Last weekend aku dengan adik aku pergi tengok wayang. Actually aku pun memang dah lama tak tengok wayang since dah ada internet berkelajuan tinggi kat rumah ini. (ayat skema sikit) Tapi sekali sekala kena juga support karyawan-karyawan di negara kita ini jika kita rasakan filem tersebut very worthwhile. Disebabkan aku pun takde plan apa-apa last weekend, so aku pun decide untuk tengok wayang dengan adik aku since kitorang pun tak pernah tengok wayang kat MBO, KL Festival City.
Kenapa aku tengok filem Bunohan? First of all, aku follow twitter Zahiril Adzim then dia ada mention lama dah pasal filem Bunohan ini. Lepas tu, kat Blog Serius ataupun Obefiend kalau tak silap aku, ada mention benda yang sama dan review pasal filem ini. So aku pun terus Google & search kat Youtube. My first impression was this film memang banyak action la but jalan cerita nampak agak lain dari yang lain. So aku pun decide untuk tengok film Bunohan.
Selepas menonton film ini.
Terhibur
- Sebab pada pandangan aku, jalan ceritanya tidak sama seperti film-film Melayu yang lain yang lebih menjadikan cinta, hantu dan lawak sebagai jalan cerita. Ceritanya mempunyai unsur-unsur ganas, berfikir, dan kehidupan sebenar masyarakat di negara kita.
Berbaloi
- Sebab dengan membayar RM 12, aku dapat melihat, masih ada karyawan-karyawan menghasilkan film yang dapat menyampaikan message disebalik film yang dihasilkan. Pada pandangan aku, film ini sangat berguna kepada diri aku sendiri akan apa yang berlaku di negara kita ini terutamanya bangsa aku sendiri.
Jalan cerita
- Jika dibaca daripada website Bunohan itu sendiri, sinopsis film ini lebih kepada kisah tiga beradik yang telah terpisah dan mempunyai kehidupan masing-masing dan sangat berbeza. Walaubagaimana pun, pada pandangan aku, jalan cerita utama film ini adalah bagaimana seseorang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan sebidang tanah ayahnya. Di situ, kita dapat lihat, seorang anak sanggup membunuh ayahnya sendiri, dan adik beradiknya.
- Selain daripada itu, ada message yang hendak disampaikan iaitu bangsa Cina sangat berpegang pada janji ketika scene Adil (Zahiril) mengetahui yang dia adalah anak luar nikah.
- Dalam film ini juga ada disampaikan betapa mudahnya bangsa Melayu ini untuk melakukan sesuatu kerja terkutuk demi mendapatkan duit.
Mungkin pengarah film tiada niat untuk menyampaikan apa yang aku bagi review tadi tapi, pada pandangan aku sendiri, film ini adalah kisah realiti kehidupan masyarakat di negara ini. Mungkin tidak semua yang aku review tadi adalah tepat, tapi itu adalah pandangan peribadi aku. Kadang kala, sangat susah untuk seseorang itu terima kenyataan apa yang berlaku sekiranya perkara tersebut itu pahit / tidak sedap untuk dilalui namun itulah hakikatnya. Kita perlulah belajar menerima kenyataan jika apa yang berlaku itu pahit dan jadikan apa yang telah berlaku itu sebagai contoh supaya kita tidak akan mengulanginya di masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment