Wednesday, August 29, 2012

Amalan duit raya


Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, di antara perkara yang sentiasa difikirkan oleh semua orang adalah duit raya. Tidak kira ibubapa, anak-anak, dan saudara mara, baik semua yang menyambut perayaan ini, sudah pasti akan memikirkan duit raya. Ibubapa akan memikirkan berapa banyak duit raya yang hendak diberikan kepada anak-anak mereka, kanak-kanak yang datang ke rumah dan anak-anak buah mereka. Manakala, anak-anak dan kanak-kanak pula akan sibuk memikirkan berapa banyak duit raya yang bakal mereka terima daripada ibubapa mereka dan rumah yang mereka kunjungi.

Pernahkah kita terfikir, kenapa kita berikan duit raya ini? Adakah sebab ganjaran untuk anak-anak yang berpuasa? Adakah sebab hendak menunjuk-nunjuk kemampuan kita memberikan duit raya? Semua itu hanya diri kita sendiri dan Allah sahaja yang mengetahuinya.


Pada pandangan aku, kenapakah perlu memberi duit raya?

BERSEDEKAH - Niat bersedekah adalah yang terbaik untuk memberikan duit raya kepada kanak-kanak. Walaubagaimana pun, seeloknya bersedekah ini dilakukan pada bulan Ramadhan kerana perbuatan bersedekah di bulan Ramadhan akan dilipat kali gandakan amalan tersebut. Sekiranya mempunyai wang yang lebih untuk bersedekah di bulan Syawal, barulah seeloknya kita memberikan duit raya ini dengan niat bersedekah.

AMALAN - Sudah menjadi amalan turun temurun keluarga memberikan duit raya kepada sanak saudara dan kanak-kanak yang datang ke rumah bagi menggembirakan tetamu yang hadir.

MENGGALAKKAN ANAK BERPUASA - Salah satu cara untuk menggalakkan anak-anak berpuasa adalah dengan memberikan duit raya. Walaubagaimana pun, kita sebenarnya tidak seharusnya mengajar anak-anak kita dengan kaedah ini kerana seharusnya kita mendidik anak-anak kita untuk berpuasa kerana Allah bukan kerana ganjaran duit raya. Mungkin mudah bagi aku untuk menulis di sini kerana aku masih belum mempunyai anak tetapi aku sentiasa mengingatkan diri aku ini. 

Percayakah kita yang anak-anak boleh dibentuk sahsiahnya jika betul didikan kepada mereka? Aku percaya kerana anak-anak hatinya masih suci ibarat kain putih. Jika sejak mereka kecil lagi kita menerapkan didikan agama yang cukup, insyAllah dengan izin dari-Nya, mereka akan menjadi anak-anak yang soleh. Biarpun susah untuk menerangkan sesuatu yang tidak dilihat dengan mata anak-anak ketika mereka masih kecil tetapi mereka pasti boleh menerima apa yang dijelaskan oleh ibubapa mereka. Oleh itu, kita perlulah sentiasa menambah ilmu agama di dalam diri kita supaya dapat kita menyampaikan di antara satu sama lain. Waalahualam.

Monday, August 27, 2012

Video of the year 2012 - Oppa Gangnam Style

Buat masa ini, dan ketika ini, video & lagu terbaik di dunia ini adalah Oppa Gangnam Style. Boleh kata, almost everyday Oppa Gangnam Style akan trending di twitter. Betapa hebatnya penangan PSY dengan lagu Oppa Gangnam Style ini. Sehingga harini, sebanyak 62,888,842 view bermula 8.5.2012 sehingga 27.8.2012. Seramai 637, 978 likes, 286,213 favorites dan 23,663 dislikes untuk video ini. Seperti biasa, setiap perkara pasti ada yang suka dan tidak suka tetapi kita boleh membuat kesimpulan sekiranya likes lebih banyak dari dislikes, bermakna, video ini sememangnya 'awesome'. Mari kita layan Oppa Gangnam Style ini dulu. 


Apakah yang menarik sangat tentang video ini? 

