Tuesday, January 31, 2012

Keputusan muktamad AJL ke 26

Posting aku sebelum ini adalah my prediction keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26. Nampaknya this time, apa yang aku predict, agak tersasar sikit. Keputusan muktamad para juri bagi AJL ke 26 dimenangi oleh 'Awan Nano' yang dinyanyikan oleh Hafiz, komposer oleh M.Nasir dan penulis lirik adalah Budi Hekayat. Seperti biasa, setiap kali kalau M.Nasir masuk AJL, selalunya beliau pasti akan menang salah satu kategori. Tahniah buat beliau. Mari kita lihat lirik bagi pemenang AJL ke 26.

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Apa yang aku predict, hanya satu je yang kena iaitu lagu 'Beribu Sesalan' oleh Ning Baizura/ Jaclyn Victor/ Shila Amzah, tu pun hanyalah tempat ketiga. Tahniah juga untuk mereka dan tempat kedua dimenangi oleh 'Karma' oleh Faizal Tahir. Tahniah lagi sekali buat lagu 'Awan Nano'.


Sunday, January 29, 2012

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26

Kejap lagi, aku pun tak sure pukul berapa, Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL) akan berlangsung di TV3. Sebanyak 12 buah lagu akan dipertandingkan pada AJL 26 ini yang terdiri daripada :

LAGU - PENYANYI (KOMPOSER/ PENULIS LIRIK)

1.  Sungai Lui - Aizat (Aizat/ Anas)
2.  Awan Nano - Hafiz (M.Nasir/ Budi Hekayat)
3.  Kisah Hati - Alyah (Manusia Putih/ Manusia Putih)
4. Kalau Berpacaran - Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan/ Ana Raffali/ Altimet)
5.  Beribu Sesalan - Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/ Tinta)
6.  Wanita Seluruh Dunia - Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
7.  Karma - Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8.  Kekanda Adinda - Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
9.  Gadis Semasa - Yuna (Yuna/Yuna)
10. Penakut - Yuna (Yuna/Yuna)
11. Sedetik Lebih - Jaclin Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
12. Cinta Muka Buku - Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)

Last year, my predict was correct and the winner is 'Tolong Ingatkan Aku' by Ana Raffali. Ramai yang agak tak puas hati dengan kemenangan beliau sebab bagi ramai penonton, Ana Raffali not perform very well that night. Diingatkan kembali, Anugerah Juara Lagu adalah anugerah untuk lagu dan lirik BUKAN vokal. Hopefully malam ini judges akan mengadili lagu dan lirik la ye BUKAN vokal atau rupa.


Bagi AJL ke 26 malam ini nanti, setelah aku mendengar kesemua lagu yang memasuki peringkat akhir ini, aku predict lagu yang akan menjuarai AJL ke 26 ini adalah 'Beribu Sesalan' by Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah, composer by Kevin Chin & lyric by Tinta. Selain daripada 'Beribu Sesalan', lagu yang  mungkin akan menang juga adalah 'Penakut' by Yuna, composer & lyric by Yuna dan tidak lupa juga lagu 'Kalau Berpacaran' by Shohaimi Mior Hassan/ Ana Raffali/ Altimet, compose & lyric by Shohaimi Mior Hassan/ Ana Raffali/ Altimet. Apapun, ini semua hanyalah my prediction dan terpulanglah kepada judges untuk menilai. All the best to all finalist.


Lastly, kalau orang tanya aku, aku minat penulis lirik lagu yang mana? Aku akan jawab, minat hanya pada WNRD dan aku rasa masih belum ada penulis lirik yang berbakat besar macam beliau. 

Thursday, January 19, 2012

Riak

Riak adalah perasaan yang ini dipuji oleh orang yang lain. Mengikut kamus Dewan Bahasa & Pustaka, riak bersinonim dengan angkuh, bongkak, congkak, pongah, sombong, bangga diri, takbur. Riak atau bermegah merupakan sifat Allah (Al-Mutakabbir). Membuat sesuatu untuk dipuji adalah di larang dalam Islam dan perbuatan ini menggambarkan pelaku mempunyai sifat riak

Manusia tidak layak dan tidak berhak untuk menerima pujian kerana sesungguhnya manusia telah berikrar dalam bacaan Al Fatihah nya pada setiap kali bersolat iaitu "Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekian alam."

Nabi mengajar melalui hadisnya bahawa sekiranya ada manusia yang memuji kita, hendaklah kita mengambil pasir lalu melontarkan pasir ini ke muka orang yang memberi pujian ini. Hadis ini sungguh menjelaskan bahawa manusia tidak boleh menerima dan memberi pujian kerana segala pujian hanya milik Allah semata-mata. 

