Sunday, October 2, 2011

Penjelasan bagi Pemilikan Rumah : MCA dakwa Selangor tipu rakyat

Berikut adalah laporan Malaysiakini bertarikh 30.9.2011 yang bertajuk Pemilikan Rumah : MCA dakwa Selangor tipu rakyat. Untuk berita lengkap, sila click Malaysiakini

Pertama sekali, tajuk laporan tersebut sahaja sudah tidak tepat. Apa yang kerajaan negeri Selangor laksanakan adalah Skim Pemberimilikan Tanah BUKAN Skim Pemilikan Rumah. 


Menurut laporan Malaysiakini, Ketua jabatan aduan dan perkhidmatan awam MCA Selangor, Theng Book menuduh EXCO Selangor khususnya DAP mengelirukan orang ramai di Selangor tentang skim sekali bayar RM 1,000 untuk mendapatkan pajakan 99 tahun bagi hakmilik kediaman.
- Dari sudut politik, ada kemungkinan apa yang didakwa oleh Theng Book itu ada kebenarannya. Walaubagaimana pun, dari segi perlaksanaannya, kerajaan negeri Selangor tidak mengelirukan mana-mana pihak. Ini kerana mengikut Pekeliling PTG Selangor Bil 6/2011, objektif Skim Pemberimilikan Tanah tersebut adalah untuk :
1. Menyelesaikan masalah orang ramai yang tidak mampu untuk menjelaskan premium tanah.
2. Memberi peluang kepada rakyat Selangor membuat pilihan untuk menentukan kaedah pembayaran premium mengikut kemampuan masing-masing.
3. Membantu Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah setinggan.
4. Mempertingkatkan aspek urustadbir dalam pentadbiran & pengurusan tanah.

SITUASI YANG BERLAKU DI SELANGOR 

1. Kebanyakkan penduduk pernah diluluskan pemberimilikan tanah dengan harga RM 2.50 sekaki persegi. Walaubagaimana pun, masih ramai yang tidak mampu untuk membayar premium tersebut dan menyebabkan penduduk tidak mempunyai hakmilik sedangkan bangunan kediaman telah lama didirikan dan didiami menyebabkan mereka duduk secara haram (setinggan) di atas tanah kerajaan. 
Cuba kita sama-sama fikirkan situasi pertama. Dengan adanya Skim Pemberimilikan Tanah RM 1,000 ini, ia akan membantu rakyat yang miskin untuk memiliki /mendiami tanah secara sah dengan hanya membayar RM 1,000 walaupun mereka tidak boleh mencagarkan tanah mereka kerana tujuan hakmilik diberikan adalah untuk didiami tapi bukan untuk dijual kepada orang lain.

2. Bagi mereka yang berkemampuan dan mempunyai banyak rumah kediaman atau tanah, kebanyakkan daripada mereka akan menjual tanah yang mereka perolehi dari kerajaan negeri dengan harga RM 2.50 sekaki persegi kepada nilaian semasa.
Cuba kita sama-sama fikirkan situasi kedua. Dengan pembayaran premium mengikut nilaian semasa (BUKAN KOMERSIAL SEPERTI YANG DIDAKWA OLEH THENG BOOK) bagi mereka yang ingin pindahmilik (jual) tanah tersebut adalah adil untuk pemilik kerana jika mereka juga membayar dengan harga RM 1,000 sedangkan mereka menjual tanah tersebut dengan nilaian semasa, berapa banyakkah keuntungan yang akan mereka perolehi daripada jualan tanah tersebut?

Bagi perkara kedua yang didakwa berkenaan Skim Pemberimilikan Tanah ini adalah tiada beza dengan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah tidak benar sama sekali. 
- Pemberimilikan tanah adalah di bawah Seksyen 76, Kanun Tanah Negara 1965 manakala Lesen Pendudukan Sementara (TOL) adalah di bawah Seksyen 65(1), Kanun Tanah Negara 1965. Kedua-duanya adalah perkara yang berbeza baik dari segi kaedah pelupusan mahupun definasi.  

Saturday, October 1, 2011

Nexus S

Mungkin tidak ramai yang mengenali Nexus S ini. Kawan-kawan aku juga tertanya-tanya handphone apa yang aku gunakan ini. Ramai yang lebih mengenali Samsung Galaxy S, Galaxy S2, iPhone 4, Blackberry, HTC Sensation, HTC Evo 3D tapi tidak ramai yang mengetahui Nexus S. Kenapa aku tidak mahu menggunakan handphone-handphone tersebut? Jawapannya adalah kerana sudah ramai yang menggunakan handphone tersebut. Jadi, handphone aku ini 'rare'. Actually sebelum aku membeli handphone ini dulu, aku telah mendapatkan advise dari my bestfriend, berkenaan pro and cons kalau aku guna Nexus S ini. Setelah berkali-kali survey dan Google, finally the decision is Nexus S dan sampai sekarang aku still berbangga dengan my Nexus S. 


Nexus S, merupakan smart-phone yang dibangunkan bersama oleh Google & Samsung yang dikeluarkan oleh Samsung Electronics. Ia merupakan smart-phone yang pertama yang menggunakan Android 2.3 'Gingerbread' dan phone Android yang pertama menyokong NFC. Ini merupakan kali kedua Google worked with manufacture untuk menghasilkan telefon bimbit, dan yang pertama merupakan HTC Nexus One. 

