Sunday, September 4, 2011

Tugu Negara

Sempena bulan kemerdekaan ini, untuk memperingati pejuang-pejuang tanah air kita, bolehlah kita ke Tugu Negara tapi bukan ke 'Perth, Australia'. Mungkin aku hanya pandai cakap je tapi aku tak buat. Walaubagaimana pun, aku memang pernah ke Tugu Negara ini masa aku kecil-kecil dahulu (kalau tak silap umur aku dalam lingkungan 7-12 tahun) cuma masa itu aku tak tahu apa yang ada kat Tugu Negara tu & penghayatan aku terhadap apa yang ada di sana kurang sebab aku ke Tugu Negara sebab parents aku bawa. 

Cuma setelah membaca sumber di sini, aku terasa untuk pergi sendiri ke Tugu Negara ini untuk melihat apa yang ada di sekitar Tugu Negara tersebut. Antara yang menarik minat aku untuk ke sana adalah disebabkan gambar di bawah ini yang diperolehi dari sini. Siapa sangka, semua nama yang tertulis di Tugu Negara tersebut nama 'mat salleh'. Adakah nama-nama orang Melayu pada ketika itu kebanyakkannya namanya seperti 'mat salleh'? Di mana nama-nama nenek moyang kita yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan tanah air kita ini?


Mungkin memang benarlah ada yang mengatakan, 'Sejarah ditulis (dicipta) mengikut kehendak pemenang'. Jadi tidak mustahil apa yang kita belajar di sekolah semuanya Sejarah yang ditulis oleh British. Walau apa pun, kita perlulah terus mencari & mengkaji sejarah sebenar tanah air kita untuk mengetahui kisah sebenar perjuangan kemerdekaan tanah air kita. 

MARI KITA SAMA-SAMA SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KEPADA PEJUANG-PEJUANG ISLAM TANAH AIR KITA YANG MEMPERJUANGKAN KEMERDEKAAN.

Saturday, September 3, 2011

Uniqlo Special Offer at KLCC

Esok dah start 1st weekend untuk bulan Syawal. Sekejap je dah seminggu raya. Esok confirm semua highway di Malaysia ni penuh dengan kenderaan yang hendak pulang ke kota dari kampung halaman untuk mencari rezeki di bandaraya Kuala Lumpur. Diharapkan agar pemandu-pemandu berhati-hati dijalanraya dan mengamalkan sikap bertolak ansur. 



For those yang minat brand Uniqlo, just for your information, on 9th Sept 2011, there is a special offer for Uniqlo at KLCC at 10am. So balik dari kampung masing-masing nanti, yang tak shopping raya, bolehlah kalau nak shopping on 9th Sept 2011. Antara special offer on that day adalah seperti berikut :

Men's Dry Packaged item from RM 9.90.
Women's Premium Cotton Crew Neck & Tank Top at RM 19.90.
Women's & Men's UTs from RM 24.90 & more.

Also free Uniqlo new design Tote Bag. (Be on the 1st 100 customers on the opening day or spend a minimum RM 200 net in single receipt)

Location : Uniqlo at KLCC.
Date       : 9.9.2011

Sumber diperolehi di Malaysia Warehouse Sales & Promotion. Sama-samalah sebarkan kepada rakan-rakan yang meminati brand Uniqlo sebab Sharing is Caring.

Friday, September 2, 2011

Selamat Hari Merdeka

Walaupun Hari Merdeka jatuh pada tanggal 31 Ogos 1957, namun sehingga harini (kelmarin) Hari Kemerdekaan ini masih diingati oleh setiap rakyat Malaysia. Walaupun pada tahun ini iaitu 2011 sambutannya agak kurang meriah kerana bertembung dengan 2 Syawal namun tarikh tersebut tetap menjadi ingatan disanubari setiap rakyat Malaysia. 

Namun begitu, tidak semestinya untuk mengingati Hari Kemerdekaan tersebut kita perlu berbaris di Dataran Merdeka, di Putrajaya, etc. Banyak lagi cara lain untuk kita menghayati Hari Kemerdekaan ini seperti mengenang kisah-kisah pejuang sebenar yang menuntut kemerdekaan untuk tanahair kita. Mengkaji sejarah pejuang-pejuang tanahair kita dahulu bukan hanya bersumberkan buku teks sekolah yang belum tentu kesahihan faktanya. Dengan zaman technology kini, kita boleh memperoleh segala maklumat dengan percuma cuma perlu rajin untuk mencari sahaja. Bukan semua maklumat yang kita perolehi tersebut betul tapi at least kita ada pelbagai sumber untuk dijadikan rujukan.

Selain itu juga, kita boleh menanam sikap cintakan negara kita dengan pelbagai cara seperti tidak menghianati negara kita dengan memberi maklumat rahsia negara untuk kepentingan peribadi. Mungkin pada pemberi maklumat merasakan maklumat yang diberikan itu terlalu kecil namun impak / kesan sampingannya sangat memudaratkan negara. Sebagai contoh, cuba kita fikirkan bagaimana tanah air kita, di Melaka boleh diserang oleh penjajah? Bukan mudah untuk menjajah sesuatu negara tapi mungkin disebabkan tiada semangat patriotik dalam diri membuatkan tanah air kita dijajah. Jangan sangka seorang penjaga pintu masuk negara merupakan sesuatu jawatan yang kecil, walaupun kecil jawatan tersebut kalau hendak dibandingkan dengan menteri-menteri namun  sekiranya penjaga pintu masuk negara itu tidak mempunyai semangat patriotik yang tinggi, tidak mustahil negara kita dengan mudah diserang oleh penjajah.

Apa yang hendak aku sampaikan bukanlah kisah sejarah tapi apa yang aku nak sampaikan, kajilah sejarah. Sebagai contoh yang tengah hangat diperkatakan di media-media sekarang adalah kisah Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) yang didakwa sebagai penyokong Komunis kerana menggelarkan Mat Indera sebagai hero dalam memperjuangkan kemerdekaan. Siapakah Mat Indera? Benarkah apa yang diceritakan oleh media-media di Malaysia? Zaman technology ni kalau korang tak tahu something tu, korang boleh Google je. Bagi memudahkan korang untuk kenal siapa Mat Indera ni, click kat Mat Indera. Mungkin korang boleh mengetahui siapakah Mat Indera itu dari sumber yang lain. Apa yang aku link kan itu adalah kerana pada pandangan aku, ianya adalah penjelasan secara ringkas, siapakah Mat Indera itu.


Sempena bulan kemerdekaan ini, marilah kita sama-sama mengekalkan kemerdekaan tanah air kita ini. Siapa yang memperjuangkan kemerdekaan janganlah dijadikan punca perbalahan tapi yang perlu dihayati adalah bagaimana perjuangan kemerdekaan tersebut. Sejarah ini ditulis oleh MANUSIA. Jadi, selagi manusia yang menulis sejarah, tidak akan dapat kita ketahui kebenarannya melainkan apa yang tertulis di dalam Al-Quran. Sejarah ditulis oleh yang menang, jadi sudah pasti sejarah ditulis mengikut citarasa yang menang.

Kat bawah ini ada video Made by Malaysian oleh MatLutfi untuk renungan bersama. Siapa MatLutfi? Semalam pukul 1100 pm kalau tak silap aku, kat Astro Awani ada bual bicara bersama Yuna dan MatLutfi. Jadi, pada aku, karya MatLutfi ini juga diiktiraf oleh rakyat Malaysia dan untuk itu, korang boleh nilai pandangan beliau selepas menonton video di bawah.