Sunday, August 28, 2011

Balik kampung


Promote Air Asia sikit, mana tau kot-kot dapat ticket free. LOL!

Tiap kali musim perayaan, rakyat Malaysia akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Tak kira apa-apa perayaan, tidak kira agama & bangsa semuanya pasti pulang ke kampung sekiranya mereka ada kampung. Ada sesetengah mengatakan, balik kampung ni best, tapi untuk aku yang tiada kampung ni, aku pun sebenarnya tak reti nak cakap best ke tak balik kampung ni. Kampung tu ada tapi kat Gombak & Cheras. Can I call both kampung? LOL!

Bagi mereka yang tinggal di bandaraya Kuala Lumpur ni, untuk pulang ke kampung yang terletak di utara, pantai timur, selatan mahu pun seberang laut China Selatan, pada aku merupakan sesuatu yang menyeronokkan, mencabar & menguji kesabaran. Tambahan pula untuk pulang bagi cuti perayaan. Apa yang menyeronokkan?

SEKALI SEKALA JUMPA SAUDARA-MARA

Sebagai contoh; apabila kampung halaman seseorang tu jauh, mungkin masa perayaan je peluang untuk balik ke kampung. Let say, setahun tak jumpa saudara mara di kampung, pasti banyak perkara yang boleh dikongsi bersama. Banyak pengalaman-pengalaman manis, suka dan duka boleh diceritakan kepada saudara mara. Dapat mengubat segala kerinduan.

LAYANAN YANG DIBERIKAN

Maklumlah, kalau dah setahun sekali balik ke kampung, confirm lah layanan terbaik diberikan oleh saudara mara kita. Mesti masakan-masakan yang boleh mengalahkan Master Chef dihidangkan kepada kita. Lepas tu, bila nak balik Kuala Lumpur, mesti penuh bonet kereta dengan buah tangan.

MENGERATKAN SILATULRAHIM

Yang paling menyeronokkan, bila kepulangan kita ke kampung disambut baik walaupun setahun sekali. Perkara ini dapat mengeratkan lagi ikatan persaudaraan kita sebab apabila sekali sekala berkumpul bersama keluarga, pasti perkara yang baik-baik akan dilakukan bersama. Walaupun teknologi masa kita boleh menghubungkan kita walaupun berjauhan dengan menggunakan handphone, email, facebook, chatting etc, namun semua itu tidak sama apabila kita jumpa dan bersalaman sesama saudara.

Apakah yang mencabar dalam balik kampung ni?

PERJALANAN YANG JAUH

Perkara yang mencabar adalah ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Persediaan kenderaan yang baik adalah sangat penting bagi mencegah daripada sebarang gangguan perjalanan untuk pulang ke kampung. Waktu tidur yang mencukupi adalah sangat penting bagi mengelakkan mengantok ketika memandu.

PERANCANGAN KEWANGAN

Mungkin kita tidak perasan perkara ini sehingga tiba hari kita hendak pulang ke kampung. Sebenarnya untuk pulang ke kampung memerlukan kos perjalanan yang agak tinggi tidak kira samada memandu sendiri, menaiki bas mahupun kapal terbang. Rancanglah kewangan kita supaya peruntukan untuk pulang ke kampung mencukupi.

Apakah yang menguji kesabaran untuk pulang ke kampung?

KESESAKAN LALU LINTAS

Kesesakan lalu lintas adalah perkara yang sinonim dengan negara Malaysia ini. Baik ada highway pun, jalan tetap sesak. Apa yang penting, kesabaran dalam memandu tu perlu ada dalam diri. Jangan cepat marah ketika memandu sekiranya pemandu yang lain tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Banyakkan bersabar & cuba mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Mungkin banyak lagi perkara-perkara yang boleh dikongsi bersama dalam balik kampung ini tapi untuk aku yang tiada kampung ni, tak dapat banyak perkara balik kampung yang dapat aku kongsikan. Walaubagaimana pun, sempena bulan Syawal yang bakal tiba ini, pasti ramai yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampung, tak pun yang masih belum bertolak lagi, diharap berhati-hatilah ketika memandu. Ingatilah orang yang tersayang yang sedang menunggu di kampung. Sebagai peminat MatLutfi, bagi yang ada mobile internet tu, bolehlah release tension memandu untuk seketika dengan menonoton clip video MatLutfi edisi balik kampung.


No comments: