Friday, February 20, 2015

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat


(sumber gambar dari Twitter)

Belum pernah aku rasa sedih di atas pemergian ahli politik. Ini adalah kali pertama aku rasakannya. Aku tidak pasti kenapa tapi aku rasa.

Sebenarnya minggu lepas (seminggu sebelum Tuan Guru meninggal dunia) aku berkata-kata di dalam hati untuk cuba bertemu dengan Tuan Guru tapi DIA lebih menyayangi Tuan Guru. Satu kerugian buat diri aku kerana tidak berpeluang langsung untuk mendengar ceramah, bertemu muka, berkata-kata, bersalaman dengan Tuan Guru. Sungguh.

Aku pun tak pasti berapa lama lagi peluang aku untuk meminjam semua di dunia ini. Mungkin esok, lusa, aku pun tak pasti. Cuma yang pasti, kehilangan Tuan Guru membuatkan aku lebih memikirkan kehidupan selepas dunia. 


(sumber gambar dari Twitter)

Terlalu banyak dosa. Terlalu daif dengan pahala. Terlalu lalai dengan dunia. Hanya DIA Yang Maha Mengetahui segalanya. Aku cuma mampu menyesali di atas semua perbuatan itu. Aku cuma mampu berharap DIA akan mengampunkan segala salah aku.

Pulangnya Tuan Guru membuatkan hilangnya pejuang Islam yang istiqamah. Seorang yang sangat memikirkan rakyatnya. Seorang pemimpin yang harus diikuti dan diteladani. Sangat merendah diri. Sangat kuat dalam menegakkan hukum Tuhan. Hanya DIA Yang Maha Mengetahui sejauh mana bersungguhnya Tuan Guru memperjuangkan Islam.

Malam Jumaat. Sungguh bertuahnya Tuan Guru. Walau pilu, namun doa aku dan seluruh umat Islam di negara ini, dan di luar sana, tidak putus buat Tuan Guru. Semoga Tuan Guru di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin ya rabbal alamin.

23 Rabiul Akhir 1436H
12 February 2015

Saturday, January 10, 2015

Mesin Cahaya Masa oleh Wani Ardy


Pernah tengok gambar di atas? Penulisnya Wani Ardy. Kalau suka baca tulisan Wani Ardy, boleh beli buku kedua Wani Ardy terbitan Selut Books berjudul Mesin Cahaya Masa. Mesin Cahaya Masa adalah himpunan puisi dan catatan oleh Wani Ardy. Seperti Langit Vanilla, Mesin Cahaya Masa juga membuatkan aku melihat tentang kehidupan dan membawa diri aku untuk dekat pada DIA. Tulisan yang jujur dan ikhlas dari hati membuatkan Mesin Cahaya Masa menjadi teman yang akan sentiasa bersama. 


Puisi di atas adalah salah satu yang aku suka terdapat di muka surat 58, Mesin Cahaya Masa bertajuk Good Things. Mesin Cahaya Masa bukan sekadar menghimpunkan puisi dalam Bahasa Melayu tetapi juga English. Bahasa hanyalah sebagai medium perantara yang penting isinya. Tapi aku suka kalau Wani Ardy terus menulis dalam pelbagai bahasa kerana secara tidak langsung menambahbaik vocabulary aku. 

Isi kandungan Mesin Cahaya Masa penuh dengan tentang kehidupan yang sebenarnya kita sendiri lalui. Cuma kita, manusia, selalu lupa dan tidak menghayati apa yang kita lalui setiap hari terutamanya dengan insan yang dekat dengan kita. Mesin Cahaya Masa dapat membuatkan kita rasa dan ingat semula apa yang kita lalui itu sebenarnya. 

Setiap buku ada bezanya. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Terpulang kepada pembaca untuk menilai sendiri Mesin Cahaya Masa ini. Di bawah pula, aku kongsikan puisi bertajuk Peta di muka surat 8 Mesin Cahaya Masa.

Kau ada, kan?
Kau ada dekat-dekat sini, kan?
Jadi kenapa?
Jadi kenapa kau sembunyi-sembunyi?
Kau sangka kita hidup lama lagi?
Kau nampak, ini?
Kau nampak peta yang aku pegang ini?
Dah renyuk, dah naik lunyai aku usung ke sana ke mari
salah jalan
patah-patah balik
Payah sangat, kah?
Payah sangatkah utuk kau berdiri
keluar dari sebatian lautan ini
dan teriak :
"Oi! Akulah orangnya!
Akulah orangnya yang bakal kau jaga sampai tua!"
Kau tak bersuara pun tak apa.
Kau angkat tangan saja pun tak apa.
Kita cuma perlu bertentang mata,
sebelum peta terkoyak jadi dua.

