Setelah menonton video di bawah, aku terasa betapa kecilnya sumbangan aku terhadap agama aku. Itupun belum tentu lagi diterima oleh Allah. Aku hanya mampu berserah kepada-Nya agar menerima segala ibadah ku ini. Kita seharusnya bersyukur kerana berada di negara yang aman ini. Tetapi betapa ruginya kita kerana tidak dapat sama-sama berjihat demi menegakkan agama Islam seperti saudara-saudara kita di Syria. Aku hanya mampu mendoakan semoga perjuangan saudara-saudaraku di Syria mendapat Syahid.
Aku rasa, belum tentu aku mempunyai keberanian seperti saudara-saudara ku di Syria kerana aku dilahirkan di negara Malaysia yang aman ini. Tetapi, setelah menonton video ini, terasa sangat untuk bersama-sama saudara-saudara ku di Syria. Betapa hebatnya mereka-mereka ini, betapa yakinnya mereka ini. Kita mungkin sering menyebut kalimah Bismillahhirahmanirahim, mengucap dua kalimah shahadah, takbir, tetapi pernahkah kita mendalami dan menghayati maksud kalimah-kalimah itu dengan bersungguh-sungguh?
Kita kadangkala lupa yang dunia ini hanyalah sementara sehingga menyebabkan kita leka dengan mainan dunia ini. Kita terlalu taksub kepada sesuatu seperti seorang individu selain daripada Rasullullah, taksub akan harta kemewahan dunia, dan lain-lain lagi. Percayalah dan yakinlah yang kita akan mati dan dunia ini hanyalah persinggahan sementara. Aku hanyalah insan biasa yang begitu cetek pengetahuan tentang agama. Mungkin aku ada tersalah tulis, atau tersalah bahasa, tegurlah aku. Aku hanya ingin berkongsi apa yang aku perolehi, apa yang aku baca bersama-sama rakan-rakan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt.
No comments:
Post a Comment