Sila click Nexus S untuk maklumat lanjut berkaitan technical spec. Mungkin setelah melihat technical spec, ramai yang akan mengatakan banyak lagi handphone lain yang mempunyai technical spec yang lebih tinggi daripada Nexus S ini. Walaubagaimana pun, setiap handphone yang direka bentuk pasti ada kelebihan tersendiri. 

Antara kelebihan yang aku kagum untuk Nexus S sehingga hari ini adalah :
1. Design Nexus S - Reka bentuk 'curve' yang ada pada Nexus S masih belum ada pada handphone-handphone yang lain. 

2. NFC - Handphone Android yang pertama menyokong technology Near Field Communication (NFC).

3. Android version - Setiap kali Android update software version, Nexus S & Nexus One yang pertama akan menerima update tersebut. 


4. Ice Cream Sandwich preview on Nexus S - Ini merupakan latest rumors yang aku baca. Either it fake or not, just wait and see. Adalah mustahil untuk Nexus S untuk menyokong Android 4.0 'Ice Cream Sandwich' kerana jika difikirkan secara logiknya, latest version of Android pasti memerlukan technical spec yang lebih tinggi dari Nexus S sekarang ini. Walaubagaimana pun, sekiranya Nexus S ini mampu untuk menyokong Android 4.0 'Ice Cream Sandwich', sudah pasti menarik. Sila lihat video di bawah.


Lim Guan Eng burukkan Johor vs Kelantan diburukkan berpuluh tahun

Setelah sekian lama tidak menonton Buletin Utama (TV3), semalam disebabkan faktor yang tidak dapat dielakkan, aku telah menonton rancangan yang paling ditunggu oleh rakyat Malaysia setiap jam 8 malam. Aku juga seperti manusia lain, sangat mudah dipengaruhi dengan apa yang dilihat dan didengar. Apa yang aku lihat adalah rakaman Lim Guan Eng meminta maaf kepada Sultan Johor berkaitan beliau memburukkan negeri Johor. Pujian harus diberikan kepada Lim Guan Eng di atas sifat yang mengakui kesilapan.

Lim Guan Eng burukkan Johor

Walaubagaimana pun, aku tidak menyebelahi Lim Guan Eng. Aku cuma terfikir, TV3 sering melakukan kesilapan dalam menyampaikan berita kepada rakyat Malaysia. Berkenaan kes Lim Guan Eng memburukkan Johor ini, pada mulanya TV3 menyatakan yang Lim Guan Eng memburukkan Johor di Australia. Setelah menyemak website ABC Radio Australia, yang mempunyai rakaman penuh Lim Guan Eng tersebut, tiada satu kenyataan pun yang memburukkan negeri Johor. 

Selepas itu, TV3 menukar kenyataan tersebut daripada Australia kepada Singapura. Mungkin ramai yang tidak perasan perkara ini dan mungkin sebab itu juga Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor. Bila disemak, tiada bukti di dalam teks ucapan rasmi Lim Guan Eng cuma rakaman audio sahaja. Walaubagaimana pun, Lim Guan Eng menafikan dakwaan itu dan beliau akan membuat laporan polis terhadap rakaman tersebut bagi mengesahkan kesahihan rakaman tersebut. Berikut adalah ucapan yang disampaikan di TV3 semalam. 

"Jadi anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan apabila datang ke Pulau Pinang. Di Johor, jika anda seorang warga Singapura, anda berkemungkinan diculik. Tanya mana-mana rakyat Singapura, mereka akan tahu, tetapi anda tidak akan menghadapi masalah itu apabila datang ke Pulau Pinang."


Kelantan diburukkan berpuluh tahun

Ketua Menteri Melaka pernah mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka agar tidak melawat Kelantan. Kenapa arahan itu harus dikeluarkan? Bukankah Kelantan juga merupakan negeri di dalam Malaysia? Sumber diperolehi disini

Peranan media 

Persoalannya sekarang bukan negeri mana diburukkan cuma kenapa TV3 perlu mengheret Sultan Johor di dalam perkara ini? Seharusnya TV3, Utusan Malaysia tidak seharusnya membesarkan perkara ini. Ia harus dibincangkan secara secara profesional sebelum sesuatu maklumat itu disampaikan. 

Kenyataan yang dipetik dari NSTP, "Saya tersinggung apabila mendengar tuduhan tidak berasas dibuatnya berkenaan keadaan di negeri Johor." Titah Sultan Johor. Sebagai pemerintah yang menaungi semua lapisan masyarakat tanpa mengika kaum dan agama di sesebuah negeri, Sultan atau Raja tidak seharusnya diheret sama ke dalam kancah poitik. Berita sepenuhnya di sini

Seharusnya media memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik. Media seperti surat khabar, televisyen merupakan salah satu sumber penting untuk masyarat yang tinggal dipinggir bandar atau kampung. Sekiranya maklumat yang disampaikan tidak benar, maka tertipulah mereka. 

Mungkin televisyen dan surat khabar adalah sumber penting untuk masyarakat yang tinggal dikampung tapi ia bukan untuk di kawasan bandar. Dengan adanya internet, rakyat Malaysia boleh memperolehi pelbagai maklumat yang lebih tepat diinternet. Cuba anda fikirkan, sekiranya anda menerima maklumat dari surat khabar & televisyen berlainan dengan sumber-sumber Internet, adakah anda akan percaya kepada sumber yang menipu ini lagi? Tidak kira sumber mana yang tipu, persoalannya sekiranya salah satu sumber ini menipu adakah anda akan mempercayainya lagi? Sama-sama kita renungkan.