Saturday, November 26, 2011

Muhamad Nazmi Faiz Mansor

Setelah Malaysia menjuarai acara bola sepak di dalam Sukan SEA baru-baru ini, nama Nazmi Faiz sentiasa menjadi buah mulut hampir di seluruh Malaysia. Siap trending nama Nazmi Faiz kat twitter masa final bola sepak di antara Indonesia vs Malaysia. Tidak dinafikan Nazmi Faiz memang seorang pemain yang sungguh berbakat dan bersemangat. Alangkah hebatnya pasukan Malaysia sekiranya mempunyai pemain-pemain seperti beliau. Mungkin masih ramai pemain-pemain yang berbakat di luar sana cuma mereka tidak diberi peluang untuk bermain di pentas negara.


Muhamad Nazmi Faiz Mansor dilahirkan pada 16 Ogos 1994 dan ketika ini beliau hanya berumur 17 tahun. Beliau merupakan pemain termuda dalam skuad Olimpik Malaysia dan skuad Sukan SEA baru-baru ini. Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan bersekolah di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dengan ketinggian hanya lebih kurang 1.67 meter, beliau dapat menunjukkan bahawa fizikal bukan menjadi penghalang untuk menjadi pemain yang baik.  

Kehebatan beliau dalam menguasai bola, menggelecek lawan, membuat hantaran bola dari tengah, mengambil bola dari kaki pihak lawan, membuatkan aku berbangga menjadi penyokong Malaysia. Gaya permainan beliau mengingatkan aku kepada Cesc Fàbregas semasa mula-mula beliau bermain untuk pasukan Arsenal ketika beliau juga berusia 17 tahun dengan rambut ala-ala mat rempit. Tidak mustahil sekiranya beliau diberikan peluang untuk bermain diperingkat antarabangsa, permainan dan skill beliau akan mampu setaraf dengan bintang-bintang seperti Paul Scholes, Pablo Aimar, Xavi dan lain-lain midfielder yang bertubuh kecil. 

Selama aku mengikuti perkembangan bola sepak di negara Malaysia ini, (aku mula menonton bola sepak Malaysia sejak dari darjah 1 iaitu tahun 1990 dan ketika itu aku merupakan penyokong setia pasukan Selangor) belum pernah aku lihat ada pemain midfielder Malaysia yang berbakat seperti beliau. Dengan umurnya yang masih muda, tidak mustahil beliau boleh mengharumkan nama negara seperti Allahyarham Mokhtar Dahari. Aku berharap, FAM tidak akan mensia-siakan bakat yang ada pada Nazmi Faiz ini. All the best Muhamad Nazmi Faiz.

  

No comments: