Wednesday, February 8, 2012

KFC oh KFC

Latest news yang berlaku kat KFC agak menyedihkan. Lepas satu masalah ke satu masalah. Sebelum ni kecoh pasal video 'Aksi Terlampau Pekerja KFC' kat youtube di mana pekerja KFC membuat perkara yang boleh menyebabkan anda untuk tidak beli makanan di KFC dah selepas menonton video tersebut. Sehinggakan pihak managment KFC iaitu Pengarah Operasi KFC membuat satu video bagi respond daripada video terbabit dan akan mengambil tindakan pencegahan bagi memastikan perkara seperti itu tidak berulang lagi.

Walaubagaimana pun, apa yang berlaku lagi di KFC ini sangat mengecewakan. Melalui sumber, aku sangat kecewa dengan apa yang telah berlaku di KFC ini. Kita pun tidak pasti dari mana silapnya kejadian ini kerana kita tidak dapat melihat kejadian penuh situasi ini. Walaubagaimana pun, sebagai pekerja yang profesional, perkara yang berlaku seperti di video ini tidak seharusnya berlaku. Aku rasa semua orang pernah dengar ayat, 'Customers always right'. Memang benar apa yang kita dengar itu kerana aku pernah bekerja di McDonalds dan aku sangat faham apa yang berlaku dan rakan-rakan aku yang pernah bekerja sekali dengan aku juga sangat faham apa yang berlaku. Sekalipun customer itu memaki kita, 'Customers always right'. Jika kita sudah hilang sabar dengan customer tersebut, carilah orang lain untuk memujuk atau memberi penjelasan kepada customer tersebut.

Cuba kita ambil kira, sekiranya KFC itu adalah restoran kita. Bukankah customer itu yang akan membayar gaji kepada kita? Tidakkah kita terfikir sekiranya kita melakukan sesuatu perkara yang buruk terhadap customer itu akan memberi kesan yang negative kepada restoran kita sekiranya customer tersebut memboikot restoran kita? 

Apabila kita tiada perasaan sayangkan pekerjaan kita, itulah yang menyebabkan sesuatu organisasi itu menjadi lemah. Pada pandangan aku, KFC perlulah mencari pekerja yang profesional bagi menjaga reputasi mereka yang telah banyak tercalar. Ataupun, KFC perlulah mewujudkan suasana yang menyeronokkan bagi memastikan pekerja itu seronok untuk bekerja dengan mereka. Terus terang aku katakan, kalau hendak dibandingkan, kebanyakkan pekerja-pekerja di McDonalds adalah lebih mesra jika hendak dibandingkan dengan pekerja-pekerja di KFC. 

Aku tiada niat untuk memburukkan KFC atau memburukkan bangsa Melayu, tapi aku sangat sedih dengan apa yang berlaku dalam video ini. Apa yang kita selalu dengan, bangsa Melayu ini sangat terkenal dengan budi bahasa tapi adakah itu semua hanyalah apa yang kita dengar sahaja? Sama-samalah kita renungkan. Semoga perkara-perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang.




No comments: