Thursday, December 22, 2011

Politik dari sudut Islam

Politik Islam (bahasa Arab: سياسي إسلامي) adalah Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama dikenal istilah siyasah syar’iyyah. Dalam Al Muhith, siyasah berakar kata sâsa - yasûsu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama ‘alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra ertinya dabbarahu (mengurusi / mengatur perkara). Bererti secara ringkas maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam.

Dalil Politik Islam


Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya :

"Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW. bersabda :

"Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim)." (Hadis Riwayat Thabrani)


Pemikiran politik Islam

Islam merupakan agama yang paling kaya dengan pemikiran politik. Pemikiran politik Islam bermula dari masalah etika politik, falsafah politik, agama, hukum, hingga tatacara kenegaraan. Tapi keragaman khazanah pemikiran politik Islam itu boleh dikatakan bermula pada pemikiran tentang hubungan agama dan negara.

Bolehlah kita katakan pemikiran para pemikir Islam yang menginginkan pemisahan Islam dan politik sebagai pemikiran politik Islam dan pemikiran yang menghendaki penyatuan Islam dan politik sebagai pemikiran Islam politik. Ini kerana, ketika sejak Revolusi Perancis agama Kristien relatif telah selesai membahas hubungan gereja dan negara iaitu bahawa gereja harus terpisah dari negara. Namun begitu, Islam masih lagi tetap pada persoalan yang satu iaitu penyatuan Islam dan politik sejak zaman Nabi hingga zaman kini.


Gerakan politik Islam


Islam sebagai gerakan politik mempunyai sebuah ciri beraneka yang pada berlainan waktu menginkorporasikan elemen-elemen banyak gerakan politik lain, sementara pada waktu yang sama menggunakan pandangan-pandangan keagamaan fundamentalisme Islam, terutamanya pandangan Islam sebagai agama politik.

Suatu tema yang umum pada abad ke-20 adalah pertentangan terhadap perselisihan kaum, kolonialisme dan imperialisme, dalam pembentukan Empayar Turki Uthmaniyyah dan Empayar British (walaupun Empayar Uthmaniyyah itu sendiri adalah gerakan politik Islam). Akhirnya sosialisme sebagai suatu viable alternative dengan akhirnya Kesatuan Soviet dan Perang Dingin telah menambahkan appeal gerakan revolusi Islam, terutamanya dalam konteks rejim tidak-demokrasi dan korupsi sepanjang dunia Islam. Islamisme membesar sebagai reaksi pada trend-trend ini, dan sebagai suatu desire untuk membentukkan sebuah kerajaan berasaskan rukun-rukun Islam.

Pada jelasnya, skop politik Islam adalah sangat lebar ia mengencompass apa-apa jenis gerakan revolusi atau parti di mana-mana negara Islam. Invariably, ia bermakna bahawa ia menyampurkan sekali such a variety of gerakan nasionalis, Marxisme dan perkauman yang ia tidak ada lagi kandungan ideologi yang benar. Ciri-ciri satunya beristilah yang ia ada adalah nasionalisme dalam sebuah konteks Islam; tetapi ini dijelaskan secara sedikit. Walaubagaimanapun, dalam kitab al-Quran, tiada apa yang menyatakan bahawa Politik perlu digunakan untuk menubuhkan Islam. Jadi, ia mungkin adalah suatu benda yang bahaya dari pemandangan Islam bahawa seorang mengaplaikan Islam untuk mendapatkan kelebihan politik.


Pandangan Orientalis Barat tentang Politik Islam
  1. Dr. V. Fitzgerald berkata : "Islam bukanlah semata agama (a religion), namun ia juga merupakan sebuah sistem politik (a political system). Meskipun pada dekad-dekad terakhir ada beberapa kalangan dari umat Islam, yang mendakwa diri mereka sebagai kalangan 'modernis', yang berusaha memisahkan kedua sisi itu, namun seluruh gagasan pemikiran Islam dibangun di atas fundamental bahawa kedua sisi itu saling bergandingan dengan selaras, yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain".
  2. Prof. C. A. Nallino berkata : "Muhammad telah membangun dalam waktu bersamaan: agama (a religion) dan negara (a state). Dan batas-batas wilayah negara yang ia bangun itu terus terjaga sepanjang hayatnya".
  3. Dr. Schacht berkata : " Islam lebih dari sekadar agama, ia juga mencerminkan teori-teori perundangan dan politik. Dalam ungkapan yang lebih sederhana, ia merupakan sistem peradaban yang lengkap, yang mencakup agama dan negara secara bersamaan".
  4. Prof. R. Strothmann berkata : "Islam adalah suatu fenomena agama dan politik. Kerana pembangunnya adalah seorang Nabi, yang juga seorang politik yang bijaksana, atau "negarawan".
  5. Prof D.B. Macdonald berkata : "Di sini (di Madinah) dibangun negara Islam yang pertama, dan diletakkan prinsip-prinsip utama dalam undang-undang Islam".
  6. Sir. T. Arnold berkata : " Adalah Nabi, pada waktu yang sama, seorang ketua agama dan ketua negara"
  7. Prof. Gibb berkata : "Dengan demikian, jelaslah bahawa Islam bukanlah sekadar kepercayaan agama individual, namun ia meniscayakan berdirinya suatu bangun masyarakat yang bebas. Ia mempunyai cara tersendiri dalam sistem pemerintahan, perundangan dan institusi"


Gerakan liberal dalam Islam biasanya mengistilahkan diri meraka dalam pembantakan ke gerakan politik Islam, tetapi sering memeluk banyak unsur-unsur anti-imperialisme.

Falsafah Islam moden, Islamisme, Islam Militan dan keganasan Islam membincangkan topik berkenaan.

[sumber wikipedia]

'Berpolitiklah kita kerana Allah, kerana ianya satu bentuk ibadah dan perjuangan untuk menegakkan Islam secara menyeluruh'



Monday, December 12, 2011

Aku, Lim dan Islam



Kisah bermula.....

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. 

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti hari jadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. 

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia. sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untukmelihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin ku nyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja di sana. Itu yang ku ketahui dari kakaknya.  Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi aku bertembung dengan kakak Lim di pasar, kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang ku dengar dari kakaknya. "He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago." Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

 

Hari yang ku tunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim di rumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. (Assalam 'alaikum)....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. "Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang." Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu.

Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat ke Islaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. Beliau masih fasih berbahasa Melayu walau sudah lama berada diperantauan. 

"Kau kawan baik aku kan? Betul tak?" ..."Memanglah. Kenapa kau tanya macam tu?"... "Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?". 

"Sorry Lim. Aku tak faham. Diseksa? What do you mean?". "Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi Kristian?".

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata, "Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku didunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non Muslim yang lain."

"Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri. Kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku."

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. "Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang Melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa Melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah."

"Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir."

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andai nya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen?) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

by Abdullah Dari,
Jeram Pasuon Monday,
September 6, 2010, 
10:11am.

Tuesday, November 29, 2011

Subway FREE one 6" sandwich


Seperti biasa, Subway merupakan makanan favorite aku buat masa ini. Agak lama juga la minat aku terhadap Subway ini. Sebelum ini pun ada aku ceritakan pasal Subway. This time, sekali lagi Subway buat promotion di mana apabila anda membeli mana-mana 6" sandwich dan air minuman 22 oz, anda akan dapat percuma satu 6" sandwich dengan menunjukkan coupon ini. Promosi adalah sehingga 15 Disember 2011 dan sah di semua outlet Subway di Malaysia. Sumber diperoleh di sini.

Pada masa yang sama, KFC juga telah menyediakan hidangan terbaru mereka iaitu KFC Mornings Made Sweet. Dengan hanya membayar sebanyak RM 4.60, anda akan memperolehi Blueberry Pancake dan secawan air coffee. Sumber diperoleh di sini.  


Sharing is caring. 

Saturday, November 26, 2011

Muhamad Nazmi Faiz Mansor

Setelah Malaysia menjuarai acara bola sepak di dalam Sukan SEA baru-baru ini, nama Nazmi Faiz sentiasa menjadi buah mulut hampir di seluruh Malaysia. Siap trending nama Nazmi Faiz kat twitter masa final bola sepak di antara Indonesia vs Malaysia. Tidak dinafikan Nazmi Faiz memang seorang pemain yang sungguh berbakat dan bersemangat. Alangkah hebatnya pasukan Malaysia sekiranya mempunyai pemain-pemain seperti beliau. Mungkin masih ramai pemain-pemain yang berbakat di luar sana cuma mereka tidak diberi peluang untuk bermain di pentas negara.


Muhamad Nazmi Faiz Mansor dilahirkan pada 16 Ogos 1994 dan ketika ini beliau hanya berumur 17 tahun. Beliau merupakan pemain termuda dalam skuad Olimpik Malaysia dan skuad Sukan SEA baru-baru ini. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dengan ketinggian hanya lebih kurang 1.67 meter, beliau dapat menunjukkan bahawa fizikal bukan menjadi penghalang untuk menjadi pemain yang baik.  

