Friday, August 31, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 Malaysia


Hari ini, tanggal 31 Ogos 2012 merupakan ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55. Bersyukur kerana negara Malaysia masih merdeka dari dijajah oleh mana-mana negara lain. Tahun ini merupakan tahun bersejarah di negara Malaysia kerana terdapat tema sambutan kemerdekaan yang berbeza daripada negeri-negeri yang diperintah oleh parti Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Kenapa perkara ini harus berlaku di negara kita? Tidakkah ini menunjukkan negara kita tidak bersatu walaupun tidak dijajah oleh negara lain? Kita adalah negara Malaysia bukan negara Barisan Nasional ataupun negara Pakatan Rakyat. 

Aku bukanlah seorang ahli politik, aku juga bukanlah seorang wakil rakyat malah aku juga bukan pentadbir negara ini. Aku adalah rakyat Malaysia yang cintakan negara Malaysia. Kenapa pemimpin-pemimpin tidak boleh menolak fahaman politik buat seketika bagi menyambut ulangtahun kemerdekaan? Aku suka apa yang ditulis oleh Wani Ardy dalam Langit Vanilla, muka surat 139.

Jangan biar ideologi pisahkan kita. Biar semua ada pemikiran masing-masing. Lebih baik berfikir dari tidak berfikir. Dalam berkawan, kawan itu kita tidak ambil badannya saja. Kita ambil mindanya juga; seluruhnya dia. Jangan anggap kawan kita tidak boleh berfikir. Terima perbezaan dan berhenti menyuruh dia menyebelahi sesuatu pihak.

Sama-sama kita renungkan. 

Dan video oleh Mat Lutfi dan Malaysian pada tahun lepas boleh dijadikan pengajaran dan renungan buat kita semua. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 Malaysia.





Wednesday, August 29, 2012

Amalan duit raya


Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, di antara perkara yang sentiasa difikirkan oleh semua orang adalah duit raya. Tidak kira ibubapa, anak-anak, dan saudara mara, baik semua yang menyambut perayaan ini, sudah pasti akan memikirkan duit raya. Ibubapa akan memikirkan berapa banyak duit raya yang hendak diberikan kepada anak-anak mereka, kanak-kanak yang datang ke rumah dan anak-anak buah mereka. Manakala, anak-anak dan kanak-kanak pula akan sibuk memikirkan berapa banyak duit raya yang bakal mereka terima daripada ibubapa mereka dan rumah yang mereka kunjungi.

Pernahkah kita terfikir, kenapa kita berikan duit raya ini? Adakah sebab ganjaran untuk anak-anak yang berpuasa? Adakah sebab hendak menunjuk-nunjuk kemampuan kita memberikan duit raya? Semua itu hanya diri kita sendiri dan Allah sahaja yang mengetahuinya.


Pada pandangan aku, kenapakah perlu memberi duit raya?

BERSEDEKAH - Niat bersedekah adalah yang terbaik untuk memberikan duit raya kepada kanak-kanak. Walaubagaimana pun, seeloknya bersedekah ini dilakukan pada bulan Ramadhan kerana perbuatan bersedekah di bulan Ramadhan akan dilipat kali gandakan amalan tersebut. Sekiranya mempunyai wang yang lebih untuk bersedekah di bulan Syawal, barulah seeloknya kita memberikan duit raya ini dengan niat bersedekah.

AMALAN - Sudah menjadi amalan turun temurun keluarga memberikan duit raya kepada sanak saudara dan kanak-kanak yang datang ke rumah bagi menggembirakan tetamu yang hadir.

MENGGALAKKAN ANAK BERPUASA - Salah satu cara untuk menggalakkan anak-anak berpuasa adalah dengan memberikan duit raya. Walaubagaimana pun, kita sebenarnya tidak seharusnya mengajar anak-anak kita dengan kaedah ini kerana seharusnya kita mendidik anak-anak kita untuk berpuasa kerana Allah bukan kerana ganjaran duit raya. Mungkin mudah bagi aku untuk menulis di sini kerana aku masih belum mempunyai anak tetapi aku sentiasa mengingatkan diri aku ini. 

Percayakah kita yang anak-anak boleh dibentuk sahsiahnya jika betul didikan kepada mereka? Aku percaya kerana anak-anak hatinya masih suci ibarat kain putih. Jika sejak mereka kecil lagi kita menerapkan didikan agama yang cukup, insyAllah dengan izin dari-Nya, mereka akan menjadi anak-anak yang soleh. Biarpun susah untuk menerangkan sesuatu yang tidak dilihat dengan mata anak-anak ketika mereka masih kecil tetapi mereka pasti boleh menerima apa yang dijelaskan oleh ibubapa mereka. Oleh itu, kita perlulah sentiasa menambah ilmu agama di dalam diri kita supaya dapat kita menyampaikan di antara satu sama lain. Waalahualam.

Monday, August 27, 2012

Video of the year 2012 - Oppa Gangnam Style

Buat masa ini, dan ketika ini, video & lagu terbaik di dunia ini adalah Oppa Gangnam Style. Boleh kata, almost everyday Oppa Gangnam Style akan trending di twitter. Betapa hebatnya penangan PSY dengan lagu Oppa Gangnam Style ini. Sehingga harini, sebanyak 62,888,842 view bermula 8.5.2012 sehingga 27.8.2012. Seramai 637, 978 likes, 286,213 favorites dan 23,663 dislikes untuk video ini. Seperti biasa, setiap perkara pasti ada yang suka dan tidak suka tetapi kita boleh membuat kesimpulan sekiranya likes lebih banyak dari dislikes, bermakna, video ini sememangnya 'awesome'. Mari kita layan Oppa Gangnam Style ini dulu. 


Apakah yang menarik sangat tentang video ini? 

LIRIK - Sudah pasti aku langsung tak faham lirik lagu ini tetapi setelah aku baca translation untuk lirik ini, aku rasa lirik Oppa Gangnam Style ini juga agak menarik. Iaitu mengisahkan lelaki yang berasal dari Gangnam. Selebihnya cari sendiri.

MELODI - Aku bukanlah penggubah lagu dan peminat music tetapi pada aku rentak, irama dan melodi lagu Oppa Gangnam Style ini membuatkan ramai yang menyukai lagu ini tidak mengira usia, jantina dan budaya.

TARIAN - Tarian yang agak menarik, catchy, stylo dan sexy merupakan tarikan yang membuatkan video clip ini menjadi lebih 'awesome'. Ditambah pula dengan kehadiran Yu Jea-Suk (pengacara terkenal di Korea & variety show Running Man) di penghujung video ini, dengan tarian beliau yang tersendiri.

Terdapat pelbagai parody untuk Oppa Gangnam Style ini menunjukkan betapa addict nya peminat-peminat Oppa Gangnam Style di seluruh dunia. Bukan sahaja di Asia tetapi ia telah menjadi kegilaan di negara barat juga. Di antara parody yang menarik di Malaysia, sempena Hari Raya Aidilfitri ini adalah oleh Fly FM dan MyCTVchannel. 


  
Apa-apa pun well done untuk PSY-Oppa Gangnam Style. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di dunia ini, Maaf Zahir & Batin. Macam tahun sebelum-sebelum juga, hari ini 4 Syawal 1433H aku telah mula bekerja disebabkan aku adalah truly born in Kuala Lumpur. Lagipun kalau cuti tiada apa-apa yang boleh aku buat sebab dah habis beraya dah. Kalau nak beraya rumah kawan-kawan pun, semuanya masih di kampung halaman masing-masing. Nak berjalan pun, ramai foreigner je kat shopping mall tu. Pilihan terbaik adalah bekerja.


KENAPA BEKERJA DI AWAL BULAN SYAWAL?

Kampung di Kuala Lumpur
- Bagi mereka yang kampung halamannya di Kuala Lumpur, sudah pasti akan mula bekerja di awal Syawal disebabkan sudah selesai beraya di rumah sanak saudara. Seperti aku, pada 1 Syawal lagi aku telah selesai beraya di rumah nenek sebelah mak dan ayah aku.

Tiada orang awam
- Bagi mereka yang bekerja dan berurusan dengan orang awam (public), sudah pasti di awal Syawal tidak begitu ramai orang awam yang datang untuk berurusan di pejabat kerana mereka beranggapan pekerja masih bercuti. 

Tiada bos
- Boleh dikatakan ramai bos yang dah bekeluarga sudahpasti akan mengambil cuti panjang untuk beraya sambil bercuti. Mungkin bos yang terlalu minat bekerja sahaja yang akan bekerja di awal Syawal ini. Jadi, bekerja bila bos tiada ni memang perkara yang menyeronokkan untuk semua orang.

Tiada kesesakan lalulintas
- Apabila bekerja di musim perayaan, jalanraya terutamanya di Kuala Lumpur sudahpasti lengang. Tidak perlu fikir untuk bangun awal semata-mata untuk meredah kesesakan lalulintas.

Jimat cuti
- Bagi mereka yang suka melancong, adalah terbaik untuk mereka jimat cuti tahunan mereka kerana, apabila bukan musim perayaan, mereka boleh bercuti panjang kerana masih mempunyai banyak cuti tahunan. Jadi, jalan terbaik adalah bekerja di musim perayaan.

Mungkin ada banyak lagi sebab lain mengapa seseorang itu bekerja di awal bulan Syawal dan di antaranya adalah seperti yang tertulis di atas. Jadi, kepada mereka yang telah mula bekerja, selamat bertugas dan kepada mereka yang masih bercuti, Selamat Hari Raya Aidilfiti dan selamat bercuti. Maaf zahir & batin.


Sunday, June 10, 2012

Review Android 4.0.4


Actually aku baru je update Nexus S aku from Android 4.0.3 ke Android 4.0.4. Nampak macam tak banyak beza pun version dia kan. Tapi, bila dah update baru dapat tahu beza dia. Yang paling penting ialah, battery life time. Since 2 hari aku gunakan Android 4.0.4 ni, aku rasa battery life time memang lama. Selalunya, average battery life time masa aku guna android 4.0.3 lebih kurang 18 jam sahaja tapi since aku update to android 4.0.4, battery aku tahan la sampai 24 jam. Features yang lain masih tak banyak beza. Mungkin aku tak perasan lagi kot. 

Macam mana aku boleh update android 4.0.4. Kalau korang nak tau, actually aku dah dapat notification untuk update android 4.0.4 ni lama dah sebab aku guna Google phone. So everytime android update, sure Google phone yang akan dapat dulu. Tapi disebabkan everytime aku nak update, ada keluar 'Error 7..........'. Banyak kali juga aku try update tapi still the same.

At first, aku rasa mungkin sebab tak stabil lagi sebab tu jadi macam tu. Tapi, bila aku tanya Encik Google, memang ada certain phone yang akan dapat 'Error 7...' tu. So aku pun Google la solution untuk masalah aku ni. Then ada yang tulis, disebabkan ada 'bugs' sebab tu aku tak boleh nak update. Macam-macam juga alasan-alasan lain yang menyebabkan aku tak boleh nak update ke android 4.0.4. 

Kalau tak silap aku, on Thursday baru-baru ni, aku memang nekad untuk cari solution untuk update android aku ke 4.0.4. Finally aku berjaya untuk download & install update tu tapi....... Bila aku reboot je aku punya Nexus S, terus jadi 'boot-looping'. Terus aku tak boleh nak guna phone aku. Malam tu pun aku dah give up and aku decide untuk tak guna handphone buat certain time. 

Esoknya, aku tetap terus searching macam mana nak solve aku punya problem ini tapi tak jumpa. Sampai aku rasa nak hantar kedai je untuk repair. But at the same time, aku ada bertanya pada kawan aku, Nasa & Kong then diorang ada la bagi aku link yang berguna untuk aku keep searching kat website-website yang dia bagi.

Moral of the story, kalau nak 'Root' or 'Jailbreak' make sure korang tahu dan faham betul-betul apa yang korang nak buat. Jangan sekadar follow instruction kat website yang korang baca tetapi fahamkan setiap apa yang disampaikan. And the important thing is make sure korang tahu version & model handphone yang korang gunakan sebab setiap model & version gunakan perkara yang berlainan bila nak download. XDA Developers forum inilah yang telah membantu aku menyelesaikan masalah handphone aku. Rajin-rajinlah baca di forum. 

Thursday, June 7, 2012

Running Man, Korea variety show


Buat masa sekarang ni, variety show terbaik untuk aku adalah Running Man. Actually dah agak lama dah aku layan Running Man ni, tu pun disebabkan suggestion adik aku. At first rasa macam biasa-biasa je. Macam biasala, setiap movies, series, tak kira english movies ke, malay movies ke, mesti ada sebab utama untuk kita tonton. Sebab utama sesuatu movie itu ditonton adalah pelakon movie tersebut. Tipu la kalau cakap pelakon bukan sebab utama sesuatu movie itu jadi Box Office.

Sebagai contoh, masa zaman Yusof Haslam dulu, kenapa ramai orang menonton filem Sembilu yang dibintangi oleh Awie dan Erra Fazira? Mungkin ketika zaman itu, Awie adalah pelakon lelaki yang paling macho kat Malaysia ni dan Erra pula adalah bekas Ratu Cantik Malaysia. Kalau disebabkan jalan cerita? Mungkin 30% la kot. Ini semua adalah andaian aku sahaja. Bukan ada fact pun. 

Contoh untuk filem english pula adalah Twilight. Agak-agaknya la, kalau pelakon filem tersebut bukan dibintangi oleh Robert Pattinson dan Kristen Stewart, boleh Box Office ke movie tu? Mungkin yang akan tengok cerita tu adalah mereka yang follow novel tersebut sahaja. 

Apa yang aku nak sampaikan di atas adalah, sebab pertama aku meminati Running Man adalah Song Ji Hyo. (Nak tahu lagi detail, sila Google) Disebabkan kecomelan Ji Hyo ni membuatkan aku tertarik untuk menonton variety show ini. Setelah mengikuti beberapa episode Running Man ini, aku semakin tertarik disebabkan watak-watak di dalam Running Man ini sangat kelakar dan setiap peserta variety show ini mempuyai character masing-masing. Kalau tak silap aku, aku start follow Running Man ni bermula episode 50 something. Lepas tu terus tengok balik yang episode previously. Yang latest adalah episode 97, dan guest untuk episode ini adalah Park Ji Sung. (Manchester United player) 

Running Man adalah sebuah variety show dari South Korea yang dibintangi oleh :
1. Yoo Jeasuk (Yoo-ruce Willis / Grasshopper)
2. Gary (Gae-colas Cage / Monday Boyfriend)
3. Ha-ha (Ha-roro / Ha-rad Pitt / Penguin)
4. Ji Suk Jin (Big Nose Older Brother / Impala)
5. Kim Jong Kook (Commander / Tiger)
6. Lee Kwang Soo (Kwang-Potter / Giraffe)
7. Song Ji Hyo (Mong Ji Hyo / Ace / Miss Mong / Bad Ji Hyo / Monday Girlfriend) 

Ini adalah pelakon-pelakon tetap untuk Running Man dan selalunya mereka akan menjemput guest artist untuk menjadikan variety show ini semakin menarik. Setiap pelakon di atas mempunyai gelaran-gelaran seperti di dalam kurungan. Gelaran-gelaran tersebut menunjukkan character-character mereka. 


