Video di bawah sangat mengingatkan kembali zaman masa aku sekolah dulu-dulu. Mungkin siapa yang lahir zaman sekitar 1980, pernah melalui detik-detik yang diceritakan di dalam video ini. Aku kagum dengan pengarah short film ini. Walaupun pelakonnya kebanyakan berbangsa Cina tapi pada pandangan aku, semua bangsa juga tidak kira Melayu, Cina dan India yang lahir ketika generasi ini memang melalui pengalaman yang sama. Tahniah kepada kumpulan Jinnyboytv sebab menghasilkan video yang sangat berkualiti.
Berbeza dengan zaman sekarang, pelajar sekolah kebanyakkannya lebih menghabiskan masa mereka dengan gadget-gadget yang terkini dan melayari internet. Mungkin disebabkan dunia tanpa sempadan ini membuatkan kurangnya communication skill dikalangan pelajar-pelajar. Mereka lebih gemar bersosial di Facebook, Twitter dan pelbagai lagi laman social yang lain.
Mari kita lihat perbezaan pelajar-pelajar sekolah zaman aku dulu dengan zaman sekarang.
BERKENALAN
- SEKARANG kalau nak kenal dengan pelajar yang lain atau yang kita minat, kita boleh search je kat Facebook atau Twitter, lepas tu add. DULU guna surat, takpun buku autograph. Siap ada pantun-pantun lagi, "Pen merah, Pen biru, You marah, I Love U".
PERHIMPUNAN PAGI
- SEKARANG kalau perhimpunan sekolah kebanyakkannya pelajar-pelajar duduk dalam barisan, tak mengikut ketinggian. DULU beratur mesti berdiri, ikut ketinggian lepas tu siap ada ayat, "Angkat tangan, jatuh, angkat, jatuh".
BEG SEKOLAH
- SEKARANG beg sekolah siap ada roda dan penarik, alat tulis, botol air semuanya branded. DULU beg sekolah semuanya sandang belakang, alat tulis pun ikat pakai getah je, botol air pakai botol mineral je.
PERMAINAN
- SEKARANG semua main permainan komputer, online games, PSP, Playstation, Xbox. DULU main tampar-tampar tangan, batu seremban, tutup botol, tekan-tekan pemadam, lompat getah, pijak kaki, dan lain-lain. (Lihat video di bawah)
Betapa banyaknya perubahan-perubahan yang dapat kita lihat di antara pelajar-pelajar sekolah zaman aku dulu dengan pelajar-pelajar sekolah zaman sekarang. I really miss that moment. Aku bersyukur sebab merasa melalui zaman aku sekolah dulu sebab sangat best!!! Thank you very much for those yang sama-sama menghasilkan video ini. ^_^
No comments:
Post a Comment