typical direct radio transmissions used by technology such as Bluetooth. Dalam bahasa mudahnya, technology NFC ini lebih kurang macam credit card, dan Touch'n Go. NFC ini memudahkan urusniaga dalam proses pertukaran data dan sambungan wireless antara dua device (peranti) secara berdekatan. Technology ini dijangka akan digunakan secara meluas di Amerika Syarikat dengan menggunakan hand-phone.



Pada 20 September 2011 baru-baru ini, Google juga telahpun melancarkan Google Wallet secara rasminya dengan kerjasama beberapa pihak seperti Visa, dan juga American Express. Namun, setakat ini Google Wallet hanya untuk pengguna di Amerika sahaja. Sila click Google Wallet untuk maklumat lanjut.

NFC di Malaysia

Sudah pasti ramai tertanya-tanya samada adakah technology ini telah digunakan di Malaysia. Sebenarnya technology ini telah lama juga diperkenalkan di Malaysia namun promosi terhadap technology ini sangat kurang.  Jadi, disebabkan kurangnya promosi terhadap technology ini membuatkan masih ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu berkaitan technology ini.



Maxis Fast Tap telah lama menggunakan technology NFC ini dengan kerjasama Nokia, Visa, Maybank & Touch'n Go. Bagaimana ia berfungsi? Sama seperti anda menggunakan kad Touch'n Go untuk membuat bayaran bagi ticket TOL di lebuhraya, LRT, bas dan tempat letak kereta. Ataupun sama seperti anda menggunakan kad Maybank untuk membuat bayaran di kedai-kedai yang mempunyai paywaves Visa. Cuma kali ini anda boleh membuat bayaran tersebut dengan hanya menggunakan telefon bimbit anda.

Walaubagaimana pun, bukan semua telefon bimbit yang mempunyai technology NFC ini. Di Malaysia, hanya beberapa telefon bimbit sahaja yang telah menggunakan technology ini antaranya Nexus S (my beloved hand-phone), Nokia 6212 (package Maxis Fast Tap) & Nokia N9 (latest model). Walaupun Setakat ini processor yang paling tinggi adalah HTC Evo 3D, 1.4Ghz namun ia tetap tidak dapat mengatasi technology Nexus S (Google phone).

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan technology ini, dengan alasan :
- nanti telefon hilang, habis kad kredit kena guna.
- nanti bateri telefon habis, tak bolehlah nak guna. 
- bukan semua kedai pun ada technology ini.
- leceh semuanya letak dalam telefon.

Sesetengah alasan itu pernah kita dengar masa mula-mula kad pengenalan dengan menggunakan cip diperkenalkan, telefon bimbit diperkenalkan. Namun lama kelamaan, ramai di antara kita yang telah menggunakan kad pengenalan sebagai Touch'n Go, Visa, kad bank, etc. Mentality rakyat Malaysia ini kebanyakkannya masih menolak technology dan disebabkan itulah technology NFC ini masih belum terkenal di Malaysia.

Semua persoalan yang tidak bersetuju dengan penggunaan technology NFC di telefon bimbit ini boleh dijawab di Google Wallet. Tiada masalah dari segi security terutamanya dengan adanya technology ini. Sila click Security. Sila tonton video di bawah untuk penjelasan lanjut mengenai Google Wallet (technology NFC) di telefon bimbit.


Nokia juga telah melancarkan NFC Hub di Malaysia & Singapura pada bulan Julai 2011 yang lalu. Dengan adanya NFC Hub ini, diharap technology ini akan berkembang di Malaysia. Kepada sesiapa yang ingin membeli telefon bimbit yang baru, pastikan telefon tersebut ada menggunakan technology NFC bagi memastikan anda tidak ketinggalan dengan technology. 

Larangan video 'Undilah' oleh SKMM

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) semalam mengarahkan penyiaran tempatan berhenti menayangkan video 'Undilah' yang diterbitkan oleh Pete Teo dan dilancarkan pada Hari Malaysia tempoh hari. Sumber diperolehi di The Malaysian Insider & Malaysiakini. Kenapa tayangan video 'Undilah' ini diarahkan supaya diberhentikan masih belum diketahui. 

Setelah menonton video tersebut berulangkali, apa yang aku lihat, video tersebut adalah untuk memupuk semangat dikalangan rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi, menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi, kepentingan mengundi dan semua yang berkaitan dengan kempen mengundi sempena hari PRU 13 yang akan tiba. Jika anda masih belum menonton video tersebut, sila click di Undilah. Pada pandangan aku, video ini sesuai untuk tayangan umum tidak mengira agama, bangsa, & usia. Anda tonton & anda nilai sendiri.

Kenapa video Undilah ini perlu diberhentikan? Adakah ia mengandungi unsur-unsur keganasan, seks, politik, atau agama? Biarlah rakyat Malaysia yang tentukan. Sepatutnya SKMM mengucapkan terima kasih kepada Pete Teo sebab mengambil inisiatif untuk menerbitkan video tersebut bagi memupuk kesedaran kepada rakyat Malaysia akan kepentingan mengundi. Bila video seks Anwar Ibrahim ditayangkan di waktu berita tiada pula larangan atau tapisan. Come on lah SKMM. Janganlah perkara kebaikan pun nak disekat. 

Mungkin jika ditanya apakah sebab video Undilah ini diarahkan supaya diberhentikan tayangannya oleh semua penyiaran tempatan? Inilah jawapannya. 


Sumber gambar diperolehi di BlogSerius.

Friday, September 23, 2011

Tutti Fruitti Ladies Day 15% Off

Tutti Fruitti Frozen Yogurt merupakan one of my favorite desert. Hari tu aku ada tulis pasal Subway sekarang aku akan tulis pasal Tutti Fruitti. Tutti Fruitti Malaysia mula bertapak di Malaysia sejak dari bulan Oktober 2009 dengan kedai pertama di Sunway Piramid. Sehingga hari ini, Tutti Fruitti Malaysia telah berkembang pesat dengan terdapat 42 cawangan yang terdapat di Lembah Klang, P.Pinang, Ipoh, Johor, dan Pahang. Tutti Fruitti Frozen Yogurt Malaysia ini adalah milik Kumpulan Syarikat NAZA. Begitulah serba sedikit latar belakang Tutti Fruitti Frozen Yogurt ini. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati Tutti Fruitti Malaysia


Apa yang hendak disampaikan kali ini adalah promotion Tutti Fruitti Ladies Day 15% Off.  Promosi adalah pada setiap hari Selasa, sehingga penghujung Oktober 2011 hanya untuk wanita sahaja.

Terdapat juga promotion untuk pelajar iaitu Student Discount on weekdays sebanyak 10%. Student need to represent student card for discount. Untuk keterangan lanjut, sila lawati Tutti Fruitti Malaysia

Will Google+ replace Facebook?


Pada 21 September 2011, Google+ finally open to all. So for those yang belum ada account Google+, bolehlah sign-up kat GOOGLE+. Sebelum ini Google+ adalah limited dan hanya sesiapa yang menerima invitation sahaja yang boleh sign-up. Masih jauh perjalanan Google+ untuk menyamai jumlah users Facebook yang telah mencapai lebih daripada 800 million users dan Twitter lebih daripada 100 million users.

For those yang masih tertanya-tanya apakah Google+ ini, Google+ merupakan salah satu social network seperti Facebook, Friendster, Myspace, etc. Bila cakap social network, sometime ada yang tidak faham, tapi bila cakap Facebook, semua orang dapat boleh faham. Betapa hebatnya Facebook ini sampai boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia ada account Facebook ini tidak kira dari pelbagai peringkat umur. 

Ramai yang tidak sedar, once kita join social network, privacy kita akan semakin terdedah di seluruh dunia. Next time aku akan ceritakan pasal privacy ini. Terpulang kepada seseorang itu untuk menilai kebaikan & keburukan apabila mereka join sesuatu social network ini kerana sememangnya terdapat kebaikan & keburukannya apabila kita join social network ini.

Sekarang berbalik kepada tajuk, will Google+ replace Facebook? Aku selalu terfikir, adakah Google+ ini akan menggantikan (killed) Facebook seperti Facebook menggantikan Friendster atau Myspace? Jawapannya TIDAK (NO) tapi bukan kerana Google+ tidak menarik atau berjaya cuma disebabkan faktor-faktor tertentu. Services & technology companies never kill or replace each other. Cuma ia bergantung kepada users demand. Sebagai contoh, televisyen tidak akan dapat menggantikan radio sehingga hari ini walaupun telah sampai ke tahap technology 3D, disebabkan masih terdapat faktor-faktor tertentu membuatkan radio masih diperlukan. Sama juga seperti internet. Internet juga tidak dapat menggantikan televisyen disebabkan faktor-faktor tertentu. 

Maybe ramai yang tidak berminat untuk sign-up Google+ kerana pada mereka dah terlalu banyak social network ini dan kawan-kawan semua dah ada di Facebook so nak buat apa sign-up Google+ ini pula. Its depends, macam yang aku bagi tahu awal tadi, setiap social network ini juga ada kebaikan & keburukan masing-masing terutamanya dari segi privacy tadi. For me, dari segi privacy, Google+ is better than Facebook and that why lately Facebook banyak update dari segi privacy setting. For those yang nak tahu apa perbezaan Google+ dengan Facebook, kenalah explore sendiri. Maybe at 1st, korang akan rasa susah nak membiasakan diri dengan interface Google+ sama seperti korang nak membiasakan diri dengan Facebook masa awal-awal dahulu. Memandangkan Facebook pun lately ini dah banyak ubah interface, why not you try Google+ juga. For those yang dah ada gmail, boleh terus sign-up Google+ ini. Kesimpulannya, Google+ will not replace Facebook but maybe Facebook will fall on its sword and give Google+ a chance to take its place.


Friday, September 16, 2011

Undilah

Hari ini merupakan hari ulang tahun wujudnya negara Malaysia yang ke-48. Adakah anda telah menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia? Apakah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia? Tanggungjawab anda sebagai rakyat adalah mengundi. Rumors mengatakan pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi. Bila? Ramai yang masih belum mengetahuinya. Kalau aku cakap aku dah tau korang percaya tak? Confirm tak percaya.

Aku memang dah tahu bila PRU ke 13 akan diadakan. PRU ke 13 akan diadakan selepas 60 hari parlimen dibubarkan mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Cuma tarikhnya belum dapat dipastikan. Jadi, jika anda seorang rakyat Malaysia yang masih belum mengundi & sayangkan negara Malaysia, mendaftarlah sekarang. Seseorang itu layak mengundi jika memenuhi kriteria dia bawah :

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur tidak kurang 21 tahun pada tarikh kelayakan.
3. Seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihanraya di Malaysia.
4. Tidak hilang kelayakan. 

*Hilang kelayakan adalah :
- pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara.
- sebelum tarikh kelayakan telah didapati bersalah & dihukum mati atau penjara untuk tempoh 12 bulan & masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan. 
- telah didapati bersalah di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.
- telah memperolehi kerakyatan lain.

Sebelum PRU ke 13 diadakan, aku sebagai salah seorang rakyat Malaysia berharap, marilah kita mengundi untuk masa depan negara Malaysia. Tidak kisah anda penyokong parti mana pun, undian anda sangat penting. Sila semak samada anda telah mendaftar ataupun belum di DaftarSPR

Undilah

Kenapa aku sibuk-sibuk suruh rakyat Malaysia mengundi? Sebab kita perlu tahu hak kita. Hak kita rakyat Malaysia adalah mengundi. Jangan sibuk mengutuk parti itu, mengutuk parti ini sedangkan anda tidak mengundi. Daripada anda sibuk mengutuk, mencemuh, memaki, baik anda mendengar apa khidmat yang hendak calon-calon berikan kepada anda & undilah beliau apabila tiba hari pilihanraya. Jangan merungut atau salahkan sesiapa kalau seseorang itu menang pada pilihanraya nanti. Seseorang itu memperoleh kemenangan setelah undian dibuat. Walaupun undian kita hanyalah SATU, tapi kesannya sangat bermakna. Jadi, UNDILAH. Video di bawah adalah hasil karya Pete Teo dalam usaha mengajak rakyat Malaysia untuk mengundi.


Untuk maklumat lanjut berkaitan video ini, sila click UNDILAH. Video ini dijayakan oleh rakyat Malaysia sendiri yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, budaya. Marilah sama-sama kita hayati karya ini.


Masalah atau bermasalah?

Sempena sambutan Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September 2011, aku nak ucapkan Selamat Hari Malaysia to all Malaysian. I'm proud to be a Malaysian no matter what people say. Aku berbangga dengan pemain badminton No 1 Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, pemain squash No 1 Malaysia, Datul Nicol David, pasukan hockey Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia, dan semua jenis sukan di Malaysia senang ceritanya. Aku sangat berbangga dengan Malaysia. Kepada yang tidak berbangga dengan negara mereka, eloklah tukar kerakyatan korang.


