Tuesday, May 29, 2007

Hot FM menerjah McD Sec 3, Shah Alam

Last week on 26th May 2007, dengan semangatnya aku bangun pagi pergi shah alam nak jumpa Fara Fauzana. Haha! Hot FM menerjah McD Sec 3 Shah Alam. Untuk 50 orang yang datang awal kat McD tu start from kul 7 am, dapat makan breakfast free. Aku budget takda orang yang datang awal sebab hari cuti siapa la nak bangun awal sebab nak tengok Hot FM tu semata. Huhu! Sekali rupanya on da way aku nak sampai sana, aku dengar dah ramai yang datang. Betul-betul unexpected la. Aku sampai sana around 8 am. Aku pergi dengan Helmi.

Aku rasa berbaloi la pergi sana sebab Fafau & FBI memang pandai layan orang yang datang. Banyak program yang diorang buat macam jawab soalan, pastu untuk budak-budak kecik pun ada la activity for them. Acara yang climax dapat hadiah RM 500 tapi aku tak kesampaian nak masuk sebab siapa yang nak masuk kena ada duit syiling 20 cent tahun 2005 yang paling banyak. Huh! Aku ada dua keping je. Kalau tak at least boleh aku dapat baju Hot FM tu. Takpe la, takda rezeki.

Yang penting hari tu aku dapat bergambar dengan Fara Fauzana. Haha! Helmi pun dapat gak bergambar dengan dia. Aku pun tak balik dengan tangan kosong la. Aku dengan helmi dapat voucher McD RM 10 dengan sticker Hot FM. Jadi la, dari tak dapat apa-apa. Hehe! Semua tu abes pukul 10 lebih gak la. Apa-apa pun, 'Hot FM memang lebih hangat dari biasa!'


p/s: man, jangan jeles aku dapat bergambar dengan Fafau.. haha!!

3 comments:

rose said...

Dok jeles pong...muehehehhe

Badrul Hisham said...

hehe..yela, sbb bukannye fendi yg bergambar dgn fara..haha!!

rose said...

Ala..kalau fandi yg bergambor pong aku tak jeles..keh keh keh..eh..ye ke?? ermmm...huhu