Monday, July 25, 2011

Belajar Tawakal Daripada Semut..

Kisah yang hendak dikongsi bersama hasil bacaan Beduk Diketuk.

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperluankannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebiji gandum.

Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam suatu botol dengan diletakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu ditutup. Cukup tempoh setahun, mulut botok itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang hendak dimakan oleh semut tersebut.

Nabi Sulaiman a.s. bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.

Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s.) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun, apa akan terjadi kepadanya?

LEBIH YAKIN JAMINAN ALLAH

Ertinya semut lebih yakin jaminan Allah ketika di luar botol berbanding 'jaminan' manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

Inilah sifat tawakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari daripada semut. Jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezeki. Bergantunglah kepada Allah.

Kalau ada pihak yang berkata, saya jamin bekalan makanan atau simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun, jangan terlalu yakin. Sebaliknya bertawakallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika tidak, kita akan dikecewakan. Jadilah seperti semut itu.

Berapa kerat manusia yang benar-benar mengambil panduan daripada ajaran Islam ketika berhadapan dengan krisis dan kemelesetan ekonomi?

Ada seruan yang menganjurkan supaya hidup berjimat ketika ekonomi meleset pada hal Islam menganjurkan jimat cermat tanpa mengira situasi dan keadaan. Orang membazir adalah saudar syaitan. Tidak kira sama ada semasa ekonomi meleset atau stabil, sama ada dalam keadaan harga minyak naik atau tidak.

Ada pula pihak yang menguar-uarkan agar dilakukan perubahan gaya hidup dalam keadaan sekarang. Sinisnya, bukankah cara hidup orang Islam ialah cara hidup Islam, apa lagi yang hendak diubah?

Jarang-jarang benar kita mendengar tafsiran yang lebih tersirat tentang apa yang berlaku kini. Maksudnya, tafsiran yang merujuk kepada musabbabil asbab (faktor penyebab) bukan hanya asbab (sebab).


Hasil karya;
Pahrol Mohd Juoi.

Monday, July 11, 2011

Kenapa Beli Double Cheese Burger Di McDonald's??


Sebagai ex-crew McDonald's, hari ni nak maklumkan kepada rakan-rakan yang aku baru lepas kekenyangan makan Double Cheese Burger McD. Beli 1 dengan harga RM 6.50, dapat percuma 1 lagi burger yang sama.

Ni nak guna ayat yang ala-ala promoter untuk Double Cheese Burger la ;

'A Duolicious tower of juicy beef & cheese. Two tasty 100% halal beef patties coupled with two slices of high-calcium cheese.'
BUY 1 GET 1 FREE Double Cheeseburger ala carte. Available from 11 to 13 July 2011 (11am to 12 midnight).


Jangan lupa share link di atas kepada family & friends. Sharing is caring.
Credit to Nasa sebab bagi link ni.

Sunday, July 10, 2011

Kenapa Tengok Cerita JUVANA (ISNIN-TV3-9.00PM) Tapi Tak Tengok Cerita GADOH (2009) ???


1 Malaysia sibuk & asyik bercerita pasal Bersih 2.0 tak kira televisyen, radio, internet malah di luar Malaysia pun ada juga bercerita benda yang sama. Apakah tujuan media-media tersebut cerita pasal Bersih 2.0 ?? Salah satu sebab utama untuk menyampaikan berita kepada rakyat samada sumber dari media-media tersebut boleh dipercayai atau tidak, rakyatlah yang tentukan sendiri. Selain tu juga, dengan cerita Bersih 2.0 inilah yang akan dapat menaikkan rating tak kira media internet atau televisyen. Semuanya memikirkan untung masing-masing.

Tapi ada tak media-media ini semua memikirkan cara untuk mengatasi masalah yang sedang melanda di negara Malaysia ini?? Apa yang dah berlaku, cuma tinggal sejarah, sama macam Bersih 2.0 ni juga. Kita patut buat postmortem untuk apa yang dah berlaku tapi bukan sibuk mencari kesalahan orang lain.