Kehebatan beliau dalam menguasai bola, menggelecek lawan, membuat hantaran bola dari tengah, mengambil bola dari kaki pihak lawan, membuatkan aku berbangga menjadi penyokong Malaysia. Gaya permainan beliau mengingatkan aku kepada Cesc Fàbregas semasa mula-mula beliau bermain untuk pasukan Arsenal ketika beliau juga berusia 17 tahun dengan rambut ala-ala mat rempit. Tidak mustahil sekiranya beliau diberikan peluang untuk bermain diperingkat antarabangsa, permainan dan skill beliau akan mampu setaraf dengan bintang-bintang seperti Paul Scholes, Pablo Aimar, Xavi dan lain-lain midfielder yang bertubuh kecil. 

Selama aku mengikuti perkembangan bola sepak di negara Malaysia ini, (aku mula menonton bola sepak Malaysia sejak dari darjah 1 iaitu tahun 1990 dan ketika itu aku merupakan penyokong setia pasukan Selangor) belum pernah aku lihat ada pemain midfielder Malaysia yang berbakat seperti beliau. Dengan umurnya yang masih muda, tidak mustahil beliau boleh mengharumkan nama negara seperti Allahyarham Mokhtar Dahari. Aku berharap, FAM tidak akan mensia-siakan bakat yang ada pada Nazmi Faiz ini. All the best Muhamad Nazmi Faiz.

  

Tuesday, November 22, 2011

Kebenaran yang perlu kita tahu tentang 'SUBSIDI' di Malaysia


Mari kita memahami keadaan sebenar yang sedang berlaku di negara ini. Apakah dia yang dimaksudkan ‘Subsidi’ di negara kita? Aku bukanlah seorang pakar ekonomi, & aku bukan juga seorang pakar matematik. Tapi aku seorang rakyat yang ingin tahu apakah yang berlaku di negara aku kerana aku sayangkan negaraku ini. Jadi aku akan mencari berusaha mencari supaya aku tidak menjadi rakyat yang mudah ditipu. Kita boleh jadikan kisah ini sebagai sedikit panduan apakah yang dimaksudkan 'Subsidi' di negara kita ini.

....... Seorang lelaki yang dipanggil Maha memiliki sebuah ladang yang boleh menghasilkan 10 biji tembikai setiap hari. Beliau mempunyai 5 orang pekerja yang mengendalikan ladang. Setiap daripada mereka makan sebiji tembikai setiap hari.

Baki 4 biji tembikai yang tinggal, tuan rumah menjual pada harga RM10 setiap satu dan dia memperolehi RM40 jualan.  Dia gunakan RM25 untuk kos operasi ladang, beri RM2.00 kepada setiap pekerja dan dia menyimpan RM5.00 sebagai keuntungan. Secara ringkasnya :

KEUNTUNGAN = 4 BIJI TEMBIKAI X RM 10RM 40 

KEUNTUNGAN BERSIH = RM 40 - [(KOS = RM 25) + (GAJI 5 ORG = RM 10)] = RM 5

Hari demi hari, ladang itu dimajukan dengan baik dan kesemua 5 pekerja berpuas hati dengan simpanan wang mereka.

Meningkatkan Kualiti Ladang

Apabila Maha meninggal dunia, tuan tanah yang baru, Ali, datang untuk meneruskan operasi ladang. Dia berkata kepada para pekerja: 
"Kita perlu untuk meningkatkan kualiti ladang dan mentakrif semula cara kita berfikir. Mulai sekarang anda semua hanya perlu membayar RM1.00 bagi setiap tembikai yang anda makan. Ia sangat murah jika dibandingkan dengan harga RM10 setiap satu di luar ladang”.

Para pekerja tiada pilihan tetapi terpaksa membayar RM1.00 bagi sebiji tembikai yang mereka makan setiap hari. Pendapatan mereka berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.00 bagi setiap orang.

Seperti biasa, Ali menjual 4 biji tembikai dan dia mendapat RM40.  Beliau menggunakan RM25 untuk kos ladang dan membayar gaji RM10 kepada pekerja.  Beliau mendapat RM5.00 sebagai keuntungan. Selain itu, beliau mendapat keuntungan RM5.00 dari tembikai yang dijual kepada pekerja-pekerjanya. Secara keseluruhan, dia mendapat RM10 sebagai keuntungan setiap hari.

KEUNTUNGAN = 4 BIJI TEMBIKAI X RM 10 = RM 40 

KEUNTUNGAN BERSIH = RM 40 - [(KOS = RM 25) + (GAJI 5 ORG = RM 10)] + (HASIL JUALAN TEMBIKAI PADA PEKERJA = RM 5) RM 10


Penswastaan

Sekarang .... dengan kenaikan harga barang, Ali menaikkan harga tembikai kepada RM20 setiap satu. Ali mendapat keuntungan yang lebih tinggi kerana dia mendapat jualan RM80 untuk 4 biji tembikai setiap hari. Kemudian, beliau memutuskan untuk memberikan kontrak perladangan untuk diswastakan kepada salah seorang teman rapat, Siti.

Siti berkata :  “Harga tembikai naik, peningkatan kos ladang  juga naik”.

Jadi, peningkatan kos ladang dinaikkan dari RM25 kepada RM50. Pada hakikatnya, peningkatan kos hanyalah RM30. Jadi lebihan RM20, Ali dan Siti berkongsi sama rata yang dikenali sebagai komisyen. Mari kira berapa banyak Ali dapat setiap hari :

KEUNTUNGAN = 4 BIJI TEMBIKAI X RM 20 = RM 80 

KEUNTUNGAN BERSIH = RM 80 - [(KOS = RM 50) + (GAJI 5 ORG = RM 10)] + [(KOMISYEN = RM 10) + (HASIL JUALAN TEMBIKAI PADA PEKERJA = RM 5)] RM 35

Secara keseluruhan, Ali mendapat RM35 sehari berbanding RM10 pada mulanya apabila beliau mengambil alih ladang dari Maha.  Keuntungannya bertambah RM 25 dan pekerja masih mendapat gaji RM1.00 sehari.

Subsidi

Atas desakan isterinya, Ali menjadi tamak tidak mahu berhenti di sini. Satu hari, dia berkata kepada pekerja-pekerja yang lain : 
“Anda lihat, harga pasaran semasa untuk satu tembikai adalah RM20 dan anda hanya membayar RM1. Lihatlah betapa bertuahnya anda! Saya telah memberi SUBSIDI RM19.00 bagi setiap biji tembikai anda beli. Secara keseluruhan, saya beri SUBSIDI RM95.00 untuk tembikai yang anda beli. Ini amat membebankan ladang dan kita mungkin menjadi muflis jika kita terus seperti ini”.

“Untuk mengelakkan kebankrapan, saya perlu tingkatkan harga tembikai yang anda beli dari RM1.00 kepada RM1.50, dan saya akan tanggung RM18.50 baki sebiji tembikai sebagai subsidi saya kepada anda semua”. 

KEUNTUNGAN = 4 BIJI TEMBIKAI X RM 20 = RM 80 

KEUNTUNGAN BERSIH = RM 80 - [(KOS = RM 50) + (GAJI 5 ORG = RM 10)] + [(KOMISYEN = RM 10) + (HASIL JUALAN TEMBIKAI PADA PEKERJA = RM 7.50)] RM 37.50

Jadi, dengan pengurangan subsidi, Ali menambah RM2.50 dari pekerja dan keuntungan menjadi RM37.50.

Selepas aku membaca cerita ini, yang aku perolehi di sini, aku rasa aku perlu untuk berkongsi makna 'SUBSIDI' yang diberikan oleh kerajaan. Terpulang kepada pembaca untuk menilai dan semuanya hak masing-masing. 

Dalam kisah ini, pertama sekali, subsidi RM95 TIDAK PERNAH WUJUD dan adakah ia sama juga digunakan pada subsidi RM52 bilion petrol dan barangan lain? Adakah pemotongan subsidi minyak sebenarnya hanya DIREKA-REKA demi kepentingan pihak tertentu? Wallahualam.

Saturday, November 19, 2011

Temubual Tun Dr Mahathir dengan BBC World


Mugkin ramai yang telah menonton video ini, dan mungkin masih ada yang belum menonton video ini lagi. Setiap orang ada pendapat dan pandangan masing-masing. Setelah menonton video ini berulang kali, aku juga ingin berkongsi pandangan tentang video ini.

Sebelum itu, secara ringkasnya, video ini mengisahkan sesi soal jawab Tun Dr Mahathir dalam rancangan BBC World. Dalam tem bual tersebut, antara perkara yang dibangkitkan adalah sistem pemerintahan demokrasi, zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, pandangan terhadap kisah Holocaust, berkaitan golongan ekstrimis Islam dan lain-lain. Untuk penjelasan lanjut, sila tonton video di atas.

Pandangan peribadi aku, Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang berani dan perkara ini memang tidak dapat kita nafikan. Tetapi, pada pandangan aku berkaitan pendapat beliau, "......kira-kira 1.3 billion boleh mengalahkan beberapa juta Yahudi......" tidak semestinya benar. Ini kerana Islam hanya boleh mendapat kemenangan dengan Iman dan izin daripada Allah. Mengikut sejarah Islam, kebanyakkan peperangan, umat Islam menang peperangan tersebut dengan jumlah yang minoriti.  Sebagai contoh, Khalid al-Walid mengetuai peperangan menentang orang-orang Parsi & Rom dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk meningkatkan Iman kita dan bukannya kuantiti.

Berkaitan puak pelampau Islam, dalam Al-Quran memang banyak menyebut Jihad. Cuma niat seseorang itu untuk berjihad itu hanya Allah sahaja yang mengetahui. Jadi, kita sama sekali tidak boleh mengatakan puak pelampau Islam ini sebagai jahat, kerana niat orang-orang ini hanya Allah sahaja yang tahu. Mungkin sekarang ini ramai yang sanggup mengebom diri mereka sendiri akibat terlalu taksub kepada sesuatu, itu adalah perkara yang tidak betul. Jadi, aku hanya bersetuju dengan Jihad mengikut Al-Quran dan Sunnah. 

Berkaitan soal jawab berkaitan sistem pemerintahan demokrasi, pada pandangan aku, tiada sistem pemerintahan yang secantik sistem pemerintahan Islam Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Di antara dasar penting yang telah dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di bawah sistem pentadbiran Islam adalah berasakan kepada perkara-perkara berikut :

i. Menghapuskan semangat assabiyah dan menggantikannya dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.
ii. Menjadikan Islam sebagai landasan undang-undang dan peraturan dalam hidup bermasyarakat berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
iii. Menjadikan kaedah musyawarah sebagai kaedah yang berkesan dalam pentadbiran.
iv. Memperkenalkan peraturan bertulis iaitu Piagam Madinah
v. Mewujudkan hubungan diplomatik dengan Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi.

Ini belum termasuk dari segi pembentukan ummah, Piagam Madinah, pengasas dasar ekonomi Islam, pertahanan Madinah, Syura, pembinaan masjid dan lain-lain.

Seperti yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir, "... but if we had a bad leader, even the democratic system would fail...". Jadi, kita perlulah memilih pemimpin yang adil. Mungkin agak sukar kita hendak memilih pemimpin yang adil sekarang ini kerana tiada pemimpin sekarang ini yang maksum. Jadi, kita perlulah memilih pemimpin yang hendak melaksanakan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah kerana sesungguhnya, tiada sistem pemerintahan yang secantik Islam.


Tidak dinafikan Tun Dr Mahathir memang seorang yang tinggi ilmu pengetahuannya. Cuma pada pandangan aku, Tun Dr Mahathir akan menjadi seorang pemimpin Islam yang hebat sekiranya beliau mengikut cara Islam iaitu mengamalkan Al-Quran & Sunnah. Wallahualam.

Thursday, November 17, 2011

Guru di Malaysia



Di Malaysia, profesion perguruan adalah satu profesion yang paling unik. Guru tidak mengetahui masa bekerja mereka. Mereka hanya maklum perlunya datang sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran bermula. Adapun waktu pulang/habis kerja, semua guru tidak berupaya memberikan jawapannya. Pihak kementerian pula hanya buat ‘tak tahu’ sahaja.

Keluhan dan rintihan guru seringkali kedengaran sehingga ada pihak yang iri hati. Pada mereka, kerja guru adalah senang dan banyak cuti. Tetapi yang pelik dan ajaib, pada mereka yang berpendapat sebegini ialah mereka tidak ingin untuk menjadi guru. Aku mencadangkan supaya korang menyelami dan membuat pemerhatian kerja guru dalam masa seminggu dan membuat rumusan sama ada sibuk atau tidaknya guru dalam melaksanakan tugas yang sebahagian besar (bukan kecil) adalah bukan tugas asasi mereka iaitu mengajar. Sudah beberapa kali dan di bawah beberapa orang menteri membuat kajian dan laporan kononnya mengkaji beban tugas guru tetapi sehingga kini tiada tindakan yang diambil untuk mengatasi beban guru. Malah pihak kementerian bukan meringan tetapi menambahkan lagi beban yang sudah sedia ada. Mutakhir ialah program memperkasakan ko kurikulum, satu pelajar satu sukan dan guru dipaksa menulis refleksi dengan pen merah atau pen hitan (arahan sentiasa bertukar warna pen).


Apakah kesudahan kajian beban tugas guru yang sudah tiga kali dibuat oleh para bijak pandai di atas sana? Isu ini akan di ‘play down’ lagi oleh mereka yang berkenaan apabila pihak kesatuan guru (yang hanya memperjuangkan kategori guru tertentu sahaja) bersuara. Seperti biasa, ia akan kecoh untuk beberapa jam dan selepas itu senyap di bawa angin dengan kelicikan minda pihak yang berkenaan. Para penguasa pun lega hati. Guru terus makan hati.

Benarkah guru kerja dari jam 7.30 hingga 1.00 petang. Mungkin ya bagi sekolah rendah tetapi bagi sekolah menengah guru bekerja dari seawal 7.20 am sehingga - ?? guru sendiri pun tidak tahu jam berapa walaupun secara amnya mereka balik jam 2.30 pm. Terdapat sekolah dimana Pengetuanya mengarahkan guru balik hanya selepas jam 3 petang. Kakitangan kerajaan yang lain bekerja dari 8.00am sehingga 5.00 pm iaitu Sembilan jam dan bersamaan dengan 45 jam seminggu. Adakah korang rasa guru bekerja kurang atau lebih dari 45 jam seminggu?  Jadual di bawah ini menerangkan dengan lebih jelas jangkamasa kerja guru di sekolah menengah (bulanan).


JADUAL JANGKAMASA KERJA GURU SEBULAN

Hari
Waktu
Perkara
Jumlah (Jam) x 4 minggu
Catatan
Isnin
7.20am – 2.30pm
Hari kerja biasa
7

Selasa
7.20am – 2.30pm
Hari kerja biasa
7

Rabu
7.20am – 4.30pm
Hari kerja biasa + aktiviti Ko kurikulum
9
Terdapat sekolah yang memperuntukkan 2 hari untuk aktiviti Koku.
Khamis
7.20am – 2.30pm
Hari kerja biasa

Jumaat
7.20am – 12.00pm
Hari kerja biasa
 5

Jumlah Sebulan


35jam x 4 minggu = 140

Sabtu ke 2 dan ke 4 sahaja
8.00am – 1.00pm

LADAP, Perkhemahan, Mesyuarat, Kursus, Kelas Tambahan, Gotong Royong, Program-program khas seperti Hari Pertemuan PIBG.

5 jam x 2 kali sabtu
=10 jam
Guru dipaksa merancang dan mengadakan program bukan dengan kehendak mereka!
Mingguan
Semasa, selepas waktu persekolahan
Memeriksa kerja/buku pelajar, persediaan soalan ujian/ peperiksaan, buku  rekod dan pesediaan kelas
5 jam seminggu x 4 minggu = 20 jam

Aktiviti lain sepanjang Isnin – Jumaat.
3.00pm – 5.00pm atau sehingga 6.00pm
Kelas tambahan dan berpuluh-puluh jenis mesyuarat seperti Mesyuarat Bidang, Panatia, HEM, KoKu, Disiplin, AJK2, latihan sukan dll.
4 jam  (atau lebih tetapi tidak kurang) x 4 minggu = 16 jam
Aktiviti ini bergantung kepada pihak pentadbir dan lazimnya wujud setiap minggu sekurang-kurangnya sekali
Aktiviti Tahunan
4 hari = 96 jam
Perkhemahan Koku, Kaunseling, lawatan dan aktiviti HEM di mana Guru dipaksa tidur di tapak perkhemahan
96 jam/12 bulan = 8 jam

Jumlah jam keseluruhan (Bulanan)


140 + 10 + 8 + 16+8 =182 jam
Jumlah ini bukan konklusif kerana waktu program adalah tidak tetap.


Purata Masa Bekerja Seminggu
178 /4 minggu= 45.5 jam




Dari jadual di atas, kita dapati guru bekerja lebih lama dari mereka yang bekerja waktu pejabat. Perlu difahami bahawa jangkamasa waktu yang dipaparkan di dalam jadual adalah anggaran sederhana sahaja. Realitinya guru memperuntukkan masa yang lebih lama dari yang dicatatkan di dalam jadual. Guru yang sejati akan membawa pulang kerja mereka ke rumah khususnya buku-buku latihan para pelajar untuk diperiksa. Pihak kementerian memberi kebenaran untuk pihak sekolah/pengetua mengarah guru bekerja pada dua kali sabtu dalam sebulan di atas rasional yang tidak kita ketahui dan fahami. Tetapi itu bukanlah satu kemestian. Malangnya pihak pengetua memaksimakan penggunaan kedua-dua sabtu (seolah-olah ianya wajib) tersebut untuk memaksa guru hadir ke sekolah bagi melaksanakan tugas yang sebahagiannya bukan tugas guru seperti gotong-royong, melukis mural, mereka bentuk lanskap sekolah, mengecat kelas, kursus-kusus dalaman yang membosankan (termasuk LADAP) seperti ‘team-building’ dan sebagainya. Tetapi mereka yang berkepentingan (pengampu)  akan berhujah bahwa guru  menikmati cuti penggal persekolahan sebagaimana pelajar sekolah.


Kita ingin maklumkan bahawa oleh kerana gaji guru sebagai ‘kuli berijazah’ adalah kecil, maka mereka terpaksa mencari duit lebih seperti menjadi pemeriksa dan ‘invigilator’ untuk peperiksaan awam seperti SPM atau STPM. Oleh itu mereka bekerja dalam cuti. Perlu difahami sifat kerja guru adalah berlainan khususnya  dari sudut psikologi. Setiap hari guru tidak melakukan kerja yang sama sepertimana profesion lain. Guru mengajar topic atau tajuk yang berlainan dengan pendekatan dan kaedah yang berlainan. Melayan karenah pelajar yang tidak boleh dipukul dan dimarahi sebarangan kerana kekangan peraturan dan undang-undang. Ini memberi kesan psikologi yang mendalam kepada minda mereka. Guru bukan sahaja bekerja di dalam pejabat, kelas, padang malah juga dalam hutan seperti dalam kegiatan ko kurikulum yang melibatkan jungle tracking. Guru dipaksa menjadi ‘nanny’ atau penjaga budak kepada semua pelajar dibawah tanggungjawab pengajaran mereka. Setiap guru mesti mengetahui kepandaian,kelemahan, kecenderungan dan keistimewaan 130 -150 pelajar mereka. Ini semua adalah kerja yang amat rumit dan memerlukan masa tumpuan dan komitmen yang amat tinggi. Guru bertanggungjawab menyalur ilmu kepada para pelajar dan setiap hari tugas mereka adalah tidak sama dalam konteks penyaluran ilmu yang berbeza kepada pelajar.  Oleh itu fenomena ‘stress’, ‘tension’ dan ‘burn out’ tidak dapat dielakkan. Kita amat yakin pihak kementerian maklum tentang perkara ini. Malah kita yakin  Menteri atau Ketua Pengarah Pelajaran pun tidak akan mampu melakukan perkara ini walaupun mereka dinobatkan kononnya sebagai orang yang hebat.


Untuk maklumat lanjut berkaitan nasib guru di Malaysia, sila click Guru.

Seedings for EURO 2012


Pot 1 : Spain, Holland, Poland*, Ukraine*.
Pot 2 : Germany, Italy, England, Russia.
Pot 3 : Croatia, Greece, Portugal, Sweden. 
Pot 4 : Denmark, France, Czech Republic, Ireland.

* Poland telah di tempatkan di dalam Group A & Ukraine di tempatkan di dalam Group D.

'Pot-pot' undian bagi EURO 2012 telah ditentukan oleh UEFA mengikut ranking dunia kecuali tuan rumah iaitu Poland dan Ukraine. Spain telah di letakkan di dalam 'Pot' yang sama dengan Finalist World Cup 2010 iaitu Holland dan juga pasukan tuan rumah. Jadi, kita tidak akan dapat menyaksikan pertemuan Finalist World Cup 2010 ini diperingkat kumpulan.

England terselamat daripada di letakkan dalam kumpulan bersama dengan musuh tradisi mereka iaitu EURO 2008 runners-up, Germany kerana mereka di letakkan di dalam 'Pot' yang sama. 2006 World Cup Champion, iaitu Italy juga di letakka di dalam 'Pot' yang sama diikuti dengan Russia. Jadi ada kemungkinan England akan di letakkan di dalam kumpulan bersama-sama dengan Spain, Portugal, dan France.

Ireland pula berada di dalam 'Pot 4' bersama-sama dengan France yang merupakan pasukan menyebabkan mereka tersingkir dalam pusingan play-off World Cup 2010 dengan jaringan kontroversi pada 2 tahun yang lalu. Jadi Ireland hanya akan dapat membalas dendam mereka ke atas pasukan France sekiranya kedua-dua pasukan layak ke peringkat seterusnya. 

Jadi, sama-sama kita nantikan proses undian EURO 2012 ini yang akan berlangsung pada 2 Disember 2011. Sekiranya Spain, England, Portugal & France di letakkan di dalam kumpulan yang sama, aku jangkakan yang juara kumpulan ini akan memenangi EURO 2012 ini. Walaubagaimana pun, aku berharap pasukan-pasukan ini tidak di letakkan di dalam kumpulan yang sama supaya diperingkat knock-out nanti, masih ada lagi pasukan-pasukan yang 'favorite' bertemu. 


