Mungkin masih ramai yang belum mengetahui website Amanz ini dah mungkin ramai yang telah mengetahui website ini. Sebanyak 13,973 like website Amanz ini di Facebook, sebanyak +408 mengikuti Amanz di Google+ dan sebanyak 1,488 mengikuti Amanz di Twitter. Mungkin juga jumlah ini tidak termasuk bagi mereka yang mengikuti Amanz di Google Reader dan mungkin juga ada yang bookmark Amanz di komputer, handphone masing-masing.
Daripada jumlah yang aku lihat, boleh dikatakan masih jumlah mereka yang mengikuti website ini masih kecil berbanding jumlah penduduk di negara ini iaitu seramai 27,565,821 orang. Mungkin disebabkan faktor tidak memperolehi access internet, tiada kelengakap komputer atau sebagainya. Bagi mereka yang mempunyai access internet dan pelbagai gadget masa kini, adalah disyorkan untuk mengikuti website ini kerana website ini banyak memberikan sumber maklumat berkaitan teknologi semasa dalam Bahasa Malaysia.
Aku berbangga dengan website ini kerana, mereka mengagongkan Bahasa Malaysia kita ke peringkat antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan bahasa kita dan seharusnya membawa Bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Kita ambil contoh seperti negara Korea, Jepun, German, dan lain-lain, kesemuanya menggunakan bahasa mereka dalam segala aspek.
Anda boleh lihat siapakah disebalik Amanz Network ini. Pada pandangan aku, walaupun website ini kebanyakkannya bukan hasil penulisan sendiri, dan kebanyakkannya aku rasa adalah hasil bacaan mereka dari website-website english dan antarabangsa, tapi usaha mereka ini dalam menterjemah kembali ayat-ayat tersebut ke dalam bahasa Malaysia sangat dihormati kerana apa yang mereka terjemahkan bukannya menerusi Google Translator dan perkara ini dapat dibuktikan kerana ada diantara penulisan mereka aku ada baca di website seperti LifeHackers dan sebagainya. Disamping itu juga, mereka ini sangat kreatif dengan menggunakan idea-idea baru dalam memastikan pembaca tertarik untuk meneruskan bacaan di Amanz.
Di antara perkara menarik minat aku untuk terus mengikuti Amanz adalah, review Carian Terhangat di Google Malaysia. Bermula dengan ulasan pendek setiap bulan, sehingga sekarang Amanz menggunakan kaedah penyampaian menerusi video seperti pembaca berita.
Selain daripada itu, kekemasan dihalaman utama Amanz juga membuatkan pembaca mudah untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan mengikut kategori yang telah disusun. Disamping itu juga, Amanz Reward ada memberikan hadiah-hadiah menarik kepada pembaca yang membaca dan berkongsi apa yang mereka baca menerusi Amanz dan ia bergantung kepada rewards yang dikumpul oleh pembaca.
Mungkin terdapat lagi website-website lain yang memberi maklumat berkaitan teknologi semasa tetapi, setakat hari ini, hanya Amanz merupakan website berbahasa Malaysia yang aku ikuti. Tahniah buat Amanz di atas kejayaan membawa bahasa Malaysia ke antarabangsa.
2 comments:
Terima kasih atas ulasan, dan sokongan saudara. ;)
Sama-sama. Terima kasih juga sebab memberi maklumat yang terkini. :) Sentiasa menyokong usaha Amanz
Post a Comment