Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Merdeka

Walaupun Hari Merdeka jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957, namun sehingga harini (kelmarin) Hari Kemerdekaan ini masih diingati oleh setiap rakyat Malaysia. Walaupun pada tahun ini iaitu 2011 sambutannya agak kurang meriah kerana bertembung dengan 2 Syawal namun tarikh tersebut tetap menjadi ingatan disanubari setiap rakyat Malaysia. 

Namun begitu, tidak semestinya untuk mengingati Hari Kemerdekaan tersebut kita perlu berbaris di Dataran Merdeka, di Putrajaya, etc. Banyak lagi cara lain untuk kita menghayati Hari Kemerdekaan ini seperti mengenang kisah-kisah pejuang sebenar yang menuntut kemerdekaan untuk tanahair kita. Mengkaji sejarah pejuang-pejuang tanahair kita dahulu bukan hanya bersumberkan buku teks sekolah yang belum tentu kesahihan faktanya. Dengan zaman technology kini, kita boleh memperoleh segala maklumat dengan percuma cuma perlu rajin untuk mencari sahaja. Bukan semua maklumat yang kita perolehi tersebut betul tapi at least kita ada pelbagai sumber untuk dijadikan rujukan.

Selain itu juga, kita boleh menanam sikap cintakan negara kita dengan pelbagai cara seperti tidak menghianati negara kita dengan memberi maklumat rahsia negara untuk kepentingan peribadi. Mungkin pada pemberi maklumat merasakan maklumat yang diberikan itu terlalu kecil namun impak / kesan sampingannya sangat memudaratkan negara. Sebagai contoh, cuba kita fikirkan bagaimana tanah air kita, di Melaka boleh diserang oleh penjajah? Bukan mudah untuk menjajah sesuatu negara tapi mungkin disebabkan tiada semangat patriotik dalam diri membuatkan tanah air kita dijajah. Jangan sangka seorang penjaga pintu masuk negara merupakan sesuatu jawatan yang kecil, walaupun kecil jawatan tersebut kalau hendak dibandingkan dengan menteri-menteri namun  sekiranya penjaga pintu masuk negara itu tidak mempunyai semangat patriotik yang tinggi, tidak mustahil negara kita dengan mudah diserang oleh penjajah.

Apa yang hendak aku sampaikan bukanlah kisah sejarah tapi apa yang aku nak sampaikan, kajilah sejarah. Sebagai contoh yang tengah hangat diperkatakan di media-media sekarang adalah kisah Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) yang didakwa sebagai penyokong Komunis kerana menggelarkan Mat Indera sebagai hero dalam memperjuangkan kemerdekaan. Siapakah Mat Indera? Benarkah apa yang diceritakan oleh media-media di Malaysia? Zaman technology ni kalau korang tak tahu something tu, korang boleh Google je. Bagi memudahkan korang untuk kenal siapa Mat Indera ni, click kat Mat Indera. Mungkin korang boleh mengetahui siapakah Mat Indera itu dari sumber yang lain. Apa yang aku link kan itu adalah kerana pada pandangan aku, ianya adalah penjelasan secara ringkas, siapakah Mat Indera itu.


Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama mengekalkan kemerdekaan tanah air kita ini. Siapa yang memperjuangkan kemerdekaan janganlah dijadikan punca perbalahan tapi yang perlu dihayati adalah bagaimana perjuangan kemerdekaan tersebut. Sejarah ini ditulis oleh MANUSIA. Jadi, selagi manusia yang menulis sejarah, tidak akan dapat kita ketahui kebenarannya melainkan apa yang tertulis di dalam Al-Quran. Sejarah ditulis oleh yang menang, jadi sudah pasti sejarah ditulis mengikut citarasa yang menang.

Kat bawah ini ada video Made by Malaysian oleh MatLutfi untuk renungan bersama. Siapa MatLutfi? Semalam pukul 1100 pm kalau tak silap aku, kat Astro Awani ada bual bicara bersama Yuna dan MatLutfi. Jadi, pada aku, karya MatLutfi ini juga diiktiraf oleh rakyat Malaysia dan untuk itu, korang boleh nilai pandangan beliau selepas menonton video di bawah.


Tuesday, August 30, 2011

Kad raya, SMS raya & Comment raya

Sempena malam 1 Syawal ini, semua rancangan TV sibuk dengan Salam Aidilfitri, aku yang dah kekenyangan makan lemang dengan ketupat kat rumah nenek tadi, dapat ilham untuk tulis pasal tajuk kat atas tu. Ramai yang dah selamat pulang ke kampung halaman masing-masing, alhamdulillah. Bagi aku yang tiada kampung (ada kampung cuma kampungku terletak di bandar) perlulah mencari idea yang bermenafaat untuk digunakan ketika mengunggu orang-orang balik ke bandar. LOL!! Di sini aku cuma ingin mengimbau Revolution Ucapan Hari Raya yang ala-ala Revolution iPhone gitu. Lol!!


KAD RAYA

Kalau zaman dulu-dulu, asal nak habis ramadhan, kat Pasar Seni tu penuh dengan orang nak cari kad raya. Tak pun, kat shopping complex pun mesti beratur orang nak cari kad raya. Ada yang jenis bila buka kad tu, bunyi lagu raya, ada ayat pada kad raya tu sangat bermakna, ada kad yang jenis lawak jenaka, etc. Harga kad raya pula boleh kata lebih kurang RM 1 ke RM 2 juga la sekeping. Kalau nak yang murah, kena beli yang sekali dalam 1 pack yang ada 5 keping tapi tak bolehlah nak pilih. Lepas tu, kita juga perlu membeli setem untuk poskan kad raya tersebut.

Selalunya orang yang menerima kad raya ini mesti time raya akan gantung kad-kad yang diterima dengan pelbagai kreativiti. Ada juga yang letak dalam dulang sebagai perhiasan & ada juga yang hanya menyimpan kad-kad raya tersebut.


SMS RAYA

Start bermula sekitar tahun 2007, rakyat Malaysia dah mula boleh dikatakan setiap orang memiliki handphone. Tak kira handphone tu murah ataupun mahal. Pada ketika itu, masih lagi terdapat penjualan kad-kad raya namun sambutan untuk jualan tersebut semakin berkurangan. Rakyat Malaysia lebih gemar untuk menghantar SMS raya bagi mengucapkan Selamat Hari Raya & memohon kemaafan. Pelbagai bentuk SMS yang kita boleh perolehi pada ketika itu, baik yang ayatnya formal ataupun pantun.

Perubahan ini disebabkan kos untuk menghantar SMS adalah lebih murah berbanding dengan membeli kad raya. Kos untuk menghantar SMS pada ketika itu adalah sekitar RM 0.10 ke RM 0.20. Jadi, pengguna lebih gemar untuk menghantar SMS ucapan hari raya berbanding menghantar kad ucapan hari raya.

Selain kos SMS lebih murah berbanding kad, SMS juga adalah lebih pantas berbanding kad raya yang perlu di hantar ke pejabat pos. Cuma pada ketika sehari sebelum raya atau malam raya, mungkin disebabkan network congestion, kadang-kala SMS yang dihantar akan pending. Walaubagaimana pun, biasanya SMS tersebut akan tetap delivered.

Bagi penerima SMS ucapan hari raya ini pula, pada ketika zaman hanphone yang belum mempunyai memory card, biasanya apabila inbox mereka penuh, mereka akan delete SMS-SMS yang agak kurang menarik. Jadi sentimental value untuk SMS yang dihantar sudah tiada.


COMMENT RAYA

Comment raya ini lebih tertumpu kepada zaman era Facebook (FB) diperkenalkan. Boleh dikatakan hampir 3/4 rakyat Malaysia mempunya account FB tak kira muda mahupun yang tua. Dengan adanya internet connection di merata-rata tempat, pengguna boleh menghantar ucapan hari raya di ruangan comment FB saudara-mara, kawan-kawan dan kenalan. Boleh dikatakan dengan adanya FB ini, kos untuk menghantar ucapan hari raya menjadi percuma.

Pelbagai bentuk comment yang disampaikan di antara satu sama lain. Masih lagi terdapat ayat-ayat pantun dan formal. Walaubagaimana pun, ada juga yang hanya menghantarkan comment SHRAMZDB. Apakah itu? Jenuh juga la memikirkan kalau dapat comment macam tu. Rupanya SHRAMZDB adalah Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

Penerima comment di FB untuk ucapan hari raya masih dapat melihat comment tersebut selagi masih ada di data base FB. So sentimental value tu masih ada cuma dari segi ucapan tu dah kurang menarik berbanding zaman dulu-dulu.

Kesimpulan yang dapat kita lihat, technology banyak mengubah cara hidup pengguna di dalam dunia kini bagi kaedah penyampaian ucapan hari raya. Ada kepada kebaikan dan ada kepada keburukan. Semakin berkembangnya technology, pengguna dapat berjimat cemat dalam menyampaikan ucapan hari raya. Walaubagaimana pun, dengan adanya technology, penggunaan bahasa dalam menyampaikan ucapan hari raya sudah semakin rosak akibat sikap kemalasan pengguna untuk menggunakan bahasa yang betul.

Apa-apa pun, kad raya tetap menjadi pilihan aku jika nak dibandingkan ketiga-tiga kaedah tersebut tapi disebabkan technology ini menjimatkan, aku pun dah tidak menghantar ucapan hari raya gunakan kad raya. For me, kad raya adalah something yang ada sentimental value & aku still simpan semua kad raya yang aku pernah dapat since sekolah menengah & sometime, bila kemas-kemas, baca balik kad-kad tersebut, rasa dekat je dengan rakan-rakan aku. Lastly from me;

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN.

Sunday, August 28, 2011

Twitter @NajibRazak & twitter @yunamusic


Twitter merupakan salah satu medium untuk berkomunikasi antara satu sama lain di zaman technology masa kini. Twitter juga merupakan cara untuk seseorang mendekati orang yang glamour seperti ahli politik, artis, etc. Dengan adanya twitter, banyak maklumat yang kita boleh perolehi dengan pantas.

Sebagai contoh, dengan adanya twitter @plustrafik , para pengguna lebuhraya plus dapat mengetahui jalan-jalan yang mengalami kesesakan akibat kemalangan, baikpulih jalan, etc dengan cepat dan dapat merancang perjalanan dengan lebih baik.

Dengan adanya twitter, kejadian earthquake baru-baru ini di New York City, dapat membantu penduduk berdekatan dengan New York City untuk mengambil langkah berjaga-jaga. Satu dunia yang menggunakan twitter dapat mengetahui apa yang berlaku dan diperkatakan dengan melihat ke trends worldwide.

Di sini aku ambil contoh twitter @yunamusic dan twitter @NajibRazak :


Yuna merupakan seorang singer songwriter from Malaysia. Yuna merupakan artis Malaysia pertama yang account twitter nya disahkan (verified) pada 25 Ogos 2011. Bagaimana nak tahu account twitter seseorang itu telah verified atau belum? Korang boleh lihat pada sebelah nama di twitter individu tersebut ada bertanda () Dengan adanya tanda right itu, bermakna account twitter anda telah di verified by twitter. Bermakna, biodata anda adalah sah. Sumber diperolehi di sini.

Trends worldwide pula adalah fungsi untuk mengetahui apa yang sibuk diperkatakan di seluruh dunia. Sebagai contoh di twitter @NajibRazak. Pada 23 Ogos 2011 baru ini, di twitter @NajibRazak telah mengemukakan soalan seperti di bawah.
Tidak lama selepas @NajibRazak tweet, di trends worldwide terus keluar #1MalaysiaTshirtSlogan. Antara yang ada di #1MalaysiaTshirtSlogan adalah seperti di bawah yang diperolehi dari blog.ariff.

Berikut adalah adalah antara fungsi-funsgi twitter yang sebenarnya salah satu cara untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Video di bawah adalah video mempromosikan twitter yang agak menarik & simple.