Bagi mereka yang telah menceburi bidang blogging atau yang rajin baca blog, berkemungkinan besar tahu apakah Nuffnang ini. Bagi mereka yang masih belum mengetahui apakah Nuffnang ini, secara ringkasnya, ia merupakan sebuah syarikat pengiklanan yang mengiklankan iklan-iklan di blog-blog. Kalau korang perasan, blog-blog yang terkenal terutamanya, pasti ada iklan di sebelah kanan, atas, bawah, mahupun tengah blog mereka. Ia bertujuan mendapatkan sumber pendapatan atau dijadikan pendapatan sampingan. Walaubagaimana pun, ada di antara mereka yang menjadikan ia sebagai sumber utama pendapatan mereka bagi mereka yang telah mempunyai ramai followers.
This time, aku bukan nak menceritakan detail pasal Nuffnang ini, aku cuma nak share berkaitan Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011. Aku bercerita bukan sebab aku dicalonkan (kalau aku dicalonkan, fuuuhhh!! tak tidur malam la. LOL!!), tapi sebab daripada blogger-blogger yang dicalonkan, anda boleh sama-sama mengetahui blog mana yang sangat popular di rantau Asia Pacific ini. Manalah tahu kot-kot ada di antara blog-blog yang dicalonkan itu menarik minat anda.
Untuk makluman korang, blogger-blogger yang dicalonkan mengikut kategori masing-masing, sekarang ini semuanya update kat blog diorang supaya ada yang vote untuk mereka. Kepada peminat-peminat blogger-blogger yang dicalonkan, jangan lupa untuk vote bagi memastikan blogger kesayangan anda meneruskan penulisan mereka dengan lebih bersemangat. Aku dah vote untuk HanisZalikha. (Promote sikit, mana tau kot-kot dapat kek mak Hanis buat kalau dia menang nanti. LOL!)
Kepada yang ingin mengetahui calon-calon yang tersenarai, sila click di Finalists atau anda boleh mengundi di sebelah kanan blog ini. Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada penulis blog di seluruh rantau Asia Pacific. Selepas 2 bulan pencalonan, pengundian & berkempen (macam pilihanraya dah ni), acara kemuncaknya adalah pada majlis anugerah berprestij tersebut di Putrajaya, Malaysia. Lebih kurang 500 penulis blog, termasuk nama-nama besar dari seluruh Asia Pacific akan dijemput untuk menghadiri majlis makan malam tersebut di Putrajaya Marriott pada 16 Disember 2011.
Sama-sama kita nantikan siapakah yang akan memenangi anugerah mengikut kategori-kategori yang dicalonkan. Hopefully HanisZalikha akan memenangi Most Influential Blog. Good luck for her.

No comments:
Post a Comment