Matlutfi juga merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang aku berasa bangga walaupun aku tak pernah kenal dengan beliau. Aku kenal beliau kat youtube je. Tu pun aku je kenal, dia bukan kenal aku pun. LOL! Latest video from him berkaitan dengan MASALAH. Vlogging Matlutfi kali ini sesuai ditonton untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia tak kira, bangsa, agama ataupun keturunan. Sila tonton video dibawah.


Kepada yang tidak dapat access youtube di pejabat, aku ceritakan sedikit rinkasan Vlogging Matlutfi kali ini. Tajuknya berkaitan MASALAH. Aku cerita sedikit sinopsis video ini ikut pemahaman aku la. Kita semua pernah menghadapi masalah cuma ketika kita hadapi masalah selalunya kita terlebih emosi. Apabila emosi mengatasi fikiran, mulalah pada ketika itu perkara-perkara yang di luar jangkaan berlaku. Antara biasa yang berlaku adalah seperti berikut.

MENYALAHKAN ORANG LAIN
- Cara paling mudah & senang untuk menangani BUKAN mengatasi /menyelesaikan masalah adalah dengan menyalahkan orang lain. Apabila emosi marah, selalunya kita mesti cari orang lain untuk dipersalahkan untuk melepaskan geram kita.

MELUAHKAN PADA SESEORANG YANG RAPAT
- Cara yang elok sikit untuk menangani BUKAN mengatasi /menyelesaikan masalah adalah dengan menceritakan atau meluahkan masalah kita itu kepada orang lain untuk dikongsi bersama ataupun mendapatkan pandangan orang yang terhampir itu.

MEMOHON PERTOLONGAN PADA TUHAN
- Cara ini adalah yang terbaik apabila kita menghadapi masalah tapi selalunya manusia akan gunakan cara ini bila dah tiada pilihan lain iaitu berdoa & memohon pertolongan kepada Tuhan. Tapi kenapa bila dah terdesak barulah nak ingat Tuhan? Itulah akibat terlalu ikutkan emosi. 


Walaubagaimana pun, sebagaimana yang kita tahu, 'Allah tidak akan mengubah nasib seseorang, kalau seseorang itu tidak berusaha untuk berubah.' Jadi, sebenarnya yang masalah itu adalah berpunca dari mereka yang bermasalah. Berusahalah, berdoa & bertawakal kerana 'Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu kalau mereka tidak berusaha untuk berubah'. Wallahualam.

Monday, September 12, 2011

Application Malaysia KL Transit - Pegguna Android yang guna public transport

Malaysia Kuala Lumpur Transit adalah satu application yang digunakan untuk membantu anda mengenalpasti laluan public transport di Malaysia seperti LRT Putra, LRT Star, Monorail, KLIA Transit, KLIA express & Komuter. Lebih kurang sama seperti posting aku di sini. Cuma, bezanya adalah application ini ada function tambang (Fares) RapidKL LRT untuk memaklumkan kepada pengguna jumlah tambang bagi setiap perjalanan. 




Application ini sangat berguna untuk anda merancang perjalanan anda sebelum bertolak ke destinasi yang hendak dituju. Ianya ringkas dan mudah digunakan. Ia dibangunkan oleh AgmoStudio. Untuk keterangan lanjut berkenaan application ini, sila ke Android Market.

Ceramah Mat Sabu yang dikatakan kontroversi

Bagi yang hanya membaca Utusan Malaysia, menonton Buletin Utama, sila tonton video di bawah bagi mendengar ceramah Mat Sabu yang dikatakan kontroversi. Dengar dengan teliti dan andalah yang menilai. 


Di bawah ini pula adalah apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 11 September 2011 atau anda boleh click di sini


Cuba anda lihat perbezaan di antara apa yang disampaikan dalam ceramah Mat Sabu dengan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia? Anda sendirilah yang boleh menilai. Setiap manusia melakukan kesilapan dan ada kemungkinan penafsiran dan kefahaman dalam pendengaran berbeza-beza. Sekiranya kita kurang pasti atau faham dengan sesuatu yang disampaikan itu, tanyalah kepada yang menyampaikan terlebih dahulu. Jangan cepat melatah. 

Kisah Mat Sabu ini adalah sama dengan Zainal Kling dari segi sejarah kemerdekaan. Cuma Mat Sabu tidak memihak kepada British dan Zainal Kling memihak kepada British. Kenapa yang dipersalahkan hanya Mat Sabu? Bagaimana pula Zainal Kling yang menyatakan Tanah Melayu 'tidak pernah terjajah' sebaliknya dinaungi atau dilindungi oleh British? Sumber diperolehi di Malaysiakini

Berikut adalah ucapan mantan-mantan Perdana Menteri yang menyatakan Malaysia pernah dijajah :

- Ucapan Tunku Abd Rahman ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, “... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britain; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh...” (Thus today a new chapter opens in our relationship with Britain; our colonial status has given place to full equality)

- Dalam perutusan sambutan Hari Kebangsaan Ke-25 pada tahun 1982, setahun selepas dilantik sebagai perdana menteri, Dr Mahathir memulakan ucapan dengan berkata, “Hari Kebangsaan kali ini merupakan peristiwa yang amat penting. Sambutan Jubli Perak ini menandakan sesuku abad kita telah merdeka, bebas dari belenggu penjajahan, dan sesuku abad kita menentukan nasib kita sendiri sebagai bangsa dan negara yang bebas dan berdaulat. Syukur, alhamdulillah, negara kita sentiasa berada di dalam keadaan sejahtera dan terkawal, dan hari ini, kita dapat menyambut Jubli Perak negara kita dalam suasana aman dan bahagia.”
Dalam Memoir terbaru bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad” juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali.

- Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam perutusan Hari Kebangsaan 2007 berkata, “kita menghargai semangat keyakinan yang berjaya disemaikan oleh para pejuang untuk membebaskan warga dari kongkongan pemikiran kolonialisme. Kita menghargai pemimpin pelbagai komuniti yang telah mempamerkan wawasan, hikmah dan ideal untuk membina gagasan yang kukuh lagi berpadu, gagasan yang adil lagi saksama, gagasan yang aman lagi makmur.”

- Datuk Seri Najib Razak, yang menggantikan beliau, dalam perutusan Hari Kebangsaan 2009, yang pertama sejak dilantik sebagai perdana menteri keenam berkata, “lima puluh dua tahun yang lalu, sekumpulan patriot negara yang diterajui oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-haj telah berjaya mencapai kemerdekaan negara setelah hampir lima kurun berada di bawah belenggu penjajahan.

Berdasarkan ucapan-ucapan di atas yang diperolehi di sini, tidak seorang mantan Perdana Menteri pun yang menyatakan negara kita tidak pernah terjajah. Jadi, sama-samalah kita fikirkan kenapa Mat Sabu dikatakan kontroversi sedangkan Zainal Kling hanya sepi. 

Saturday, September 10, 2011

What new at McDonald's?

Ada 3 items baru kat McDonald's di Malaysia iaitu menu untuk breakfast, desert & package terbaru untuk keluarga.

Menu breakfast terbaru adalah Chicken Muffin. Available on weekdays breakfast special. Chicken Muffin + Coffee/ Tea (M) - RM 4.50.


Desert terbaru adalah Milo Supreme McFlurry. Harga kena check kat McDonald's yang berhampiran.


Package terbaru adalah Family Dinner Box. Starting from 8 September 2011 & available from 6pm onward everyday.


Sumber diperoleho di McDonald's Malaysia.

Application Parking MATA - Pengguna Android, sila install

Kepada pengguna yang menggunakan Android di Malaysia, sila install application Parking MATA. Kenapa perlu install? Parking MATA merupakan satu application yang agak menarik untuk pengguna mengetahui kedatangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti DBKL, MPS, MBSA, etc.


Bagaimana ia berfungsi? Begitu mudah. Hanya 3 steps sahaja.

1. Apabila anda meletakkan kenderaan (parking) di kawasan shop lot, atau mana-mana kawasan yang di bawah kawalan PBT, anda click pada 'PARK' button.

2. Pada ketika anda sedang dalam proses ingin membayar parking kereta, anda ternampak penguatkuasa (PBT) berada di sekitar kawasan tersebut, anda click pada 'SAW MATA' button. Ini akan memberi amaran kepada pengguna yang telah click pada 'PARK' button tadi sekiranya mereka tidak membuat bayaran untuk parking tersebut.

3. Setelah anda ingin pulang atau keluar dari tempat parking, click 'UnPark' button. 

Begitu mudah dan ringkas. Walaupun application ini masih BETA, namum anda bolehlah install bagi membiasakan anda untuk menggunakan application ini ketika Full version nanti. Parking MATA ini will be available for : 
- AppStore (iPhone) on 8th October 2011
- OviStore (Nokia) on 8th November 2011

Application ini dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Kita patut berbangga dengan programmer-programmer di Malaysia kini. Pada pandangan aku, application ini dibangunkan bukan untuk melanggar peraturan yang di wujudkan oleh PBT tetapi untuk menyedarkan PBT bahawa mereka tidak boleh sewenang-wenangnya mengeluarkan saman kepada pemilik kenderaan ketika meletakkan kenderaan di kawasan mereka. Banyak lagi kesalahan-kesalahan yang lebih besar yang patut mereka compound seperti berniaga di tepi-tepi jalan yang sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, peletakan meja makan di kawasan tempat-tempat letak kereta oleh peniaga-peniaga shop lot, etc. 

Cuba kita fikir sejenak, kebanyakan yang meletakkan kenderaan di tempat yang letak kenderaan di kawasan PBT biasanya adalah bagi urusan untuk ke bank, lunch, membeli barang atau lain-lain urusan. Kebanyakkan urusan tersebut tidak membawa apa-apa keuntungan kepada pengguna parking, sedangkan pihak-pihak peniaga yang menggunakan parking tersebut secara haram adalah mendapatkan keuntungan & menyebabkan kekurangan parking & kesesakan lalu lintas. 

Jadi, tidak salah bagi programmer untuk membangunkan application sebegini selagi ia mendatangkan kebaikan kepada pengguna. Yang penting, kepada pengguna application Parking MATA ini, gunakanlah application ini dengan sebaik mungkin. Untuk maklumat lanjut, sila click di sini

Friday, September 9, 2011

Ketahui twitter BN or PR ?

Mari menarik minat untuk menggunakan Twitter. Seperti posting aku berkenaan Twitter @najibrazak & twitter @yunamusic , di sini terdapat satu lagi application yang dapat menarik minat anda semua untuk membuka account Twitter. Dengan adanya programmer-programmer yang berbakat tinggi di Malaysia ini, tidak perlulah negara kita membazir duit membayar berjuta-juta ringgit kepada negara asing semata-mata untuk membangunkan application facebook yang tidak seberapa untuk mempromosikan negara kita. Lebih baik negara kita membayar gaji kepada programmer-programmer tempatan yang jauh lebih hebat daripada mereka ini. Janganlah membazirkan duit rakyat kepada negara asing sedangkan banyak lagi anak tempatan yang berbakat seperti Arzumi MD

Apa yang menarik yang telah dihasilkan oleh anak muda ini? Sila click di sini


Seperti gambar di atas, apabila anda memasukkan twitter username seseorang itu, application ini akan predict samaada anda adalah BN or PR supporter. Betapa kreatifnya pemikiran anak muda ini sehingga beliau dapat membuat application ini. 

Pandangan aku, pada dasarnya flow bagi coding ini ditulis mengikut setiap apa yang di tweet oleh username tersebut dan daripada link-link yang di tweet oleh username tersebut. Dengan itu, prediction dibuat. Walaubagaimana pun, ada kemungkinan prediction yang dibuat oleh application ini tidak tepat dan kemungkinannya ia dibuat di atas dasar kreativiti tersendiri untuk menarik minat pengguna menggunakan twitter. 

Banyak lagi perkara-perkara yang menarik sekiranya anda memiliki account twitter. Dengan adanya pelbagai social networking ini, sekiranya anda bijak menggunakan social networking ini, banyak sumber maklumat yang akan anda perolehi. Tahniah kepada Arzumi MD.

Sumber diperolehi dari sini.

Mari mengenal Mat Indera (Ahmad b Indera)

Sehingga hari ini masih sibuk diperkatakan di akhbar-akhbar & television serta lain-lain media berkenaan Mat Indera atau nama sebenar beliau Ahmad b Indera. Bermacam-macam versi yang kita boleh perolehi berkenaan dengan kisah sejarah Mat Indera ini yang dikaitkan dengan komunis. Terpulanglah kepada rakyat Malaysia masa kini untuk menilai sumber sejarah mana yang boleh kita ikut. Jangan kita terlalu taksub kepada sesuatu yang kita baca sehingga kita tidak dapat menilai sesuatu fakta itu dengan baik. Baca dari pelbagai sumber, nilai, & sekiranya kita mahu kesahihan, kajilah sejarah tersebut.

Seperti yang anda ketahui, sejarah ditulis manusia. Manusia yang menulis sejarah tersebut adalah mereka yang menang ketika sesuatu peperangan atau perbalahan. Selagi manusia yang menulis, tidak ada apa yang boleh dipercayai bulat-bulat kerana manusia bukan ma'sum. Jadi segala penceritaan sejarah yang sumbernya bukan dari Al-Quran semuanya boleh diolah supaya menjadi menarik. 

Dari pelbagai sumber yang aku baca, aku mendapati kajian yang dibuat oleh kumpulan penulis blog Pulakdah  bagi XPDC Menjejak Mat Indera ini adalah boleh digunapakai untuk pengetahuan umum. Walaubagaimana pun, terpulanglah kepada anda untuk menilai penulisan mereka dalam kita mencari sejarah sebenar Mat Indera. 

Dalam Siri 1 XPDC Menjejak Mat Indera menceritakan hubungkait Kakak MUHYIDDIN dengan Mat Indera. Untuk kisah selanjutnya bagi SIRI 1, sila click di bawah.

- Kakak MUHYIDDIN kekasih Mat Indera 

Johan b Indera (adik bongsu Mat Indera)

Dalam Siri 2 XPDC Menjejak Mat Indera menceritakan perbezaan sifat di antara Mat Indera dan Hj Mohd Yassin dalam memperjuangkan kemerdekaan. Kedua-duanya mempunyai sifat yang mulia dalam memperjuangkan kemerdekaan cuma keadah pendekatan mereka berbeza namun kedua-duanya berlandaskan agama Islam. Untuk kisah selanjutnya bagi SIRI 2, sila click di bawah.

- Perbezaan di antara Mat Indera dan Hj Mohd Yassin

Haji Mohd Yassin b Muhammad

Dan kisah selanjutnya dalam XPDC Menjejak Mat Indera adalah seperti link di bawah.

- Isteri kau... isteri aku, punca serangan Bukit Kepong

Tentera Fiji di Tanah Melayu

- Fakta mengejutkan disebalik serangan Bukit Kepong



- Dihina sehingga akhir hayatnya


Terpulanglah kepada pembaca untuk menilai apa yang telah dikaji berkaitan XPDC Menjejak Mat Indera. Pada pandangan peribadi aku, Mat Indera merupakan salah seorang pejuang kemerdekaan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin.

Thursday, September 8, 2011

Toy R Us Malaysia & F.O.S. Northern Rock Bags Promotion

Dear parents,

There are a Baby 2011 deal promotion at Toy R Us Malaysia until 3 October 2011. Check out the great deals for :

- On the go.
- Bath & toilet training
- Nursery
- Feeding
- Health & safety
- Toys & activities.

Visit Toy R Us for more info.


For those yang minat F.O.S pula, you can get RM 20 off on selected Northern Rock Bags purchased in single receipt.

Location : F.O.S store nationwide.
Promotion period : To be revised

Sumber dari Malaysia Warehouse Sales & Promotion.

Telco akan mengenakan cukai perkhidmatan 6%


Latest news. Sempena menyambut Hari Malaysia, bermula 15 September 2011 Syarikat Telco Malaysia akan mengenakan caj cukai perkhidmatan kepada semua pengguna yang ingin menambah nilai prabayar (prepaid) dan pembelian SIM card (prepaid) baru sebanyak 6%. Tahniah kepada Syarikat Telco Malaysia di atas penghargaan anda kepada rakyat Malaysia. 

Dengan ini, kepada pengguna nilai prabayar (prepaid) anda akan menambah beban anda sebanyak RM 0.60 dengan setiap pembelian tambah nilai ke telefon bimbit anda. Kenapa rakyat menggunakan prepaid? Jawapan yang pasti dijawab adalah untuk berjimat cermat. Siapakah pengguna prepaid? Kebanyakan adalah dikalangan pelajar. 

Mari belajar mengira. Anggaran purata tambah nilai yang dibuat oleh pengguna adalah sebulan 4 kali sebanyak RM 10. 
Jadi caj cukai perkhidmatan yang akan dibayar kepada adalah RM 0.60 x 4 = RM 2.40. 

Setahun bersamaan 12 bulan. 
Jadi jumlah yang perlu dibayar oleh setiap pengguna prepaid adalah RM 2.40 x 12 = RM 28.80.

Bayangkan betapa banyaknya Syarikat Telco Malaysia akan mengutip hasil daripada caj perkhidmatan yang dikenakan. Kenapa kerajaan tidak meminta Syarikat Telco yang kaya-raya yang telah mengaut keuntungan yang berbillion-billion untuk menanggung caj perkhidmatan tersebut? Kenapa bila Astro nak naikkan harga ramai yang bersuara? Cuba fikirkan kenapa berlakunya kejadian ini. 

Sumber diperolehi dari sini

Wednesday, September 7, 2011

Soalan bocor di hari raya

Di musim perayaan ini, amalan kunjung mengunjung ke rumah sanak-saudara sudah menjadi tradisi di negara kita. Disamping bermaaf-maafan, ia juga dapat mengeratkan hubungan silatulrahim sesama Islam. Biasanya pada awal bulan Syawal, amalan kunjung mengunjung dilakukan di rumah saudara-mara manakala setelah seminggu bulan Syawal hingga ke akhir Syawal, kunjung mengunjung dilakukan di rumah sahabat handai. Sejak kebelakangan ini juga, amalan rumah terbuka atau 'open house' sudah menjadi tradisi di negara kita ini juga. Rumah terbuka atau open house ini adalah bagi memudahkan mereka yang membuat rumah terbuka tersebut untuk menjemput rakan-rakan & sahabat handai untuk berkunjung ke rumah mereka. 

Topic kali ini bukan pasal rumah terbuka atau open house tapi mengisahkan soalan-soalan 'cepu emas' yang biasanya akan ditanya oleh saudara-mara kita apabila kita berkunjung ke rumah mereka. Di antara soalan-soalan yang biasa ditanya adalah seperti di bawah :

1. 'Kau ni bila nak kahwin? Umur meningkat dah. Memilih sangat ni.' - Soalan untuk yang bujang.
2. 'Kau ni bila nak dapat anak ni? Kahwin dah 3-4 tahun dah.' - Soalan untuk yang belum dapat anak.
3. 'Kau ni bila nak tambah baby lagi ni? Takkan satu je.' - Soalan untuk yang dah ada anak.

Ini adalah soalan-soalan yang biasa ditanya oleh saudara-mara kita. Cuba kita renungkan soalan-soalan ini. Nampak kelihatan mudah untuk dijawab tapi adakah mudah untuk yang perlu menjawab soalan-soalan ini? 

Pada pandangan peribadi aku, soalan ini merupakan soalan yang perlu ditanya mengikut kesesuaian keadaan dan situasi. Mungkin pada sesetengah pihak, mereka boleh menjawab soalan ini dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Walaubagaimana pun, mungkin ada sesetengah pihak yang tidak dapat menjawab soalan ini dan memberi tekanan kepada individu tersebut di atas soalan yang diajukan. Sentiasalah berfikir sebelum kita bertanyakan sesuatu kepada seseorang itu demi menjaga pertalian silatulrahim antara kita.

Antara kesan yang mungkin dihadapi sekiranya soalan tersebut diajukan kepada seseorang yang sensitif & mudah tersinggung adalah seperti berikut :

- Individu tersebut akan cuba untuk mengelakkan diri dari mengunjungi ke rumah saudara yang bertanyakan soalan-soalan tadi kerana berasa segan & menjadi tekanan kepada individu tersebut. (Menyebabkan putusnya hubungan silatulrahim)

- Individu tersebut akan membalas pertanyaan tadi dengan mencari kelemahan-kelemahan mereka yang bertanya soalan tersebut. (Menyebabkan perbalahan & pergaduhan)

- Individu tersebut akan tertekan dan melakukan sesuatu perkara diluar jangkaan pemikiran kita seperti berjumpa bomoh untuk mendapatkan jodoh atau berjumpa dukun untuk mendapatkan anak. (Menyebabkan berlakunya khurafat)

Di atas tadi adalah di antara kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku hasil daripada soalan-soalan yang disangkakan mudah tadi. Jodoh dan rezeki telah ditentukan oleh Allah. Milik kita hanyalah berusaha. Bacalah posting berkenaan JODOH, petikan daripada Beduk Diketuk - Pahrol Mohd Juoi untuk renungan kita bersama.



Kepada yang ditanyakan soalan-soalan 'cepu emas' tersebut, janganlah kamu tertekan kerana setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Kepada yang bertanyakan soalan-soalan 'cepu emas' tersebut, berfikirlah kepada siapa kamu bertanya soalan itu dan renungkan kesan daripada tindakan kamu itu. Marilah sama-sama kita mengeratkan silatulrahim di bulan Syawal ini dengan sentiasa bermaaf-maafan sesama kita tapi bukan mencari memutuskan silatulrahim dengan soalan-soalan tersebut. 


Jodoh


Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga.  

Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha. Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.

"Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya," kata seorang abang yang sangat saya hormati.
"Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?"

"Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,"  jawabnya pendek.
"Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?" gurau saya.

"Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain..." 
Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
          
"Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,"  jelasnya dengan tenang.
"Habis mengapa putus?"

"Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta."
Wah, ini kisah cinta yang dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Isteri Amanah

"Itu kisah sebelumnya. Tetapi bagaimana dengan kisah pertemuan dengan isteri abang sekarang?"  kata saya beralih kepada maksud asal pertanyaan.
"Setelah putus, abang terus pinta guru agama carikan jodoh. Ingin fokus kepada gerakan dan amal Islami tanpa diganggu gugat lagi oleh emosi cinta."
         
"Tetapi mengapa abang tidak mahu melihat bakal isteri pilihan guru? Tidak dibenarkan?"
"Itu keputusan personal saya. Guru memberi kebebasan. Mahu melihat dulu, silakan. Tidak mahu, tidak mengapa."
         
"Dan abang memilih untuk tidak melihat. Kenapa?"
"Eh, kamu masih tegar dengan soalan asal? Begini, bekas kekasih abang dulu sangat cantik. Abang takut perasaan abang diganggu oleh godaan perbandingan. Takut-takut, bakal isteri tidak secantik kekasih lama. Jadi abang tekad, nikah terus tanpa melihat wajahnya."

Saya terkesima sebentar dan dengan pantas saya bertanya kembali, "Tetapi abang akan terpaksa juga membuat perbandingan setelah bernikah bukan? Setelah nikah, abang akan melihat wajahnya. Dan ketika itu mahu tak mahu godaan perbandingan akan datang juga."

Sekali lagi dia senyum. Matanya bersinar-sinar dengan keyakinan. Jauh di lubuk hati, saya mengakui, dia memang bercakap dari hatinya.
          
"Amat jauh bezanya antara membandingkan wanita lain dengan bakal wanita yang akan kita nikahi dengan wanita yang telah kita nikahi..."

Pendek dia menjawabnya, namun terus menusuk ke hati saya. 

Tanpa saya pinta dia menyambung, "Apabila seorang wanita telah kita nikahi dengan sah, dialah wanita yang diamanahkan oleh Allah untuk kita bimbing dan pimpin menuju syurga. Nasib kita dunia dan akhirat sangat berkait rapat dengannya. Dia adalah jodoh yang ditakdirkan buat kita. Dialah wanita yang pasrah dan menyerah kepada kita atas nama Allah. Pada waktu itu, bagaimanapun keadaan wajahnya, siapa pun dia, sudah menjadi soal kedua."
  
Cantik Itu Relatif dan Subjektif

"Abang tidak takut, kalau tiba-tiba wajah atau keadaannya tidak serasi dengan cita rasa abang? Maksudnya, er... er... kita masih manusia bukan?" saya menduga hatinya.

Dia ketawa tiba-tiba.
          
"Ya, kita masih manusia. Tetapi kita bukan sekadar manusia. Kita hamba Allah dan khalifah. Isteri ialah teman kita untuk memikul amanah dua misi berat itu. Untuk melaksanakannya, kita bukan hanya perlukan kecantikan seorang wanita, tetapi ilmunya, akhlaknya, sifat pengorbanannya dan kesetiaannya."
"Jadi, untuk itu kecantikan tidak penting?"
        
"Semua yang datang daripada Allah ada kebaikannya. Namun ingat, Allah lebih tahu apa yang baik untuk kita berbanding kita sendiri. Sesiapa yang tekad menjadi hamba Allah dan khalifah, pasti tidak akan dikecewakan-Nya. Orang yang baik berhak mendapat yang baik, bukan begitu?"
"Bukan yang cantik?" jolok saya lagi.
         
"Cantik itu relatif dan sangat subjektif. Beauty is in the eye of the beholder, bukankah begitu? Cita rasa manusia tentang kecantikan tidak sama. Malah ia juga berubah-ubah mengikut masa, usia dan keadaan. Tetapi yang baik itu mutlak dan lebih kekal sifatnya,"  balasnya dengan yakin.
"Maksud abang?"

Dia diam. Termenung sebentar. Mungkin mencari-cari bahasa kata untuk menterjermahkan bahasa rasa.
         
"Kecantikan seorang wanita tidak sama tafsirannya. Orang budiman dan beriman, menilai kecantikan kepada budi dan akhlak. Pemuja hedonisme dan materialisme hanya fokus kepada kecantikan wajah dan daya tarikan seksual."

Ketika saya ingin menyampuk, dia menambah lagi, 

"Cantik juga relatif mengikut keadaan. Jelitawan sekalipun akan nampak hodoh dan membosankan apabila asyik marah-marah dan merampus. Sebaliknya, wanita yang sederhana sahaja wajahnya akan nampak manis apabila sentiasa tersenyum, sedia membantu dan memahami hati suami."
"Ya, betul tu!" kata saya. Teringat betapa ada seorang kenalan yang sering mengeluh tentang isterinya, "Sedap di mata tetapi sakit di hati..."
  
Wasilah Memilih Jodoh

"Bagaimana sebaik selepas berkahwin? Tak terkilan?" ujar saya dengan soalan nakal.
 "Memang dari segi kecantikan, isteri abang sekarang biasa-biasa sahaja."

"Maksudnya yang dulu lebih cantik?"
"Kamu ni, fikirannya masih berkisar dan berlegar-legar di situ juga. Ingat, yang biasa-biasa akan jadi luar biasa cantik apabila makin lama kita bersama dengannya. Itulah pengalaman abang. Hari ke hari, kecantikan isteri semakin terserlah. Entahlah, apa yang Allah ubah. Wajah itu atau hati ini?"

Wah, dia seakan berfalsafah! Kata-katanya punya maksud yang tersirat.

"Apa kaitannya dengan hati?" layan lagi. Ingin saya terus mencungkil mutiara hikmah daripadanya.
"Kalau hati kita indah, kita akan sentiasa melihat keindahan. Sebaliknya kalau hati rosak, keindahan tidak akan ketara, sekalipun sudah tampak di depan mata. Atau kita mungkin akan mudah bosan dengan apa yang ada lalu mula mencari lagi. Percayalah, orang yang rosak hatinya akan menjadi pemburu kecantikan yang fatamorgana!"

Jadi Orang Baik dan Pilihan Orang Baik
           
"Ah, tentu dia bahagia kini!" bisik hati saya sendiri. 

"Apa panduan abang jika semua ini ingin saya tuliskan?"
"Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita."
         
"Tapi bang, ramai yang menolak kaedah kedua. Kata mereka, mana mungkin kita menyerahkan hak kita memilih jodoh sendiri kepada ibu bapa, guru atau individu-individu lain sekalipun mereka orang yang baik-baik."
"Tak mengapa. Kalau begitu, cuna cara pertama, jadilah orang yang baik."
         
"Bukan mudah hendak menjadi orang yang baik. Ia satu proses yang panjang dan sukar menentukan apakah kita sudah jadi orang yang baik atau belum."
Abang tersenyum lantas berkata, "Kamu menyoal bagi pihak orang lain bukan?"

Saya diam. Dalam senyap saya akui, inilah soalan yang sering diajukan oleh para remaja di luar sana.
         
"Kedua-dua cara itu boleh dijalankan serentak. Maksudnya, jika kita berusaha menjadi orang yang baik, insya-Allah, Allah akan kurniakan kita jodoh yang baik melalui pilihan orang baik. Ataupun kita berusaha menjadi orang yang baik sambil mencari orang yang baik sebagai jodoh, dan nanti pilihan kita itu direstui oleh orang yang baik!"

 Wah, kedengaran berbelit-belit ayatnya, namun jika diamati ada kebenarannya.
         
"Tetapi ada juga mereka yang menolak pilihan orang yang baik bukan?"
"Kerana mereka bukan orang baik,"  jawabnya pendek.
         
"Bukan, bukan begitu. Bolehkah terjadi orang baik menolak pilihan orang yang baik?"
"Ya, tidak mengapa. Tetapi mereka tetap menolaknya dengan cara yang baik. Itulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertanyakan haknya untuk menerima atau menolak jodoh yang dipilih oleh ibu bapanya kepada Rasulullah s.a.w."
         
"Apa hikmah di sebalik kisah itu bang?"
"Kita boleh melihat persoalan ini dari dua dimensi. Pertama, mungkin ada anak-anak yang tidak baik menolak pilihan ibu bapa yang baik. Hikmahnya, Allah tidak mengizinkan orang yang baik menjadi pasangan orang yang tidak baik. Bukankah Allah telah berjanji, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya?"

Saya terdiam. Benar-benar tenggelam dalam fikiran yang mendalam dengan luahan hikmah itu.

Jodoh Urusan Allah
            
"Dan mungkin juga anak itu orang baik tetapi ibu bapanya yang tidak baik itu memilih calon yang tidak baik sebagai pasangannya. Maka pada waktu itu syariat membenarkan si anak menolak pilihan ibu bapanya. Ya, itulah kaedah Allah untuk menyelamatkan orang baik daripada mendapat pasangan hidup yang jahat."
"Bagaimana pula jika anak itu baik, dan ibu bapanya pun baik serta calon pilihan ibu bapanya juga baik, tetapi urusan pernikahan masih terbengkalai. Apa maknanya?" tanya saya inginkan penjelasan muktamad.

"Itulah takdir! Mungkin Allah menentukan 'orang baik' lain sebagai jodohnya. Sementara orang baik yang dicadangkan itu telah Allah tentukan dengan orang baik yang lain pula!"

Tiba-tiba saya teringat bagaimana Hafsah yang dicadangkan untuk menjadi calon isteri Sayidina Abu Bakar oleh ayahnya Sayidina Umar tetapi ditolak. Akhir Hafsah bernikah dengan Rasulullah s.a.w. Kebaikan sentiasa berlegar-legar dalam kalangan orang yang baik!
         
"Jodoh itu urusan Allah. Sudah dicatat sejak azali lagi. Tetapi prinsipnya tetap satu dan satu itulah yang wajib kita fahami. Orang yang baik berhak mendapat jodoh yang baik. Cuma sekali-sekala sahaja Allah menguji orang yang baik mendapat pasangan hidup yang jahat seperti Nabi Lut mendapat isteri yang jahat dan Asiyah yang bersuamikan Firaun laknatullah."
"Apa hikmahnya kes yang berlaku sekali-sekala seperti itu?"
         
