Saturday, February 4, 2012

Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada 12 RabiulAwwal 1433H

Setiap tahun umat Islam di Malaysia akan menyambut Maulidur Rasul pada 12 RabiulAwwal dengan pelbagai acara tahunan seperti perarakan sambil berselawat dari peringkat umur sekolah rendah ke pekerja terutama penjawat awam. Mereka semua akan bangun pagi untuk berhimpun di kawasan-kawasan tertentu bagi menjayakan majlis-majlis tersebut. Alhamdulillah. Semoga peserta-peserta yang menjayakan tersebut mendapat keredhaan daripada Allah swt. 

Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menyertai program-program tersebut, masih banyak lagi cara-cara lain untuk kita menyambut Maulidur Rasul ini. Di antaranya adalah menghayati ajaran agama Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dalam bentuk peribadi, keluarga, masyarakat dan negara dalam aspek kehidupan politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain. Tidak semestinya sekiranya kita tidak berpeluang untuk menyertai acara-acara tahunan itu bererti kita tidak mengingati Rasullullah saw. 

Alangkah bertuahnya sekiranya kita dapat hidup ketika zaman Rasullullah saw dulu kerana dapat kita melihat peribadai Rasullullah itu dengan mata kita sendiri. Walaupun kita tidak hidup ketika zaman Rasullullah, kita tetap dapat menghayati betapa indahnya rupa fizikal Rasullullah saw seperti yang diriwayatkan di dalam hadith-hadith. Di antara hadith-hadith yang aku baca untuk dikongsi bersama adalah seperti di bawah :

Hadith 1:

Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:
“Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama”


(HR at-Tirmidzi)


Hadith 2:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
“Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus.  Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun.  Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.”


(HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)


Hadith 3:

Ali bin Abi Talib radhiAllahu `anhu bercerita tentang sifat Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam:

Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu pendek.  Baginda bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya.  Rambutnya tidak kerinting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun.  Badannya tidak gemuk, bentuk wajahnya tidak bulat, tetapi bujur telur.


Kulitnya putih kemerah-merahan.  Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik.  Tulang sendinya gagah, bahunya bidang.  Badannya bersih daripada bulu dan rambut, tetapi mempunyai bulu yang memanjang dari dada sampai pusat.  Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.


Apabila Rasulullah berjalan, pergerakannya kelihatan tegap (kakinya diangkat dengan kekuatan), seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.  Apabila Baginda berpaling, kedua-dua bahunya berpaling serentak (seluruh badannya turut berpaling).  Di antara kedua-dua bahunya, terdapat khatamun-nubuwwah, iaitu tanda kenabian nabi.  Rasulullah merupakan seorang manusia yang hatinya paling pemurah.  Baginda adalah orang yang kata-katanya paling jujur.


Manusia yang perangainya paling lembut dan paling ramah dalam pergaulan.  Sesiapa yang melihatnya buat kali pertama, pasti akan menaruh rasa hormat dan segan kepadanya.  Sesiapa yang berkenalan dengan Baginda tentu nanti akan mencintainya.  Orang yang menceritakan sifat Rasulullah, tentunya akan berkata “Belum pernah aku melihat seseorang yang setanding dengannya, samada sebelum kelahirannya ataupun sesudah Baginda meninggal dunia.”


(HR at-Tirmidzi)


Hadith 4:

Hasan bin Ali berkata, “Aku pernah bertanya mengenai sifat Rasulullah kepada pakcikku yang bernama Hind bin Abu Halah (yang memiliki nama samaran Abu `Abdullah).  Hind bin Abu Halah adalah orang yang banyak mengetahui sifat Rasulullah.  Aku sangat berharap Hind dapat menceritakan beberapa sifat Rasulullah kerana aku mahu mencontohi Baginda.  Inilah yang dikisahkan oleh Hind:

“Rasulullah adalah seorang lelaki yang berwibawa.  Wajahnya cerah berseri bagaikan rembulan yang bersinar pada malam hari.  Baginda lebih tinggi daripada orang yang sederhana dan lebih rendah daripada orang yang tinggi.  Kepalanya besar (padan dengan dadanya yang bidang dan tubuhnya gagah).


Rambutnya beralun.  Apabila rambut bahagian depannya terurai, Baginda membuat belahan dua.  Jika tidak membelah dua, hujung rambutnya dibiarkan sampai cuping telinga, namun tidak melepasi had itu.  Rasulullah menjadikan rambutnya sebagai wafroh (rambut tidak lebih telinga).  Warna kulitnya putih kemerah-merahan.


Dahinya luas.  Keningnya panjang melengkung bagaikan dua busur panah yang terpisah.  Di antara kedua-dua keningnya, ada urat yang kelihatan memerah ketika sedang marah.  Hidung Rasulullah mancung, di hujung hidungnya ada cahaya yang memancar, sehinggakan orang yang melihatnya betul-betul, akan menyangka hidung Baginda lebih mancung (daripada yang sebenarnya).


Janggutnya tebal, kedua-dua pipinya mulus, mulutnya lebar.  Giginya agak jarang, namun teratur rapi.  Bulu dadanya halus.  Lehernya indah, tegak dan kuat.


Bentuk tubuhnya sederhana, badannya berisi seimbang, perut dan dadanya sama rata.  Dadanya lebar, kedua-dua bahunya bidang dan tulang sendinya besar.  bahagian badannya yang tidak ditumbuhi rambut kelihatan bersih bercahaya.


Dari pangkal leher sampai pusat, bulu yang tebal tumbuh seperti garisan.  Kedua-dua puting susu dan perutnya bersih.  Kedua-dua bahu dan dada bahagian atas berbulu halus.


Kedua-dua ruas tulang tangannya panjang, telapak kakinya lebar.  Kedua-dua telapak tangan dan kakinya terasa tebal, jari-jarinya panjang, lekukan telapak kakinya (bahagian tengah) tidak menyentuh tanah.  Kedua-dua kakinya halus sehingga air tidak melekat di kulit kakinya.


Apabila Rasulullah berjalan, kakinya diangkat dengan kesungguhan.  Baginda melangkah dengan mantap dan berjalan dengan tenang dan tawadhu`.  Jika Baginda berjalan, pergerakannya cepat seolah-olah Baginda sedang turun dari tempat yang tinggi.  Apabila dipanggil, Baginda akan memalingkan kedua-dua bahunya serentak.


Pandangan matanya terarah ke bawah.  Baginda menundukkan kepala menatap ke arah bumi lebih lama daripada memandang ke langit.


Apabila ada sahabat berjalan, Rasulullah akan berjalan di belakangnya.  Apabila bertemu dengan orang lain, Baginda yang akan terlebih dahulu memberi salam.”

(HR at-Tirmidzi)

Wallahualam. Semoga, daripada hadith-hadith yang aku kongsikan tadi, dapat kita sama-sama menghayati betapa indahnya Rasullullah saw. Mungkin kita tidak mampu untuk mengikut semua Sunnah Rasullullah saw tapi aku sentiasa mengingatkan diri aku ini supaya cuba mengikut sebanyak yang mungkin apa yang termampu. Kenapa kita sibuk hendak mengikut orang-orang barat sedangkan keperibadian Rasullullah saw dah cukup indah jika hendak dibandingkan dengan orang-orang barat itu. Semoga kita saling mengingati antara satu sama lain. Wallahualam.






Wednesday, February 1, 2012

Amanz - Informasi Komputer dan Teknologi Semasa

Mungkin masih ramai yang belum mengetahui website Amanz ini dah mungkin ramai yang telah mengetahui website ini. Sebanyak 13,973 like website Amanz ini di Facebook, sebanyak +408 mengikuti Amanz di Google+ dan sebanyak 1,488 mengikuti Amanz di Twitter. Mungkin juga jumlah ini tidak termasuk bagi mereka yang mengikuti Amanz di Google Reader dan mungkin juga ada yang bookmark Amanz di komputer, handphone masing-masing.


