Sunday, December 8, 2013

Budget Travel - Singapore 1st day


Dari gambar di atas, mungkin ramai yang boleh tahu di manakah lokasi gambar ini diambil. Bagi yang masih belum tahu, sila tengok tajuk. Ya, gambar ini diambil di negara Singapura. Dah hampir setahun gambar ni aku ambil, baru hari ini tergerak hati untuk aku ceritakan perjalanan aku ke negara Singapura. 

DARI MALAYSIA



Actually, ini adalah first time aku backpack ke negara orang with my best friend, Nasa dengan menaiki bas. Dari rumah aku, naik LRT, ke KL Sentral dan naik bas ke Singapura. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kami menaiki bas malam dan tiba di Singapura pada Subuh sekitar jam 6 pagi. Aku berbekalkan wang sebanyak 350 SGD iaitu sebanyak lebih kurang RM 900 bagi tujuan, penginapan, makan minum, pengangkutan dan lain-lain. Berkenaan immigration, anda tidak perlu risau kerana anda hanya perlu turun dari bas sebentar di sempadan untuk melalui prosedur immigration yang tidak mengambil masa yang lama.

DI SINGAPURA

Bas kami tiba di Singapura dan berhenti di Beach Road, berhampiran dengan Park Royal Hotel. Tiba di Singapura, perkara yang pertama kami cari adalah WiFi connection untuk melihat lokasi kamu di maps tapi agak mengecewakan kerana tiada. Walaubagaimana pun, kami menggunakan pepatah Melayu, "Malu bertanya, sesat jalan". Jadi, kami bertanyakan pekerja di kedai 24 jam (7 eleven) kalau tak silap aku, bagaimana untuk ke MRT station terhampir. My first impression about Singapore ialah selamat. Kenapa aku rasa begitu? Kerana walaupun di Subuh hari yang gelap, kedai 24 jam itu hanya membiarkan barang-barang perniagaannya di luar kedai tanpa dipantau barang-barang tersebut. 


Ok, bila tiba di MRT Station, apa yang perlu anda cari adalah EZ-Link card. EZ-Link card ni lebih kurang macam Toch n Go la kalau di Malaysia. Jadi, ia memudahkan anda untuk menggunakan public transport di Singapura. 


First tempat yang kami lawati di Subuh hari adalah The Shoppes at Marina Bay Sand. Tempat ni lebih kurang Suria KLCC la iaitu shopping mall yang bersebelahan dengan tallest building di Singapura. Masuk dalam mall tersebut, banyak la branded boutique yang masih belum buka sebab baru sekitar jam 7 pagi. Kami berjalan kaki melalui Olympic Walk, iaitu tempat orang jogging dan menikmati pemandangan sungai dan bangunan-bangunan pencakar langit Singapura di sekitar Marina Bay. 


Seterusnya, kami berjalan melalui Art Science Museum dan LV Boutique yang 'terapung' di atas air, ala-ala masjid terapung. Tempat-tempat ni semuanya betul-betul sebelah dengan Marina Bay Sand je.


Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Garden by the Bay dan bergambar dengan pokok-pokok buatan manusia. Member aku betul-betul nak ke sini sebab tempat ni pernah masuk dalam Discovery Channel cerita tentang bagaimana pokok ini dibuat.


Kami meneruskan perjalanan lagi menuju ke Merlion iaitu mercu tanda negara Singapura. Dalam perjalanan ke Merlion, kami telah melalui jambatan yang dinamakan The Helix Bridge. Aku sangat kagum dengan seni reka jambatan tersebut. Bila malam, jambatan ini kelihatan lebih menarik kerana cahaya yang dipancarkan dari jambatan tersebut. Seterusnya kami melalui Marina Bay Floating Stadium, dan Esplanade iaitu performance arts venue.



Dan akhirnya kami tiba di Merlion, iaitu mercu tanda negara Singapura. Masa ketika tiba di Merlion ni, kaki pun dah lenguh-lenguh sebab dah lama tak berjalan kaki sejauh ni. Nanti, korang akan lihat perbezaan kawasan ni pada waktu malam pula. To be continue .................


Tuesday, November 26, 2013

Kita Semua Masih di Sini oleh Fazleena Hishamuddin

Lately aku layan puisi-puisi Fazleena Hishamuddin ni iaitu penulis Seksi Ovari. Mungkin sebab susah nak dapat dan dengar. Yang dah ada dalam Seksi Ovari dan habis dikhadam. Baca dan dengar apa yang ditulis memang tak sama. Sama macam kalau kita baca novel dengan tengok drama adaptasi novel. Mana sama. Lagi satu, puisi-puisi Fazleena Hishamuddin yang aku post ni, kalau tak silap aku takde pun dalam Seksi Ovari. Susah nak dapat. Jadi tak salah kot nak berkongsi. Lagipun, masa Pasar Boco 9, Fazleena Hishamuddin ada bagitau, mungkin nak keluarkan next buku. Mungkin apa yang beliau sampaikan ni, akan diterjemahkan dalam buku pula. Jadi, bolehlah kalau nak ambil feel dulu.

Manusia akan suka pada orang atau perkara yang ada kena mengena dengan dirinya. Apa yang membuatkan aku semakin suka pada puisi Fazleena Hishamuddin ni atau lebih dikenali dengan nama Kak Adeq oleh rakan-rakan beliau, adalah disebabkan 'kawan lama' aku Zarina adalah kawan beliau. Aku sama je dengan manusia lain kerna aku adalah manusia. Jadi, aku selesa dan suka pada perkara yang ada kena mengena dengan diri aku. Tak sangka, kecil benar dunia ni. 

Berbalik kepada tajuk puisi 'Kita Semua Masih di Sini'. Isinya sangat deep. Sesuai untuk para pejuang yang telah meninggalkan kita demi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Kalau aku Perdana Menteri, pasti aku akan minta Kak Adeq mendendangkan puisi ini pada hari kemerdekaan negara kita. Cuba dengar isinya. Mungkin ada lagi manusia lain di luar sana yang boleh tulis dengan lebih hebat. Cuma setakat ini, 'Kita Semua Masih di Sini' oleh Fazleena Hishamuddin yang nampak hebat oleh kaca mata aku, dan bunyi hebat oleh corong telinga aku. Terima kasih Fazleena Hishamuddin.



Nanti, ada kelapangan, aku upload pula apa yang disampaikan oleh penulis Langit Vanilla, Wani Ardy masa Eksotikata haritu. 

Sunday, November 24, 2013

Sederhana oleh Fazleena Hishamuddin


Semalam tanggal 23 November 2013, aku buat pertama kalinya menjejakkan kaki di Rumah Pena untuk event Eksotikata. Siap sesat lagi nak tiba ke Rumah Pena ni. Tapi tak mengapa kerna berbaloi. Rupanya Eksotikata ni pun baru first time. 

Aku ni bukannya penulis puisi, bukan juga buku bahkan pula penyanyi. Tapi aku cuma pengunjung gerai yang menjual buku, dan tempat yang boleh aku dengar dan melihat seni. Pandangan aku, Eksotikata ini konsepnya adalah sama seperti Pasar Boco. Jika sesiapa yang pernah mengunjungi Pasar Boco akan faham konsep Eksotikata.

Cuma apa yang aku nak tulis pasal puisi yang disampaikan oleh Fazleena Hishamuddin atau mungkin lebih dikenali dengan penulis buku Seksi Ovari. Seni itu subjektif. Mungkin kaedah penyampaian puisi oleh Fazleena Hishamuddin bertajuk Sederhana membuatkan aku semakin suka pada puisi. Isinya, melodinya, dan susunatur ayatnya membuatkan aku jatuh cinta pada puisi. 

Apapun, aku tetap berterima kasih kepada Wani Ardy sebab bermulanya muzik, tulisan diblog, dan buku Langit Vanilla beliau membuatkan aku semakin tertarik kepada seni. Terima kasih. Kat bawah ni adalah puisi Sederhana oleh Fazleena Hishamuddin. Maaf kerna kualiti video kurang memuaskan. Yang hendak didengar adalah isinya. :)