"Mungkin Allah hendak meninggikan lagi darjah dan darjat orang baik ke tahap yang lebih tinggi."
"Hikmah untuk kita?"
          
"Jika takdirnya pahit untuk kita, terimalah sebagai ubat. Katalah, kita sudah berusaha menjadi orang yang baik dan kita telah pun bernikah dengan pilihan orang yang baik, tetapi jika takdirnya  pasangan kita bermasalah... bersabarlah. Katakan pada diri bahawa itulah jalan yang ditentukan oleh Allah untuk kita mendapat syurga. Maka rebutlah pahala sabar dan redha seperti Nabi Lut dan Nabi Ayyub atau kesabaran seorang isteri bernama Siti Asiah."

Tok, tok, tok. Tiba-tiba pintu bilik tulis saya diketuk. Wajah watak "abang bayangan" saya pergi tiba-tiba. Tersedar saya daripada lamunan yang panjang. 

Wajah isteri terserlah di sebalik pintu. Sebalik melihatnya terdetak dalam hati sendiri, apakah aku telah menjadi insan yang baik untuk memperbaikinya?

Ah, hati dilanda bimbang mengingatkan makna satu ungkapan yang pernah saya tulis dahulu: 
         
"Yang penting bukan siapa isterimu semasa kau nikahinya, tetapi siapa dia setelah menikah denganmu. Jadi, janji Allah tentang lelaki yang baik untuk wanita yang baik bukan hanya berlaku pada awal pernikahan, tetapi di pertengahannya, penghujungnya malah sepanjang jalan menuju syurga!" 


PETIKAN DARI BEDUK 28, BUKU “BEDUK DIKETUK” - PAHROL MOHD JUOI
TERBITAN TELAGA BIRU SDN BHD

Sunday, September 4, 2011

Subway

At this moment, my favourite food is Subway. Nyum, nyum, nyum. Maybe ramai juga yang dah minat Subway kat Malaysia sekarang. Actually dah lama nak tulis pasal Subway ini, cuma nak cari mood untuk tulis kena makan dulu. This evening, aku baru je makan Chicken Teriyaki. Kenapa aku beli Chicken Teriyaki? Sebab hari ini hari Sabtu. Kenapa hari Sabtu aku kena beli Chicken Teriyaki? Sebab Chicken Terayaki adalah 'Sub of the day' untuk hari Sabtu. 

Actually promotion ni dah lama dah, so if you buy 'Sub of the day', you just need to pay for RM 7.50. Basically, the price for every single dish for 6.5 inch is around RM 9.00 - RM 13.00. So you can save around RM 2.00 - RM 5.00. Kat bawah ini adalah 'Sub of the day' mengikut hari-hari yang telah ditetapkan.


Di Malaysia pada masa ini sahaja, terdapat 75 franchises Subway. Ini menunjukkan menu yang dihidangkan oleh Subway telah mendapat sambutan & boleh diterima oleh masyarakat di Malaysia. Menu utama yang menghidangkan sandwich dengan kandungan rendah lemah di bawah 350 kalori ini, sangat sesuai untuk dijadikan diet dalam usaha anda untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat & seimbang. 

Terdapat juga menu-menu lain selain daripada 'Sub of the day' seperti menu di bawah. So lepas ini bolehlah bertukar daripada fast-food yang tidak berapa menyihatkan kepada Subway. Sila click Subway Malaysia untuk maklumat lanjut. 


 

 


Tugu Negara

Sempena bulan kemerdekaan ini, untuk memperingati pejuang-pejuang tanah air kita, bolehlah kita ke Tugu Negara tapi bukan ke 'Perth, Australia'. Mungkin aku hanya pandai cakap je tapi aku tak buat. Walaubagaimana pun, aku memang pernah ke Tugu Negara ini masa aku kecil-kecil dahulu (kalau tak silap umur aku dalam lingkungan 7-12 tahun) cuma masa itu aku tak tahu apa yang ada kat Tugu Negara tu & penghayatan aku terhadap apa yang ada di sana kurang sebab aku ke Tugu Negara sebab parents aku bawa. 

Cuma setelah membaca sumber di sini, aku terasa untuk pergi sendiri ke Tugu Negara ini untuk melihat apa yang ada di sekitar Tugu Negara tersebut. Antara yang menarik minat aku untuk ke sana adalah disebabkan gambar di bawah ini yang diperolehi dari sini. Siapa sangka, semua nama yang tertulis di Tugu Negara tersebut nama 'mat salleh'. Adakah nama-nama orang Melayu pada ketika itu kebanyakkannya namanya seperti 'mat salleh'? Di mana nama-nama nenek moyang kita yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini?


Mungkin memang benarlah ada yang mengatakan, 'Sejarah ditulis (dicipta) mengikut kehendak pemenang'. Jadi tidak mustahil apa yang kita belajar di sekolah semuanya Sejarah yang ditulis oleh British. Walau apa pun, kita perlulah terus mencari & mengkaji sejarah sebenar tanah air kita untuk mengetahui kisah sebenar perjuangan kemerdekaan tanah air kita. 

MARI KITA SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA PEJUANG-PEJUANG ISLAM TANAH AIR KITA YANG MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN.

Saturday, September 3, 2011

Uniqlo Special Offer at KLCC

Esok dah start 1st weekend untuk bulan Syawal. Sekejap je dah seminggu raya. Esok confirm semua highway di Malaysia ni penuh dengan kenderaan yang hendak pulang ke kota dari kampung halaman untuk mencari rezeki di bandaraya Kuala Lumpur. Diharapkan agar pemandu-pemandu berhati-hati dijalanraya dan mengamalkan sikap bertolak ansur. 



For those yang minat brand Uniqlo, just for your information, on 9th Sept 2011, there is a special offer for Uniqlo at KLCC at 10am. So balik dari kampung masing-masing nanti, yang tak shopping raya, bolehlah kalau nak shopping on 9th Sept 2011. Antara special offer on that day adalah seperti berikut :

Men's Dry Packaged item from RM 9.90.
Women's Premium Cotton Crew Neck & Tank Top at RM 19.90.
Women's & Men's UTs from RM 24.90 & more.

Also free Uniqlo new design Tote Bag. (Be on the 1st 100 customers on the opening day or spend a minimum RM 200 net in single receipt)

Location : Uniqlo at KLCC.
Date       : 9.9.2011

Sumber diperolehi di Malaysia Warehouse Sales & Promotion. Sama-samalah sebarkan kepada rakan-rakan yang meminati brand Uniqlo sebab Sharing is Caring.