Daripada jumlah yang aku lihat, boleh dikatakan masih jumlah mereka yang mengikuti website ini masih kecil berbanding jumlah penduduk di negara ini iaitu seramai 27,565,821 orang. Mungkin disebabkan faktor tidak memperolehi access internet, tiada kelengakap komputer atau sebagainya. Bagi mereka yang mempunyai access internet dan pelbagai gadget masa kini, adalah disyorkan untuk mengikuti website ini kerana website ini banyak memberikan sumber maklumat berkaitan teknologi semasa dalam Bahasa Malaysia.

Aku berbangga dengan website ini kerana, mereka mengagongkan Bahasa Malaysia kita ke peringkat antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia harus berbangga dengan bahasa kita dan seharusnya membawa Bahasa Malaysia ke peringkat antarabangsa. Kita ambil contoh seperti negara Korea, Jepun, German, dan lain-lain, kesemuanya menggunakan bahasa mereka dalam segala aspek.


Anda boleh lihat siapakah disebalik Amanz Network ini. Pada pandangan aku, walaupun website ini kebanyakkannya bukan hasil penulisan sendiri, dan kebanyakkannya aku rasa adalah hasil bacaan mereka dari website-website english dan antarabangsa, tapi usaha mereka ini dalam menterjemah kembali ayat-ayat tersebut ke dalam bahasa Malaysia sangat dihormati kerana apa yang mereka terjemahkan bukannya menerusi Google Translator dan perkara ini dapat dibuktikan kerana ada diantara penulisan mereka aku ada baca di website seperti LifeHackers dan sebagainya. Disamping itu juga, mereka ini sangat kreatif dengan menggunakan idea-idea baru dalam memastikan pembaca tertarik untuk meneruskan bacaan di Amanz. 

Di antara perkara menarik minat aku untuk terus mengikuti Amanz adalah, review Carian Terhangat di Google Malaysia. Bermula dengan ulasan pendek setiap bulan, sehingga sekarang Amanz menggunakan kaedah penyampaian menerusi video seperti pembaca berita. 


Selain daripada itu, kekemasan dihalaman utama Amanz juga membuatkan pembaca mudah untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan mengikut kategori yang telah disusun. Disamping itu juga, Amanz Reward ada memberikan hadiah-hadiah menarik kepada pembaca yang membaca dan berkongsi apa yang mereka baca menerusi Amanz dan ia bergantung kepada rewards yang dikumpul oleh pembaca. 

Mungkin terdapat lagi website-website lain yang memberi maklumat berkaitan teknologi semasa tetapi, setakat hari ini, hanya Amanz merupakan website berbahasa Malaysia yang aku ikuti. Tahniah buat Amanz di atas kejayaan membawa bahasa Malaysia ke antarabangsa. 

Who is Gossip Girl? XOXO!

Actually aku dah agak lama tak menonton TV series Gossip Girl ini tapi disebabkan last night, my younger sister told me that real gossip girl finally been revealed, so aku pun decide untuk tulis sikit review pasal Gossip Girl ini. Aku menonton TV series ini pun disebabkan awek-awek nya yang agak hot-hot semuanya. Kalau jalan cerita sebenarnya tak la best sangat.

Bila aku check, rupanya Gossip Girl ini dah 100th episode. Kejap betul. Nasib baiklah aku tak follow Gossip Girl ini. Oklah, berbalik kepada review untuk episode 100 ini. Apa yang menarik dalam episode 100 ini.

1st 
Mak Blair, Eleanor minta supaya Chuck Bass menghentikan perkahwinan anaknya Blair kerana Eleanor dapat rasakan itu adalah yang terbaik untuk Blair.

2nd
Apa yang lebih menarik adalah, Dan Humphrey yang telah menyelamatkan Blair setelah Blair mendapati perkahwinan mereka adalah lebih kepada urusan perniagaan.

3rd
XOXO, Georgina? "You know you love me, XOXO, Gossip Girl." 

Kepada followers Gossip Girl, bolehlah terus mengikuti TV series ini. Enjoy your series.