Mungkin ramai yang masih belum menonton Korea TV Series bertajuk IRIS walaupun drama ini telah lama ditayangkan di Korea iaitu pada 14 Oktober 2009. Actually aku pun baru juga menghabiskan 20 episode drama korea ini sehingga menyebabkan aku tak sempat nak buat kerja lain. Selalunya bila dengar je cerita Korea, mesti dalam kepala otak kita, '.......ni mesti cerita cinta-cinta.', '...ni mesti cerita sedih, jiwang-jiwang.', takpun, '.......ni mesti cerita romentik komedi.'
Tapi untuk pengetahuan korang, IRIS merupakan satu drama Korea yang agak berat, dan drama ini tidak mustahil menceritakan apa sebenarnya yang berlaku di Korea Selatan & Korea Utara. Drama ini membuatkan anda berfikir adakah perkara ini juga berlaku di setiap negara dalam dunia ini? Ianya adalah tidak mustahil. Aku bukanlah peminat drama Korea ini, disebabkan ceritanya yang banyak episode, membuatkan aku malas nak tengok. Tapi setelah menonton cerita IRIS yang dari mula episode sehingga ke akhir episode, aku menjadi sentiasa nak tengok apa yang berlaku di episode seterusnya kerana setiap episode penuh dengan aksi dan membuatkan aku berfikir.
Secara ringkasnya, IRIS menceritakan bagaimana dengan teknologi nuklear ini dapat menjalinkan hubungan baik diplomatik di antara Korea Utara dan Korea Selatan. Walaubagaimana pun, dalam proses merapatkan hubungan diplomatik ini, terdapat pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan. Pihak ketiga ini terdiri daripada orang-orang yang terlibat dalam proses menjalinkan hubungan diplomatik ini sehinggakan tiada siapa di dalam organisasi ini boleh dipercayai. Untuk ketahui kisah seterusnya, sila tonton.
Apakah yang aku dapat daripada menonton drama ini?
1. Daripada drama ini, aku dapati, dalam sesuatu organisasi, seorang ketua perlu membuat keputusan sendiri kerana setiap orang dikeliling ketua itu, pasti akan memberikan pandangan bagi kepentingan diri sendiri. Bagi orang yang beragama Islam, mereka perlulah membuat solat Istiqarah dalam membuat sesuatu keputusan itu.
2. Tidak mustahil terdapat pihak ketiga yang akan mengambil kesempatan ke atas negara kita sekiranya kita meminta bantuan daripada negara lain. Jadi, aku berharap supaya tidak kira parti mana pun yang memerintah di negara kita ini, janganlah kita meminta bantuan daripada negara lain kerana setiap pertolongan yang diberikan dari negara lain sudah pasti akan ada agenda mereka tersendiri.
3. Dalam sesuatu organisasi terutamanya politik, jangan sesekali kita percaya 100% kepada seseorang itu kerana setiap individu itu pasti aku memihak kepada yang memberikan keuntungan kepada mereka.
Aku rasa sudah tiba masanya karyawan-karyawan di negara kita membuat filem-filem seperti ini bagi mendidik rakyat di Malaysia supaya berfikir apa kebarangkalian yang akan berlaku di negara kita. Aku selalu terfikir, kenapa kita sangat suka cerita yang berunsurkan cinta, hantu, seks, gossip dan yang tidak perlu berfikir. Ditambah pula dengan pelakon yang handsome, cun, kacak, ayu. Mungkin cerita sebegini ringan dan tidak memenatkan jadi ia akan menjadi tarikan kepada semua orang. Tapi tidakkah cerita sebegini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada kita? Mungkin arwah Yasmin Ahmad banyak menghasilkan filem-filem yang berkualiti tetapi kurang mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. Tapi sekiranya filem-filem yang hendak ditayangkan dipawagam ditapis kualitinya sebelum ditayangkan, dan hanya filem yang berkualiti sahaja dibenarkan untuk ditayangkan, adakah kita akan tetap menonton filem-filem berkualiti ini? Sudah pasti! Ini kerana jika rakyat kita didik dengan filem-filem yang berkualiti, pemikiran mereka juga akan berkualiti dan tidak hanya tertumpu kepada cinta, seks, hantu sahaja.
Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan aku kerana setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Tapi pada pandangan aku, sudah tiba masanya karyawan negara kita menghasilkan filem yang berkualiti seperti IRIS ini bagi memupuk pemikiran rakyat yang matang. Kesinambungan kisah IRIS ini adalah Athena : Goddess of War.
No comments:
Post a Comment