Friday, April 20, 2007

Miss my Grandparents

Date : 20-4-2007
Venue : 129, Jln Setia, Gombak Setia


Finally, dapat gak aku jumpe grandparents aku hari ni. Dah lama gila la aku tak pergi umah diorang. Mana taknya, ada je hal tiap kali nak pergi sana. Padahal dekat je dengan umah aku. Huhu. Hari ni, aku balik kerja on time. Tepat je pukul 4pm, terus aku punch card. Semangat punya pasal nak jumpe nenek dengan atuk aku. Pastu balik umah, mandi, solat, pastu tido kejap :p

Aku bertolak pergi umah nenek aku lebih kurang pukul 545pm sampai sana dalam pukul 550pm camtu la. Hehe! Tu la untungnya kampung dekat ni :P Aku sampai-sampai je umah nenek aku, tengok pintu pagar dah kunci. Huhu! Sedih tul, sebab ingat nenek aku keluar. Sebab usually mak aku akan pergi umah nenek aku every Friday lepas dia balik kerja, lepas tu aku jemput tapi today, abah aku jemput mak aku dari office, lepas tu diorang pergi mana ntah. Tu tak pergi umah nenek aku. Nenek aku pun assume takde siapa nak datang so dia pun kunci la pagar. Huhu! Nasib baik la dia sedar aku datang.

Masuk je umah nenek aku, macam-macam la kitorang bercerita. Ingat esok aku nak bawa nenek dengan atuk aku pergi umah baru makcik aku kat shah alam, tapi tak jadi lak sebab makcik aku dapat offer sambung PhD kat UiTM & UM, so sekarang ni dia tengah busy nak buat proposal untuk benda tu pastu tengah pening gak nak decide yang mana satu dia nak pilih. Alhamdulillah la sebab dapat gak dia apa yang dia nak. Huhu! So tak jadi la aku pergi. Aku pun tukar la plan nak bawa nenek dengan atuk aku pergi Putrajaya. Aku pun dah lama gila tak pergi sana. Kalau tak silap aku last time aku pergi sana masa aku form 5. Lama tu. Huh!

Aku rasa happy sangat-sangat sebab dapat habiskan masa aku dengan nenek & atuk aku hari ni. Hanya Allah je yang tahu macam mana aku rasa. Lastly, masa aku on da way nak balik umah aku balik, aku lalu depan umah someone but kereta kancil takde. Thats mean takde la tu. Huh. Takpela, nampak rumah pun jadi la :p

" Hargailah mereka yang kita sayang sementara mereka masih ada di sisi kita".

Wednesday, April 18, 2007

Hikmah Disebalik Kejadian

Semalam : Sudah menjadi sejarah
Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.



Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Written by:
Hamba Allah swt

Tuesday, April 17, 2007

Kipas Oh Kipas

Aku rasa, kat mana-mana office pun kat dalam dunia ni mesti ada "kaki kipas" ni. Tak kisah la office tu kecik ke, besar ke, mesti this thing happen. Kalau takde pun maybe 1:1000. Aku kadang-kadang pun tak paham, kenapa la mesti jadinya benda ni?? Tak boleh ke kita ni kerja ikhlas?? Okla, kalau nak cakap kerja ikhlas sekarang ni memang susah la. But Why not we work for money and don't disturb other people?

Aku rasa mesti ada yang akan cakap, "kalau nak kerja untuk duit, mesti la kena naik pangkat, then baru la boleh naik gaji". Tu memang betul tapi tak boleh ke kalau kita work hard then biar boss kita nampak sendiri hasil usaha kita. Kenapa kena tunjuk apa yang kita buat?? Bila fikir benda ni rasa naik meluat sebab kenapa ada orang yang sanggup buat apa pun disebabkan pangkat.

Aku cerita ni base on True Story, ada sorang leader kat one of the company at Petaling Jaya area, nak kata dia ni rajin, memang tak dinafikan la tapi biasanya la, tiap kali 530pm, mesti dia balik gak same like others. But everytime his boss ada kat office tu after 530pm, dia pun mesti stay gak. Tak ke bangang orang macam tu?? banyak lagi benda yang dia boleh buat kalau dia balik rumah. Lepas tu, by the time boss dia balik je, dia pun kelam-kabut nak balik sebab takut jalan jem. Bengong betul!!

Lagi satu cite lak, True Story gak, ada sorang leader ni, kalau apa-apa kerja yang dia buat mesti nak bagitau Boss. Benda-benda kecik yang remeh-temeh pun nak bagitau Boss. Nak tunjuk yang dia buat kerja la. Lepas tu kalau orang lain punya hal pun dia nak report kat Boss. Menyibuk je. Tengah malam-malam buta pun sanggup call Boss sebab nak bagitau Boss orang lain buat kerja lambat la, nak tangguh kerja la. Aku tak sangka ada gak orang macam ni dalam dunia ni.

Lepas tu, kalau dengan dia punya orang bawah janji macam-macam but semuanya palsu. As long as dia punya "punggung" selamat, dia takkan buat untuk orang bawah dia walaupun apa yang orang bawah dia tu cakap ada betulnya. Orang macam ni aku rasa patut humban dalam sungai klang tu.

Moral of the story, jangan la jadi "kaki kipas", sebab nanti ramai yang benci.


Ciri-ciri bos "kesayangan":

- Bila 'Big Boss' stay kat office, dia pun mula la buat-buat busy. Selagi 'Big Boss' tak balik, selagi tu la dia dok kat office tu.

- Kalau boleh, semua kerja yang dia buat nak bagitau 'Big Bos'. Setakat discussion kat email pun nak cc ke 'Big Bos'.

- Kalau orang lain buat salah mesti nak bagitau 'Big Boss'. Tak boleh ke discuss dengan orang yang buat salah tu elok-elok, bagi nasihat ke.

- Kalau 'Big Boss' ada, sanggup berlapar perut nak lunch dengan 'Big Boss'. Patut la bos aku tu kurus kering. Haha!!

- Suka jaga tepi kain orang. Selagi ada department kat office tu, selagi tu la dia nak sibuk walaupun dia tak tau pun pasal department yang lain tu.

- Sanggup buat apa saja asal dapat as long as he can save his ass.


Aku dapat idea tulis post kali ni sebab Mr Right bagi message pantun bawah ni kat aku. Haha!! Memang creative tul otak Mr Right ni.


Gigi jongang huduh pandangan,
Buruk perangai umpama babi,
Cuba teka siapakah gerangan,
Campak sungai ikan yang mati.

Ampu boss kerja utama,
Kacau orang kerja sampingan,
Tiada siapa yang ingin suka,
Babi pun tak nak ngaku kawan.

Dia manusia paling keji,
Rupa orang perangai syaitan,
Kalau ikut perasaan hati,
Memang gigi dia aku kerjakan.

Berlagak boss tiap hari,
Semua kena ikut suruhan,
Aku rasa dia memang babi,
Itulah boss kesayangan.

Written by,
Mr Right

Sunday, April 15, 2007

Love Your Child

Kenapa sesetengah manusia ni kadang2 tak pernah bersyukur dengan pemberian dari-Nya?? Apa yang sesetengah manusia ni dapat, capai, ada, terima semua nya ibarat tak pernah dapat memuaskan hati mereka. Kenapa? Why? Adakah bagi sesetengah manusia ni dunia is everything?? I think so. Kalau tak for sure manusia akan menghargai apa yang mereka terima dari-Nya.

Anak merupakan kurniaan Allah yang sangat berharga. Kenapa boleh terjadinya kes-kes buang anak?? Adakah sebab tak ready untuk ada anak?? Then kenapa buat anak?? Sebenarnya kalau kita still tak mampu untuk ada anak, so buat family planning. Kalau dah rezeki, dapat jugak anak walaupun kita tak ready lagi, berdoa supaya Allah bantu kita. InsyAllah kita dipermudahkan. Kenapa kena buang anak tu??

Actually i was thinking this thing when i read Utusan Malaysia pasal budak yang hilang 15 hari tu. Dengan izin dari-Nya, budak tu dapat jumpa parents dia balik. Parent's Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali sanggup buat apa sahaja untuk anak diorang. Duit bukan la segala-gala bagi diorang. Dia menawarkan RM 15000 untuk siapa yang jumpa anak diorang. Bersyukur aku sebab masih ada lagi parents yang macam ni.

Semoga kes kehilangan anak ni dapat dijadikan pengajaran dan panduan kepada parents yang pernah terfikir untuk membuang anak mereka. Fikir-fikirkan la..

Wednesday, April 11, 2007

Bawa bekal = Berjimat ??

Semalam buat sekian lama aku tak bawak bekal pergi keje, tetiba lak aku rasa nak bawa bekal. So aku pun 'tat-pow' je la apa makanan yang ada kat umah aku ni. Semalam aku bawa nasi putih, lauk ikan tenggiri goreng belada dengan kacang panjang masak apa ntah. Huhu! Disebabkan aku keje malam, aku pun makan la lepas maghrib. Memula ingat nak makan sorang, nasib baik la ada Dood teman aku makan. Dia ajak aku makan sekali kat 'Restoran' kat opis. Aku pun bawa la bekal aku tadi pergi 'restoran' ni.

Malam tu, bila aku dah abes makan semua, aku terfikir, kan bagus kalau dari dulu aku bawa bekal, jimat sikit. Memang masa memula aku keje dulu aku bawa bekal sebab masa tu ada nasa rajin makan bekalan aku tapi sekarang ni semuanya rajin makan kat luar. Tu kekadang tu aku malas bawa bekal tu.

Sebenarnya kalau kita bawa bekal dari rumah ni banyak hikmahnya. Base on True Story, isu kenaikan harga barangan dan perkhidmatan memang sudah jadi perkara biasa. Sebagai pengguna kita terpaksa menerima hakikat tersebut. Kita mempunyai banyak pilihan untuk mengurangkan kesan tekanan ekonomi keluarga akibat kenaikan harga.

Cara hidup yang diamalkan dalam Islam dapat mengatasi segala kesulitan kat atas ni. Antara perkara yang sentiasa diberi penekanan dalam Islam ialah:

Berjimat

Sikap berjimat menunjukkan kebijaksanaan. Orang yang bijak berbelanja ialah orang yang berbelanja mengikut keperluan dan bukannya mengikut nafsu. Sebelum beli apa2, dia akan fikir baik buruk benda yang nak dia beli. Base on True Story, sekarang ni la, ramai orang yang selalu tukar handphone sedangkan handphone yang dia ada sekarang ni memang dah lengkap serba serbi. Tapi kenapa nak tukar gak lagi?? Ni la bila nafsu dah mengawal fikiran. Kalau nak tukar handphone sebab handphone rosak @ dah terlampau out-dated tu, kira okla. Kebijaksanaan akal membawa kepada kebaikan dan kerakusan nafsu membawa keburukan.

Biar pun jimat cermat dituntut, tetapi tidaklah pula hingga tidak membelanjakan langsung rezeki yang diperoleh. Ni sometime ada certain orang tu, terlampau jimat sangat. Sampai makan pun sekali sehari sampai boleh memudaratkan diri sendiri. Rezeki dianugerahkan Allah perlu digunakan dan dengan itu akan melahirkan rasa syukur.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Simpanlah sebahagian daripada harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu jauh lebih baik bagimu." (Hadis riwayat Bukhari)

Elak pembaziran

Sifat pembaziran dikaitkan dengan amalan syaitan yang mendatangkan keburukan. Pembaziran berlaku apabila membelanjakan wang untuk tujuan tertentu melebihi apa yang diperlukan. True Story, sekarang ni ramai yang kalau time dah nak raya tu, buat kuih banyak2 tapi lepas raya kuih tu still tak abes2 sampai la raya haji. Lastly semua kuih tu dibuang.

Perbelanjaan itu secara dasarnya memang mendatangkan kebaikan, tetapi disebabkan terlalu banyak menyebabkan tidak terguna sepenuhnya. Tu la kita disuruh membuat anggaran penggunaan yang diperlukan sebenar untuk mengelak pembaziran.

Bersederhana

Kita tidak perlu berbelanja lebih semata-mata untuk memaksimukan kepuasan. Kepuasaan sebenarnya bergantung kepada cara mana kita menghargai setiap apa yang dimiliki dan dirasai.

Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang apabila membelanjakan (harta) mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut, tetapi sederhana (mengikut keperluan)." (Surah al-Furqan, ayat 67).


So aku cadangkan kepada kawan-kawan aku yang kalau berkesempatan nak masak @ mak masakkan @ awek masakkan (cth: Dood, hehe!jgn marah. Nanti suruh ler awek ko masak bubur jagung lak :p) sebelum pergi keje ke, class ke, better la korang masak dari beli kat luar tu. Hehe! Dah tentu jimat pastu dah tentu bersih kalau korang yang masak.