LIRIK - Sudah pasti aku langsung tak faham lirik lagu ini tetapi setelah aku baca translation untuk lirik ini, aku rasa lirik Oppa Gangnam Style ini juga agak menarik. Iaitu mengisahkan lelaki yang berasal dari Gangnam. Selebihnya cari sendiri.

MELODI - Aku bukanlah penggubah lagu dan peminat music tetapi pada aku rentak, irama dan melodi lagu Oppa Gangnam Style ini membuatkan ramai yang menyukai lagu ini tidak mengira usia, jantina dan budaya.

TARIAN - Tarian yang agak menarik, catchy, stylo dan sexy merupakan tarikan yang membuatkan video clip ini menjadi lebih 'awesome'. Ditambah pula dengan kehadiran Yu Jea-Suk (pengacara terkenal di Korea & variety show Running Man) di penghujung video ini, dengan tarian beliau yang tersendiri.

Terdapat pelbagai parody untuk Oppa Gangnam Style ini menunjukkan betapa addict nya peminat-peminat Oppa Gangnam Style di seluruh dunia. Bukan sahaja di Asia tetapi ia telah menjadi kegilaan di negara barat juga. Di antara parody yang menarik di Malaysia, sempena Hari Raya Aidilfitri ini adalah oleh Fly FM dan MyCTVchannel. 


  
Apa-apa pun well done untuk PSY-Oppa Gangnam Style. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, August 22, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di dunia ini, Maaf Zahir & Batin. Macam tahun sebelum-sebelum juga, hari ini 4 Syawal 1433H aku telah mula bekerja disebabkan aku adalah truly born in Kuala Lumpur. Lagipun kalau cuti tiada apa-apa yang boleh aku buat sebab dah habis beraya dah. Kalau nak beraya rumah kawan-kawan pun, semuanya masih di kampung halaman masing-masing. Nak berjalan pun, ramai foreigner je kat shopping mall tu. Pilihan terbaik adalah bekerja.


KENAPA BEKERJA DI AWAL BULAN SYAWAL?

Kampung di Kuala Lumpur
- Bagi mereka yang kampung halamannya di Kuala Lumpur, sudah pasti akan mula bekerja di awal Syawal disebabkan sudah selesai beraya di rumah sanak saudara. Seperti aku, pada 1 Syawal lagi aku telah selesai beraya di rumah nenek sebelah mak dan ayah aku.

Tiada orang awam
- Bagi mereka yang bekerja dan berurusan dengan orang awam (public), sudah pasti di awal Syawal tidak begitu ramai orang awam yang datang untuk berurusan di pejabat kerana mereka beranggapan pekerja masih bercuti. 

Tiada bos
- Boleh dikatakan ramai bos yang dah bekeluarga sudahpasti akan mengambil cuti panjang untuk beraya sambil bercuti. Mungkin bos yang terlalu minat bekerja sahaja yang akan bekerja di awal Syawal ini. Jadi, bekerja bila bos tiada ni memang perkara yang menyeronokkan untuk semua orang.

Tiada kesesakan lalulintas
- Apabila bekerja di musim perayaan, jalanraya terutamanya di Kuala Lumpur sudahpasti lengang. Tidak perlu fikir untuk bangun awal semata-mata untuk meredah kesesakan lalulintas.

Jimat cuti
- Bagi mereka yang suka melancong, adalah terbaik untuk mereka jimat cuti tahunan mereka kerana, apabila bukan musim perayaan, mereka boleh bercuti panjang kerana masih mempunyai banyak cuti tahunan. Jadi, jalan terbaik adalah bekerja di musim perayaan.

Mungkin ada banyak lagi sebab lain mengapa seseorang itu bekerja di awal bulan Syawal dan di antaranya adalah seperti yang tertulis di atas. Jadi, kepada mereka yang telah mula bekerja, selamat bertugas dan kepada mereka yang masih bercuti, Selamat Hari Raya Aidilfiti dan selamat bercuti. Maaf zahir & batin.