Friday, November 28, 2008

Ayat-ayat cinta...


Sekian lama aku copy cite 'Ayat-ayat Cinta' ni, baru malam ni aku dapat layan..Disebabkan tak tau nak buat apa...Aku budget mesti tertido layan cite macam ni tapi bila dah layan, perhh!!memang best!!!Ayat-ayat Cinta ni la 1st love story yang betul2 banyak mengajar kita supaya insaf dalam bercinta dan berani memperjuangkan Islam dan menjadi kan diri kita sebagai model kepada agama lain untuk menarik agama lain untuk memeluk Islam...

Cerita ni bukan semata-mata mengisahkan cinta yang biasa kita tonton sebelum ni tapi cerita ini mempunyai banyak message untuk disampaikan kepada remaja masa kini...

Antara message yang dapat aku terima ialah kita perlu lah bersabar dalam menghadapi apa juga dugaan yang Allah berikan...Setiap dugaan pasti ada hikmahnya..Selain itu juga, kita perlulah membantu orang yang berada dalam kesusahan tak kira walaupun mengancam keselamatan kita sama sekali...Kita juga perlulah menghormati perempuan...kita tidak boleh berputus asa dalam mengharungi kehidupan ini...Kita perlulah sentiasa mengingati Tuhan kita...

Dan banyak gak la lagi messsage yang telah disampaikan dalam cerita ini...Lepas ni nak baca novel pulak...adik aku & my best friend (nasa) ckp novel lagi best dari movie...so aku pun tak sabar nak pinjam novel kat adik aku ni...So mayb lepas ni lambat la sket update..


Muhasabah diri..

Bila direnung balik, terlampau banyak dosa yang dah aku buat...Baik dengan Tuhan, ibubapa, guru, sahabat...Aku hanya mampu berdoa supaya taubat ku diterima...Bila fikir dan renung balik diri aku ni, bila dalam kesusahan baru la nak ingat Tuhan...Nape la macam tu???Kenapa?? Ya Allah, ampunkan la hambamu ini...

Sesungguhnya, sejahat mana aku, sebanyak mana kesalahan yang telah aku lakukan, bila aku susah, tetap aku berdoa kepada Tuhan...Kepada Tuhan juga la aku mengadu...tiada teman yang dapat memahami aku bila aku dalam kesusahan...Tiada teman yang sentiasa boleh menerima kita sepanjang masa...tiada teman yang sanggup mendengar rintihan hati aku melainkan Allah swt..

Aku hanya lah insan kerdil yang sering melakukan kesilapan...Manusia sememangnya sukar untuk menerima dan memaafkan seseorang jika seseorang telah melakukan kesilapan...Termasuklah diri ku ini..Kenapa???

Ya Allah, Kau berikan lah aku kekuatan untuk meneruskan hidup dengan segala ujian yang Kau berikan...Sesungguhnya aku berasa malu kepada Mu kerana sering terlupa pada Mu ya Allah...Ampunkan lah aku...

Aku berharap agar aku tidak mengulangi segala kesalahan yang telah aku lakukan sebelum ni...Amin..




Monday, November 24, 2008

Happy Birthday Manoq!!


24 November 1983, lahir la insan bernama Faiz Mohamad Nor bin Kamarulzaman..Aku pun tak ingat betul ke tak ejaan nama dia..Sorry ya my friend..Faiz @ Manoq is my best friend since form 3..Actually manoq la banyak kenangan aku dengan manoq ni baik sedih @ happy... Actually at 1st aku agak 'kureng' sket dengan mamat ni sebab budget macam bagus je..Hehe!!bila dah lama kenal baru la tau dia ni memang sorg yang baik..

Aku kenal dia & rapat dengan dia sebab masa tu kitorang partner main sepak takraw..masa tu dia main 'killer' & aku as a 'feeder'..Time tu memang berebut la nak partner dengan aku sebab aku terror 'feed' bola untuk 'killer' (bukan bangga tau tp kenyataan) Hehe!! Start lepas Cikgu Adnan ada, kitorng partner 3 orang..time tu manoq main tekong sebab cikgu adnan dia lipat gulung...hehe!!

Kenangan paling aku takle lupa dengan manoq ni time aku gaduh dengan dia masa form 4 kalau tak silap..Time tu baru balik sekolah, dia boleh kacau aku tido yang agak melampau sampai bertumbuk gak la..Hehe!!tapi last2 aku yang sedih sebab rasa bersalah..masa tu agak lama gak la aku tak bertegur dengan dia..ada la 3 hari..

Gambar kat atas ni time tu aku still tengah gaduh dengan dia..hehe!!tu tak dok sebelah tu...Aku tul2 rapat dengan dia since aku tido umah dia, kenal family dia..memang best la dapat g umah orang jawa ni..parents dia memang baik..benda yang aku takle lupe kalau datang umah dia,

1- Solat takle tinggal..Kalau boleh kena g surau kat umah dia tu..
2- Dah datang makan kena solat...
3- Makanan memang sentiasa ada kat umah dia..
4- Paling best kuah satay yang mak dia buat...
5- Adik dia cun..hahaha!!
6- Perkataan jawa pertama yang dia ajar aku, toler - getah paip...

Apa-apa pun dia memang best!!! Dah kahwin pun..tadi dia ada call aku tapi lupa aku nak wish..wife dia pun dah berbadan dua dah..alhamdulillah..aku doakan ko bahagia...Lastly,

Happy Birthday!!May Allah bless u..