Happy Birthday Abah

11-April-1953 bapa aku lahir. Today genap la bapa aku 54 tahun. Lagi 2 tahun pencen ler. Sepanjang hidup aku ni aku rasa banyak lagi benda yang aku tak buat sebagai anak. Huhu! Aku rasa sedih sangat kalau fikirkan balik benda ni. Erm, kalau nak balas semua budi bapa aku ni memang tak mampu la. Yang aku mampu buat sekarang ni nak balas budi dia, just buat dia happy dan doakan dia sihat selalu.

Aku bersyukur walau macam mana bapa aku ni pun, aku tetap bersyukur kepada Allah sebab aku tau, kalau takda bapa aku ni belum tentu wujud aku dalam dunia ni. Tak tau macam mana aku nak ucap terima kasih aku kat bapa aku ni. Hanya Allah je yang mampu balas semua yang bapa aku bagi kat aku.

"Other things may change us, but we start & end with family"

Happy Birthday abah! May Allah bless u. Semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.

Tuesday, April 10, 2007

"Think Like A Winner"

Memandangkan malam ni Man Utd vs Roma, pertarungan hidup mati, aku pun terfikir macam mana la agaknya Man Utd nak menang awal pagi ni??huhu! Kalau kalah sure aku kena dengan budak-budak ni esok pagi. Huh! Tetiba aku terfikir, kalau la semua player Man Utd fakir dia boleh menang malam ni, sure dia boleeh menang punya. Aku ambil tajuk buku Walter Doyle Staples, “Think Like A Winner!”. Dalam buku beliau ada tulis, “pemikiran dapat menentu & menorak destinasi kehidupan seseorang individu.” Ini bermaksud diri kita ini dapat ditentukan oleh keputusan yang dibuat berdasarkan proses penjanaan minda yang berlaku dalam otak kita.


Actually sama kalau fikir balik, bukan Man Utd je nak menang pagi ni. Roma’s player pun sure think same like Man Utd’s player. Dua-dua team pun fikir nak menang. Benda ni sebenarnya sama je dengan kehidupan seharian kita. Setiap individu mesti nak kan kejayaan, kemenangan dalam hidup masing-masing. Tapi secara tak langsung sebenarnya kita selalu membawa diri kita ke arah yang berlawanan iaitu kekalahan.

Semua orang nak diri dia dipuji, disanjung oleh orang lain tapi sebenarnya apa yang kita buat tu selalu membawa kita ni dikeji dan dihina oleh diri kita sendiri. Cuba kita fikir-fikirkan balik, renung kejap, tak kisah la kita sebagai student ke, pekerja ke, peniaga ke, pemain bola ke, semua benda yang kita buat kita akan berhadapan dengan situasi yang akan membawa kita ke arah kekalahan pada diri kita sendiri. Aku tak maksudkan semua orang buat benda yang dibawah but mostly.


- Kita amek contoh kalau someone tu diberi tugas untuk buat something. If someone tu menolak atau mengelak tugas yang diberikan itu dengan alas an ‘tak tahu’, ‘tak reti’, 'tak boleh’. Semua perkataan tu merupakan perkataan yang membawa maksud yang negative. Benda ni secara tak langsung menunjukkan kelemahan pada diri sendiri.


- Lagi satu contoh yang kita boleh amek bila someone tu terlu mengagongkan kebolehan orang lain. Actually kalau kita nak menghargai kebolehan orang lain tu tak salah tapi ada batasnya. Kekadang tu benda ni jadi kalau someone tu serahkan bulat-bulat tugasan dia kat orang lain dengan alasan ‘dia lagi hebat’, ‘dia terror’, ‘dia power’. Disebabkan kita cakap dia lagi hebat dari kita, mean kata-kata kita tu jadi doa dan jadikan dia lagi hebat dari kita. Secara tak langsung membawa kekalahan kat diri kita jugak.

Oleh itu, kita mesti buat perubahan kat pemikiran kita. Mengikut Walter Doyle Staples:

APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA…


Anda mengubah kepercayaan anda,

Apabila anda mengubah kepercayaan anda.

Anda mengubah harapan anda,

Apabila anda mengubah harapan anda.

Anda mengubah sikap anda,

Apabila anda mengubah sikap anda.

Anda mengubah tindakan anda,

Apabila anda mengubah tindakan anda.

Anda mengubah prestasi anda,

Apabila anda mengubah prestasi anda.


ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA !

Cuba kita renungkan kata-kata beliau & buat perubahan pada diri kita. Adakah kita perlu mengubah pemikiran kita??? Jawapannya terdapat di dalam fikiran kita. So aku harap semua players Man Utd "Think Like A Winner!" hehehe!! Glory, Glory United!


Just 4 fun

This game has a surprising outcome.Don't read ahead...just do it in order! It takes about three minutes...it's worth a try :) Memula amik pen ngan kertas.Kalo korang pilih name somebody, make sure owang tuh mmg wujud & korang kenal..gunakan instinct korang yg pertama okeyy... Scroll down one line at a time...and don't read ahead or you'll ruin it!

1. First,tulis nombor 1 sampai 11 dalam satu
kolum...(berturutan ke bawah @ vertically).



2. Then, sebelah nombor 1 and 2, tuliskan dua
nombor yg korang nak..apa2 nombor la...



3. Sebelah nombor 3 and 7,tuliskan name org yg
berlainan jantina dgn kowang...jgn lak tulis name yg same...gunakan
gerak ati kowang...



NO LOOKING AHEAD...OR IT WON"T TURN OUT RIGHT!



4. tulisla name sesape(like friends or family....)
kat nombor 4, 5 and 6th spots.



5. Write down empat tajuk lagu kat nombor 8,9,10,
and 11.



GO WITH YOUR INSTINCT,FRIENDS!!!!



6. Finally, make a wish.




And now the key for the game.....



1. korang mesti bgtau seramai(jawapan utk no. 2)
org pasal game nih...



2. Name owang kat space 3 is the one that you
love.



3. The person in 7 is the one korang suke but
can't work out.



4. Korang paling care kat owang yg korang letak
kat no. 4.



5. The person you name in number 5 adalah owang
yg kenal korang very well.



6. The person you name in 6 is your lucky star.



7. The song in 8 is the song that matches with
the person in number 3.



8. The title in 9 is the song for the person in 7.



9. Jawapan no. 10 adalah lagu that tells you most
about YOUR mind.



10. and 11 is the song telling you how you feel
about life

p/s: grab from ayin..selamat melahirkan 1st baby...hehe!!

Sunday, April 8, 2007

Kawan, Sahabat, Rakan

Kawan Sekolah

Kawan sekolah ni biasa kenal masa sekolah la kan. Dari tadika, sekolah rendah sampai la sekolah menengah. Selalu nya kawan masa tadika ni tak lama la melainkan kawan masa tadika tu bersama sampai besar. Kalau kawan sekolah rendah ni pulak biasanya, lama gak la. Lepas tu kalau jumpa balik lepas sekolah menengah biasa nya memang akan jadi rapat la. Kalau kawan sekolah menengah lak, biasanya paling lama la. Sebab masa sekolah menengah la kita start belajar berkawan. Kalau dok kat hostel lagi la rapat. Lagi pun masa sekolah menengah la majority budak-budak baru nak matured. Time tu la biasanya baru start nak ada best friend la, couple la, jadi mat rempit la, mat skema la. Haha! So tak mustahil la kalau time sekolah menengah is the sweet memory that you can't forget. Aku masa sekolah menengah ni jumpa 2 kawan yang betul2 baik dengan aku. Manoq & Pitung. Manoq ni aku start rapat dengan dia sebab kitorang sama class masa form 5, pastu kitorang sama2 main takraw. Aku 'feeder' dia 'tekong'. Kalau ikut memula manoq ni nak jadi 'killer' tp tak cukup power. Haha! Yang pitung ni lak, aku rapat dengan dia sebab kitorang sebilik masa form 5. Lepas tu selalu la kitorg borak macam2. Selalu kalau lepak mesti sekali dengan Jack. Jack selalu cite kisah cinta dia. Haha! Aku pun kalau ada problem selalu cite kat pitung ni. Aku rasa pitung ni memang pendengar yang baik. Tapi lately aku tak rapat sangat dengan dia dah. Huhu! Rindu tul zaman sekolah dulu. Thanks for being such a good friend.