Setiap episode Running Man ini akan mempunyai misi-misi yang berbeza-beza dan setiap episode, misi terakhir mereka adalah untuk mencabut tag nama bagi setiap peserta. Apa yang membuatkan Running Man lebih menarik daripada Survival, Amazing Race, dan lain-lain lagi adalah Running Man menjadikan setiap misi mereka adalah unpredictable, kelakar, dan creative. Walaupun misi mereka agak simple tetapi misi-misi tersebut sangat mencabar dan boleh dijadikan idea untuk kita gunakan pada family day. 

Begitulah serba sedikit tentang hobby aku buat ketika ini iaitu menonton Running Man. Untuk maklumat lanjut berkaitan Running Man, anda boleh baca di Wiki Running Man. Untuk menonton Running Man secara online, sila click di KShowNow.

Tuesday, June 5, 2012

Berbelanja

Cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun telah mati. Aku menulis cerita ini untuk kita renungkan bersama kisah sebuah keluarga ini. Semoga dengan kisah keluarga ini dapat kita membuka sedikit minda kita supaya tidak terkongkong dengan sesuatu yang duniawi.

Mengisahkan sebuah keluarga hidupnya susah yang terdiri daripada seorang ayah, seorang ibu dan 3 orang anak. Suatu hari, ayah kepada keluarga ini telah membelanjakan duit gajinya untuk membeli sebuah televisyen LCD walaupun di rumahnya telah mempunyai sebuah televisyen yang besar. (televisyen lama) Televisyen tersebut masih berfungsi dengan baik dan tiada sebarang kerosakan.

Tiba-tiba, salah seorang daripada anak ayah ini menegur dengan nada baik akan tindakan ayahnya itu. "Ayah, daripada ayah membeli sebuah televisyen LCD yang baru, lebih baik ayah belikan kami peralatan sekolah, dan barang masakan untuk ibu masak.", kata salah seorang daripada anak keluarga ini.

Kerana rasa egonya dicabar, ayah meninggikan suara, "Suka hati akulah hendak buat apa dengan duit ini! Aku adalah KETUA keluarga ini!" Anaknya tadi terus terdiam dan meminta maaf.

Persoalan daripada kisah di atas, adakah seorang anak tidak berhak untuk menasihat atau menegur ayahnya itu? Adakah sebagai KETUA keluarga, ayahnya boleh berbelanja sesuka hati walaupun duit itu adalah hasil daripada usaha ayahnya? Adakah LCD itu lebih penting daripada peralatan sekolah dan barang masakan untuk keluarga? Sama-sama kita renungkan.


Mungkin pandangan aku lebih kepada anak kerana aku masih belum menjadi seorang ayah. Tapi, aku berharap agar Allah memberikan aku kekuatan untuk berfikir secara waras dan sentiasa berpandukan Al-Quran dan Sunnah dalam membuat sesuatu keputusan itu. Pada pandangan aku, duit itu adalah milik ayahnya tetapi tujuan utama ayahnya bekerja adalah untuk menyara keluarga. Jadi, pandangan aku adalah tidak salah sekiranya anak itu menegur perbelanjaan ayahnya tadi. Letak ketepi ego sebagai seorang bapa itu selagi teguran anak itu tidak bertentangan dengan agama. 

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh. Pesan memesan dengan kebenaran. Pesan memesan dengan kesabaran." (Surah Al-Asr)

Wallahualam.

Monday, May 28, 2012

Hamba

Pernahkah kita terfikir yang kita ini hanyalah hamba di dunia ini? Tidak kira kaya ataupun miskin, kadangkala kita lupa yang kita ini adalah hamba kepada Allah Yang Maha Esa. Kita mungkin sedar apabila kita disedarkan yang kita ini hanyalah hamba Nya tapi kita lupa bila kita tidak disedarkan. Bagaimana kita hendak melihat adakah kita hamba Nya yang taat? Kita lihat dan muhasabah diri kita sendiri apakah kita taat akan perintah Nya? Aku bukanlah seorang yang cerdik pandai tapi aku hendak berkongsi apa yang aku dapat. 

Hamba Duit - Manusia kadangkala akan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan duit sehingga kadangkala kita lupa akan hukum yang telah ditetapkan oleh Nya. Sebagai contoh, kerja siang malam mencari duit sehingga lupa tanggungjawab kepada Allah kerana tidak yakin duit yang diperolehi sudah cukup untuk menyara hidup keluarga. Allah tidak melarang umat Nya untuk mencari rezeki tetapi janganlah sehingga kita lupa yang dikejar adalah akhirat kelak kerana kita adalah hamba Allah bukan duit. 

Hamba Kuasa - Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat atau meengekalkan kuasa. Sebagai contoh, manusia sanggup menipu, mengganas, dan sebagainya demi kepentingan kuasa mereka. Terlalu memikirkan bagaimana untuk menguasai dunia ini sehingga membelakangkan agama Islam. 

Hamba Dunia - Banyak lagi mainan dunia ini yang membuatkan manusia leka. Terlalu leka memikirkan keduniaan sehingga lupa yang kita ini hanyalah hamba kepada Allah sahaja. Kenapa kita harus takut kepada mainan dunia? Dunia hanyalah sementara dan janganlah kita menjadi hamba kepada mainan dunia ini. 

Sesungguhnya, buatlah sesuatu perkara di dunia ini dengan niat kerana Allah swt dan janganlah sehingga kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba Allah swt. Tiada siapa yang tahu niat kita melakukan sesuatu itu melainkan diri kita sendiri dan Allah swt. Wallahualam. (muhasabah diri)

Tuesday, May 15, 2012

Kaedah mendapat Kusyuk dalam Solat

Mungkin aku bukan seorang yang layak untuk memberikan tazkirah, kerana aku hanyalah insan yang serba kekurangan dengan ilmu agama. Namun aku cuma ingin berkongsi dan mengingatkan diri aku sendiri dengan apa yang aku baca. Mengikut Sheikh Dr Abu Anas, terdapat 5 kaedah untuk mendapat kusyuk di dalam solat; iaitu :

1. At-Tafahhum (التّفهّم) - Faham akan makna bacaan-bacaan di dalam solat.
2. At-Ta`zim (التعظيم)   - Mengagongkan Allah ketika menunaikan solat.
3. Al-Haibah (الهيبة)     - Berasa gerun dengan kehebatan Allah.
4. Ar-Raja’ (الرجاء)     - Sangat mengharapkan rahmat dari Allah ketika mengerjakan solat.
5. Al-Haya’ (الحياء)     - Malu dengan Allah akan kelemahan diri dalam menyempurnakan ibadah solat.

Solat adalah tiang agama. Jadi, sia-sialah jika kita solat tetapi tidak kusyuk. Semoga, video di bawah dapat menarik minat dan membantu kita sama-sama dalam untuk mengunakan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan kusyuk dalam solat. Wallahualam.


Selamat Hari Guru 2012

Esok tanggal 16 Mei 2012 merupakan sambutan Hari Guru di Malaysia. Kebanyakkan sekolah pada hari guru  biasanya akan mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti bagi meraikan hari ini. Cara sambutan hari guru dari dahulu sehingga sekarang mungkin tidak banyak berubah cuma mungkin murid-murid yang meraikan guru-guru mereka tidak lagi semeriah zaman aku sekolah dahulu.

Zaman aku dulu iaitu sekitar tahun 1989 ke 2000, guru-guru sangat diraikan oleh pelajar-pelajar mereka. Ini mungkin disebabkan ketika zaman aku dulu, teknologi IT ini masih belum berkembang. Oleh itu, pelajar-pelajar akan lebih banyak menghabiskan masa mereka di alam realiti berbanding sekarang pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di alam maya dan semakin kurangnya komunikasi di antara pelajar dan guru. Di antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ketika aku sekolah rendah dahulu, pelajar-pelajar akan membawa pelbagai makanan untuk dikongsikan bersama rakan-rakan dan guru. Seterusnya guru dan pelajar akan membuat beberapa persembahan untuk meraikan guru-guru. 

Mungkin keadaan sekarang sudah berbeza kerana murid-murid sekarang kelihatan agak kurang meraikan guru-guru mereka. Mereka lebih gemar menghabiskan masa di alam maya seperti di 'social network' dan 'chatting'. Mereka lupa akan kehadiran dan pengorbanan guru ini. 

Sama juga untuk guru, iaitu guru pada zaman dahulu dan zaman sekarang banyak berbeza. Mungkin bukan semua guru tapi kebanyakkannya sudah tidak sanggup berkorban masa, tenaga dan penat lelah untuk murid-murid mereka zaman sekarang ini. Tidak seperti zaman aku pelajar dulu, beberapa orang guru yang pernah mengajar aku dulu, banyak bekorban untuk mendidik aku menjadi anak bangsa yang berguna. Di antara guru-guru yang banyak meninggalkan kesan dan sentiasa dalam ingatan aku adalah :

Cikgu Rogayah
- Cikgu Rogayah merupakan cikgu kelas aku ketika aku darjah 1. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah ketegasan beliau dalam mendidik anak murid beliau. Cikgu Rogayah akan mencubit perut pelajar jika pelajarnya melakukan kesalahan yang agak berat. Mungkin jika pelajar sekarang dicubit, confirm mak bapak mereka akan saman cikgu itu. Tapi pada aku, itulah cara terbaik untuk mendidik para pelajar.

Cikgu Azilina
- Cikgu Azilina merupakan cikgu kelas aku ketika aku darjah 6. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah pengorbanan masa beliau dalam mendidik anak murid beliau. Cikgu Azilina akan membuatkan kelas tambahan pada hari Sabtu di rumah beliau sendiri bagi membantu pelajar-pelajar yang tidak mampu untuk membayar kelas tution. Bayangkanlah, masa itu Cikgu Azilina tidak meminta aku dan rakan-rakan walaupun sesen untuk mengadakan kelas tersebut. Siap cikgu menyediakan makanan bagi memastikan keselesaan pelajar-pelajarnya.

Cikgu Azman
- Cikgu Azman merupakan cikgu Fizik ketika aku form 5. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah cara beliau mengajar pelajar-pelajar. Cikgu Azman hanya akan membawa sebatang pen untuk menandatangan kedatangan pelajar-pelajar. Beliau akan memberikan penerangan berkaitan subjek fizik dengan hanya mengaplikasikan subjek fizik dengan kehidupan seharian. Pada pandangan aku dan rakan-rakan, beliau merupakan cikgu yang sangat mementingkan supaya pelajar-pelajar faham apa yang diajar berbanding dengan cikgu yang hanya mementingkan pelajar untuk lulus pada peperiksaan.

Cikgu Lilis Surihani
- Cikgu Lilis merupakan cikgu Fizik ketika aku berada di matrikulasi. Apa yang membuatkan aku tak pernah lupa kat beliau adalah cara beliau menarik minat pelajar-pelajar untuk meminati subjek fizik. Beliau sentiasa menganggap pelajar-pelajar seperti rakan-rakan sehingga membuatkan pelajar senang dengan beliau. 



Sebenarnya masih banyak lagi guru-guru yang telah banyak memberikan impak yang besar dalam hidup aku cuma nama-nama guru yang aku senaraikan tadi merupakan guru-guru yang sentiasa dalam ingatan doa aku. Semoga masih ada lagi guru-guru seperti mereka ini. Dan kepada rakan-rakan aku yang telah menjadi guru, aku tujukan video di bawah ini untuk renungan anda semua. Dan kepada murid-murid, hargailah jasa dan pengorbanan guru-guru anda.



Monday, April 23, 2012

Only in Malaysia

Jika anda rakyat Malaysia yang sayangkan negara ini, pasti anda akan perasan apa yang berlaku di sekitar negara anda sendiri. Video di bawah menunjukkan apa yang berlaku di negara kita Malaysia. Biar apa sekali pun gelagak rakyat di negara ini, aku sentiasa berbangga kerana masih ada rakyat yang sangat mengambil berat apa yang berlaku di negara kita ini. 

Video di bawah menceritakan sebahagian besar gelagat yang sering berlaku di negara Malaysia. Di antaranya adalah :
1. Penunggang motosikal yang memakai jacket terbalik. Memang inilah yang boleh kita perhatikan di jalanraya kerana aku juga merupakan penunggang motosikal yang mengenakan gaya yang sama.

2. Penunggang motosikal menyelitkan handphone mereka di helmet ketika mereka menunggang motosikal. Perkara ini juga dapat kita lihat dilakukan oleh kebanyakkan penunggang motosikal. Mungkin satu undang-undang baru perlu diwujudkan bagi mengatasi masalah ini kerana bercakap dengan handphone sambil menunggang motosikal sangat merbahaya.

3. 'Kuasa tangan'. Rakyat Malaysia sangat hebat kerana mereka akan hanya mengangkat tangan untuk melintas jalan tanpa perlu menggunakan lampu isyarat ataupun 'zebra crossing'.

4. Panggilan 'Bos' untuk peniaga-peniaga. Seperti apa yang kita lihat, kebanyakkan daripada kita akan memanggil pelayan di restoran ataupun kedai dengan panggilan 'Bos' walaupun mereka hanyalah pelayan ataupun pekerja biasa.

5. 'Invisible person'. Ada di antara rakyat Malaysia yang sangat selamba atau dengan kata kasarnya, 'muka tidak malu' kerana mereka akan memotong barisan ketika beratur.

6. Suka meminta 'free gift' apabila membeli sesuatu barang. Haha!! Ini memang terjadi sebab aku merupakan salah sorang yang selalu buat macam ni bila membeli sesuatu barang.

7. Last kali, walaupun rakyat Malaysia ini menyokong kelab-kelab EPL yang berbeza-beza namun mereka sentiasa bersatu apabila memberikan sokongan kepada Harimau Malaya.

Selamat menonton video di bawah. Yang mana baik dijadikan teladan dan yang buruk dijauhkan.


Tuesday, April 17, 2012

Project Glass oleh Google

Percayakah anda satu hari nanti kita tidak perlu menggunakan tangan untuk buat panggilan telefon? Kita tidak perlu buka laptop, mahupun tab untuk social network? Memang betul teknologi membuatkan manusia semakin malas. Semakin maju dan berkembangnya teknologi, semakin malas manusia untuk melakukan pekerjaan. 

Mari kita lihat kembali, bermula dengan zaman era awal wujudya telefon di Malaysia. Pada mulanya, telefon hanya boleh digunakan daripada rumah ke rumah, ataupun telefon awam untuk menghubungi di antara satu sama lain yang berjauhan. Tidak lama itu, telefon bimbit mula diperkenalkan dan kebanyakkan telefon bimbit semuanya besar-besar fizikalnya dan pemiliknya sudah pasti mereka yang berkemampuan sahaja. Tidak lama daripada itu, telefon bimbit semakin kecil dan nipis fizikalnya bagi memudahkan pengguna untuk membawa telefon itu ke mana-mana sahaja. Lama kelamaan, iaitu sekarang ini, telefon dikenali sebagai 'smart phone' iaitu telefon yang boleh digunakan dengan pelbagai fungsi baik daripada membuat panggilan telefon, sehingga mendapatkan maklumat menerusi internet.

Bayangkan betapa cepatnya teknologi itu berkembang. Setiap perkembangan teknologi itu ada kebaikan dan keburukannya. Jadi kita ambil mana yang baik. Hari ini aku nak berkongsi projek terkini Google iaitu Project Glass. Bila anda menonton video ini, anda pasti teruja dengan perkembangan Project Glass ini. 

- Cool -

Seperti yang kita tahu, boleh dikatakan Google, Apple, dan lain-lain lagi product sedang sibuk memperkenalkan teknologi 'Voice Search' bagi memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan peranti (device) mereka. Di barat, mungkin teknologi 'Voice Search' ini sudah digunakan secara meluas kerana mereka menggunakan bahasa English untuk berinteraksi dengan device mereka. Mungkin di negara kita agak lewat sikit untuk diperkenalkan dengan teknologi ini kerana masalah 'Voice Recognize' disebabkan 'slang' English kita tidak sama dengan 'slang' English di barat. Walaubagaimana pun, bagi handphone yang menggunakan android OS, mereka mempunyai 'Voice Search' di dalam bahasa Malaysia. Jadi tidak mustahil Project Glass ini juga akan berada di pasaran negara kita satu hari nanti.

Mungkin satu hari nanti, kita tidak menggunakan 'handphone' untuk berkomunikasi tetapi mungkin kita akan panggil dengan nama baru 'eye phone' kerana menggunakan penglihatan sahaja untuk berkomunikasi dan tidak perlu menggunakan tangan. Dengan design yang agak menaraik dan 'cool', tidak mustahil Project Glass ini akan memberikan kesan yang besar terhadap dunia teknologi akan datang. 




Saturday, March 31, 2012

Isu tapak masjid di P.Pinang

Minggu ni topik utama Buletin Utama TV3 sibuk menayangkan berita berkaitan 'Isu tapak masjid di P.Pinang'. Semakin dekat pilihanraya, semakin banyak berita-berita tentang negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Aku tidak berminat untuk mengulas berkaitan isu politik tapi apa yang aku ingin tulis kali ni adalah berkaitan isu tanah sahaja.

Video di bawah adalah apa yang dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 berkaitan 'Isu tapak masjid di P.Pinang'. 


Mungkin Buletin Utama tidak menyiasat secara menyeluruh sebelum berita ini ditayangkan. Sepatutnya Buletin Utama perlu membaca Kanun Tanah Negara terlebih dahulu sebelum menyiarkan berita ini. Pertama sekali, aku berada di negeri Selangor dan aku tidak mempunyai fakta-fakta berkaitan dengan apakah yang sebenarnya berlaku di P.Pinang itu. Tanah merupakan urusan negeri (land is state matter) dan setiap negeri mempunyai kaedah tanah negeri masing-masing. 

Jadi, apa yang boleh aku berkongsi dengan apa yang aku tahu berkaitan isu tapak masjid di P.Pinang ini adalah seperti berikut. Situasinya ada kemungkinan tanah itu merupakan tanah Perbadanan Pembangunan P.Pinang seluas lebih kurang 41.6 Hektar (102 ekar) yang telah diluluskan Kebenaran Merancang (KM) oleh Majlis Perbandaran P.Pinang (MPPP) pada 30.10.2006. Apabila sesuatu KM telah diluluskan, dalam pelan perancangan tersebut dengan keluasan tanah itu, sudah pasti terdapat cadangan tapak masjid, sekolah, balai polis, dan lain-lain kemudahan awam yang perlu diserahkan kepada kerajaan.

Apa yang perlu kita tahu adalah, tanah seluas seluas lebih kurang 41.6 Hektar itu adalah 1 Lot tanah. Jadi, tidak timbul sebenarnya isu penjualan tapak masjid tersebut kerana sebenarnya masih belum ada tapak masjid tetapi hanya cadangan tapak masjid yang terletak di dalam lot tanah Perbadanan Pembangunan P.Pinang tadi. Selagi belum berlakunya proses 'Pecah Sempadan Tanah' mengikut KTN, selagi itulah cadangan di atas lot tanah tersebut boleh dipinda. 

Kali ni aku akan terangkan dalam bahasa yang lebih mudah difahami. Sebagai contoh, aku ada 1 lot tanah seluas 100 ekar. Apabila aku nak develop tanah aku ni, aku akan submit KM kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan dalam pelan perancangan itu aku akan masukkan cadangan tapak sekolah, masjid, dewan dan sebagainya. Kesemua cadangan itu perlu diluluskan oleh PBT dahulu baru boleh aku melakukan proses 'Pecah Sempadan Tanah'. Selagi belum diluluskan proses 'Pecah Sempadan Tanah', selagi itulah cadangan tapak sekolah, masjid, dewan dan sebagainya tadi merupakan tanah aku dan selagi aku belum tanda tangan Borang 12B, KTN selagi itulah tanah itu merupakan tanah aku. Jadi, ikut suka akulah nak buat apa kat tanah aku.

Jadi, sama-samalah kita fikir adakah apa yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 itu adalah benar-benar fakta ataupun hanya demi kepentingan politik semata-mata. Jangan mudah percaya dengan aa yang disiarkan di dalam televisyen anda. Bacalah kerana sesungguhnya masih banyak ilmu yang perlu dicari di luar sana dan sebenarnya terlalu sikit ilmu yang kita ada ini.

Friday, March 30, 2012

Short Film - My Generasi

Video di bawah sangat mengingatkan kembali zaman masa aku sekolah dulu-dulu. Mungkin siapa yang lahir zaman sekitar 1980, pernah melalui detik-detik yang diceritakan di dalam video ini. Aku kagum dengan pengarah short film ini. Walaupun pelakonnya kebanyakan berbangsa Cina tapi pada pandangan aku, semua bangsa juga tidak kira Melayu, Cina dan India yang lahir ketika generasi ini memang melalui pengalaman yang sama. Tahniah kepada kumpulan Jinnyboytv sebab menghasilkan video yang sangat berkualiti. 

Berbeza dengan zaman sekarang, pelajar sekolah kebanyakkannya lebih menghabiskan masa mereka dengan gadget-gadget yang terkini dan melayari internet. Mungkin disebabkan dunia tanpa sempadan ini membuatkan kurangnya communication skill dikalangan pelajar-pelajar. Mereka lebih gemar bersosial di Facebook, Twitter dan pelbagai lagi laman social yang lain.

Mari kita lihat perbezaan pelajar-pelajar sekolah zaman aku dulu dengan zaman sekarang. 

BERKENALAN
- SEKARANG kalau nak kenal dengan pelajar yang lain atau yang kita minat, kita boleh search je kat Facebook atau Twitter, lepas tu add. DULU guna surat, takpun buku autograph. Siap ada pantun-pantun lagi, "Pen merah, Pen biru, You marah, I Love U".