Dah dua puisi Mesin Cahaya Masa aku kongsikan kat sini. Masih tak cukup? Mungkin baca sendiri dengan yang dilagukan oleh penulis tak sama. Oklah, last untuk Mesin Cahaya Masa. Di bawah ini pula, puisi yang dinyanyikan oleh Wani Ardy sendiri bertajuk Yang Hanya Tinggal Cinta dan Tinta.


Terima kasih Wani Ardy untuk coretan di Mesin Cahaya Masa. Terima kasih Selut Books untuk terbitan buku-buku yang berkualiti.

p/s : Untuk tahun 2015, kepada yang berminat untuk belajar menulis dan persembahan puisi bersama Wani Ardy (penulis Langit Vanilla dan Mesin Cahaya Masa) dan Fazleena Hishamuddin (penulis Seksi Ovari dan Bibir Ceri Melati), boleh menyertai #PondokPuisi dan membuat pendaftaran seperti poster di bawah. 


Wednesday, October 29, 2014

Budget Travel - Singapore

Sambungan dari Budget Travel - Singapore 1st day (Perjalanan siang hari). Kalau dibaca post yang sebelum ni dah setahun, ni maknanya dah dua tahun kenangan aku travel backpack ke Singapore yang baru aku nak update. Nak kata sibuk, tiada sibuk mana pun. Cuma tak pandai nak menulis dalam bahasa yang enak dibaca. Jadi aku terus sambung posting hari tu la; kawasan sekitar Marina Bay pada waktu malam. Oleh sebab masa post aku Budget Travel - Singapore 1st day aku dah cerita serba sedikit tentang sekitar kawasan Marina Bay ini, kali ni aku hanya kongsikan gambar sekitar Marina Bay ini pada waktu malam. 





Masa ni belum cukup ilmu tangkap gambar waktu malam, sebab tu gambar kurang kualiti. Betul la orang kata, sehebat mana pun kamera kita, kalau tak reti guna, serupa je guna kamera biasa.

Kalau nak di ceritakan secara detail setiap perjalanan aku ini, memang takkan habis la cerita Singapore tu. Padahal pergi 3 hari 2 malam je tapi ceritanya macam pergi seminggu. Jadi, aku terpaksa la ringkaskan disebabkan banyak lagi tempat menarik yang aku nak kongsikan. Sebab rasa tak best nak cerita tempat lain kalau tak habiskan cerita Singapore ini.

Hari berikutnya aku berjalan kaki ke Kampung Gelam, Mustafa Centre, muzium, Singapore Zam Zam (orang kata ini salah satu restoran murtabak Singapore yang sedap) dan beberapa lagi tempat menarik di sekitar Downtown Core. 






Lepas tu, aku makan kat Hara Chicken Rice. Tahu restoran ni pun sebab ada masa jalan tu, terserempak dengan seorang makcik local ni, jadi terus tanya mana tempat makan yang sedap berhampiran tempat kami jalan masa itu. Kalau tak silap aku, tak jauh dari Restoran Singapore Zam Zam tu. Yang lejen kat sini Dim Sum dengan karipap dia. 










Lepas kenyang makan, kami terus berangkat ke Sentosa Island menaiki MRT. Sebenarnya Sentosa Island ini tiada la besar mana pun. Kalau ikutkan Sentosa Island punya MRT ini tak silap ada 4 stesyen iaitu Stesyen Sentosa (stesyen pertama sebelum ke Sentosa Island, dalam Vivo Mall), lepas itu adalah Stesyen Waterfront (Universal Studio), berikutnya adalah Stesyen Imbiah (Merlion) dan yang terakhir adalah Stesyen Beach (Siloso Beach). Masa pergi dari Stesyen Sentosa ke Siloso Beach tu kami menaiki MRT dan bila pulang, kami jalan kaki disebabkan terlalu ramai yang beratur masa nak naik dari Siloso Beach tu. Di bawah adalah antara tempat yang kami jalan. Jalan je, tak masuk pun. 
















Akhir sekali, sebelum pulang ke tanahair, kami masuk ke Marina Bay Sands Hotel. Masuk bergambar je, tak mampu nak sewa pun. Haha! Sebenarnya Marina Bay ini kalau waktu siang nampak macam bangunan biasa je. Jadi tak perlu nak kagum sangat. Selagi manusia yang cipta, setinggi atau sebesar mana bangunan itu, tiada apa yang mampu menandingi ciptaan Nya.


Nasa adalah best friend dan travel partner aku yang paling best setakat ini. Aku rindu nak travel dengan dia lagi. Next trip yang akan aku kongsikan adalah Sabah. Sabah adalah salah satu negeri yang harus dilawati jika anda pencinta keindahan ciptaan Nya.