Kawan University @ Kolej

Kawan masa kat U @ kolej ni lebih kurang macam masa time sekolah menengah la cuma time ni selalunya kalau cara berkawan tu lain sikit la. More tu knowledge. Biasa kat U @ kolej ni lagi banyak masa spent kat study, pastu persatuan2 camtu. Pastu masa ni gak la kalau kita boleh jumpa mana yang betul2 kawan, mana yang kawan makan kawan. Time ni gak la kalau nak jumpa kawan yang tul2 ikhlas. Lagi pun time kat U ni biasa nya lagi rapat sebab kekadang time u ni dak2 dok kat umah sewa sama-sama tak pun dok kolej sama2. So susah senang sama2. Tu jadi rapat tu. Masa kat u dulu aku ada 2 gak yang rapat dengan aku. Yang 1st, pitung. Mana taknye, masa memula aku sampai kolej dulu masa takde kawan tu, dia la yang banyak tolong aku. Huhu! Aku tak lupe semua tu pitung. Thanks. Lagi sorang yang aku rapat masa kat u ni nasa. Kalau tak silap aku aku rapat dengan dia since part 2 kot. Sebab masa tu dia selalu bawak aku makan kat tempat yang makanan dia banyak & murah. Haha!Sejak kenal dia la aku tau gak la sikit2 kedai2 makan kat s.alam tu.

Kawan Sekerja

Kawan sekerja @ sepejabat ni pulak mesti la kenal time dah keje. Hehe! Bagi aku, kawan sepejabat ni takde la rapat mana pun sebab for me, bila dah someone tu dah keje, dia makin banyak comitment so kalau kawan pun maybe cite pasal keje, tak pun cite pasal family for those yang dah kawen la. Lepas tu biasanya abes je keje mesti balik umah terus. So for me, kawan sepejabat ni takde la seakrab kawan masa sekolah @ u dulu. But for me, until now aku rapat dengan nasa tu cuma tak sepejabat je. Hehe! Kitorang sempat sepejabat kalau tak silap aku 2 weeks je. Huhu! Yang sepejabat lain tu takde la rapat mana sebab yela, semua pun ada hal masing2. So agak susah sikit la kalau nak jadi rapat. Sometime, aku rindu tul zaman sekolah ni. Huhu!

Kesimpulannya, kepada adik2 yang masih study, abeskan la masa dengan sebaiknya sebab bila dah keje nanti korang akan rindu masa sekolah tu nanti. "It takes a long time to grow an old friend."

Happy Birthday to U

Today is my friend birthday. So aku wish happy birthday kat dia moga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Erm... Last day aku cakap dengan dia, 12 hari lepas. Huh! Lama tul. Ni pun masa aku wish kat dia tapi dia dah tido. Kesian dia, baru nak masuk 24 tahun dah tak sihat. Huhu.. Aku doakan supaya dia cepat sembuh supaya dia boleh buat keje dengan senang.

17-1-07, 1224pm merupakan hari paling aku hepi skali. Huh.. Mana taknya, something miracle happen to me. Macam tak caye je. Tak sangka tul aku someone yang tak pernah wish birthday kat aku, tetiba boleh wish kan. Mana tak terharu aku. So aku disebabkan tu aku takkan la lupe birthday dia ni.

23-1-07, 510pm pun something miracle happen to me again. Tak sangka aku dapat reply message dari seorang yang aku tak budget langsung dia akan reply message aku. Huhu! Masa tu aku message bagitau ada hyppo baru datang kat zoo negara, tak sangka lak dia boleh interested dengan hyppo tu. Hehe!

Huhu! Aku pun xtau nak tulis ape dah. Kalau nak tulis memang takkan abes. So aku doakan dia ceria & hepi selalu.

"Even in the darkness, There is always a hope of light. Just listen to what your heart says & God will make everything all right."

Friday, April 6, 2007

Cinema! Cinema! Cinema!


Latest movie aku tengok baru-baru ni, Mr Bean. Best gak la cite ni kalau nak compare dengan yg 1st, I think Mr Bean's Holiday ni better. Story line dia simple je. Pasal Mr Bean ni dapat free tiket, then on the way dia nak pergi sana, dia ada jumpa sorang budak kecik ni yang terpisah dengan bapak dia sebab Mr Bean ni. Start masa ni cite dia memang lawak la. At 1st slow gak la cite dia. So aku rasa tak rugi kalau korang nak pergi tengok.

