Di Malaysia, profesion perguruan adalah satu profesion yang paling unik. Guru tidak mengetahui masa bekerja mereka. Mereka hanya maklum perlunya datang sebelum waktu pengajaran dan pembelajaran bermula. Adapun waktu pulang/habis kerja, semua guru tidak berupaya memberikan jawapannya. Pihak kementerian pula hanya buat ‘tak tahu’ sahaja.
Keluhan dan rintihan guru seringkali kedengaran sehingga ada pihak yang iri hati. Pada mereka, kerja guru adalah senang dan banyak cuti. Tetapi yang pelik dan ajaib, pada mereka yang berpendapat sebegini ialah mereka tidak ingin untuk menjadi guru. Aku mencadangkan supaya korang menyelami dan membuat pemerhatian kerja guru dalam masa seminggu dan membuat rumusan sama ada sibuk atau tidaknya guru dalam melaksanakan tugas yang sebahagian besar (bukan kecil) adalah bukan tugas asasi mereka iaitu mengajar. Sudah beberapa kali dan di bawah beberapa orang menteri membuat kajian dan laporan kononnya mengkaji beban tugas guru tetapi sehingga kini tiada tindakan yang diambil untuk mengatasi beban guru. Malah pihak kementerian bukan meringan tetapi menambahkan lagi beban yang sudah sedia ada. Mutakhir ialah program memperkasakan ko kurikulum, satu pelajar satu sukan dan guru dipaksa menulis refleksi dengan pen merah atau pen hitan (arahan sentiasa bertukar warna pen).
Apakah kesudahan kajian beban tugas guru yang sudah tiga kali dibuat oleh para bijak pandai di atas sana? Isu ini akan di ‘play down’ lagi oleh mereka yang berkenaan apabila pihak kesatuan guru (yang hanya memperjuangkan kategori guru tertentu sahaja) bersuara. Seperti biasa, ia akan kecoh untuk beberapa jam dan selepas itu senyap di bawa angin dengan kelicikan minda pihak yang berkenaan. Para penguasa pun lega hati. Guru terus makan hati.
Benarkah guru kerja dari jam 7.30 hingga 1.00 petang. Mungkin ya bagi sekolah rendah tetapi bagi sekolah menengah guru bekerja dari seawal 7.20 am sehingga - ?? guru sendiri pun tidak tahu jam berapa walaupun secara amnya mereka balik jam 2.30 pm. Terdapat sekolah dimana Pengetuanya mengarahkan guru balik hanya selepas jam 3 petang. Kakitangan kerajaan yang lain bekerja dari 8.00am sehingga 5.00 pm iaitu Sembilan jam dan bersamaan dengan 45 jam seminggu. Adakah korang rasa guru bekerja kurang atau lebih dari 45 jam seminggu? Jadual di bawah ini menerangkan dengan lebih jelas jangkamasa kerja guru di sekolah menengah (bulanan).
JADUAL JANGKAMASA KERJA GURU SEBULAN
Hari
|
Waktu
|
Perkara
|
Jumlah (Jam) x 4 minggu
|
Catatan
|
Isnin
|
7.20am – 2.30pm
|
Hari kerja biasa
|
7
| |
Selasa
|
7.20am – 2.30pm
|
Hari kerja biasa
|
7
| |
Rabu
|
7.20am – 4.30pm
|
Hari kerja biasa + aktiviti Ko kurikulum
|
9
|
Terdapat sekolah yang memperuntukkan 2 hari untuk aktiviti Koku.
|
Khamis
|
7.20am – 2.30pm
|
Hari kerja biasa
|
7
| |
Jumaat
|
7.20am – 12.00pm
|
Hari kerja biasa
|
5
| |
Jumlah Sebulan
|
35jam x 4 minggu = 140
| |||
Sabtu ke 2 dan ke 4 sahaja
|
8.00am – 1.00pm
|
LADAP, Perkhemahan, Mesyuarat, Kursus, Kelas Tambahan, Gotong Royong, Program-program khas seperti Hari Pertemuan PIBG.
|
5 jam x 2 kali sabtu
=10 jam
|
Guru dipaksa merancang dan mengadakan program bukan dengan kehendak mereka!
|
Mingguan
|
Semasa, selepas waktu persekolahan
|
Memeriksa kerja/buku pelajar, persediaan soalan ujian/ peperiksaan, buku rekod dan pesediaan kelas
|
5 jam seminggu x 4 minggu = 20 jam
| |
Aktiviti lain sepanjang Isnin – Jumaat.