PERHIMPUNAN PAGI
- SEKARANG kalau perhimpunan sekolah kebanyakkannya pelajar-pelajar duduk dalam barisan, tak mengikut ketinggian. DULU beratur mesti berdiri, ikut ketinggian lepas tu siap ada ayat, "Angkat tangan, jatuh, angkat, jatuh".

BEG SEKOLAH
- SEKARANG beg sekolah siap ada roda dan penarik, alat tulis, botol air semuanya branded. DULU beg sekolah semuanya sandang belakang, alat tulis pun ikat pakai getah je, botol air pakai botol mineral je.

PERMAINAN
- SEKARANG semua main permainan komputer, online games, PSP, Playstation, Xbox. DULU main tampar-tampar tangan, batu seremban, tutup botol, tekan-tekan pemadam, lompat getah, pijak kaki, dan lain-lain. (Lihat video di bawah)


Betapa banyaknya perubahan-perubahan yang dapat kita lihat di antara pelajar-pelajar sekolah zaman aku dulu dengan pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang. I really miss that moment. Aku bersyukur sebab merasa melalui zaman aku sekolah dulu sebab sangat best!!! Thank you very much for those yang sama-sama menghasilkan video ini. ^_^

Sunday, March 25, 2012

Restoran USJ Murni Discovery

Disebabkan harini aku nak pergi makan-makan dengan geng makan-makan aku, so aku rasa nak share tempat makan yang aku pernah pergi dengan geng makan-makan aku. Actually, every month, kitorang berempat akan tukar-tukar giliran untuk bawa pergi tempat makan yang agak menarik dan sedap. Lagipun, dengan adanya aktiviti-aktiviti macam ni jela pun kalau kitorang nak berjumpa & berkongsi gossip. LOL! Makan is not the main topic dan apa yang paling penting adalah ukhwah persahabatan yang telah lama dibina. Semoga persahabatan kitorang akan kekal sampai bila-bila.

Bulan Januari haritu, kitorang telah pergi ke Restoran USJ Murni Discovery di Taipan, USJ. Bunyi restoran ni macam tak familiar je. Yang biasa kalau korang dengar Restoran Murni tula yang kitorang pergi tapi this time kitorang pergi kat Taipan, USJ. 

Restoran Murni adalah salah satu restoran yang menghidangkan Melayu, Cina, India, Barat dan Italy. Harganya juga agak berpatutan sesuai dengan kuantiti dan kualiti yang disajikan. Restoran Murni sangat sesuai untuk kunjungan ahli keluarga dan rakan-rakan. Macam biasa, kalau nak pergi makan kat sini kena tahu menu-menu dia. Kalau setakat first time pergi, memang agak susah sikit la sebab menu dia pelik-pelik sikit. Antaranya adalah seperti berikut.

Signature Dishes:
1) Nasi Lemak Murni Discovery
3) Roti Hawaii*
4) Roti Beckham*
5) Roti Seafood
6) Naan Mozarella Cheese Ham Bacon*
7) Tandoori Chicken
8) Dragon Pizza*
9) Spaghetti Carbonara*
10) Spaghetti Seafood
11) Spaghetti Beef Meat Ball*
12) Chicken Chop Special*
13) Sizzling Chicken Chop
14) Chicken Napolean*
15) Claypot Lou Shu Fan*
16) Mee Utara
17) Mee Raja*
18) Nasi Goreng Bacon
19) Nasi Goreng Meletup (Super Pedas)*
20) Nasi Goreng Chicken Chop*
21) Nasi Goreng Seafood*
22) Nasi Goreng Napolean*
23) Nasi Goreng Soft Shell Crabs
24) Roti Ronaldo
25) Triple H*
26) American Club Sandwich
27) Supper Set*
28) Beef Meat Balls*



Signature Beverages:
1) Milo Dinosaur*


2) Teh Tarik Terapung
3) 3 Layer Tea*
4) Water Melon Juice
5) Honey Dew Juice
6) Teh O' Ais Longan / Lychee
7) Manggo Special*
8) Ribena Special
9) Lily Special
10) Pink Panther Special*
11) I Love You*
12) I Miss You
13) Poison
14) Greenish Special
* represents high popularity in demand from customers


Itu adalah di antara menu-menu yang terdapat di Restoran Murni ini. Di bawah pula adalah sebahagian daripada menu-menu yang kitorang order bulan Januari 2012.










Kepada mereka yang ingin mengunjungi Restoran USJ Murni ini, ia terletak di No.39-41, Jalan USJ 9/5P, (Subang Business Centre), Subang Jaya. Untuk lebih mudah, boleh lihat di Google Map.













Girls' Generation


Sabtu lepas, 23 March 2012, Girls' Generation telah datang ke KLCC bagi membuat performance bagi 2012 Formula 1, Petronas Malaysia Grand Prix. Aku bukanlah peminat Girls' Generation ni, dan aku pun tak tahu sangat pasal Girls' Generation ni. Aku tahu sikit pun sebab diorang ni pernah jadi guest dalam Running Man, kalau tak memang langsung tak tahu pasal Girls' Generation ni. 

Apa yang menariknya adalah, pada konsert tersebut, seramai lebih kurang 50,000 orang telah datang menyaksikan mereka dan sebaik sahaja Girls' Generation selesai membuat persembahan, kebanyakkan daripada penonton beredar pulang. Begitu hebatnya penangan Girls' Generation ini. Mungkin peminat-peminat tertarik dengan Girls' Generation ini disebabkan lagu-lagunya yang 'catchy', persembahan tarian yang menarik, dan awek-aweknya yang comel. 


Selain daripada itu, apa yang menarik minat aku untuk menulis pasal Girls' Generation ini adalah disebabkan sehari sebelum konsert mereka di KLCC, di Twitter siap trending topic 'Petronas Towel' disebabkan oleh kat website Girls' Generation, dibahagian schedules mereka ada typo. "PM 09:00 2012 Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix (............. Petronas Towel) " LOL! Ingatkan kot Petronas ada buat business towel la pulak. 

Walau apapun, setelah layan lagu Girls' Generation ni, memang boleh tahan jugak la. Tak caya layan boleh lagu Gee - Girls' Generation ni.




Buku Langit Vanilla oleh Wani Ardy


Orang Bodoh, Orang Belajar, Orang

Saya bodoh, sebab itu saya belajar. Semua yang saya tulis selama ini adalah untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk berceramah atau membetulkan siapa-siapa. Lagipun siapa saya untuk berbuat begitu? Saya bukan orang alim, ahli falsafah, ataupun sasterawati negara. Sampai mati pun saya tetap orang bodoh yang perlu menjadi orang belajar. Hari saya berhenti menjadi dua jenis orang ini adalah hari saya menjadi orang bangga. Dan itu tidak boleh terjadi!

Tulisan di atas adalah salah satu penulisan Wani Ardy yang terkandung di dalam Langit Vanilla pada muka surat 62. Aku bukanlah seorang peminat karya-karya sastera ini. Aku juga bukanlah seorang sasterawan yang sangat memahami bahasa yang tinggi. Namun, disebabkan Wani Ardy, minat aku terhadap karya-karya seperti ini bertambah. Dalam penulisan Langit Vanilla, tajuk 'Orang Bodoh, Orang Belajar, Orang' adalah penulisan yang ringkas dan mempunyai maksud yang mendalam dan boleh dijadikan pengajaran. Banyak lagi tulisan-tulisan yang menarik terdapat di dalam Langit Vanilla. Tajuk lain yang aku minat adalah 'Tolol', 'Satu Nafsu Sial', 'Ini Jodoh, Bodoh', 'Pengemis Persahabatan', 'Balang', 'Tak Boleh', 'Sasar', dan banyak lagi. 