Last Monday lak, no 1 tv series, PRISON BREAK SEASON 2 finale. Huhu! Kena tunggu 3rd season lak jawabnya. Huh! But ending untuk season 2 ni best la sebab suspend. But aku sedih gak la sebab kalau before this, aku semangat download cite ni sebab nak bagi kat orang tapi.... Ermm.. Biar la rahsia :p Siapa-siapa yang nak copy Prison Break Season 2 ni bagitau la ek. Aku dah siap burn dalam DVD.

Skang ni aku tengah layan Grey's Anatomy. Memang best cite dia. Haha! Tapi aku baru layan 1st season baru. Tak sempat nak layan, banyak keje. HEHE! Cite dia pasal doktor-doktor kat hospital ni ada scandal dengan doktor-doktor pelatih diorang. Jalan cite dia simple je but quite interesting. This week aku ingat nak abes kan sampai 2nd season. hehe! Maklum la, cuti sampai Isnin. Sangap la jawabnya. Aku layan Grey's Anatomy ni pun sebab ada orang bagi aku pinjam DVD, pastu layan sikit best pulak. Ntah bila la aku boleh pulangkan DVD dia ni.

Lagi 2 hari ada orang genap 24 tahun. Siapa la agaknya. Huhu! Kalau nak senarai kan memang ramai la. Tapi yang aku tau sorang je :p Baru-baru ni birthday akak aku. 3 March. Bila la dia nak kahwin?? Bila la aku nak dapat anak buah?? Bila?? huhu! member-member aku siap dah ada anak sendiri dah. Aku ni anak buah pun takda. Sedih tul. Huhu! Happy belated Birthday to my sister. May Allah bless u. 11hb lak, birthday bapak aku. Huhu! Ramainya la birthday this month. Aku doakan semua yang birthday bulan ni dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur.


Monday, April 2, 2007

Hukum Merokok

Aku suka baca Mr Right punya post 'Kenapa Perokok Merokok??' . Lepas tu aku tertarik tul dengan komen 'Mr'. Kekadang aku pun tak paham kenapa la member-member aku ni mostly merokok. Bila tanya dengan diorang, macam-macam reason la yang diorang bagi. Tapi aku as a friend hanya mampu nasihat je la sebab aku tau bukan senang nak suruh orang stop smoking ni. So ni ayat yang aku biasa cakap kat diorang, "Korang ni, cuba la try benti merokok. Membazir je. Banyak lagi gunanya duit yang korang boleh buat daripada beli rokok." Tu je la yang aku mmampu cakap kat diorang. Sebab aku tau, takda orang yang suka kalau kita ni memaksa orang tu buat something. Aku pun cakap benda ni sometime la. Bukan selalu pun. Bila aku rasa time yang sesuai, aku bgtau.

Memang apa yang Mr Right tulis tu semua reason yang smoker ni susah nak stop smoking. Aku tak nafikan la. Tapi aku tak suka cara 'Mr' yang bagi komen kat Mr Right punya blog tu. He said, " kalo time tu ko kat gerai mamak, aku isap rokok dan ko sound aku ... dengan selambanya aku cakap, kalo tak nak asap rokok, pi makan kat hotel non-smoking area ..." Dia bagi komen sebab ada lagi sorang yang komen kat blog Mr Right ni, 'Fid' said, "aku amat benci dan menyumpah2 perokok2 yg merokok di kawasan public!terutama bila anak aku ada bersama....paling tak suka..kalau korang nak tau apa aku sumpah....aku tak sumpah aku hanya minta Allah tunjukkan keburukkan merokok ni kat para perokok tersebut...but worst case senerio aku sumpah dlm hati..'cilakok tul mamat ni harap2 mati terbakar!''

To 'Mr' yang rasa diri dia always right, yang konon dia tau semua nya, ko tak pernah tau pulak ke yang negara kita ni ada law yang tak boleh merokok kat public?? Kenapa tetiba ko tak tau pulak benda ni??? Aku pelik la. Aku tak kisah ko nak merokok ke, apa ke, as long as ko respect la orang yang tak merokok yang ada kat dengan ko. Ko pun dah ada bini, so tak mustahil kalau one day wife ko pulak akan kena macam apa yang ko cakap tu. Kita ni manusia biasa, setiap apa yang kita buat ada balasan dia. So aku harap ko belaja la terima orang lain punya pendapat.

Aku ni takda la padai sangat bab-bab agama ni tapi hukum merokok ni ada setengah ulama cakap haram ada setengah cakap makruh. Banyak fakta-fakta yang boleh dijadikan bahan renungan sebelum sebatang rokok anda "nikmati".

  1. Rokok menyebabkan canser dan cancer menyebabkan kematian, maka merokok menyebabkan kematian. Hukum tentang perbuatan semacam ini secara terang dijelaskan dalam syariat Islam, antara lain ayat Al-Quran yang terjemahannya adalah: "...dan janganlah kamu membunuh jiwa..." (QS 6:151)
  2. Tubuh kita pada dasarnya adalah amanah dari Allah yang harus dijaga. Menggunakan barang-barang yang boleh mengganggu kesihatan akal hukumnya haram, misalnya alkohol, ganja dan sebagainya. Perhatikan firman Allah SWT: "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya judi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib adalah kekejian, termasuk perbuatan setan.Jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu berjaya" (QS 5:90).
  3. Merokok hampir selalu menyebabkan gangguan pada orang lain. Asap rokok yang langsung diisapnya mengakibat kesan negatif tidak saja pada dirinya sendiri, tapi juga orang lain di sekitarnya. Asap rokok yang berasal dari ujung puntung maupun yang dikeluarkan kembali dari mulut dan hidung si perokok, menjadi "racun" terhadap orang-orang disekelilingnya. Ini yang disebut passive smoking atau sidestream smoking yang berakibat sama saja denan mainstream smoking. Berbuat sesuatu yang dapat menimbulkan bahaya (mudharat) bagi diri sendiri apalagi orang lain, adalah hal yang terlarang menurut syariat. Sebagaimana sabda Nabi SAW, "Laa dharar wa laa dhiraar".
  4. Harta yang kita miliki tidaklah pantas untuk dibelanjakan untuk hal-hal yang tidak bermanfaa, misalnya dengan membakarnya menjadi abu dan asap rokok. Perhatikan ayat-ayat Alquran sebagai berikut: "...dan janganlah menghambur-hamburkan hartamu secara boros. Sungguh para pemboros adalah saudara-saudara setan, dan setan itu sangat ingkar pada Tuhannya" (QS 17: 26-27).

So kepada perokok-perokok, aku paham memang susah nak stop ni. Tapi tak salah kalau kita usaha daripada langsung tak buat apa-apa. InsyAllah, kalau niat kita ikhlas, kita akan dibantu oleh-Nya.

BoRiNg

Macam weekend-weekend yang lepas, sama je semua nya. Every weekend pun bosan. Huhu! Hari sabtu aku dok kat umah merehatkan mata aku sampai tak larat nak rehat dah. Bangun lepas tu tido balik, lepas tu bangun, lepas tu tido balik. Sampai la malam. Huhu! Kalau celik mata banyak benor benda yang aku fikir so baik aku tido. Nasib baik la malam tu ada bola. Masa tengok memula hangin gak aku, mana tak nya, boleh la pulak Man U kena 1-0 masa 1st half. Nasib baik la 2nd half belasah balik 4-1. Huhu! so takde la aku boring. Lepas tu aku tak tau nak buat apa dah. Nasib baik la tetiba aku ada mood nak siap kan assignment adik aku ni. Huhu! Kesian tengok dia, tak reti nak buat assignment pasal computer ni. Aku siap kan sampai kul 3 pagi. Lepas tu tido.

Ahad lak memula budget nak kuar dengan Nasa & Karim tengahari tu tapi ujan. So ape lagi, dok umah tido la. Lepas tu aku dah sangap sangat dah, kalo dok umah je mesti macam-macam aku pikir, so aku decide nak tengok wayang cite 300. Memang puas hati la tengok cite tu. Aku tengok kat KLCC sorang-sorang sebab semua member aku dah tengok cite tu. Lepas maghrib tu aku pun msg Nasa tanya dia kat mana. Kebetulan dia dgn Karim dah kat Sogo pergi shopping. Aku yang keboringan ni pun g la follow diorang. Lepas tu kitorang makan Satay Sahmuri kat dengan Sogo tu. Thank you kat Karim sebab belanja kitorang. Memang kenyang la. Lepas tu Karim dgn Nasa pegi Puchong jumpe member diorang kejap. Sebab aku nak copy cite Naruto Shippuuden, aku pun g la umah Nasa dulu. Aku balik dari umah Nasa around 145 am.

Nasib baik la ada bestfren macam Nasa ni. Kalau tak macam biasa la weekend aku yang boring. Huhu! Thank you Nasa for being such a good fren!