Ok, off topic pasal Bersih 2.0. Sekarang kita berbalik kepada tajuk entry kali ini. Andaian aku, most of the Malaysian tengok cerita JUVANA, hari Isnin jam 9.00 pm di TV3 sebab ramai office-mate aku tengok, member-member university adik aku tengok, so aku membuat andaian ramai yang tengok. Apakah yang menarik cerita JUVANA ni?


PELAKON

Boleh kata hampir semua pelakon cerita ini semuanya hebat-hebat (walaupun tak sehebat pelakon yang dah menang anugerah-anugerah bintang popular). Semuanya pandai menghayati watak. Kalau yang perempuan mesti cakap sebab ada Zahiril & kalau laki pula mesti cakap sebab ada 'Cikgu Zakiah'.

STORY LINE

Cerita remaja sekarang yang lebih kepada realiti kehidupan sebenar sangat mendapat sambutan di televisyen. Dengan cerita yang mengisahkan kehidupan di sekolah Juvana yang lebih kurang kehidupan di asrama sememangnya mendapat sambutan orang ramai.

SEBAB BOLEH DITONTON DI TV3

Bila sebut boleh ditonton di TV3, siapa yang tahu & minta cerita macam ni, for sure orang tu akan tunggu hari Isnin, jam 9.00pm mengadap depan TV. Tapi kalau tak boleh ditonton di TV3 atau mana-mana siaran televisyen, adakah cerita ini akan jadi menarik??

Ok, sebenarnya bukan nak cerita detail pun pasal cerita JUVANA ni sebab kalau agak-agak siapa yang nak tau detail, tunggulah hari Isnin, 9.00 pm, TV3 ye.

Sebenarnya nak cerita pasal cerita GADOH (2009). Cerita ini dah keluar since 2009 lagi. Tapi agak-agaklah, berapa percent rakyat Malaysia yang dah tengok kalau nak compared dengan cerita JUVANA ni? Actually jalan cerita lebih kurang sama cuma ;

JUVANA
(CERITA BUDAK SEKOLAH YANG BERMASALAH DI SEKOLAH JAHAT)
manakala
GADOH
(CERITA BUDAK SEKOLAH YANG BERMASALAH DI SEKOLAH YANG PELBAGAI KAUM).



Tadi dah cerita sedikit pasal cerita JUVANA, sekarang cerita apa pula yang menarik cerita GADOH?

1 - STORY LINE

Story line lebih kurang sama macam JUVANA tapi GADOH lebih kepada perkauman (racist). TAPI, lepas tengok nanti bandingkan, racist yang ke arah kebaikan atau keburukan.

2 - STORY LINE

Background family (cara didikan keluarga) sangat penting dalam membentuk anak Malaysia yang berguna atau supaya anak Malaysia tidak racist.

3 - STORY LINE

Mentality setiap kaum perlu diubah kalau nak hidup dalam pelbagai kaum ni, Jangan Cepat Melatah, Jangan Cepat Ikut Emosi, Jangan Ikut Amalan Lama Yang Menimbulkan Racist, etc.

4 - STORY LINE

Cerita ni memang menggambarkan kehidupan sebenar kehidupan di Malaysia. Jangan terlalu fokus kepada cerita budak-budak di sekolah tersebut, cuba tengok apa yang cuba disampaikan pasal kisah Cikgu Pengetua & Cikgu Penolong Kanan sekolah tu. Kisah cikgu-cikgu tersebut menggambarkan reality kehidupan di alam pekerjaan.

5 - STORY LINE

Cerita ni pun menggambarkan kehidupan politik di Malaysia. Cuba perhatikan di hujung babak cerita ini semasa 'Menteri Pelajaran' datang menonton persembahan teater tersebut. Itulah reality kehidupan di Malaysia. Bagaimana cikgu nak mendidik anak Malaysia kalau pihak atasan hanya membuat kerja untuk mendapatkan 'award' ??

Cukuplah sedikit sebanyak yang spoiler yang disampaikan. Kalau nak tau lagi lanjut, kenalah tonton sendiri cerita GADOH ni. Sebelum aku bagi link, bila tonton cerita ni, JANGAN CEPAT MELATAH, TONTON SAMPAI HABIS. Kalau nak tahu pasal sinopsis cerita ni sila click GADOH. Kalau nak tengok full, bolehlah tengok kat youtube, click kat GADOH.