Tuesday, April 17, 2012

Project Glass oleh Google

Percayakah anda satu hari nanti kita tidak perlu menggunakan tangan untuk buat panggilan telefon? Kita tidak perlu buka laptop, mahupun tab untuk social network? Memang betul teknologi membuatkan manusia semakin malas. Semakin maju dan berkembangnya teknologi, semakin malas manusia untuk melakukan pekerjaan. 

Mari kita lihat kembali, bermula dengan zaman era awal wujudya telefon di Malaysia. Pada mulanya, telefon hanya boleh digunakan daripada rumah ke rumah, ataupun telefon awam untuk menghubungi di antara satu sama lain yang berjauhan. Tidak lama itu, telefon bimbit mula diperkenalkan dan kebanyakkan telefon bimbit semuanya besar-besar fizikalnya dan pemiliknya sudah pasti mereka yang berkemampuan sahaja. Tidak lama daripada itu, telefon bimbit semakin kecil dan nipis fizikalnya bagi memudahkan pengguna untuk membawa telefon itu ke mana-mana sahaja. Lama kelamaan, iaitu sekarang ini, telefon dikenali sebagai 'smart phone' iaitu telefon yang boleh digunakan dengan pelbagai fungsi baik daripada membuat panggilan telefon, sehingga mendapatkan maklumat menerusi internet.

Bayangkan betapa cepatnya teknologi itu berkembang. Setiap perkembangan teknologi itu ada kebaikan dan keburukannya. Jadi kita ambil mana yang baik. Hari ini aku nak berkongsi projek terkini Google iaitu Project Glass. Bila anda menonton video ini, anda pasti teruja dengan perkembangan Project Glass ini. 

- Cool -

Seperti yang kita tahu, boleh dikatakan Google, Apple, dan lain-lain lagi product sedang sibuk memperkenalkan teknologi 'Voice Search' bagi memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan peranti (device) mereka. Di barat, mungkin teknologi 'Voice Search' ini sudah digunakan secara meluas kerana mereka menggunakan bahasa English untuk berinteraksi dengan device mereka. Mungkin di negara kita agak lewat sikit untuk diperkenalkan dengan teknologi ini kerana masalah 'Voice Recognize' disebabkan 'slang' English kita tidak sama dengan 'slang' English di barat. Walaubagaimana pun, bagi handphone yang menggunakan android OS, mereka mempunyai 'Voice Search' di dalam bahasa Malaysia. Jadi tidak mustahil Project Glass ini juga akan berada di pasaran negara kita satu hari nanti.

Mungkin satu hari nanti, kita tidak menggunakan 'handphone' untuk berkomunikasi tetapi mungkin kita akan panggil dengan nama baru 'eye phone' kerana menggunakan penglihatan sahaja untuk berkomunikasi dan tidak perlu menggunakan tangan. Dengan design yang agak menaraik dan 'cool', tidak mustahil Project Glass ini akan memberikan kesan yang besar terhadap dunia teknologi akan datang. 




No comments: