Saturday, March 31, 2012

Isu tapak masjid di P.Pinang

Minggu ni topik utama Buletin Utama TV3 sibuk menayangkan berita berkaitan 'Isu tapak masjid di P.Pinang'. Semakin dekat pilihanraya, semakin banyak berita-berita tentang negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Aku tidak berminat untuk mengulas berkaitan isu politik tapi apa yang aku ingin tulis kali ni adalah berkaitan isu tanah sahaja.

Video di bawah adalah apa yang dilaporkan oleh Buletin Utama TV3 berkaitan 'Isu tapak masjid di P.Pinang'. 


Mungkin Buletin Utama tidak menyiasat secara menyeluruh sebelum berita ini ditayangkan. Sepatutnya Buletin Utama perlu membaca Kanun Tanah Negara terlebih dahulu sebelum menyiarkan berita ini. Pertama sekali, aku berada di negeri Selangor dan aku tidak mempunyai fakta-fakta berkaitan dengan apakah yang sebenarnya berlaku di P.Pinang itu. Tanah merupakan urusan negeri (land is state matter) dan setiap negeri mempunyai kaedah tanah negeri masing-masing. 

Jadi, apa yang boleh aku berkongsi dengan apa yang aku tahu berkaitan isu tapak masjid di P.Pinang ini adalah seperti berikut. Situasinya ada kemungkinan tanah itu merupakan tanah Perbadanan Pembangunan P.Pinang seluas lebih kurang 41.6 Hektar (102 ekar) yang telah diluluskan Kebenaran Merancang (KM) oleh Majlis Perbandaran P.Pinang (MPPP) pada 30.10.2006. Apabila sesuatu KM telah diluluskan, dalam pelan perancangan tersebut dengan keluasan tanah itu, sudah pasti terdapat cadangan tapak masjid, sekolah, balai polis, dan lain-lain kemudahan awam yang perlu diserahkan kepada kerajaan.

Apa yang perlu kita tahu adalah, tanah seluas seluas lebih kurang 41.6 Hektar itu adalah 1 Lot tanah. Jadi, tidak timbul sebenarnya isu penjualan tapak masjid tersebut kerana sebenarnya masih belum ada tapak masjid tetapi hanya cadangan tapak masjid yang terletak di dalam lot tanah Perbadanan Pembangunan P.Pinang tadi. Selagi belum berlakunya proses 'Pecah Sempadan Tanah' mengikut KTN, selagi itulah cadangan di atas lot tanah tersebut boleh dipinda. 

Kali ni aku akan terangkan dalam bahasa yang lebih mudah difahami. Sebagai contoh, aku ada 1 lot tanah seluas 100 ekar. Apabila aku nak develop tanah aku ni, aku akan submit KM kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan dalam pelan perancangan itu aku akan masukkan cadangan tapak sekolah, masjid, dewan dan sebagainya. Kesemua cadangan itu perlu diluluskan oleh PBT dahulu baru boleh aku melakukan proses 'Pecah Sempadan Tanah'. Selagi belum diluluskan proses 'Pecah Sempadan Tanah', selagi itulah cadangan tapak sekolah, masjid, dewan dan sebagainya tadi merupakan tanah aku dan selagi aku belum tanda tangan Borang 12B, KTN selagi itulah tanah itu merupakan tanah aku. Jadi, ikut suka akulah nak buat apa kat tanah aku.

Jadi, sama-samalah kita fikir adakah apa yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 itu adalah benar-benar fakta ataupun hanya demi kepentingan politik semata-mata. Jangan mudah percaya dengan aa yang disiarkan di dalam televisyen anda. Bacalah kerana sesungguhnya masih banyak ilmu yang perlu dicari di luar sana dan sebenarnya terlalu sikit ilmu yang kita ada ini.

No comments: