Friday, April 20, 2007

Miss my Grandparents

Date : 20-4-2007
Venue : 129, Jln Setia, Gombak Setia


Finally, dapat gak aku jumpe grandparents aku hari ni. Dah lama gila la aku tak pergi umah diorang. Mana taknya, ada je hal tiap kali nak pergi sana. Padahal dekat je dengan umah aku. Huhu. Hari ni, aku balik kerja on time. Tepat je pukul 4pm, terus aku punch card. Semangat punya pasal nak jumpe nenek dengan atuk aku. Pastu balik umah, mandi, solat, pastu tido kejap :p

Aku bertolak pergi umah nenek aku lebih kurang pukul 545pm sampai sana dalam pukul 550pm camtu la. Hehe! Tu la untungnya kampung dekat ni :P Aku sampai-sampai je umah nenek aku, tengok pintu pagar dah kunci. Huhu! Sedih tul, sebab ingat nenek aku keluar. Sebab usually mak aku akan pergi umah nenek aku every Friday lepas dia balik kerja, lepas tu aku jemput tapi today, abah aku jemput mak aku dari office, lepas tu diorang pergi mana ntah. Tu tak pergi umah nenek aku. Nenek aku pun assume takde siapa nak datang so dia pun kunci la pagar. Huhu! Nasib baik la dia sedar aku datang.

Masuk je umah nenek aku, macam-macam la kitorang bercerita. Ingat esok aku nak bawa nenek dengan atuk aku pergi umah baru makcik aku kat shah alam, tapi tak jadi lak sebab makcik aku dapat offer sambung PhD kat UiTM & UM, so sekarang ni dia tengah busy nak buat proposal untuk benda tu pastu tengah pening gak nak decide yang mana satu dia nak pilih. Alhamdulillah la sebab dapat gak dia apa yang dia nak. Huhu! So tak jadi la aku pergi. Aku pun tukar la plan nak bawa nenek dengan atuk aku pergi Putrajaya. Aku pun dah lama gila tak pergi sana. Kalau tak silap aku last time aku pergi sana masa aku form 5. Lama tu. Huh!

Aku rasa happy sangat-sangat sebab dapat habiskan masa aku dengan nenek & atuk aku hari ni. Hanya Allah je yang tahu macam mana aku rasa. Lastly, masa aku on da way nak balik umah aku balik, aku lalu depan umah someone but kereta kancil takde. Thats mean takde la tu. Huh. Takpela, nampak rumah pun jadi la :p

" Hargailah mereka yang kita sayang sementara mereka masih ada di sisi kita".

Wednesday, April 18, 2007

Hikmah Disebalik Kejadian

Semalam : Sudah menjadi sejarah
Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.



Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya,
janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya…
janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku di hatinya.
Kikislah pesonanya dari setiap pelusuk mataku,
dan usirlah dia dari relung hatiku
Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini,
dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.
Bantulah aku agar dapat mengasihinya hanya sebagai seorang sahabat.
Tetapi jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

Written by:
Hamba Allah swt