|
3.00pm – 5.00pm atau sehingga 6.00pm
|
Kelas tambahan dan berpuluh-puluh jenis mesyuarat seperti Mesyuarat Bidang, Panatia, HEM, KoKu, Disiplin, AJK2, latihan sukan dll.
|
4 jam (atau lebih tetapi tidak kurang) x 4 minggu = 16 jam
|
Aktiviti ini bergantung kepada pihak pentadbir dan lazimnya wujud setiap minggu sekurang-kurangnya sekali
|
Aktiviti Tahunan
|
4 hari = 96 jam
|
Perkhemahan Koku, Kaunseling, lawatan dan aktiviti HEM di mana Guru dipaksa tidur di tapak perkhemahan
|
96 jam/12 bulan = 8 jam
| |
Jumlah jam keseluruhan (Bulanan)
|
140 + 10 + 8 + 16+8 =182 jam
|
Jumlah ini bukan konklusif kerana waktu program adalah tidak tetap.
| ||
Purata Masa Bekerja Seminggu
|
178 /4 minggu= 45.5 jam
|
Dari jadual di atas, kita dapati guru bekerja lebih lama dari mereka yang bekerja waktu pejabat. Perlu difahami bahawa jangkamasa waktu yang dipaparkan di dalam jadual adalah anggaran sederhana sahaja. Realitinya guru memperuntukkan masa yang lebih lama dari yang dicatatkan di dalam jadual. Guru yang sejati akan membawa pulang kerja mereka ke rumah khususnya buku-buku latihan para pelajar untuk diperiksa. Pihak kementerian memberi kebenaran untuk pihak sekolah/pengetua mengarah guru bekerja pada dua kali sabtu dalam sebulan di atas rasional yang tidak kita ketahui dan fahami. Tetapi itu bukanlah satu kemestian. Malangnya pihak pengetua memaksimakan penggunaan kedua-dua sabtu (seolah-olah ianya wajib) tersebut untuk memaksa guru hadir ke sekolah bagi melaksanakan tugas yang sebahagiannya bukan tugas guru seperti gotong-royong, melukis mural, mereka bentuk lanskap sekolah, mengecat kelas, kursus-kusus dalaman yang membosankan (termasuk LADAP) seperti ‘team-building’ dan sebagainya. Tetapi mereka yang berkepentingan (pengampu) akan berhujah bahwa guru menikmati cuti penggal persekolahan sebagaimana pelajar sekolah.
Kita ingin maklumkan bahawa oleh kerana gaji guru sebagai ‘kuli berijazah’ adalah kecil, maka mereka terpaksa mencari duit lebih seperti menjadi pemeriksa dan ‘invigilator’ untuk peperiksaan awam seperti SPM atau STPM. Oleh itu mereka bekerja dalam cuti. Perlu difahami sifat kerja guru adalah berlainan khususnya dari sudut psikologi. Setiap hari guru tidak melakukan kerja yang sama sepertimana profesion lain. Guru mengajar topic atau tajuk yang berlainan dengan pendekatan dan kaedah yang berlainan. Melayan karenah pelajar yang tidak boleh dipukul dan dimarahi sebarangan kerana kekangan peraturan dan undang-undang. Ini memberi kesan psikologi yang mendalam kepada minda mereka. Guru bukan sahaja bekerja di dalam pejabat, kelas, padang malah juga dalam hutan seperti dalam kegiatan ko kurikulum yang melibatkan jungle tracking. Guru dipaksa menjadi ‘nanny’ atau penjaga budak kepada semua pelajar dibawah tanggungjawab pengajaran mereka. Setiap guru mesti mengetahui kepandaian,kelemahan, kecenderungan dan keistimewaan 130 -150 pelajar mereka. Ini semua adalah kerja yang amat rumit dan memerlukan masa tumpuan dan komitmen yang amat tinggi. Guru bertanggungjawab menyalur ilmu kepada para pelajar dan setiap hari tugas mereka adalah tidak sama dalam konteks penyaluran ilmu yang berbeza kepada pelajar. Oleh itu fenomena ‘stress’, ‘tension’ dan ‘burn out’ tidak dapat dielakkan. Kita amat yakin pihak kementerian maklum tentang perkara ini. Malah kita yakin Menteri atau Ketua Pengarah Pelajaran pun tidak akan mampu melakukan perkara ini walaupun mereka dinobatkan kononnya sebagai orang yang hebat.
(sumber)
Untuk maklumat lanjut berkaitan nasib guru di Malaysia, sila click Guru.
1 comment:
aku tetap seronok jadi cikgu....
Post a Comment