People might force you to join them
but let them know, they can't change your stand.
Situasi 1 (Di pejabat),
A : Jom pergi minum. (lebih kurang jam 9 pagi)
B : Ada kerja nak disiapkan. Lagipun belum waktu rehat lagi.
A : Kerja sampai pencen pun tak habis. Sekejap je pun.
B : Takpe la, ko pergi la dulu. *(ayat nak jaga hati kawan)
A : Aku belanja la ko minum. Lepas minum sambung la buat kerja tu.
B : Lain kali la. *(Masih jaga hati kawan)
A : Nak bodek bos la tu.
B : Terpulangla. *(ayat malas nak layan dah)
Situasi 2 (Borak politik)
C : Barisan Nasional banyak tolong rakyat. Dah lama memerintah; jangan kita lupa jasa mereka. Marilah kita sama-sama mengundi Barisan Nasional.
D : Yeker? Aku rasa Pakatan Rakyat lagi telus dan adil. Jomlah kita undi Pakatan Rakyat.
C : Taklah, kalau ko undi Barisan Nasional, nanti barulah negara maju.
D : Ko tak pernah rasa berada di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Diorang utamakan kebajikan.
C : Ko tak nampak ke kemajuan yang Malaysia capai hasil pemerintahan Barisan Nasional? Baik kita bagi Barisan Nasional memerintah.
D : Apa kata kita cuba tukar pemerintah pula. Jom-jom undi Pakatan Rakyat.
Situasi 3 (Borak IT)
E : Fuh.. iPhone nak keluar model barula; iPhone 5. Baik ko beli iPhone daripada phone Android.
F : Phone Android lagi better la bro. Banyak apps. Tengok ko punya iPhone, tiap tahun tak banyak perubahan pun. Penipula iPhone ni.
E : Cantik sikit. Ko tak pakai iPhone mana ko tau. Ko beli la baru ko tau.
F : Tak nak la. Buang duit aku je. Dah la mahal tapi tak boleh nak bluetooth. Lepas tu apps banyak kena bayar.
E : Ko tak tau, yang mahal tu adalah life style. Sebab tu harga dia mahal. Ko beli baru ko dapat rasa life style tu.
F : Aku tetap nak beli phone Android.
Ketiga-tiga situasi tersebut menceritakan keadaan di mana manusia di dalam dunia ni suka kehendak mereka diikuti. Tapi jangan lupa, kita sebenarnya ada hak untuk menolak dan mempertahankan pendirian kita. Terpulanglah kalau seseorang itu untuk menyatakan pendapat tapi jangan sampai memaksa.
Situasi 1 adalah cara bertolak ansur & menjaga hati apabila kita ingin tetap dengan pendirian kita. Ini merupakan cara terbaik untuk menolak paksaan dari sesuatu pihak.
Situasi 2 adalah kedua-dua pihak sentiasa memaksa antara satu dengan yang lain & tiada tolak ansur. Pada situasi ini, adalah lebih baik sebelah pihak berdiam diri dan mendengar pandangan sebelah pihak lagi. Sebenarnya kedua-dua pihak boleh menyuarakan pendapat namun tidak perlu memaksa pihak yang lain untuk menerima pendapat mereka.
Situasi 3 adalah cara yang straight foward untuk menyatakan pendirian kita. Setiap orang ada pandangan yang berbeza-beza dari semua aspek. Sebab itu Allah kurniakan kita akal fikiran untuk berfikir. Terpulang kepada individu untuk menerima atau tidak pendapat seseorang itu dan jangan sesekali kita memaksa individu tersebut mengikut kehendak kita. Kita mampu menyampaikan sahaja tetapi terpulang kepada penerima untuk menerima atau tidak.
Di bawah ini adalah video yang dihasilkan oleh MatLutfi yang menerangkan dengan lebih menarik berkaitan Serta Paksa.
No comments:
Post a Comment