Aku rasa sangat berbaloi membaca Langit Vanilla. Bermula dari kulit luarnya, sehingga isi bukunya. Terima kasih Wani Ardy.



Update :

Sila klik Mesin Cahaya Masa untuk buku baru yang ditulis oleh Wani Ardy.

Wednesday, March 14, 2012

Review movie Bunohan

Last weekend aku dengan adik aku pergi tengok wayang. Actually aku pun memang dah lama tak tengok wayang since dah ada internet berkelajuan tinggi kat rumah ini. (ayat skema sikit) Tapi sekali sekala kena juga support karyawan-karyawan di negara kita ini jika kita rasakan filem tersebut very worthwhile. Disebabkan aku pun takde plan apa-apa last weekend, so aku pun decide untuk tengok wayang dengan adik aku since kitorang pun tak pernah tengok wayang kat MBO, KL Festival City. 


Kenapa aku tengok filem Bunohan? First of all, aku follow twitter Zahiril Adzim then dia ada mention lama dah pasal filem Bunohan ini. Lepas tu, kat Blog Serius ataupun Obefiend kalau tak silap aku, ada mention benda yang sama dan review pasal filem ini. So aku pun terus Google & search kat Youtube. My first impression was this film memang banyak action la but jalan cerita nampak agak lain dari yang lain. So aku pun decide untuk tengok film Bunohan.


Selepas menonton film ini. 

Terhibur
- Sebab pada pandangan aku, jalan ceritanya tidak sama seperti film-film Melayu yang lain yang lebih menjadikan cinta, hantu dan lawak sebagai jalan cerita. Ceritanya mempunyai unsur-unsur ganas, berfikir, dan kehidupan sebenar masyarakat di negara kita.

Berbaloi
- Sebab dengan membayar RM 12, aku dapat melihat, masih ada karyawan-karyawan menghasilkan film yang dapat menyampaikan message disebalik film yang dihasilkan. Pada pandangan aku, film ini sangat berguna kepada diri aku sendiri akan apa yang berlaku di negara kita ini terutamanya bangsa aku sendiri.

Jalan cerita
- Jika dibaca daripada website Bunohan itu sendiri, sinopsis film ini lebih kepada kisah tiga beradik yang telah terpisah dan mempunyai kehidupan masing-masing dan sangat berbeza. Walaubagaimana pun, pada pandangan aku, jalan cerita utama film ini adalah bagaimana seseorang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan sebidang tanah ayahnya. Di situ, kita dapat lihat, seorang anak sanggup membunuh ayahnya sendiri, dan adik beradiknya. 
- Selain daripada itu, ada message yang hendak disampaikan iaitu bangsa Cina sangat berpegang pada janji ketika scene Adil (Zahiril) mengetahui yang dia adalah anak luar nikah. 
- Dalam film ini juga ada disampaikan betapa mudahnya bangsa Melayu ini untuk melakukan sesuatu kerja terkutuk demi mendapatkan duit. 

Mungkin pengarah film tiada niat untuk menyampaikan apa yang aku bagi review tadi tapi, pada pandangan aku sendiri, film ini adalah kisah realiti kehidupan masyarakat di negara ini. Mungkin tidak semua yang aku review tadi adalah tepat, tapi itu adalah pandangan peribadi aku. Kadang kala, sangat susah untuk seseorang itu terima kenyataan apa yang berlaku sekiranya perkara tersebut itu pahit / tidak sedap untuk dilalui namun itulah hakikatnya. Kita perlulah belajar menerima kenyataan jika apa yang berlaku itu pahit dan jadikan apa yang telah berlaku itu sebagai contoh supaya kita tidak akan mengulanginya di masa yang akan datang.

Apakah tujuan social network?

'Social Network' atau dalam bahasa Melayu nya adalah 'Rangkaian Sosial' sangat diperlukan oleh seluruh manusia di muka bumi ini. Siapa sangka, manusia boleh berinteraksi di antara satu dengan yang lain tidak kira di mana-mana mereka berada asalkan mempunyai rangkaian internet. Di antara social network yang terkenal buat masa kini adalah Facebook, Twitter & Google +. Mungkin ada lagi social network yang popular tetapi tidak aku ketahui. 


Berbalik kepada tajuk posting kali ini, Apakah tujuan social network? Apa yang kita lihat & yang berlaku di dunia ini, tidak kira mereka rakyat biasa, ahli politik, artis, dan sebagainya, boleh dikatakan setiap daripada manusia-manusia ini mempunyai account social network yang aku sebutkan di atas tadi. Jadi, begitu mudahnya kita hendak berkomunikasi di antara satu dengan yang lain tidak mengira siapakah individu tersebut. Melalui apa yang aku baca, pada pandangan aku, tujuan social network adalah seperti berikut.

Berkongsi maklumat 
- Dengan adanya social network seperti Facebook, Twitter & Google+ ini, kita bolehlah berkongsi maklumat apa yang kita baca, event-event yang hendak diadakan, apa yang berlaku disekitar kita dan lain-lain maklumat yang dapat mendatangkan manfaat kepada orang yang lain.

Keep in touch
- Dalam bahasa Melayu nya aku kurang pasti. Social network dapat memastikan persahabatan yang terjalin di antara satu dengan yang lain dapat dikekalkan walaupun berjauhan dengan adanya social network ini. Kita akan sentiasa dapat berhubung di antara satu dengan yang lain tanpa perlu bertemu 'face to face' jika kita berjauhan.

Mendapat maklumat dengan pantas
- Dengan adanya social network, manusia dapat mengetahui sesuatu perkara yang berlaku baik di dunia, atau di sekitar mereka dengan pantas sekali tanpa perlu menunggu berita di televisyen ataupun apa yang dilaporkan di surat khabar. Mungkin maklumat yang diperolehi tidak tepat, walaubagaimana pun, ia masih boleh dijadikan sebagai sumber yang boleh diguna pakai.

Namun, apa yang aku lihat, berlaku disekeliling aku terutama sekali bagi mereka yang beragama Islam, mereka menggunakan social network ini untuk meluahkan harapan, dan menangisi dosa-dosa mereka. Apakah kita sudah tidak mempunyai tempat mengadu yang lain? Jangan lupa, kita mempunyai Allah yang sentiasa mendengar doa dan luahan hati kita. Berdoalah kepada-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar akan permintaan hamba-Nya. 


Di sini aku ingin berkongsi sedikit apa yang telah aku baca. Di Baitulmuqaddis, terdapat sebuah tembok yang dipanggil Tembok Meratap atau Tembok Barat iaitu satu tempat yang dianggap suci oleh bangsa Yahudi dan Muslim. Ia adalah tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman a.s. Bagi umat Muslim, dinding ini juga merupakan sebahagian dari dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar, serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Baitulmuqaddis ke Syurga menaiki Buraq.

Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak hancur sebab di situlah terletaknya 'Shekhinah' (kehadiran Ilahi). Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya berdoa kepada Tuhan. Tembok ini dulunya dikenali sebagai Tembok Barat, tetapi kini disebut Tembok Ratapan kerana di situlah destinasi suci untuk orang Yahudi berdoa dan meratapi dosa-dosa mereka dengan penuh penyesalan.


Jadi, para sahabat dan rakan, berhati-hatilah apabila kita menggunakan social network ini kerana, tidak mustahil Facebook, Twitter & Google+ ini dicipta untuk menyesatkan umat Islam supaya umat Islam lebih mengadu masalah mereka di social network ini daripada memohon kepada Allah. Jadi, sentiasalah beringat tujuan sebenar kita menggunakan social network ini dan gunakanlah social network ini dengan sebaiknya. Waallahualam. 
  

Sunday, February 26, 2012

Di antara kesilapan ibubapa dalam mendidik anak

Mungkin aku bukanlah seseorang yang layak untuk menceritakan kisah mendidik anak ini dan aku sememangnya tidak mempunyai pengalaman dalam mendidik anak. Walaubagaimana pun, aku ingin berkongsi apa yang telah aku perolehi dari kuliah oleh Ustaz Khalid Haji Mohd Isa. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau dapat kita peroleh kebaikan.


Anak yang baru dilahirkan ke dunia ini adalah diibaratkan kain putih yang suci. Ibubapa lah yang akan membentuk dan mencorakkan anak-anak ini. Di antara kesilapan yang sering dilakukan oleh ibubapa dalam mendidik anak mereka adalah seperti di bawah. Semoga ibubapa dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan-kesilapan ini.

Kesilapan pertama: Kurang berdoa 
- Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41). Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya. 

Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi)
- Seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
- Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka. 

Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
- Seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain. 

Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
- Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani. 

Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
- Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
- Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya. 

Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas
- Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh. 

Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah
- Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi. 

Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
- Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. 

Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
- Seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam. 

Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak
- Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya. 

Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita
- Baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar. 

Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
- Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak. 

Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
- Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam. 


Semoga para ibubapa dan yang bakal menjadi ibubapa dapat menghindarkan diri daripada melakukan kesilapan-kesilapan ini kerana sesungguhnya anak adalah anugerah daripada Allah yang sememangnya suci sejak mereka dilahirkan. Wallahualam.

Saturday, February 25, 2012

Bumi Syria


Setelah menonton video di bawah, aku terasa betapa kecilnya sumbangan aku terhadap agama aku. Itupun belum tentu lagi diterima oleh Allah. Aku hanya mampu berserah kepada-Nya agar menerima segala ibadah ku ini. Kita seharusnya bersyukur kerana berada di negara yang aman ini. Tetapi betapa ruginya kita kerana tidak dapat sama-sama berjihat demi menegakkan agama Islam seperti saudara-saudara kita di Syria. Aku hanya mampu mendoakan semoga perjuangan saudara-saudaraku di Syria mendapat Syahid. 

Aku rasa, belum tentu aku mempunyai keberanian seperti saudara-saudara ku di Syria kerana aku dilahirkan di negara Malaysia yang aman ini. Tetapi, setelah menonton video ini, terasa sangat untuk bersama-sama saudara-saudara ku di Syria. Betapa hebatnya mereka-mereka ini, betapa yakinnya mereka ini. Kita mungkin sering menyebut kalimah Bismillahhirahmanirahim, mengucap dua kalimah shahadah, takbir, tetapi pernahkah kita mendalami dan menghayati maksud kalimah-kalimah itu dengan bersungguh-sungguh? 

Kita kadangkala lupa yang dunia ini hanyalah sementara sehingga menyebabkan kita leka dengan mainan dunia ini. Kita terlalu taksub kepada sesuatu seperti seorang individu selain daripada Rasullullah, taksub akan harta kemewahan dunia, dan lain-lain lagi. Percayalah dan yakinlah yang kita akan mati dan dunia ini hanyalah persinggahan sementara. Aku hanyalah insan biasa yang begitu cetek pengetahuan tentang agama. Mungkin aku ada tersalah tulis, atau tersalah bahasa, tegurlah aku. Aku hanya ingin berkongsi apa yang aku perolehi, apa yang aku baca bersama-sama rakan-rakan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt.


Thursday, February 23, 2012

Faktor-faktor jadi malas untuk update blog

Ramai orang yang rajin membaca blog orang dan tidak ramai yang rajin untuk menulis blog. Aku ambil contoh diri aku sendiri. Actually aku memang sangat rajin untuk membaca blog-blog yang aku follow kat Google Reader tapi aku agak malas untuk update blog aku sendiri. Sebenarnya kalau diikutkan banyak yang nak tulis kat blog ni, tapi disebabkan beberapa faktor dan yang paling utama adalah MALAS, membuatkan blog aku ini jarang di update. Lagipun aku blogging ni bukan untuk mengejar page view tapi just for fun dan mengisi masa lapang. Di antara faktor-faktor yang menyebabkan malas untuk update blog adalah seperti berikut :

KEKURANGAN IDEA

Mungkin disebabkan faktor kekurangan idea menyebabkan blog anda jarang di update. Mungkin tiada topik yang hendak ditulis, atau tiada isu yang menarik hendak dikongsikan bersama. Tapi pada pandangan aku, jika kita rajin membaca, tidak mungkin kita kekurangan idea. Mungkin kekurangan idea bagaimana hendak menterjemahkan idea yang ada dalam bentuk penulisan.

MASA YANG SESUAI

Masa yang sesuai adalah faktor utama dalam menulis blog. Jangan sesekali kita cakap yang kita tidak cukup masa kerana Allah telah memberikan 24 jam sehari adalah sangat mencukupi cuma kita yang tidak pandai untuk membahagikan masa tersebut. Melalui pemerhatian aku, ada di antara blogger yang tegar ini, mereka tidak menulis blog bila online sahaja, tetapi mereka akan menulis di Word ataupun Notepad sebelum mereka publish di blog mereka. Tapi untuk aku pula, aku perlukan masa yang sesuai untuk update blog ini, sebagai contoh, ketika mood baik, dah tiada bahan bacaan, dah habis menonton TV series yang aku follow. So memang agak susah nak mencari masa yang sebegitu untuk aku. Hehe!

KURANG KEYAKINAN DIRI

Kebanyakkan blogger yang tegar, mereka sangat confident dengan penulisan mereka. Mereka tidak mengambil kira sensitiviti disekeliling dan sangat yakin yang mereka mempunyai followers. Tapi, aku ini agak kurang keyakinan diri untuk menulis kerana memikirkan faktor-faktor disekeliling dan terlalu menjaga hati orang lain. Itulah kelemahan yang menyebabkan blog tidak di update. Hehe! Kalau nak diikutkan, memang banyak juga benda nak ditulis tapi sebab kurang keyakinan diri untuk menulis apa yang terlintas difikiran, menyebabkan apa yang berlegar difikiran tidak dapat diterjemahkan di dalam blog.

ADA KOMITMEN YANG LAIN

Ada diantara blogger yang masih bujang dan ada blogger yang telah mendirikan rumah tangga. Tidak kira lelaki ataupun perempuan, kebanyakkan daripada blogger yang bukan menjadikan blog sebagai sumber pendapatan, mereka akan lebih komited kepada komitmen mereka yang lebih penting. Jadi, disebabkan terdapat komitmen lain yang lebih penting seperti keluarga, tunang, girlfriend / boyfriend, kerja hakiki, atau lain-lain lagi, menyebabkan blog mereka tidak update. 


Mungkin terdapat banyak lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan blog jarang di update. Jadi, terpulanglah kepada pemilik blog itu samada untuk rajin update blog mereka atau biarkan bersawang. Hehe! Janganlah kita hendak memarahi blogger yang kita minat itu sekiranya mereka tidak update blog mereka kerana terdapat banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan blog mereka tidak update.