Perbuatan yang ikhlas adalah amalan yang diterima Allah yang iaitu perbuatan yang langsung tidak mencari pujian dari manusia dan semata-mata mencari redha di sisi Allah semata-mata.

Pernahkah kita terfikir, yang kita ini sentiasa diuji? Pernahkah kita terfikir, semakin banyak ilmu kita, semakin banyak beribadah kita, semakin kaya kita, semakin berpangkat kita, semakin berkuasa kita, semakin banyak ujian yang perlu kita hadapi. Kadang-kala kita terlupa yang kita sedang diuji. Kita dengan tidak sengaja menjadi riak dengan ilmu, kuasa, duit yang kita ada sedangkan itu semua adalah pinjaman semata-mata.

Aku kesal dengan diri aku sendiri sebab adakalanya aku lupa perkara-perkara tersebut. Aku lupa yang dunia ini sementara dan aku riak. Ya Allah, ampunkanlah hamba-Mu ini. Janganlah disebabkan ilmu yang aku ada sekarang ini membuatkan aku riak dan tidak boleh menerima pandangan orang lain. Janganlah disebabkan harta yang aku ada sekarang ini membuatkan aku riak dengan menunjuk-nunjuk pada kenalanku sedangkan masih banyak golongan-golongan yang miskin perlu dibantu. Janganlah disebabkan pangkat yang aku ada ini menjadikan aku riak dan sombong dengan sesama manusia yang memerlukan pertolonganku. Wahai kenalanku, tegurlah aku jika aku lupa, tegurlah aku jika aku leka. 


Aku bersyukur kepada-Mu kerana menemukan aku dengan kenalan-kenalan yang dapat mengingatkan aku. Aku sangat tertarik dengan kata-kata yang ditulis oleh seorang insan bernama Wani Ardy. "Ya Allah Ya Tuhanku, di setiap inci bilamana aku meninggi diri, membangga diri, membesar diri, aku mohon Kau jatuhkan aku, sakitkan aku, susahkan aku, hingga aku rendah semula ke tempat asalku. Kekalkanlah aku dalam kesedaran bahawa semua ini pinjaman yang tidak lama lagi akan ku pulankan. Amin ya rabbal alamin." -WNRD. 




Monday, January 9, 2012

Say good bye to television

Agak bersawang dah blog aku ini since dah ada unifi ni makin malas nak update sebab banyak benda yang nak dibaca, ditonton, dicari, etc. Lately aku banyak baca pasal online TV, jenama-jenama besar yang nak buat TV sendiri for example Google, Apple, Ubuntu etc. First of all, mari kita mencari sejarah & siapa yang menemui television ini. Kalau ikut apa yang aku baca kat Wiki, inventor untuk television ini adalah seorang yang berasal dari German, Paul Gottlieb Nipkow iaitu pada tahun 1884 ketika beliau berusia 23 tahun. Hebat. Mungkin pada ketika itu, tiada siapa yang menyangka idea ciptaan beliau digunakan sehingga kini. 

Di negara kita sendiri, kita dapat lihat perubahan bentuk television daripada yang colornya hitam putih (aku tak sempat tengok), lepas tu ada color tapi kotak empat segi besar, makin lama makin nipis & akan datang tidak mustahil ada TV yang invisible. Betapa cepatnya technology ini berkembang. Ada juga yang sekarang ini dah tak tengok TV di television dah, tengok kat handphone je. 


Di Malaysia, rancangan television yang percuma je actually dah cukup banyak dah contohnya, RTM iaitu TV1 dan TV2, TV3, NTV7, 8TV, Channel 9, Al-Hijrah. Tu belum campur yang berbayar iaitu Astro dan Unifi. Kalau tak silap aku, masa sekitar tahun 1980an, untuk memiliki television perlu mendapat lesen. Pernahkah anda terfikir, kenapa perlu mendapatkan lesen tersebut? Sama-sama renungkan. Alhamdulillah, sekarang ini dah tak perlu lesen tersebut.

Pernahkah kita terfikir, sebenarnya TV ini banyak memberikan impak kepada kehidupan manusia. Di antaranya adalah kesan daripada berita-berita yang disiarkan (walaupun pada hakikatnya internet juga sama), drama-drama, movies, sukan, kartun, etc. Terlalu banyak untuk disenaraikan apa rancangan-rancangan yang terdapat pada TV ini. Jadi sebenarnya, pencipta television ini memang banyak memberikan kesan kebaikan & keburukan kepada manusia sebenarnya. So take it as positive. 

Lately, nama-nama besar seperti Google, Apple, Ubuntu etc, dalam perancangan untuk mengeluarkan product TV masing-masing. So sama-sama kita nantikan. Apapun, aku tetap dapat rasakan, Google TV akan jadi yang the best. Just wait and see.