Wednesday, November 16, 2011

Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011


Bagi mereka yang telah menceburi bidang blogging atau yang rajin baca blog, berkemungkinan besar tahu apakah Nuffnang ini. Bagi mereka yang masih belum mengetahui apakah Nuffnang ini, secara ringkasnya, ia merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang mengiklankan iklan-iklan di blog-blog. Kalau korang perasan, blog-blog yang terkenal terutamanya, pasti ada iklan di sebelah kanan, atas, bawah, mahupun tengah blog mereka. Ia bertujuan mendapatkan sumber pendapatan atau dijadikan pendapatan sampingan. Walaubagaimana pun, ada di antara mereka yang menjadikan ia sebagai sumber utama pendapatan mereka bagi mereka yang telah mempunyai ramai followers.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Nuffnang, anda boleh click di Nuffnang. Atau sumber dari Wiki


This time, aku bukan nak menceritakan detail pasal Nuffnang ini, aku cuma nak share berkaitan Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011. Aku bercerita bukan sebab aku dicalonkan (kalau aku dicalonkan, fuuuhhh!! tak tidur malam la. LOL!!), tapi sebab daripada blogger-blogger yang dicalonkan, anda boleh sama-sama mengetahui blog mana yang sangat popular di rantau Asia Pacific ini. Manalah tahu kot-kot ada di antara blog-blog yang dicalonkan itu menarik minat anda.

Untuk makluman korang, blogger-blogger yang dicalonkan mengikut kategori masing-masing, sekarang ini semuanya update kat blog diorang supaya ada yang vote untuk mereka. Kepada peminat-peminat blogger-blogger yang dicalonkan, jangan lupa untuk vote bagi memastikan blogger kesayangan anda meneruskan penulisan mereka dengan lebih bersemangat. Aku dah vote untuk HanisZalikha. (Promote sikit, mana tau kot-kot dapat kek mak Hanis buat kalau dia menang nanti. LOL!)

Kepada yang ingin mengetahui calon-calon yang tersenarai, sila click di Finalists atau anda boleh mengundi di sebelah kanan blog ini. Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada penulis blog di seluruh rantau Asia Pacific. Selepas 2 bulan pencalonan, pengundian & berkempen (macam pilihanraya dah ni), acara kemuncaknya adalah pada majlis anugerah berprestij tersebut di Putrajaya, Malaysia. Lebih kurang 500 penulis blog, termasuk nama-nama besar dari seluruh Asia Pacific akan dijemput untuk menghadiri majlis makan malam tersebut di Putrajaya Marriott pada 16 Disember 2011.

Sama-sama kita nantikan siapakah yang akan memenangi anugerah mengikut kategori-kategori yang dicalonkan. Hopefully HanisZalikha akan memenangi Most Influential Blog. Good luck for her.

Wednesday, November 9, 2011

Dosa dalam perkahwinan


Sedarkah kita bahawa perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab dan amanah? Perkahwinan itu bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan dan walimatulurus yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.

Jika sebelum ini kita hanya hidup bujang tetapi tiba-tiba ada manusia asing yang masuk ke dalam hidup kita. 

Jika sebelum ini kita hanya hidup dalam kelompok keluarga kita, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza dengan budaya hidup kita sebelum ini.

Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.

Entah berapa banyak "jika" untuk kita senaraikan.

Pendek kata perkahwinan itu suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang kita bina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak.

(Gambar sekadar hiasan)

Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?

Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Oleh sebab itu, kita perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.

Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, kita yang makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.

Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.

Oleh itu, jika kita masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:

"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."

Ada juga yang berkata:

"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."

Sedia itu merujuk kepada apa?
Ilmu rumahtangga?
Ilmu Agama?
Persediaan mental dan fizikal?

Semua aspek kita perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana kita mahu melayarkan bahterarumahtangga. 

Rumahtangga dan keluarga bagaimana yang kita mahukan?

Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?

Itu perlu ditanya pada diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana kita mahukan?
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.

"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat."(Imam Hasan al-Banna)

Firman Allah S.W.T:

" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"

Tetapi jangan pula kita takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini.

(Gambar sekadar hiasan)

Aku nikahkan Dikau ......  dengan anak ku ..... 
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat bukan tanggungjawab seorang suami?

Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga.

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang.  Persediaan dari ilmu rumahtangga, ilmu agama, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa. Wallahualam... 

Sumber disini.